Thursday, August 12, 2010

Ramadhan : Gedung Memborong Pahala


Selaku umat Islam, kepercayaan kepada perkara ghaib merupakan salah satu unsur keimanan dan ketaatan yang mesti diberikan kepada Allah SWT. Antara mempercayai perkara ghaib ialah adanya dosa dan pahala. Membuat ibadah dan amalan baik maka akan diberikan pahala. Melakukan maksiat dan perkara keji akan dibalas dengan dosa.

Bagi mereka yang digelar aktivis Islam yang melakukan kerja-kerja Islam, kedatangan Ramadhan merupakan satu peluang besar-besaran bagi membolot sebanyak-sebanyak pahala. Hal ini ekoran antara fadhilat Ramadhan ialah setiapa amalan kebaikan akan digantikan dengan berganda. 1 sunat menjadi 1 fardhu, 1 fardhu menjadi 70 fardhu. Bahkan dalam Ramadhan diberikan hadiah 'special' iaitu lailatul qadar iaitu 1 malam seumpama 1000 malam.

Justeru, dengan kedatangan Ramadhan dan ganjaran lipat ganda yang diberikan, sewajarnya aktivis Islam memperbanyakkan dan memperhebatkan gerak kerja. Tidak menjadikan Ramadhan bulan rehat dan memberhentikan segala gerak kerja Islam.

Lihat, di zaman rasulullah SAW, peperangan yang pertama tercetus dalam bulan Ramadhan. Justeru, menunjukkan kepada kita dalam Ramadhan kerahan tenaga sepatutnya lebih besar berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Bagi mereka yang mempunyai akidah yang kuat, percayanya akan dosa dan pahala, pasti mendorong mereka menjadi semangat dalam berlumba-lumba melakukan kebaikan. Banyakkan dalam keadaan yang biasa setiap amalan yang baik pasti akan digandakan 10 kebaikan, bahkan lebih daripada itu. Ini kan pula di dalam bulan Ramadhan yang menjanjikan gedung pahala yang terjangka.

Bukan setakat itu, amalan aktivis Islam yang memperjuangkan agama Islam dan memanfaatkan masyarakat semua adalah sangat besar pahalanya sebagaimana yang dikhabarkan oleh baginda SAW, sehari di jalan Allah lebih baik daripada 60 tahun beribadat seorang diri. Bayangkan amalan ini yang dilakukan pada bulan Ramadhan. Berganda-ganda dan berbondong-bondong pahala yang diperolehi.

Justeru, bagi aktivis Islam jadikan bulan Ramadhan ini sebagai satu gedung memborong pahala. Jangan disebabkan tidak ada makan dan minum, mesyuarat, kerja-kerja persatuan dan perancangan program dan kesatuan terhenti. Teruskan bekerja di samping mengejar amalan-amalan khusus yang terdapat di bulan Ramadhan.


No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails