Thursday, August 26, 2010

Ramadhan : Penghayatan Al-Quran Dalam Membendung Gejala Sosial


Antara anugerah yang paling berharga diberikan oleh Allah kepada manusia sekalian ialah Al-Quran sebagai pedoman dan panduan kehidupan. Al-Quran yang diturunkan kepada manusia bukanlah sekadar menjadi bacaan semata-mata apatah lagi hanya untuk jampi menjampi sebagaimana yang dilakukan oleh pihak mereka yang kurang mendalami agama Islam itu sendiri. Allah telah menjelaskan akan kelebihan Al-Quran dalam banyak ayat, dan apa yang penting selepas ayat disyariatkan berpuasa, Allah menyatakan akan penurunan Al-Quran sebagai : -

- petunjuk kepada manusia
- menunjukkan kepada manusia bukti-bukti kebenaran
- menjelaskan mana yang hak dan batil

Kini, isu penghayatan masih lagi dianggap masih kurang oleh masyarakat Islam setempat kita khususnya berdasarkan kes dan isu gejala sosial yang kin parah melanda. Statistik yang ditunjukkan bahawa kes-kes tersebut saban tahun semakin meningkat bahkan lebih teruk apabila statistik yang ditunjukkan tersebut menyatakan bahawa melayu Islam yang paling teratas dalam senarai. Sangat memalukan.

Kes rogol di Malaysia meningkat hampir 300 peratus tahun lalu kepada 4,959 kes berbanding jumlah kes 2007 sebanyak 1,241,kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 3,718 kes atau 299.6 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan kes rogol telah meningkat

Bil Tahun Kes Rogol
1) 2000 1217
2) 2001 1386
3) 2002 1431
4) 2003 1324
5) 2004 1698
6) 2005 2431
7) 2006 3098
8) 2007 3414
9) 2008 4959

Statistik laporan yang dipaparkan oleh Bernama bahawa pada tahun 2009, sebanyak 17,303 anak luar nikah melayu Islam didaftarkan.

Sehari dua ini, budak berumur 3 tahun disembelih oleh bapanya sendiri ekoran suspek didapati menghadapi sakit mental. Sebelum ini, kanak-kanak perempuan yang diculik, dirogol dan dibunuh semakin berleluasa.

Kesemua statistik ini berdasarkan laporan yang didapati, dan kita percaya bahawa banyak lagi kes yang terjadi namun tidak dilaporkan atau tidak diketahui. Bahkan kes sebegini bukan sahaja baru berlaku dalam tempoh 2 atau 3 tahun ini, malahan berpuluh tahun terdahulu. Bayangkan bagaimana kes-kes ini pada 10 tahun akan datang yang sebagaimana dilaporkan laporan per tahun adalah semakin meningkat bukannya semakin menurun ?!!!

Ini baru dalam kondisi negara Malaysia yang hanya mempunyai rakyat seramai 20 billion lebih, bagaimana pula dengan negara di luar sana yang rakyatnya jauh lebih berganda daripada Malaysia, lebih- lebih lagi negara yang bukan Islam ???

Justeru, penghayatan Al-Quran yang telah ditetapkan oleh Islam perlu dilaksanakan dengan kesemuanya sebagaimana yang difirmankan oleh Allah di dalam Surah Al-Baqarah :

Wahai orang yang beriman , masuklah Islam dengan kesemuanya (laksanakan Islam sepenuhnya)

Malahan apa yang diajarkan oleh Islam memang memenuhi kehidupan manusia itu sendiri samada dunia apatah lagi akhirat, yang mana tiada ruang kosong langsung yang ada tanpa pengisisan daripada Al-Quran :

- ibadah
- muamalat (pengurusan kewangan)
- nikah (institut kekeluargaan)
- undang-undang dan sistem negara

Justeru, sekiranya pengabaian salah satu daripada bahagian ini akan menyebabkan manusia kucar kacir dan rosak. Hal ini telah dijelaskan oleh Nabi SAW bahawa di akhir zaman Islam akan tercabut satu per satu ikatan, bermula dengan pemerintahan dan akhirnya solat. Hal ini sangat jelas berlaku selepas kejatuhan khilafah Islam pada 3 Mac 1924 lalu.

Sempena dengan memperingati tarikh nuzul Al-Quran, usaha ke arah kesedaran menghayati Al-Quran sepenuhnya perlu dimaksimakan. Peringtkan kembali masyarakat mengenai fungsi Al-Quran yang sebenarnya dan yang utama.

No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails