Saturday, July 31, 2010

Bekerja Dan Terus Bekerja


Kata-kata motivasi daripada Dr Yusof Al-Qardhawi ada menyebut bahawa apa yang diperlukan daripada umat Islam sekarang ialah bekerja dan terus bekerja. Maksudnya jangan berhenti daripada berusaha membela, menaikkan Islam serta sentiasa meningkatkan prestasi dalam kerja-kerja yang dilakukan. Pastikan kerja yang dilakukan pada hari ini lebih berkualiti daripada yang kelmarin. Begitu juga kesinambungannya.

Saya sering berborak dengan BP Adlan, beliau selalu melontarkan beberapa perancangan dan kalam yang semasa. Mengenai kelemahan dan isu gejala yang melanda. Antara perancangan baik yang sedang dilakukan ialah mengkaji statistik pembacaan di kalangan mahasiswa Islam menerusi medan kajian yang dilakukan oleh Unit Biah Solehah dan seterusnya akan menghidangkan beberapa panduan dalam mencari buku-buku yang penting bagi seorang aktivis / pejuang agama Allah.

Antara perbincangan kami ialah bagaimana mendidik menjadikan mahasiswa Islam sentiasa bekerja mengikut posisi masing-masing dalam mencapai target yang sama. Kadang-kadang ramai yang salah faham atau faham sekerat sahaja iaitu asalkan bekerja di posisi masing-masing. Namun terlupa akan target yang sama. Ia sama seperti taktik dalam permainan bola sepak. Semua pemain bermain di posisi masing-masing dalam masa yang sama target adalah menjaringkan gol bagi pasukannya. Bukan sekadar main di posisi masing-masing akan tetapi tiada target yang selari.

Selain itu, dalam kitab Dr Yusof Al-Qardhawi, beliau menegaskan dan menasihati supaya tinggalkan banyak beralasan dan berbalah perkara yang tidak berfaedah, namun banyakkan bekerja dan memberikan usaha. Ia penting dalam memastiskan mekanisme perancangan yang telah dilakukan berjaya dengan terus, bukan terhenti ekoran dek perbalahan dan alasan yang beribu.

Selain itu, dalam eleman hentikan beralasan dan banyakkan bekerja ialah :

- sentiasa merancang bagi mencapai objektif yang telah disasarkan, tidak hanya memikirkan " kalau " yang berpanjangan tanpa kajian yang dilakukan.

- sentiasa mengucapkan sejarah gemilang generasi lama, namun terlupa mencipta kegemilangan di zaman yang ada dan mendatang.


- Perancangan melihat kepada prioriti semasa, tidak hanya syok sendiri.


Apa yang ingin ditekankan di sini ialah, bagi perancangan apa yang perlu diperhatikan ialah keperluan semasa. Tidak kiralah samada tafaqquh, pendidikan, kebajikan dan hiburan. Hal ini kerana sekiranya tidak melihat dan mengkaji keperluan semasa, perancangan yang dilakukan hanya syik sendiri walaupun bergegar.

Apa yang dikehendaki daripada perancangan ialah mencapai tarikan orang yang dipimpin bukan semata-mata mahu memuatkan catatan di dalam buku sejarah.

Justeru, kelemahan yang berlaku ke atas mana-mana pihak perlu dikaji semula. Apa yang penting, jangan banyak beralasan, namun hendaklah banyakkan perancangan yang mendatang dan bekerja dan terus bekerja.

Friday, July 30, 2010

Himpunan Aktivis PMRAM Yang Bermakna



" Pengarah unit yang hadir ke Himpunan Aktivis PMRAM "


26 Julai yang lepas, PESAT telah mengadakan Himpunan Aktivis PMRAM yang menghimpunkan semua pengarah dan timbalan pengarah bagi unit-unit di bawah PMRAM. Tujuannya adalah untuk :

1) memastikan semua pengarah dan timbalan pengarah di bawah PMRAM bergerak mengikut posisi masing-masing dalam menjayakan pembawakan PMRAM yang telah ditetapkan.

2) Menilai dan menganalisa kekuatan di bawah PMRAM melalui unit-unit yang ditubuhkan.

3) membincang dan menyelesaikan masalah yang berlaku di peringkat masing-masing.

Antara pengisian yang menarik ialah :

- ceramah yang bertajuk " Ke arah melahirkan Aktivis Islam " oleh Penasihat PMRAM, Saudara Abdul Muízz Muhammad .

- pembentangan slide " Menjadi pengarah yang cemerlang " oleh gandingan mantap Naib Presiden I, Saudara Adlan Mokhtaruddin dan Naib Presiden II, Saudara Azlan Hj Alias.

- Bicara Semasa bersama Majlis Tertinggi Badan Pengurus dan HEWI PMRAM.

- Amanat emas daripada Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime.

" Saudara Abdul Mui'zz menyampaikan ceramah : Ke arah melahirkan aktivis PMRAM "

" Timbalan Pengarah unit yang hadir... mantap belaka ..."

" Presiden yang menyampaikan amanat emas beliau.. menekankan konsep kerja yang optimum dan terbaik dalam sesuatu kelakuan. "

" Bicara semasa bersama Majlis Tertinggi BP dan HEWI PMRAM.. "

" Gandingan mantap, Lanz Generation : Saudara Adlan Mokhtaruddin dan Saudara Azlan Hj Alias. Mendedahkan bagaimana untuk menjadi pengarah yang cemerlang.."

Sejarah 80 Tahun PMRAM : Revolusi Menempuh Tamadun (last vol)


................

2000 : Sambutan ulang-tahun ke-70 tahun PMRAM

Pelancaran PMC (PMRAM Multimedia Center)

2003 : Mengadakan Ijtima'Tergempar bagi penggubalan undang-undang tubuh yang baru.

2004 : Mengadakan PROFIT (PMRAM International Knowledge Festival In Egypt) yang meblibatkan penyertaan mahasiswa Negara Asia dan Afrika.

2005 : 2-11 Mei menyertai Pameran Kebudayaan Universiti Ain Sham bersempena 24th People's Day Festival Egypt 2005. Mendapat tempat yang pertama.

14 September - mengadakan FKAMC 05 (Festival Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa Cemerlang) dan konsert bersama kumpulan nasyid Hijjaz.

Mengadakan demontrasi di hadapan asrama BKAN Selangor dan menyerahkan memorandum kepada pegawai Selangor ketika itu bagi membela anak-anak Selangor dan BKASM yang dizalimi. Kira-kira 2000 mahasiswa yang berkumpul berdemo dalam membela anak-anak Selangor.

2006 : 31 Mac - pelancaran Tabung Dana Syaqah PMRAM di asrama BKAN Terengganu.

5 April - mengemukakan draf cadangan peningkatan penguasaan bahasa arab dan kebajikan mahasiswa Al-Azhar Malaysia di Mesir kepada KBMK ketika melakukan kunjung hormat.

22-27 Ogos - mengadakan sambutan 50 tahun HEWI PMRAM (IKHLAS 06). Turut serta mahasiswi dari Ireland dan Jepun.

17 - 19 September - mengadakan PROFIT yang bertemakan "Memacu Perekonomian Islam" .

2007 : Mengadakan PERMIT (Persidangan Mahasiswa Islam Timur Tengah) bersama wakil mahasiswa Syria, Jordan dan Yaman.

Atas reolusi di dalam PERMIT, wujudnya Mini Pavilion dalam mendepani isu semasa di Palestin dan PROSMA bagi membantu mencari dana ke Palestin.

PROSMA berjaya mengumpulkan lebih LE 30 ribu untuk disalurkan kepada Palestin.

PMHK diadakan bersama-sama dengan konsert daripada kumpulan nasyid In-Team.

2008 : PMRAM menganjurkan Dialog Perdana di dataran setelah 4 tahun tidak dapat menggunakan dataran Hayyu Asyir.

Julai - PMRAM menghantar 16 mahasiswa bagi Lawatan rehlah ke Turki yang pertama kali diadakan dengan kerjasama dengan Markaz Nil.

Ogos : Mengadakan EGP (Ekspo Gempak PMRAM) sempena PMHK (Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan) kali ke-51 selama 3 hari. Merupakan karnival Jom! Heboh versi Islam.

PROSMA berjaya mengumpul lebih LE 100 ribu untuk disalurkan kepada Palestin.

2009 : Nama PMRAM sekali lagi disebut dalam Perhimpunan Agung UMNO, diminta persetujuan untuk diharamkan. Sehari selepas Muktamar Sanawi PMRAM.

Mengadakan Majlis Pembacaan Kutub Sittah dengan kitab yang pertama Sahih Bukhari bersama masyaikh dan ulama selama 4 hari. Mendapat sabotaj daripada pihak JPMK dengan membatalkan tempahan dewan yang telah dilakukan dengan menghantar surat fitnah beralasankan PMRAM merupakan salah satu parti pembangkang kerajaan. Beberapa pimpinan PMRAM dan YDP BKAN turun berjumpa pengarah JPMK dalam mendapatkan penjelasan. PMRAM Menuntut 3 tuntutan iaitu JPMK membersihkan nama PMRAM di Al-Azhar, memohon maaf secara terbuka dan turun berdialog bersama ahli PMRAM. Namun sehingga kini masih belum tertunai.

Program Kutub Sittah tetap diteruskan oleh PMRAM atas sokongan ahli walaupuan disabotaj dan terpaksa bertukar tempat. Program di jalankan di Rumah BKAN Johor di Rabáh selama 3 hari dan 1 hari di Nadi Riadhi. Di majlis penutup Program Kutub Sittah, Syeikh Ali Jumaat, Mufti Mesir merasmikan penutup. Kedatangan Syeikh Ali Jumaat merupakan hadiah hasil kesabaran dan kesungguhan dalam menempuh halangan yang menimpa.

DESAK diwujudkan oleh ahli PMRAM dalam memastikan isu Kutub Sittah dan 3 tuntutan yang dibuat dilaksanakan oleh pihak JPMK. DESAK menggantung kain rentang dalam mendapatkan tanda tangan mahasiswa/wi dalam isu ini.

Kain rentang tersebut dicuri oleh wakil JPMK. Wakil PMRAM, wakil JPMK dan ahli dibawa ke balai polis dalam mempertahankan hak. Kain rentang diserahkan kembali kepada pihak PMRAM dan ahli. Wakil JPMK diberikan amaran.

ISMA cuba membuat kacau dengan salah guna dataran Hayyu Asyir apabila tidak mengikut prosedur yang diperuntukkan. PMRAM berjaya mendapatkan hak penggunaan dataran Hayyu Asyir.

Projek Koridor PMRAM dilancarkan dengan konsep untung rugi bersama, dilakukan bersama-sama BKAN dan DPM dalam konteks menjaga kebajikan BKAN dan DPM bersama hasil keuntungann yang diperolehi.

Unit Kemanusiaan diwujudkan dalam mendepani isu umat Islam yang global.

PMRAM melancarkan borang aduan hak mahasiswa dalam membela nasib dan hak mahasiswa yang tertindas.

PMRAM mengadakan pilihan raya bagi memilih Badan Pengurus PMRAM setelah 20 tahun pilihan raya tidak diadakan.


2010 : anda sebagai penyokong dan pendokong PMRAM yang menciptakan sejarah ini. PMRAM hak milik ahli bersama..................

Tuesday, July 27, 2010

Sejarah 80 Tahun PMRAM : Revolusi Menempuh Tamadun (vol 3)



..............

1997 : Majlis pelancaran Homepage PMRAM.
25 Mac - PMRAM menyertai Pameran Kebudayaan di Uni Ain Sham, Kaherah dan mendapat tempat ke-2.

PMRAM menghantar kontinjen pertandingan badminton antarabangsa di Nadi Syabab Hayyu Sadis.

HEWI menerima kunjungan dan ramah mesra bersama mahasiswi Jordan dan Hizbi.

1998 : Istilah Yang Di-Pertua ditukarkan kepada Presiden.

Menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Krisis Ekonomi untuk menangani masalah kewangan ahli PMRAM ekoran kegawatan ekonomi Malaysia.

8 Julai : Kelab Waja Diri ditubuhkan - Silat Gayung dan Taekwando.

Penubuhan Jawatankuasa mengkaji pengswastaan Rumah Melayu ekoran cadangan kerajaan untuk mengswastaan Rumah Melayu yang mengancam kepentingan mahasiswa. Beberapa pertemuan diadakan bersama TYT Duta, Pengarah JPM dan Ketua Canseri. Hasilnya, pengswastaan Rumah Melayu dibatalkan oleh kerajaan Malaysia.

19 Oktober : BKAKLM (Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur) ditubuhkan dan bernanung di bawah PMRAM.

November : PMRAM mengadakan siri forum keadilan ummah sebagai reaksi politik tanah air dan krisis keadilan. Sebanyak 1724 tandatangan telah dikutip dan derma sebanyak LE 4092.15.

........................

Saturday, July 24, 2010

Sejarah 80 Tahun PMRAM : Revolusi Menempuh Tamadun (vol 2)


.........

undur sekejap, sebab ada tertinggal point penting yang melibatkan jasa PMRAM dalam menyuarakan sokongan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu.

1955 : menghantar kawat kepada persidangan Arfo-Asia supaya menyokong kemerdekaan Tanah Melayu.

Tahun yang sama, HEWI PMRAM ditubuhkan.

1971 : Nama PMRAM diguna pakai secara rasmi.

1972 : Menganjurkan kursus-kursus dakwah dan melahirkan 19 orang kader dakwah.

1980 : Bermula era pemesatan kegiatan dakwah di dalam PMRAM dengan pelbagai aktiviti dakwah dijalankan.

Pihak JPM menyekat bantuan kewangan kepada PMRAM. Namun, program PMRAM tetap diteruskan dan para ahli sanggup berkorban menghabiskan wang dalam menjayakan program PMRAM.

1982 : ucapan Yang Dipertua PMRAM, Saudara Ghazali Said dalam satu majlis yang menyarakan dan menyeru kerajaan Malaysia melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh.

1983 : Menyertai Perayaan sempena 1000 tahun Al-Azhar dengan kerjasama kedutaan.

1991 : Penghataran siswi seramai 18 orang ke Alex.

1992 : PMRAM menolak dan membantah penubuhan baru PPMM. Tercetus demonstarsi aman ekoran tersebut.

Kedutaan memutusakn hubungan dengan PMRAM dan PMRAM tidak dibenarkan menggunakan kemudahan di ARMA.

Kedutaan memalang pintu masuk ARMA. PMRAM mengadakan demontrasi untuk menuntut hak-hak kembali.

PMRAM mengadakan majlis konvokesyen kali yang pertama.

1993 : PMRAM mengemukakan resolusi dalam kursus Kesedaran dan Pimpinan pelajar bahawa kerajaan mesti berlaku adil kepada mahasiswa Malaysia.

1995 : PMRAM dihalau daripada ARMA atas alasan pembaikan pulih.

Konvensyen kali pertama di Mansurah dibatalkan oleh pihak kedutaan.

..............

Friday, July 23, 2010

HEMAT (Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir) Muncul Kembali - PENDAFTARAN DIBUKA !




Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa PMRAM akan menganjurkan satu program khas di bawah skop pendidikan dengan kerjasama Unit Pendidikan BKAN dan DPM. HEMAT merupakan program mega pendidikan dalam mengumpulkan semua mahasiswa tahun akhir dalam semua bidang pengkuliahan.

