Friday, October 16, 2009

dalang kelakuan JPMK dalam menghalang pogram menghidupkan sunnah

sahabat-sahabat....

di sini, mari kita ikuti perkembangan berita mengenai 'kejahatan' JPMK yang cuba menggagalkan pogram bersama Syeikh di dalam mempelajari Sahih Bukhari yang julung2 kalinya akan dianjurkan oleh PMRAM.

segala berita boleh la terus ke melalui www.pmram.org

atas itu, kami di pihak PMRAM mengharapkan doa kawan2 agar pogram ini berjaya dilaksanakan dengan baik dan semoga Allah mengenakan balasan terhadap pihak2 yang melakukan kejahatan n kekejian tersebut.

Thursday, September 10, 2009

cara galakan untuk banyak membaca Al-Quran





salam kawan, sahabat n teman..

saya terfikir, mengapa kita kadang2 x sempat membaca al-quran dengan banyak? kadang2 hanya beberapa muka surat sahaja. nnt time bila ramadhan barulah abes. alhamdulillah mujur abes. dan alhamdulillah dalam solat diwajibkan baca al-quran iaitu surah al-fatihah, kalo x, x tau la dalam sehari kita ada baca atau tidak.huhuh....

berbanding dengan blog, akhbar, novel, dan bahan bacaan yang lain mungkin kita lebih meluangkan masa untuk perkara tersebut. xder la nak kata salah selagi mana perkara tersebut mendatangkan manfaat, akan tetapi mengapa x juga diluangkan membaca al-quran dan mentadabbur al-quran sama seperti dengan yang lain? maksudnya ada masa yang banyak untuk dengan al-quran.

fahamilah, untuk berdampingan dengan al-quran ade 3 peringkat :
1- membaca, mempelajari tajwid, melihat dan pegang
2- mentadabbur, mengkaji, mempelajari ilmu2 al-quran
3- menjalankan hukum - hukum al-quran

sudah semestinya kesemua peringkat ni kita kene laksanakan. tidak ada pilihan. namun sekiranya peringkat pertama pun x mampu nak lakukan bagaimana pula nak lakukan peringkat ke-2 n ke-3???

kadang2 ade je alsan, ala yang penting kita laksanakan hukum yang terdapat dalam al-Quran. yup itu semestinya. tp kene ingt ulama dahulu pun laksanakan hukum tp ada mereka tinggalkan membaca n tadabbur al-quran??jangan lupa. ulama dahulu menjalankan 100% hukum di dalam al-quran, tp mereka x pernah kurangkan masa untuk baca al-quran..

maka, sy ada satu cara yang paling ringan (jika kawan2 mampu wat lebih lagi bagus). dan saya beranggapan seseorang paling minima mesti abeskan setengah juzuk iaitu 10 muka. kalo yang betol2 ada keuzuran je x mampu nak wat, kalo xder, memang tiada alasan.

bagaimana??

caranya setiap selesai solat baca 2 muka surat. 5 kali solat insyaallah abes 10 muka. dan saya rasa selesai solat semua tidak akan terus berkejar ke tempat lain kan??sekurang2nya akan duduk sebentar. dan satu muka x amek masa yang lama. sekitar 2 atau 3 minit.so x kan nak peruntukkan 6 minit untuk membaca 2 muka surat selepas solat lagi x mampu?? muhasabah bersama...

lazimilah bacaan Al-Quran. try dahulu kaedah ini, kalo x mampu jugak, bgtau, kita cuba cari kaedah bagaiman untuk menghidupkan suasana pembacaan Al-Quran..

Monday, September 7, 2009

menanti sang siang, tetapi malam yang tiada kesudahan






perumpaan bagi seseorang yang menantikan suatu harapan yang jauh " menantikan sang siang, tetapi malam yang tiada kesuadahan ". mungkin itulah juga yang berlaku pada setiap diri yang bergelar manusia. siapa yang tidak pernah diuji dengan perkara sebegini. cuma yang membezakan adakah sesuatu harapan tersebut besar atau kecil sahaja.

mengapa ye? kadang2 manusia hampir separuh 'gila' menantikan sang siang itu. menantikan cahaya yang bahagia bagi menyuluh kegelapan kesepian yang menyelubungi diri. bukan lah salah, malah perkara semula jadi asalkan ia tidak menghilangkan nilai-nilai Islam yang telah digariskan.

manusia tetap manusia. tidak mungkin sesekali merubah menjadi malaikat. jangan melawan hakikat untuk tidak makan, minum, dan melakukan perkara yang sememangnya ditanamkan di dalam diri manusia ini. bukannya dipinta, tetapi inilah yang ditanamkan atau dicipta agar menyerikan kehidupan manusia. cuma jika tidak kene caranya maka akan mendatangkan dosa. jika melalui jalan yang ditunjukkan oleh Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW, maka perolehi pahala.

tidak mahu membebel panjang, cuma mahu meluahkan sejuzuk apa yang memeningkan kepala selama ini. cuma mungkin dalam posting yang mendatang akan dibahaskan mengikut kajian ilmiah. akhir kata :

"malam menanti siang, siang menanti malam "

Sunday, August 16, 2009

Akidah Islam dan Jenayah Murtad (siri 3)


Unsur-Unsur Asas Dalam Tauhid


Akidah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. ke seluruh dunia mempunyai 2 konsep yang cukup mendalam dan besar maknanya iaitulah tiada tuhan melainkan Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. pesuruh Allah s.w.t.. Dalam bab sebelum ini telah diterangkan secara ringkas mengenai konsep ‘tiada tuhan melainkan Allah s.w.t..’ Dalam bab ini pula akan diterangkan unsur-unsur asas yang terdapat dalam asas tauhid untuk menerangkan lagi kehendak makna yang sebenar dalam konsep ‘tiada tuhan melainkan Allah s.w.t..’ Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran ada 3 unsur asas dalam kalimah tauhid tersebut. 3 unsur ini dimuatkan di dalam satu surah di dalam Al-Quran, iaitu surah Al-An’am :

1. Tidak ada tuhan melainkan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad) : “Apakah (patut) aku mencari tuhan selain Allah, padahal Dialah tuhan bagi segala sesuatu. (Surah Al-Maidah : 164)

2. Tidak ada wali (pelindung) melainkan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad) : “Apakah aku akan menjadikan pelindung selain Allah s.w.t. yang menjadikan langit dan bumi, padahal Dia memberi makan dan tidak diberi makan”.
(Surah Al-Maidah : 14)

3. Tidak ada hukum yang wajib diikuti melainkan hukum Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Patutkah aku mencari hakim selain Allah s.w.t sedangkan Dia yang menurunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu secara terperinci. (Surah Al-Maidah : 114)


Unsur Pertama

Unsur pertama yang dinyatakan ialah tidak mengambil selain daripada Allah s.w.t. sebagai Tuhan. Unsur ini membawa maksud membatalkan atau menafikan segala benda yang didakwa sebagai tuhan kepada manusia samada yang baru atau lama bagi masyarakat di timur mahupun di barat. Menafikan segala-gala tuhan yang didakwa oleh manusia seperti pokok, batu, api, matahari, bulan, jin atau manusia.

Unsur ini membebaskan manusia daripada segala ikatan yang berteraskan ketuhanan sesama makhluk yang pada hakikatnya semua mahkluk di bumi dan di langit adalah hamba kepada Allah s.w.t.. Semuanya menyembah dan patuh kepada tuhan Yang Maha Esa.

Kalimah ‘La ila ha illallah’ dalam syahadataini membawa maksud yang sangat luas. Kalimah ini membebaskan manusia daripada tunduk patuh, menghinakan diri serta beribadat melainkan kepada penciptanya, Allah s.w.t.. Maka tidak harus manusia beribadat dan menyembah selain daripada-Nya. Oleh kerana itulah, Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan utusan yang terakhir menyeru seluruh manusia tanpa mengira perbezaan pangkat dan darjat seperti raja-raja, pendeta-pendeta dan golongan bangsawan daripada kaum Nasrani untuk mentauhidkan Allah s.w.t. sebagai tuhan Yang Esa tanpa ada yang lain selain-Nya sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad) : “Wahai ahli kitab! Marilah (kita) menuju kepada satu kalimat (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahawa kita tidak menyembah selain Allah s.w.t. dan kita tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan bahawa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah s.w.t.. Jika mereka berpaling maka katakanlah (kepada mereka), “Saksikanlah, bahawa kami adalah orang muslim.” (Surah Ali Imran : 64)

Maka dengan itu, kalimah bahawa Allah s.w.t. sahaja tuhan yang selayaknya untuk disembah adalah sebagai kalimah yang menghapuskan segala bentuk atau kekuasaan yang berkuasa di atas muka bumi ini selain daripada Allah s.w.t. Hal ini demikian, pada zaman dahulu, mereka yang mempunyai kekuatan, kekuasaan, pengaruh dan kekayaan mendakwa dirinya sebagai tuhan kerana memiliki segala kelengkapan dan hajat yang diingini oleh manusia sekalian. Manusia hidup bersistemkan sistem rimba. Yang mempunyai kelebihan akan memerintah manakala yang lemah dan mempunyai kekurangan akan diperintah. Maka kalimah ini didatangkan untuk melenyapkan segala bentuk dakwaan-dakwaan yang sesat ini.

Maka dengan itulah sejak zaman dahulu pembawa-pembawa risalah tauhid ini mendapat kecaman dan ancaman daripada pihak-pihak yang tidak mahu menerima akan kalimah tauhid ini. Sejarah telah membuktikan apabila Nabi Musa a.s. mendapat ancaman untuk dibunuh oleh Firaun yang merupakan pemerintah yang paling berkuasa di Mesir pada ketika itu.



Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Dan seseorang yang beriman di antara keluarga Firaun yang menyembunyikan imannya berkata : “apakah kamu akan membunuh seseorang kerana dia mengatakan “tuhanku adalah Allah”.
(Surah Ghafir : 28)

Dan kerana inilah, Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat diseksa, dimaki, diancam dan dihalau daripada tempat tinggal masing-masing.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar, hanya kerana mereka berkata, “tuhan kami ialah Allah”. (Surah Al-Hajj : 40)


Unsur Kedua

Unsur kedua yang menjadi asas dalam kalimah tauhid ialah tidak mengambil selain Allah s.w.t. sebagai wali (pelindung). Iaitu tidak menjadikan selain daripada Allah s.w.t. sebagai tempat bergantung, tempat berharap dan tempat meminta pertolongan. Jadi, unsur yang kedua ini menafikan sebagai bentuk wali ataupun segala bentuk pertolongan selain daripada Allah s.w.t.

Tidaklah dinamakan tauhid sekiranya seseorang itu mendakwa Allah s.w.t. sebagai tuhannya namun dalam masa yang sama, pengharapannya, kecintaannya dan meminta pertolongan adalah sesama makhluk selain daripada Allah s.w.t.. Malah lebih teruk lagi jika ada yang sanggup memberikan pengharapannya dan kesetiaannya kepada musuh-musuh Islam.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksudnya: Janganlah orang-orang yang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, melainkan orang-orang yang beriman. (Surah Ali-Imran : 28)

Hakikat yang sebenar bagi tauhid ialah beriman kepada Allah s.w.t. sebagai tuhannya dengan mengikhlaskan dirinya kepada Allah s.w.t. dengan menyerahkan segala pengharapan, kesetiaan dan mengambil Allah s.w.t. sebagai walinya serta kepada sesiapa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk berwalikan dengannya. Sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran :

Sesungguhnya penolongmu hanyalah Allah s.w.t., rasul-Nya dan orang yang beriman, yang melaksanakan solat, menunaikan zakat seraya tunduk (kepada Allah s.w.t). Dan barangsiapa yang menjadikan Allah s.w.t., rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya maka sungguh, pengikut (agama) Allah s.w.t. yang menang. (Surah Al-Maidah : 55-56)

Berdasarkan ayat di atas, jelas Al-Quran menegah dengan keras akan kaum Musyrikin yang pada ketika itu yang membahagikan hati-hati mereka di antara Allah s.w.t. dan seteru-seteru Allah s.w.t. yang dijadikan sebagai penyembahan. Kaum musyrikin pada zaman dahulu menyembah berhala-berhala yang mereka anggap sebagai tuhan dan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada tuhan kepada kaabah iaitu Allah s.w.t. Mereka juga menyerahkan kecintaan dan kepatuhan mereka kepada berhala-berhala yang mereka sembah sebagaimana mereka mencintai Allah s.w.t. dan patuh kepada-Nya dalam masa yang sama.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Dan di antara manusia ada yang menyembah selain Allah s.w.t. sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mereka mencintai Allah s.w.t.. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah s.w.t.. (Surah Al-Baqarah : 165)

Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan menerima sifat syirik di dalam hati orang-orang yang beriman, maka tidak harus untuk diserahkan hatinya sebahagian untuk Allah s.w.t. dan sebahagian untuk toghut (syaitan dan segala benda yang menyeru ke arah kesesatan). Tidak harus meletakkan sebahagian pengharapannya kepada Allah s.w.t. dan sebahagian yang lain kepada makhluk.

Sesungguhnya pengharapan dan hati sepenuhnya hanyalah kepada Allah s.w.t., tiada yang lain selain-Nya, Dialah Pemilik sekalian makhluk, segala urusan terserah bagi-Nya. Inilah perbezaan di antara orang-orang yang beriman dan musyrik. Orang yang beriman menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t. semata-mata dan melakukan ibadat kerana Allah s.w.t. tanpa ada selain-Nya. Manakala orang musyrik pula membahagi-bahagikan di antara Allah s.w.t. dan selain Allah s.w.t..

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah s.w.t., tuhan seluruh alam. (Surah Al-An’am : 162)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Allah s.w.t. membuat perumpaan (iaitu) seorang lelaki (hamba sahaya) yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang dalam perselisihan, dan seorang hamba sahaya yang menjadi milik penuh dari seorang (sahaja). Adakah keduanya hamba sahaya itu sama keadaannya? Segala puji bagi Allah s.w.t. tetapi kebanyakkan mereka tidak mengetahui. (Surah Az-Zumar : 29)

Unsur Ketiga

Yang dimaksudkan dengan unsur yang ketiga ini ialah tidak mencari hukum yang selain daripada hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sebagai undang-undang dalam kehidupan. Wajib bagi manusia sekalian untuk membuang atau menolak kepatuhan bagi segala hukum-hakam selain hukum Allah s.w.t., segala suruhan-suruhan selain suruhan Allah s.w.t., segala peraturan selain peraturan Allah s.w.t., segala undang-undang selain undang-undang Allah s.w.t. dan segala ikutan selain ikutan Allah s.w.t..

Sesiapa yang mengambil sesuatu selain daripada apa yang telah diturunkan dan ditetapkan oleh Allah s.w.t. samada dari segi peraturan, undang-undang mahupun ikutan maka secara automatik telah terbatal satu unsur asas daripada unsur-unsur asas di dalam akidah tauhid. Hal ini demikian kerana dia telah mencari sesuatu yang lain selain Allah s.w.t.. Dia telah mengambil hakim yang lain selain daripada Allah s.w.t. di dalam kehidupannya. Dia juga telah menolak hukum syariat yang didatangkan daripada Allah s.w.t..

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah Yusuf : 40)

Unsur asas yang ketiga mempunyai kaitan secara langsung dengan Allah s.w.t. dari segi rububiyah dan uluhiyah. Maka sesiapa yang mengambil manusia yakni apa-apa sahaja selain daripada Allah s.w.t. sebagai hakim dalam mentaati suruhan dan larangan secara mutlak, menghalal dan mengharamkan mengikut kesukaannya, malah memberikan ketaatan kepada perkara yang tidak sepatutnya walaupun menghalalkan perkara yang haram seperti zina, arak, judi dan sebagainya, maka dia telah membuang hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t.. Selain juga, mengharamkan perkara yang halal seperti talak, poligami dan sebagainya. Atau dari sudut menolak kewajipan-kewajipan seperti sistem khalifah, zakat, amal makruf dan nahi mungkar dan sebagainya.

Pada hakikatnya sebegini, mereka telah mengambil tuhan yang lain selain Allah s.w.t. sebagai hakim dalam menetapkan segala peraturan dan urusan hidup walaupun pada zahirnya, mereka tidak menyembahnya. Perkara sebegini ada disebutkan di dalam Al-Quran. Allah s.w.t. berfirman di dalam Surah At-Taubah :

Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (Surah At-Taubah : 31)

Menjadi persoalan, bagaimanakah yang dimaksudkan dengan mereka (kaum Nasrani) mengambil para rahib mereka sebagai tuhan sedangkan mereka (kaum Nasrani) tidak pernah menyembah mereka (rahib) sebagaimana orang-orang musyrik menyembah berhala secara jelas?

Persoalan ini terjawab dengan jawapan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tirmizi dan Ibn Jarir daripada kisah pengislaman ‘Adi bin Hatim At-Toey. Pada zaman jahiliyah beliau seorang yang menganut agama kristian sebagaimana kaum Nasrani yang lain. Suatu hari beliau datang ke Madinah. Maka beliau pun memberitahu hajat kedatangannya ke Madinah kepada orang ramai. Maka beliau pun menuju ke tempat untuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.. Apabila menghadap Rasulullah s.a.w., maka Rasulullah s.a.w. mendapati terdapat di lehernya lambang salib yang diperbuat daripada perak. Baginda pun membacakan firman Allah s.w.t. :

Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam…. (Surah At-Taubah : 31)

Maka berkatalah ‘Adi bahawa sesungguhnya mereka (orang-orang Nasrani) tidak menyembah rahib mereka. Jadi bagaimana boleh dikatakan bahawa orang-orang Nasrani menjadikan rahib mereka sebagai tuhan? Lalu baginda s.a.w. menjawab kembali : benar (mereka tidak menyembahnya). Akan tetapi rahib-rahib mereka menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal. Mereka mengikutinya, maka hal ini adalah serupa dengan menyembahnya.

Berkata Ibnu Kathir : Huzaifah ibn Alyaman dan Ibn Abbas telah menafsirkan ayat tersebut sebagaimana berikut, iaitu mereka (orang-orang Nasrani) mengikuti para rahib mereka dalam mengharamkan perkara yang halal dan menghalalkan perkara yang haram.


Telah berkata As-Sadya : Sekumpulan lelaki datang untuk meminta nasihat dan dalam masa yang sama mereka itu mencampakkan Al-Quran di belakang punggung mereka (membelakangi Al-Quran dalam melaksanakan sesuatu perkara) iaitu nasihat tersebut membelakangi Al-Quran. Maka Allah s.w.t. menurunkan ayat. :
Maksudnya : Mereka tidak disuruh menyembah melainkan Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia… (Surah At-Taubah : 31)

Setiap perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t., maka perkara tersebut adalah haram. Dan setiap perkara yang dihalalkan oleh Allah s.w.t., maka perkara tersebut adalah halal. Dan setiap perkara yang disyariatkan-Nya, maka wajib dituruti. Dan setiap perkara yang diperintahkan-Nya, maka wajib dilaksanakan. Tidak ada tuhan melainkan Allah s.w.t.. Maha Suci Allah s.w.t. daripada apa yang mereka sekutukan.

Maka, inilah makna yang terdapat di dalam kalimah syahadah yang pertama iaitu tiada tuhan melainkan Allah s.w.t.. Terdapat 3 konsep asas bagi merealisasikan kalimah syahadah yang pertama iaitu tiada tuhan melainkan Allah, tiada wali (pertolongan dan pengharapan) selain Allah dan tiada hakim selain Allah, sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran pada ayat-ayat yang jelas.

Saturday, August 15, 2009

BUKU RAMADHAN : PUASA DAN IKTIKAF





tidak ada ape2 yang hendak di postkan pada kali ini. cuma sedikit makluman kepada kawan2 dan teman2, mengenai buku Ramadhan : Puasa Dan Iktikaf yang baru dikeluarkan ada sedikit pemebnritahuan. walaupun bagi sesiapa yang membaca buku tersebut, harap tidak meletakkan mindset bahawa buku tersebut meletakkan pendapat yang semuanya muktamad dan merupakan manhaj yang tetap. di dalam buku tersebut, saya hanya meletakkan pendapat yang dirasakan agak bersesuaian dan tidak terlalu ketat, dan manhaj dalam pembawakan buku itu tidak lazim, maksudnya sekiranya para pembaca ada mengetahui pendapat yang lain, maka silakan. saya hanya meletakkan apa yang saya pelajari sahaja.

saja memaklumkan perkara sebegini agar para pembaca tidak terlalu merasakan hanya ini sahaja manhaj dan penadapat yang ada. sebaliknya kita sendiri perlu mengkaji dan belajari daripada mereka yang alim. dan insyaallah akan didiskusikan buku tersebut di beberapa tempat. semoga kalian mendapat faedah dan ilmu yang berguna...

harap maklum...

Wednesday, August 12, 2009

faktor-faktor kesatuan umat Islam




kesatuan bagi umat Islam merupakan suatu perkara yang amat penting di dalam menjayakan rancangan mendaulatkan Islam sebagai agama di muka bumi. tanpa ada kesatuan, perpecahan yang berlaku akan menyebabkan umat Islam akan lemah, hilangnya keindahan syiar Islam dan pengaruh Islam di dunia. maka, sejak dari dahulu lagi, hati-hati umat Islam telah disatukan oleh Allah SWT bagi membentuk suatu ikatan yang utuh untuk merangsangkan kekuatan kesatuan ummah. hal ini demikian, dengan wujudnya kekuatan kesatuan tersebut, ia mampu menjadikan umat Islam disegani lawan dan kawan dan mampu membawa risalah Islam seterusnya mewujudkan Negara Islam yang diimpikan setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniyah suatu ketika dahulu. dan usaha-usaha di dalam menyatukan umat Islammerupakan suatu usaha jihad yang sangat besar dan memerlukan ketekunan dan kesungguhan yang lebih daripada segala-galanya. di sini, saya cuba membawa beberapa faktor yang umum dan besar bagi kesatuan umat Islam, antaranya ialah :

1) SATU AKIDAH

tidak mungkin berlaku kesatuan umat Islam selama mana mereka tidak dihimpunkan di dalam akidah yang satu. akidah merupakan tunjang di dalam membentuk asas yang sangat penting di dalam membina keperibadian individu dan berkumpulan. justeru, akidah merupakan suatu konsep yang padanya dipusatkan segala amalan, perbuatan, hubungan dan akhlak. maka hasil bagi segala perbuatan, hubungan dan akhlak adalah mengikut acuan akidah. maka sekiranya akidah islam,segalanya akan dilakukan berdasarkan acuan Islam, sekiranya bukan maka hasilnya juga bukan mengikut acuan Islam.

justeru, akidah yang membawa kepada kesatuan dan maslahat bagi umat Islam yang pelbagai ialah akidah yang didirikan dengan asas-asas Al-Quran dan As-Sunnah. yang mana asas-asas tersebut mampu diterjemahkan di dalam segenap bidang samada yang melibatkan perkara pokok atau cabang.

sesungguhnya akidah yang sihat dan betul merupakan jalan yang utama di dalam menyatukan umat Islam di seluruh dunia dan sepanjang masa. tidak ada jalan yang mampu menyatukan seluruh hati-hati umat Islam keseluruhannya, menyatukan suara mereka dan memberikan kesenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat melainkan kembali kepada Islam yang suci daripada unsur-unsur yang menyeleweng. islam yang bersih daripada perkara syirik, bid'ah, hawa nafsu, taassub dan perkara-perkara yang keji dan fasid. dan akidah Islam sebeginilah yang dituntut ke atas umat Islam keseluruhannya samada dari sudut perbezaan mazhab atau kelopmok supaya sama-sama menyatukan diri di dalam Islam dan mengikuti perjalan para salafus saloh yang telah membentuk perjalan Islam yang teratur.

maka, di dalam usaha membentuk kekuatan kesatuan umat Islam mestilah melalui jalan yang telah dibentangkan Islam, tidak ada yang lain. hanya dengan kesatuan umat Islam kemenangan yang dijanjikan akan muncul. maka kesatuan melalui Islam adalah yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. justeru, cara untuk memahami penterjemahan yang sahih bagi kefahaman Al-Quran dan As-Sunnah hanya dengan melalui rasulullah SAW, para sahabat RA, para tabi'en dan golongan yang mengikuti manhaj Islam sehingga ke hari kiamat.



2) BERHUKUMKAN DENGAN PANDUAN DAN SUMBER DARIPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

jika faktor yang pertama ialah kembali kepada akidah yang satu, akidah yang benar iaitu Islam, maka kesinambungan daripada itu, bagi mencernakan kekuatan kesatuan adalah dengan menjalankan perlembangan Islam di dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara sehinggalah dunia. maka sekiranya umat Islam tidak menjalankan mengikut apa yang yang telah diperuntukkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah sebenarnya umat Islam tersebut telah hilang jati diri selaku umat Islam, maruah, kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

dalil-dali yang terdapat jelas menunjukkan kewajipan di dalam menjalankan perlembagaan Islam mengikut Al-Quran dan As-Sunnah. antaranya :

sila rujuk : Surah An-Nisa' ayat 59, Surah A;l-An'am ayat 114 - 115, Surah As-Syura ayat 10.

maksud daripada hadis nabi SAW daripada Ibnu Abbas RA, wahai manusia, sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang mana sekiranya kamu berpegang teguh dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya,itulah kitab Allah SWT (Al-Quran) dan Sunnahku (As-Sunnah). - Sahih muslim no 1218.


3) BERINTIMAK DENGAN ISLAM

iaitu dengan bersungguh-sungguh di dalam menyeru manusia sekalian alam kepada Allah SWT dan menjaga manhaj pergerakan Islam supaya tidak lari daripada landasannya. dan berintimak dengan Islam bukan hanya pada beberapa perkara sahaja, bahkan meliputi keseluruhan di dalam akidah dan syariat, manhaj kehidupan, dan memuliakan agama Islam dan menjauhkan dan membersihkan daripada perkara-perkara yang sesat dan menyeleweng.

sesungguhnnya Islam itu merupakan agama bagi seluruh kehiduapan di dalam menjadikan segala aspek kelakuakan manusia berteraskan pengabdian diri kepada Allah SWT samada dalam perspektif ibadah, muamalat, akhlak, kehakiman, perniagaan dan sebagainya.

mafhum daripada firman Allah SWT : dan siapa yang lebih baik kata-katanya yang menyeru kepada Allah SWT dan beramal soleh dan orang tersebut berkata sesungguhnya aku daripada kalangan orang Islam. - Surah Fussilat ayat 33

4) MENCARI DAN MENUNTUT KEBENARAN

faktor ini merupakan pemangkin bagi menjana kesatuan umat Islam. di mana sekiranya umat Islam berusaha dan berkeinginan di dalam mencari dan menuntut kebenaran maka akan adanya jalinan ke arah kesatuan. hal ini demikian sekirany tidak mahu kepada kepada kebenaran nescaya ia mencari kebatilan. kerana hanya ada kebenaran atau kebatilan sahaja, tidak ada yang ketiga mahupunyang ditengah-tengah. - rujuk Surah Yunus ayat 32.

dan kebenaran itu tidak dapat tidak datangnya daripada keyakinan. sangkaan semata-mata tidak memadai. - rujuk Surah Yunus ayat 36

dan kebenaran itu adalah yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah, maka sekiranya sesuatu umat itu mahukan kepada kebenaran, maka mestilah ia mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah, sekirany tidak,maka ia tergolong di dalam kalangan mereka yang mencari kebatilan.

di antara cara di dalam mencari dan menuntut kebenaran ialah dengan taqwa kepada Allah SWT, iklhas tidak mengharapkan habuan dan pujian, berlindung dengan Allah SWT tidak dengan kuasa makhluk, mentadabbur Al-Quran dan As-Sunnah dan mengikuti jalan para sahabat dan para salasuf saleh.


