Monday, August 2, 2010

Positif + Negatif = Keputusan




Ciri perbincangan yang baik dan mantap merangkumi segala aspek perbincangan yang membawa ke arah keputusan yang positif dan keputusan negatif. Hal ini kurang dimainkan peranan oleh ahliu mesyuarat ekoran otak yang kosong, tepu atau malas. Hasilnya, keputusan yang tercetus tanpa perbincangan menjerumus ke arah keputusan yang kurang matang.

Bagi orang yang mempengerusikan majlis, suasana debat bincang mesti ditekankan. Sebahagian mesti bersifat TOPI MERAH iaitu mereka yang cenderung kepada keputusan yang negatif. Bagi mereka asal bagi sesuatu perkara adalah tidak dibolehkan. Hujah dan bukti yang didatangkan menunjukkan kesan yang negatif dan tidak mendatang hasil sekiranya cadangan baru yang dibuat tersebut diluluskan.

Satu pihak lagi mesti ada mereka berTOPI HIJAU, yang mendatangkan hujah-hujah yang positif dan cenderung membenarkan cadangan ekoran berpandangan ia sesauatu yang baik samada mendatangkan keuntungan, cipta sejarah dan sebagainya.

Di samping itu, tidak dapat tidak peranan TOPI KUNING juga mesti ada, iaitu mereka yang senantiasa menganalisa dan mengkaji maklumat semasa dan sejarah. Ia sangat penting memberikan gambaran untuk dibadingkan antara hujah yang didatangkan oleh TOPI MERAH dan TOPI HIJAU.

Justeru, apa yang ingin dikongsikan ialah, medan mesyuarat mestilah dijadikan medan perbincangan yang lumut bukan sebagai medan sekadar mengANGGUK KEPALA dan GELENG KEPALA sahaja. Sebab itu, mutu keputusan mesyuarat bergantung kepada BANYAK POINT dan HUJAH yang dibincangkan. Dan kadang-kadang mesyuarat yang lama bukannya penentu kepada mutu mesyuarat. Biarpun sekejap, namun sekiranya point yang banyak dibincangkan ia menjadikan keputusan yang tercetus adalah matang dan mantap.

p/s : nanti kita bincang lagi bagaimana untuk merancang dan mengendali mesyuarat yang terbaik...

No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails