Tuesday, March 30, 2010

BKAN Kedah Tekun Menggalas Misi Dan Visi PMRAM

" Ukhwah dijana, Ummah diperkasa " - Kasihi saudara kamu sebagaiman kamu mengasihi diri kamu....

Liqa mesra merupakan medium di dalam merapatkan lagi ukhwah di kalangan pimpinan...Bina kekuatan di dalam saf perjuangan PMRAM...

BP Malik yang merupakan BP angkat bagi BKAN Kedah, khusyuk mendengar dan prihatin bagi segala kebajikan anak-anak Kedah...





29Mac, Isnin - Saya bersama Timbalan Presiden PMRAM, BP Shahrizan dan BP Malik berpeluang mengadakan liqa mesra dengan kepimpinan AJKT BKAN Kedah, ikhwah dan akhwat. Liqa mesra tersebut dilakukan di dewan asrama Kedah di Hayyu Sabik.

Liqa mesra ini bagi memastikan tautan ukhwah di kalangan pimpinan sentiasa berpaut dan utuh di dalam menjalankan misi dan visi PMRAM sebagai penaung kepada anak-anak Melayu di Mesir ini dan sebagai wahdah penyampaian Islam di sini.

Beberapa perkara yang mesti ditekankan oleh setiap para pimpinan bagi melicinkan pergerakan yang dibawa :

1) ukhwah yang utuh dan mesra.
2) Sentiasa rujuk pimpinan yang atas bagi keselarasan maklumat.
3) Penekanan mengenai prosedur menjamin kestabilan sesebuah organisasi.
4) Keberanian dan kesungguhan dalam menyampaikan misi dakwah dalam konteks organisasi mahasiswa/wi Islam.

Semoga misi dan visi PMRAM yang digarapkan berjaya dan berkesan disampaikan samada dalam bentuk :

1) dakwah dan tarbiyah
2) Pendidikan dan thaqafah
3) kebajikan dan kemasyarakatan

Terus berjuang di dalam saf perjuangan PMRAM....

Monday, March 29, 2010

Akidah Islam dan Jenayah Murtad (siri 9)


Hikmah Hukuman Bunuh Ke Atas Golongan Murtad


Islam telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yang murtad setelah enggan kembali bertaubat apabila dituntut daripadanya untuk bertaubat (kembali kepada Islam) mengikut tempoh yang dihadkan[1]. Hukuman berat yang telah dijatuhkan adalah bersesuaian dengan jenayah murtad itu sendiri. Hal ini demikian kerana penentangan masyarakat Islam terhadap jenayah murtad ialah perkara utama yang melibatkan masalah akidah dan iman[2].


Akidah merupakan pokok utama dalam diri individu dan masyarakat dan juga hakikat bagi sebuah kehidupan dalam menuju jalan yang diredhai Allah s.w.t.. Tanpa akidah Islam mahupun tidak mempercayai akan ketuhanan Yang Esa akan mendorong manusia ke jalan yang sesat dan menjurus ke lembah kegelapan.


Islam amat tegas dan melarang sama sekali umatnya untuk melakukan sesuatu perkara yang boleh merosakkan atau menceroboh akidah tersebut samada pencerobohan yang dilakukan melalui iktikad (kepercayaan), perkataan, perbuatan dan hati. Dapatlah diketahui bahawa jenayah murtad merupakan satu jenayah yang sangat tercela bahkan dikeji kerana menyebabkan manusia menjauhi jalan yang benar dan menceroboh akidah yang suci.


Jenayah murtad juga memberi kesan yang sangat bahaya ke atas umat dan masyarakat Islam. Dalam erti kata yang lain, jenayah murtad menceroboh 5 bentuk hak yang patut dilindungi dan dijaga sebagaimana yang suruh oleh Islam. 5 bentuk hak itu ialah agama, jiwa (maruah), keturunan, akal dan harta. Agama merupakan hak utama yang mesti dijaga dan dilindungi oleh umat Islam kerana para sahabat khususnya sanggup mengorbankan jiwa dan menggadaikan harta benda semata-mata untuk mempertahankan agama.


Agama Islam tidak pernah sama sekali memaksa sekalian manusia untuk memasuki ke dalamnya (menganuti Islam) atau menyuruh penganut agama lain untuk keluar daripada agamanya dan memasuki agama mana yang disukai. Bahkan tidak ada dalam sejarah Islam yang menceritakan pemerintah-pemerintah dan ulama’-ulama’ Islam memaksa rakyatnya untuk memasuki Islam. Hal ini demikian kerana iman yang terdapat pada diri individu tersebut diukur berdasarkan pilihannya dengan rela hati tanpa ada paksaan.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya ?

(Surah Yunus : 99)


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. (Surah Al-Baqarah : 256)


Dalam masa yang sama, Islam melarang keras ke atas umatnya dalam perkara yang menjadikan agama sebagai mainan seperti yang dilakukan oleh Yahudi pada zaman dahulu. Mereka menganuti Islam pada hari ini dan keluar daripada Islam keesokkan harinya. Mereka memasuki Islam demi kepentingan peribadi dan keluar daripada Islam kerana di dalam Islam terdapat sesuatu yang tidak mengikuti kehendak nafsu mereka. Perihal mereka ini telah diceritakan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Quran melalui firmanNya :


Maksudnya : Segolongan (lain) dari Ahli Kitab berkata (kepada sesamanya): "Perlihatkanlah (seolah-olah) kamu beriman kepada apa yang diturunkan kepada orang-orang beriman (sahabat-sahabat Rasul) pada permulaan siang dan ingkarilah ia pada akhirnya, supaya mereka (orang-orang mukmin) kembali (kepada kekafiran). (Surah Ali-'Imran : 72)


Islam tidak mengenakan hukuman bunuh terhadap individu yang murtad secara sembunyi-sembunyi yang tidak diketahui oleh masyarakat umum[3]. Hukuman mereka ditangguhkan pada hari akhirat kelak apabila mereka mati dalam keadaan yang kafir. Segala amalan yang mereka kerjakan di dunia sewaktu dalam Islam akan terhapus. Bahkan mereka merupakan golongan yang sangat rugi kelak. (yakni tidak memasuki syurga dan dicampakkan ke dalam neraka untuk tempoh yang kekal).


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah Al-Baqarah : 217)


Tidak dapat dinafikan bahawa hukuman bunuh dijatuhkan ke atas mereka yang murtad secara terang-terangan lebih-lebih lagi sekiranya mereka (orang murtad) menyebarkan anasir-anasir yang membawa kepada jenayah murtad demi menjaga hakikat, asas dan kesatuan (perpaduan) bagi sesebuah masyarakat tersebut. Tidak ada di dunia ini, mana-mana masyarakat yang membenarkan mana-mana pihak untuk menceroboh 3 hak yang asas dalam sesebuah masyarakat iaitu hakikat bermasyarakat (perpaduan), anutan (kepercayaan iaitu agama) dan ketaatan (kepada kepimpinan yang sedia ada). Maka tidak ada masyarakat dalam sesebuah negara yang akan menerima apa-apa jua pencerobohan ke atas 3 asas utama seperti yang telah dinyatakan tadi.


Oleh itu, pengkhianat bagi negara samada dengan meminta bantuan daripada musuh negara dengan menjalinkan hubungan baik dengan negara secara sulit dan juga membocorkan rahsia-rahsia negara dikira satu jenayah yang besar. Tidak ada seseorang yang mengharuskan penyerahan hak negara kepada pihak lain untuk ditukar pemerintahan mengikut citarasa dengan sewenang-wenangnya. Apatah lagi perkara-perkara yang melibatkan akidah.


Jenayah murtad bukanlah suatu perkara yang kecil yang hanya melibatkan penukaran agama semata-mata bahkan merupakan satu jenayah yang membawa kepada pencerobohon ke atas hak-hak sesebuah masyarakat dan negara. Hal ini kerana orang yang murtad sudah tentu menukarkan anutan kepercayaan kepada anutan yang lain. Kesetiannya kepada pemerintahan Islam juga secara automatik akan berubah kepada pemerintahan taghut. Begitu juga dengan negara, daripada negara Islam kepada negara yang kufur.


Orang yang murtad seolah-olah mencabut dirinya daripada masyarakat Islam yang merupakan sebahagian anggotanya sewaktu berada dalam Islam. Orang yang murtad akan menanam jiwa dan pemikirannya bukan kepada Islam tetapi musuh Islam. Inilah keadaan yang telah diterangkan dalam hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w..


Maka setiap jenayah yang dilakukan oleh mereka, kita tidak mampu untuk membelah hati mereka untuk mengetahui, dan kita juga tidaklah disuruh untuk mengendap di rumah-rumah mereka, dan kita juga tidaklah dapat menahan mereka melainkan apa yang mereka zahirkan secara terang samada melalui perbuatan, perkataan dan penulisan yang boleh membawa mereka ke arah kekufuran secara terang-terangan. Maka selain daripada itu, tidak ada ruang untuk mentakwil atau kemungkinan. Mana-mana syak yang berlaku di dalam perkara tersebut, maka ia ditafsir dan dihukum bagi kemaslahatan ke atas orang yang didakwa dengan jenayah murtad.


Memandang remeh terhadap hukuman yang dikenakan oleh golongan yang murtad lebih-lebih lagi golongan murtad yang menyeru umat Islam yang lain ke arah jenayah murtad, akan mendedahkan masyarakat kepada bencana dan bahaya yang sangat besar bahkan akan membuka pintu-pintu fitnah yang membawa kepada impak negatif yang tidak diketahuinya oleh sesiapa pun melainkan Allah s.w.t..


Bencana dan fitnah yang dibawa oleh golongan murtad ini tidak mengambil masa yang lama. Bahkan lebih cepat daripada sangkaan terutama apabila jenayah murtad ini berlaku di kalangan orang lemah dan awam. Kesan daripada mereka inilah terbentuk satu jemaah atau kelompok yang akan menentang masyarakat Islam yang sedia ada. Mereka akan mengambil tindakan yang radikal dengan meminta bantuan daripada pihak luar khususnya musuh Islam untuk menghadapi masyarakat Islam dalam menyempurnakan misi mereka (memurtadkan kesemua umat Islam).


Kesannya, masyarakat Islam akan menghadapi kekalutan dan kekecohan dalam bentuk penentangan secara zahir mahupun fikrah di dalam sudut sosial mahupun politik. Bahkan lebih parah lagi keadaan mungkin akan membawa kepada peperangan senjata seperti yang telah berlaku pada negara-negara Islam baru-baru ini.


Inilah realiti yang pernah berlaku di Afghanistan suatu ketika dahulu. Sebilangan pemuda Islam yang telah keluar daripada agama Islam (murtad) dan menganut kepercayaan komunis yang mereka terikut dan terpengaruh sewaktu berada di Rusia. Akhirnya mereka menyertai barisan atau parti komunis. Dalam waktu yang telalu singkat, mereka telah berjaya menerkam sistem pemerintahan yang dijalankan di tanah air mereka, Afghanistan yang pada ketika waktu itu menjalankan pemerintahan Islam.


Mereka menggunakan kuasa dan peluang yang telah berjaya dirampas dengan mengubah sistem pemerintahan Islam kepada sistem pemerintahan komunis. Keadaan ini tidak disambut baik oleh rakyat Afghanistan yang lain bahkan mereka bangun menentang dan terus menentang untuk menegakkan kembali hak Islam yang telah dinodai. Maka berlakulah penentangan yang besar dan hebat.


Rakyat Afghanistan yang berani dan berkemampuan telah keluar berjihad, bertarung sehingga ke titisan darah yang terakhir. Berjihad menghadapi kaum murtad dan komunis. Segala bentuk serangan telah dilancarkan dan saling berbalas daripada pihak mujahidin dan golongan murtad. Daripada sekecil-kecil serangan sehinggalah sebesar-besar serangan. Daripada serangan yang hanya melibatkan pistol sehingga serangan melalui kereta kebal, bom dan kapal terbang. Maka, berlaku peperangan dalaman di Afghanistan yang dahsyat.


Rakyat jelata yang lemah dan tidak berdosa menjadi korban peperangan. Peperangan ini berlanjutan sehingga bertahun-tahun. Angka korban meningkat sehingga ke ratusan ribu. Anak-anak yatim, janda-janda malah bintang ternakan dan hasil tanaman semuanya tidak terlepas daripada bencana peperangan ini.


Semuanya ini tidak lain dan tidak bukan adalah rentetan kelalaian dan terlepas pandang terhadap jenayah murtad dan sikap tidak endah terhadap hukuman yang sepatutnya dijatuhkan ke atas golongan murtad serta sikap berdiam diri dari awal lagi. Andai kata pencegahan segera diambil dengan memandang serius terhadap jenayah murtad ini dan menjalankan hukuman terhadap golongan murtad, maka peperangan yang mengorbankan ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa dan kehancuran harta benda mungkin tidak akan berlaku.

[1] Had tempoh bagi orang murtad untuk kembali bertaubat adalah berbeza-beza kerana para ulama berselisih pendapat mengenai dengannya.

[2] Hal ini demikian jenayah murtad melibatkan perkara usul iaitu akidah.

[3] Yang dimaksudkan di sini ialah mereka yang murtad dan tidak diketahui langsung oleh sesiapa pun dan tidak menyebarkan mahupun memberitahu akan kemurtadannya. Hal ini demikian manusia tidak dapat membaca hati manusia dan manusia melaksanakan hukuman berdasarkan apa yang mampu diketahui oleh perkara zahir. Perkara-perkara yang melibatkan perkara batin, itu terserah kepada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui perkara yang sembunyi mahupun terang.

Sunday, March 28, 2010

Bertandang ke Bazar Amal PERKEMAS (Singapura)

Bersama teman seperjuangan, BP Malik dan teman dari Singapura (PERKEMAS)...



Di kaunter, pilih makanan dan aiskrim yang sedap-sedap....

Antara biskut dan coklat, yang best...






Teman-teman dari Singapura (PERKEMAS),
" Tautan Ukhwah, Kekuatan Ummah "


Briyani yang sodap...makan satu talam sorang pun x puas lagi... :P

26 Mac, Jumaat - Saya bersama kepimpinan PMRAM yang diketaui oleh Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz sempat ke Bazar Amal yang dianjurakan oleh PERKEMAS (Singapura).

Kami datang selepas Usrah yang dijalankan dan seusai solat Jumaat...

Pesanan : nak makan ke, kunjungi teman ke, pastikan USRAH x tinggal... -

Saturday, March 27, 2010

Face Book Yang Mesti Dilawati :)


Tahniah kepada sahabat seperjuangan saya, BP Azlan yang sudah memiliki Face Book sendiri bertepatan genap setahun menjadi Badan Pengurus PMRAM. Bukan beliau sahaja yang telah memiliki laman FB yang menjadi medium yang sangat penting ini bahkan sudah ramai kepimpinan PMRAM yang memilikinya..Cuma saya sahaja yang masih belum..huhuh

Maybe pas Muktamar Sanawi kot, apabila sudah menjadi pesara n pencen... rest time...

lawati FB Ust Azlan di sini : http://www.facebook.com/profile.php?v=app_2392950137&ref=profile&id=688936434#!/profile.php?id=100000902632828


Di sana juga leh cari link2 pimpinan PMRAM yang lain seperti Presiden, BP Nik Rosdi, BP Malik, BP Taufiq, BP Farkhan dan sebagainya..

Selamat menjadikan medium ini sebagai penyampaian dan penerangan Islam....

Tambahan ; nampaknya pas Muktamar Sanawi ni kene wat Face Book jugak... :)

Friday, March 26, 2010

Konteks Kebajikan Di Dalam Islam ( vol 1 )



Assalamualaikum WBT ,

1- Satu sesi diberikan peluang di dalam memikul amanah menjalankan kebajikan kepada mahasiswa/wi Malaysia di Mesir memberikan banyak input dan ilmu yang baru kepada saya berkaitan kebajikan. Kebajikan merupakan agenda di dalam agama Islam itu sendiri bagi memamdu manusia ke arah yang tuntut dan menyelamatkan mereka daripada kebinasaan dan kerosakan yang dimurkai.

2- Persoalan kebajikan bukan hanya dimainkan oleh Islam sahaja, bahkan ia menjadi pembawakan yang penting bagi mana-mana seruan oleh pihak-pihak selain Islam. Tidak kiralah samada kebajikan yang mereka definasikan berbentuk pemberian material atau kemewahan dunia.

3- Apa yang penting di dalam Islam, kebajikan bukan hanya setakat pemberian material dan janjian kemewahan dunia semata-mata. Ia bukan tujuan utama. Namun apa yang diutamakan dan hakikat yang sebenar ialah, kebajikan di dalam Islam ialah memastikan manusia umumnya, khasnya umat Islam, berada di dalam keadaan yang dirahmati Allah SWT dengan melakukan amal makruf dan menegah kemungkaran. Ini adalah skop yang sangat besar dan umum.

4- Itulah hakikat sebenar kebajikan di dalam Islam. Memastikan amal makruf berjalan dan kuat kuasa cegah kemungkaran dilaksanakan. Justeru, apabila kedua-duanya dilakukan, nescaya kesenangan, pemberian material dan kemewahan akan menyusul selepas itu.

5- Bermula dengan akidah yang merupakan tapak bagi manusia mengakui Allah tuhan yang Maha Esa yang tiada tuhan yang layak disembah melainkan-Nya, kebajikan utama yang harus dilaksanakan ialah menyelamatkan akidah manusia. Memastikan semua kembali dan menuruti landasan yang telah diletakkan oleh Islam. Dengan memperakui Allah sahaja yang layak disembah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah, kebajikan ke atas akidah manusia telah terlaksana. Kerana akidah yang rosak akan menyebabkan manusia diheret ke lembah neraka selama-lamaya. Justeru, kebajikan ke atas akidah memastikan, kefahaman yang sebenar mengenai tujuan diciptakan dan pelepasan di akhirat kelak.

6- Sebagaimana yang telah saya bentangkan di dalam siri Akidah Islam Dan Jenayah Murtad, kekuatan akidah di dalam memperakui Allah Yang Maha Esa sahaja yang layak disembah mempunyai 3 unsur utama bagi membentuk peribadi muslim yang sebenar-benarnya menyerahkan diri kepada Allah SWT. 3 unsur utama tersebut ialah memperakui Alllah sebagai tuhan yang layak disembah tanpa yang lain, tuhan yang menciptakandan mengatur percaturan yang telah termaktub, dan unsur yang akhir ialah meyakini bahawa kekuasan mutlak bagi Allah di dalam melaksanakan manfaat dan kemudhratan iaitu hanya Allah menjadi tempat perlindungan dan pergantungan dalam segenap urusan.

7- Ekoran akidah yang salah dan sesat merupakan punca utama kerosakan dan kezaliman melanda di atas muka bumi ini. Sekiranya segala pemusatan disatukan kepada Allah nescaya, isu kezaliman pasti tidak berlaku. Namun kezaliman terus melanda disebabkan pelbagai akidah yang salah tersebut. Lihat sahaja, bagaimana akidah yang dianuti oleh Yahudi dan kini kepercayaan tersebut yang telah diselewangkan oleh paderi dan para zionis mereka menyebabkan mereka meghukumkan bahawa darah umat Islam bagi mereka adalah halal untuk ditumpahkan. Penyelewangan akidah yang dianuti oleh kelompok atheis menyebabkan percaturan dan peraturan kehidupan dunia membenarkan kezaliman ke atas nyawa, maruah dan harta berlaku. Dan hanya dengan memperbetuli akidah ke arah akidah Islam, kebajikan secara hakikat akan terlaksana.

Thursday, March 25, 2010

BKAN Perlis Bina Kesatuan Menerusi Naungan PMRAM






25 Mac - Satu lagi liqa mesra bersama BKAN Perlis dilakukan pada malam Jumaat sekitar jam 10 malam. Saya bersama BP Labib bertemu mata bersama-sama beberapa kepimpinan BKAN Perlis.

Liqa mesra ini dilakukan bagi mengeratkan ukhwah dan memperkasakan kesatuan bersama di bawah naungan PMRAM. BKAN Perlis yang merupakan BKAN yang mempunyai kuantiti yang paling sedikit merupakan BKAN yang paling hampir dengan kedudukan pejabat PMRAM.

Beberapa perkara sempat dikongsikan dan diperbincangkan bersama bagi memperkukuhkan kesatuan di dalam memikul dan melaksanakan amanah Islam di bumi Mesir ini. Apa yang penting isu kesatuan bukan hanya isu bagi persatuan sahaja, bahkan ia merupakan intipati utama di dalam Islam itu sendiri. Allah Maha Esa, tiada tuhan selain daripada-Nya mengajar manusia bahawa tuhan hanya satu iaitu Esa. Sekiranya wujud tuhan lebih daripada satu, maka akan berlaku kepelbagaian ketaatan dan seterusnya berlaku kemusnahan. Begitu juga, arah kiblat kita yang dipasakkan kepada Kaabah sahaja, ia bagi menyatukan arah tujuan umat Islam. Walaupun Allah tidak bertempat, namun Kaabah dijadikan sebagai kiblat bagi menjaga kesatuan di dalam arah tuju ibadat umat Islam.

Selain itu, kami mengharapkan agar kepimpinan BKAN Perlis bekerja lebih keras di dalam memastikan dakwah ke atas anak-anak Perlis berjaya dan memastikan unsur-unsur perpecahan dicantas lebih awal agar tidak merosakkan kesatuan yang dibina di bawah PMRAM selama berpuluh-puluh tahun rosak.

Terus bekerja dan bersama-sama PMRAM...

Sunday, March 21, 2010

Mengunjungi Bazar Amal Anjuran Badan Kebajikan Pelajar Brunei Kaherah

Suasana ketika persiapan sedang dijalankan.. Di atas pentas tersebut merupakan tapak bagi Bazar Amal... 20 Mac - Sabtu....

Acara penghakiman design khat..apa yang menarik, design khat melalui komputer..agak2 nya, saya juga mampu wat jugak kalo gitu. :p

Beberapa sahabat pimpinan yang lain turut memeriahkan..Antaranya BP Shahrizan dan BP Malik..



Apa yang penting, " Satu Hati "......

Pameran yang terdapat ketika pogram... Acara tahunan dan replika bangunan kewangan Brunei...
Semua berderu-deru memilih makanan... makanan versi Brunei, memang best...
Buku Ramadhan : Puasa dan iktikaf juga dijual di sana... :)

Possing bersama sahabat pimpinan... BP Azlan, BP Jamal, Saudara Abdul Mu'in (Pengarah Mini Pavilion), Saudara Zulhafeez (Pengarah KELAP juga setiausaha bagi lajnah saya) dan Saudara Khairul Amri (Pengarah Unit Dana Syaqah)...



Di tengah-tengah, Saudara Yasir yang merupakan Presiden Badan Kebajikan Pelajar Brunei Kaherah.
Jalinan ukhwah di antara PMRAM dan Brunei semakin erat...

Lagak Presiden PMRAM bersama Presiden Badan Kebajikan Pelajar Brunei Kaherah...Mana lebih bergaya??

Di antara lauk dan hidangan yang menyelerakan....



Bersama setiausaha lajnah, Saudara Zulhafeez...


Bersama Pengarah Unit Dana Syaqah, Saudara Khairul Amri...

Akidah Islam dan Jenayah Murtad (siri 8)


Masyarakat Islam dan Jenayah Murtad


Perkara yang sangat bahaya yang menimpa ke atas orang Islam di zaman ini ialah perkara yang mengancam kewujudan maknawi iaitu mengancam akidah. Jenayah murtad (kufur selepas Islam) merupakan ancaman yang sangat bahaya ke atas masyarakat Islam. Murtad iaitu keluar daripada agama Islam merupakan agenda utama musuh-musuh Islam.

Pelbagai penipuan yang sangat halus dan licik telah dilakukan sejak berkurun lamanya. Mereka menipu individu Islam samada yang masih kecil ataupun yang telah dewasa dari setiap sudut samada dari aspek kekuatan dengan peperangan, senjata dan lain-lain lagi. Mereka juga menyerang masyarakat Islam dari sudut dalaman dengan pelbagai helah melalui penipuan fakta, media massa, hiburan dan sebagainya. Malah, kerja-kerja memurtadkan orang Islam seperti sudah menjadi kerja-kerja kewajipan pihak musuh dan mereka akan sentiasa melakukannya untuk selama-lamanya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Mereka tidak berhenti memerangi kamu sehingga mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah Al-Baqarah : 217)

Kegiatan pihak kafir ini telah pun Allah s.a.w. menggambarkan di dalam Al-Quran sebagai kegiatan yang menyerupai pihak Yahudi. Allah s.w.t. mengingatkan Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam kesemuanya bahawa pihak Yahudi tidak akan sesekali redha ke atas Islam sehinggalah umat Islam mengikuti mereka[1], barulah mereka akan meredhai. Ini menunjukkan rancangan-rancangan jahat yang dilakukan tidak akan berhenti sehinggalah hasrat mereka tercapai.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kehendak mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Surah Al-baqarah : 120)

Pada zaman sekarang, masyarakat Islam terdedah kepada serangan-serangan secara zahir dan juga ancaman halus yang merosakkan akhlak. Serangan-serangan tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk mencabut jiwa Islam dari akar umbi agar terus lenyap daripada individu Islam. Perumpaan demikian dapat kita lihat pada kerja-kerja membaptiskan (menjadikan seseorang bersifat dengan kelakuan dan perangai orang kristian) masyarakat Islam iaitu mengkristiankan orang Islam yang terselindung di sebalik rancangan penjajahan kaum barat yang di war-warkan sebagai bangsa yang membawa kepada pembangunan dan kemodenan.

Tanpa kita sedari, penjajahan berkurun lamanya yang dilakukan oleh mereka mempunyai tujuan utama yang tersirat iaitu memurtadkan orang Islam. Penjajahan bagi memurtadkan orang Islam tidah pernah berhenti malah berterusan secara aktif di dunia umat Islam. Lebih malang lagi, penjajahan ini lebih menyeluruh tanpa mengira golongan minoriti mahupun golongan asing yang mendiami di negara-negara Islam.

Tujuannya hanya satu iaitu untuk membaptiskan (mengkristiankan) umat Islam sebagaimana yang telah dirancang oleh pihak kafir dalam sidang muktamar mereka yang diadakan pada tahun 1978. Perkara yang dibincangkan ialah rancangan untuk memperluaskan kerja-kerja pembaptisan tersebut di kalangan umat Islam di serata dunia. Sebanyak 1000 juta dolar telah diperuntukkan untuk kerja-kerja tersebut dan akan ditubuhkan sebuah institusi khas bagi melahirkan para pendakwah mereka yang akan dihantar bagi memurtadkan umat Islam.

Sebagaimana yang berlaku pada serangan-serangan komunis bagi menyebarkan anutan Marks yang dilakukan di negara-negara Asia dan juga di Eropah. Tujuannya hanyalah satu iaitu untuk melenyapkan Islam di dunia dengan mencabut nilai Islam yang tertanam di jiwa umat Islam sehingga tidak ada lagi nilai Islam yang tertanam walaupun sebesar debu dan juga melahirkan generasi yang buta Islam yakni generasi yang tidak kenal akan Islam walaupun namanya.[2]

Selain itu, serangan sekular yang memisahkan agama dan urusan kehidupan[3]. Serangan ini sentiasa berterusan dengan motifnya (memisahkan agama dan urusan kehidupan) di dada para pemimpin umat Islam dan rakyatnya. Mereka menerima Islam mengikut citarasa dan membuang Islam apabila tidak sesuai dengan hawa nafsu mereka. Perkara ini merupakan serangan yang paling bahaya di hadapi oleh masyarakat Islam kerana merupakan serangan yang sangat halus dan licik.

Maka, menjadi kewajipan bagi masyarakat Islam dalam menghadapi gejala murtad ialah bangun menentang perkara ini dari setiap penjuru dan setiap bentuk serangan, tanpa meninggalkan ruang bagi mereka walaupun sebesar zarah supaya jenayah ini tidak tersebar dengan lebih meluas sebagaimana tersebarnya api pada rumput-rumput yang kering.

Inilah yang telah dilakukan oleh khalifah Islam yang pertama iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika beliau bangun memerangi golongan murtad yang mengikuti rasul palsu iaitu Musailamatul Al-Kazzab dan pihak-pihak lain seperti Sujah dan Al-Asadi yang melakukan pendustaan yang sangat besar bagi memurtadkan umat Islam pada ketika itu.

