Eleman selepas feqh nusus ialah pemahaman ke atas feqh muwazanat dan feqh aulawiyyat. 2 eleman ini sangat berkait rapat dalam melaksanakan teori yang dipelajari. Hal ini demikian kerana mahu mempraktikkan feqh aulawiyat yang tepat, bergantung kepada pertimbangan muawazanat yang betul.
Feqh muwazanat merupakan kefahaman ke atas dalam melakukan sesuatu pertimbangan yang melibatkan samada 2 maslahat yang bertembung atau 2 mudharat yang bertembung atau pertembungan antara maslahat dan mudharat.
Manakala feqh aulawiyat pula kefahaman ke atas pengukuran dalam melakukan susunan apa yang mesti didahulukan dan apa yang patut diletakkan kemudian. Justeru bagi melakukan susunan ia bergantung selepas pertimbangan yang telah dilakukan, bukan hanya semata-mata meletakkan kepentingan secara sesuka hati.
Dalam sesuatu perancangan secara pasti akan melibatkan penyusunan perkara atau perancangan yang telah dilakukan, namun ramai yang silap melakukan penyusunan atau pengukuran disebabkan pertimbangan yang kurang mahir atau langsung tidak melakukan kaedah pertimbangan.
Antara contoh yang melibatkan 2 maslahat ialah seperti seorang exco (memegang amanah melakukan kerja Islam) yang bertembung dengan agenda mesyuarat dan pengajian tafaqquh. Justeru dalam hal ini apa yang mesti didahulukan?
Sebelum menyusun, lihat bagaimana untuk kita menimbang akan 2 perkara : agenda mesyuarat dan pengajian.
Konteks mesyuarat dan pengajian merupakan kedua-duanya adalah kewajipan. Mesyuarat membincang perkara yang membincangkan masalah umat sekeliling, manakala pengajian memberikan kefahaman mengenai ilmu dan Islam. Maka konteks hukum adalah sama. Kemudian melihat pula kepada mesyuarat merupakan perkara yang melibatkan maslahat yang umum kerana membincangkan masalah umat yang umum, manakala pengajian hanya melibatkan orang yang pergi mengaji sahaja, iaitu khusus. Justeru apabila bertemu antara yang umum dan khusus, mesti didahulukan perkara yang umum.
Ada juga yang menyangkal semula, bahawa pengajian juga melibatkan umum kerana ilmu yang diperolehi untuk disampaikan kepada masyarakat umum. Justeru dijawab semula, walaupun begitu lihat hak mana yang digunakan segera dengan lambat. Mesyuarat melibatkan keputusan segera yang diputuskan di dalam mesyuarat, kewajipan umum yang segera. Manakala pengajian pula seuasai sudah pengajian baru digunakan itupun sekiranya apabila bertemu dengan masyarakat. Maka kewajipan yang bukan segera. Apabila bertemu kewajipan yang segera dengan kewajipan yang kemudian, didahulukan kewajipan yang segera.
Jadi dalam feqh muwazanat dan feqh aulawiyat, mengajar beberapa point :-
1) apabila pertembungan 2 maslahat atau 2 mudharat, mesti dahulukan yang umum berbanding yang khusus.
2) Mesti mendahulukan perkara yang usul berbanding perkara yang furu'. sebagai contoh mendahulukan kesatuan umat Islam dalam menentang Yahudi dan sekutunya berbanding sibuk mempertikaikan sah solat atau tidak disebabkan setompok darah nyamuk.
3) Mendahulukan perkara wajib berbanding perkara sunat. Menjaga kesatuan umat adalah wajib berbanding dan lebih perlu dijaga daripada berbalah mengenai solat terawih samada 8 atau 20 rakaat siapa yang betul kerana solat terawih hanya sunat, akan tetapi kesatuan umat adalah wajib.
4) Mendahulukan fardhu ain berbanding fardhu kifayah. Seperti dalam konteks negara yang bermasalah gejala sosial yang sangat menular, maka memperbanyakkan pengajian dan sekolah agama adalah lebih diutamakan berbanding sibuk mengejar kemodenan dalam masa yang sama mengabaikan gejala sosial yang berlaku.
5) Mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Seperti mengutamakan pemahaman tafsir ke atas ayat-ayat Al-Quran adlah lebih penting daripada berbangga-bangga sudah menghabiskan berapa juzuk tanpa memahami isi kandungan Al-Quran.
6) Apabila melibatkan pertembungan di antara maslahat dan mudharat, maka kaedahnya mesti didahulukan mencegah mudaharat berbanding membawa maslahat. Hal ini demikian sebenarnya mencegah mudharat itu juga adalah demi maslahat. Seperti seseorang yang mahu pergi solat Jumaat, akan tetapi terserempak padanya maksiat, maka mesti mencegah maksiat terlebih dahulu.
7) Selain itu, fokus di dalam feqh muwazanat dan feqh aulawiyat ialah pemahaman ke atas etika maslahat bagi kegunaan ramai iaitu 3 ciri utama :-
- tidak bertentangan dengan nas.
- melibatkan maslahat umum.
- mesti maslahat yang yakin, bukan sangkaan semata-mata.
laa...bersambung lagi....
No comments:
Post a Comment