5) MEMBENTUK JALINAN UKHWAH DI ANTARA SESAMA MUSLIM

sememnag di dalam usaha menyatukan umat Islam, jalinan ukhwah di antara sesama muslim perlu dilakukan terlebih dahulu. hal ini demikian, kesatuan ummah hasil daripada jalinan ukhhwah. dan sesungguhnya ukhwah merupakan satu anugerah daripada Allah SWT yang diberikan kepada hamba-hambaNya yang ikhlas.

mafhum daripada firman Allah SWT : sesungguhnya para mukmin itu berukhwah . - rujuk Surah Al-Hujurat ayat 10

maksud daripada hadis nabi SAW : 3 perkara yang sesiapa ada pada dirinya akan merasai kemanisan iman, iaitu mencintai Allah dan rasulNya daripada segala-gala yang lain, berkasih sayang dengan seseorang kerana Allah SWT, dan wujudnya perasaanya benci untuk kembali kepada kafir sebagaiman benci untuk dilemparkan ke dalam neraka. - Sahih Bukhari tajuk iman bab kemanisan iman.

justeru, jalinan ukhwah bukan hanya semata-mata pada perkara yang dunia dan menguntungkan sahaja, bahkan di dalam nasihat ke arah kebenaran dan mencegah kemungkaran juga melibatkan ukhwah sessama muslim. dengan adanya jalinan ukhwah ini akan membawa kepada pemebentukan kelompok atau jemaah yang utuh dengan kesatuan.

Saturday, August 8, 2009

Dataran Hayyu Asyir bergegar dengan kemeriahan warna-warni



menakjubkan! mempersonakan! meriah! GEMPAK!

mungkin ini kalimah yang akan terkeluar daripada lidah anda sekianya anda berada di dataran Hayyu Asyir semalam (8 Ogos jam 9 malam sehingga 11 malam) bersempena pogram perasmian EGP PMRAM 09 (Ekspo Gempak PMRAM 09). kemeriahan dan kehangatan sangat ketara dan mungkin ini yang boleh dikatakan firstime di dalam sejarah yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak selain pihak. bahkan saya rasa bukan tidak pernah, malah tidak mampu dilakukan oleh pihak selain PMRAM.

sememangnya pogram ini diklasifikasikan sebagai pogram SUPER MEGA memandangkan acara, konsep dan perbelanjaan yang menelan beberapa angka. tahniah dan mantap kepada bahagian pelaksana dan perancang bagi pogram tersebut.

suasana yang dirasai di malam perasmian mungkin boleh memadamkan kerinduan mereka terhadap sambutan kemerdekaan yang disambut di peringkat Malaysia. tema yang digunakan iaitu warna-warni menjadikan dataran Hayyu Asyir betol-betol meriah dan bbergegar dengan beberapa persembahan yang mantap sebagai warna-warni Malaysia yang dipersembahankan oleh adik-adik Buuth, kumpulan kompang, skuad waja diri Taek Wado, sketsa pentomen kemudian diikuti dengan perarakan motor-motor besar (BSA), perbarisan Badan Kebajikan Anak-Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM).

dan diakhir perasmian selepas ucapan perasmian dan gimik perasmian, letupan bunga api menghangatkan suasana. dan bendera gergasi sebesar bangunan asrama dikibarkan dari atas bangunan asrama selangor akhwat ke bawah.

mungkin inilah rahmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada PMRAM di dalam mengerahkan usaha untuk menyatukan suara anak-anak Melayu di perantauan Mesir ini. inilah konsep ONE MALAYSIA dan KERAJAAN PERPADUAN yang berjaya ditunjukkan oleh PMRAM. semua rakyat di Malaysia turun, berhimpun dan bersatu di dalam menjayakan pogram tersebut. tahniah diucapakan.

mungkin gambar pada malam tersebut belom diuploadkan menyebabkan tidak dapat ditunjukkan di sini..nantikan, saya mungkin akan tonjolkan apabila dapatkan sudah dapat daripada pihak wartawan..tunggu.......