Antara bahaya yang dihadapi oleh masyarakat Islam ialah bala yang menimpa mereka dengan jenayah murtad yang tersebar luas akan tetapi tidak ada mana-mana golongan atau individu yang berani bersemuka dan menentang. Disebabkan perkara ini, seorang ulama sastera arab menyifatkan jenayah murtad yang berlaku pada hari ini di dalam katanya : tidak ada Abu Bakar yang bangun menentang jenayah murtad ini.

Jenayah ini mesti disekat dan dikekang agar tidak tersebar dan menambahkan padah yang sedia ada dengan berlakunya murtad secara besar-besaran sebagaimana api pada rumput yang kering. Hal ini demikian kerana jenayah murtad merupakan antara perkara mungkar yang sangat bahaya kesannya kepada individu dan masyarakat sehingga boleh menimbulkan perpecahan dan kekecohan.

Para ulama telah berijmak akan hukuman bagi golongan yang murtad. Jumhur (kebanyakkan) mereka mengatakan bahawa golongan ini wajib dijatuhkan hukum bunuh. Itulah pendapat imam yang empat (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali), bahkan mazhab yang lapan[4].

Di sana, terdapat beberapa hadis yang menguatkan lagi hujah bagi pelaksanaan hukuman bunuh tersebut seperti yang diriwayatkan oleh para sahabat, antaranya Ibn Abbas, Abu Musa, Muaz, Ali, Uthman, Ibn Mas’ud, Anas, Aisyah, Abu Hurairah dan Mu’awiyah. Walaupun hadis yang didatangkan dalam bentuk lafaz yang berbeza-beza namun kesemua memberikan makna yang satu.

Contoh seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas :

Maksudnya : Sesiapa yang menukarkan agamanya (murtad) maka bunuhlah ia. (Riwayat oleh jemaah perawi kecuali Muslim)

Dan hadis daripada Ibn Mas’ud :

Maksudnya : Tidak halal darah seorang muslim yang menyaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku (Muhammad s.a.w.) pesuruh Allah kecuali 3 sebab, jiwa dibalas dengan jiwa (qisas), janda yang berzina dan orang yang keluar daripada agama, yang berpecah daripada jemaah.

(Riwayat jemaah perawi)

Dalam hadis yang sama, terdapat juga lafaz yang berlainan daripada Saidina Uthman :

Maksudnya : ......lelaki yang kufur selepas Islam, atau berzina selepas berkahwin atau membunuh jiwa (manusia tanpa hak).

(Riwayat Tirmizi, An-Nasai dan Ibn Majah)

Berkata Ibn Rajab bahawa hukum membunuh bagi 3 golongan yang telah disebutkan di dalam hadis sebentar tadi adalah perkara yang telah disepakati di kalangan umat Islam.

Saidina Ali r.a. telah melaksanakan hukum bunuh terhadap satu kaum yang mendakwa ketuhanan dengan mencampak mereka ke dalam api selepas menasihati dan memberi amaran kepada mereka, namun mereka tetap juga tidak mahu bertaubat. Maka dicampakkan mereka ke dalam api sebagai hukum bunuh.

Namun Ibn Abbas tidak bersependapat dengan pelaksanaan Saidina Ali r.a. atas hukuman bunuh bagi orang yang murtad dengan mencampakkan ke dalam api kerana ada hadis lain yang menyebut : "janganlah kamu menyeksa dengan seksaan azab Allah". Bagi Ibn Abbas hukuman ke atas orang yang murtad ialah bunuh tetapi bukan dengan cara membakar mereka. Namun, Ibn Abbas tetap bersependapat dengan Saidina Ali r.a. mengenai hukuman bagi orang yang murtad iaitu bunuh cuma cara perlaksaannya yang berbeza.

Begitu juga pelaksaan hukum bunuh yang telah dilakukan oleh Abu Musa dan Muaz ke atas orang Yahudi di Yaman setelah yahudi tersebut kufur selepas dia menganuti Islam. Ketika pelaksaan hukuman tersebut, Muaz ada menyebut : "inilah hukuman daripada Allah dan rasul-Nya."muttafaqun ‘alaih (hadis ini telah disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Diceritakatan oleh Abdul Razak : sesungguhnya Ibnu Mas'ud r.a telah menahan sekumpulan daripada kalangan ahli Iraq yang telah murtad. Maka beliau menulis akan perihal sekumpulan yang murtad tadi kepada Umar. Beliau menulis : akan aku bentangkan kepada mereka akan agama yang sebenar dan penyaksian syahada tidak ada tuhan melainkan Allah s.w.t.. Sekiranya mereka menerimanya (kembali kepada Islam), maka mereka akan dilepaskan. Akan tetapi jika mereka enggan, maka mereka akan dijatuhkan hukuman bunuh. Maka sebahagian daripada mereka telah bertaubat, namun sebahagian lagi masih kekal dan tidak mahu kembali kepada Islam.

Banyak lagi contoh yang telah dilakukan oleh para sahabat yang menunjukkan persepakatan mereka terhadap hukuman bunuh bagi orang yang murtad.

Prof Dr Yusof Al-Qardhawi ada menyebut di dalam kitabnya[5] ialah : Sesungguhnya ulama’ telah membahagikan golongan yang melakukan bid'ah kepada 2 golongan di antara golongan yang menyebarkan dan satu golongan lagi yang tidak menyebarkan bid'ah, sebagaimana juga ulama membahagikan juga perkara bid'ah kepada bid'ah mughallazah (bid'ah yang berat) dan bid'ah mukhaffah (bid'ah yang ringan).

Begitu juga perlu dipecahkan akan perkara murtad itu kepada riddah ghalizah (murtad yang berat) dan riddah khafifah (murtad yang ringan). Dan begitu juga pada perihal golongan yang murtad kepada al-murtaddin ad-da'iyah (golongan yang menyebarkan jenayah murtad) dan al-murtaddin ghaira ad-da'iyah (golongan yang tidak menyebarkan jenayah murtad).

Maka golongan yang menyebarkan jenayah murtad seperti Salman Ar-Ruyhdi, yang mana beliau menyebarkan jenayah murtad kepada individu lain melalui percakapan dan penulisannya, maka memang layak untuk dikenakan hukuman yang berat dengan mengambil hukuman yang disepakati oleh jumhur ulama dan zahir hadis bagi membendung jenayah yang disebarkan dan menutup ruang-ruang fitnah.

Sesungguhnya orang murtad yang menyeru manusia lain kepada jenayah murtad, mereka bukanlah semata-mata murtad daripada Islam, bahkan mereka seolah-olah memerangi umat Islam. Maka, mereka tergolong di dalam kalangan orang yang memerangi Allah s.w.t. dan rasul-Nya. Malah, melakukan kefasidan[6] di atas muka bumi ini.

Peperangan dibahagikan kepada 2 jenis iaitu peperangan dengan tangan dan peperangan dengan lisan. Peperangan dengan lisan dalam konteks keagamaan lebih bahaya daripada peperangan dengan tangan. Dan kerana inilah Nabi Muhammad s.a.w. memerangi mereka yang berperang dengan lisan dan membiarkan sebahagian mereka yang berperang dengan tangan[7].

Begitu juga kefasidan (kerosakan) kadang-kadang dilakukan dengan tangan dan kadang-kadang dilakukan dengan lisan. Dan kefasidan yang dilakukan dengan lidah lebih berganda kesannya daripada dilakukan dengan tangan. Maka dengan itulah, memerangi Allah s.w.t. dan rasul-Nya dengan lidah adalah lebih bahaya dan melakukan kefasidan di atas muka bumi ini dengan lidah lebih dahsyat.

Pena atau penulisan dikategorika sebagai lisan, sebagai yang dikatakan oleh para hukamak. Bahkan pena dan penulisan itu lebih bahaya dan dahsyat daripada lisan lebih-lebih lagi pada zaman ini yang mana penulisan lebih mudah disebarkan di persada dunia dengan lebih luas.

Hal ini membawa kepada golongan murtad yang masih berada di dalam kemurtadan dan tidak mahu kembali kepada Islam, mereka ini dihukumkan ke atasnya sebagai orang yang tidak berada di dalam kebersamaan jemaah Islam. Mereka tidak dibenarkan untuk mendapatkan wala' (kesetiaan), kasih-sayang dan pertolongan daripada jemaah. Hal ini demikian kerana orang yang murtad sudah tidak dikira berada di dalam kelompok orang Islam[8].

Firman Alllah s.w.t. yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. (Surah Al-Maidah : 51)


[1] Agama dan jejak telunjuk.

[2] Nabi s.a.w ada bersabda dalam sebuah hadis yang mengatakan bahawa pada akhir zaman, islam akan tercabut satu demi satu, bermula dengan kerajaan (pemerintahan) dan berakhir dengan solat.

[3] Dinamakan sebagai sekularisme.

[4] Pendapat ini turut disokong oleh Mazhab Syiah Imamiyah

[5] Kitab Jarimatul Riddah Wa ‘uqubatuha (Jenayah Murtad Dan Kesannya)

[6] Kerosakan dan keburukan

[7] Rujuk dalam kitab karangan Prof Dr AlQardhawi yang bertajuk Kitab Jarimatul Riddah Wa ‘uqubatuha (Jenayah Murtad Dan Kesannya)

[8] Dalam satu hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud r.a bahawasanya orang yang murtad merupakan orang yang keluar daripada Jemaah Islam. Riwayat oleh Bukhari dan Muslim.



Related Posts with Thumbnails