HEMAT pada kali ini menampilkan 3 skop pengisian yang besar iaitu :
1) Pendidikan
2) Kerjaya
3) dakwah

Kepada yang berminat khasnya mahasiswa/wi tahun akhir dan umumnya kepada semua mahasiswa/wi terus berdaftar kepada Unit Pendidikan BKAN dan DPM masing sebelum 3 Ogos. TEMPAT TERHAD.

Sebarang pertanyaan terus berhubung dengan :
BP Abdul Aziz +20113265864
HEWI Nor Ain +20117737821

maklumat lengkap, layari web rasmi PMRAM di : www.pmram.org

Sejarah 80 Tahun PMRAM : Revolusi Menempuh Tamadun (vol 1)




Sehari dua ini, alhamdulillah diberikan keizinan untuk membentangkan sejarah PMRAM walaupun saya bukanlah pakar atau pengkaji sejarah PMRAM yang selayaknya. Namun kelebihan berada di dalam PMRAM selama 3 tahun, memberikan sedikit thaqafah berkaitan sejarah PMRAM.

Saya bukan nak menceritakan sejarah PMRAM secara penuh di sini atau mengulas kronologi tahun-tahun yang bersejarah. Cuma sebagai mereka yang sayangi PMRAM sejarah yang dibentangkan kepada kita atau kita direct membacanya, jangan hanya sekadar bersedap-sedapan di telinga sahaja.

80 tahun merupakan suatu tempoh yang boleh diagungkan dari konteks persatuan induk, memandangkan saya kira PMRAM merupakan persatuan induk yang masih kekal di posisinya setelah menempuh berliku-liku halangan di depan.

Antara ketemadunan yang diciptakan ialah bagaimana PMRAM mendidik mahasiswa/wi Islam dalam membina jati diri dan membentuk kredibiliti kemahasiswaan mereka dalam berhadapan satu-satu isu. Antaranya ialah :

- 1948 : PPS (Putera-putera Semenanjung) memberikan kerjasama kepada IPI (Ikatan Pelajar-pelajar Indonesia) dalam menyuarakan sokongan mendapatkan kemerdekaan bagi Indonesia.

- 1956 : menghantar 65 sukarelawan untuk membantu pihak Mesir di dalam peperangan 3 serangkai.

- Kedutaan Malaysia Kaherah ditubuhkan pada 1960 atas desakan mahasiswa.

- 19 september 1963 : menghantar memorandum memperjuangkan Ijazah Timur Tengah.

-31 Ogos 1967 : Bersama di dalam jalinan Solidarita mengadakan tunjuk perasan membantah penyelewengan perlaksanaan Bahasa Melayu walaupun diberikan amaran keras oleh pihak kerajaan Malaysia.

- 1970 : menubuhkan jawatankuasa mengkaji undang-undang Asrama Melayu kerana Pihak Kedutaan Malaysia telah mengemukakan satu undang-undang yang mengkhianati kepentingan mahasiswa melayu

...................

Tuesday, July 20, 2010

Nilai Kerja Yang Diterapkan


Konteks kerja di dalam Islam merupakan suatu usaha yang diberikan kepada manusia. Ia bertepatan sebagaimana yang telah dibawa oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menekankan usaha manusia tersebut yang akan dipersoalkan di akhir kelak, sekaligus menyangkal mana-mana pihak yang terlalu bebas yang menyatakan usaha manusia tersebut tiada kaitan dengan qada' qadar dan pihak terlalu sempit yang menyatakan semua gerak geri manusia ini bagaikan daun yang menuruti ke mana hala angin yang ditiup, iaitu manusia langsung tiada usaha yang diberikan.

Namun sebegitu, nilai konteks kerja yang bagaimanakah Islam menyeru kepada kita?

Ramai mahasiswa Islam kita yang hanya mahu bersenang-senang tanpa mengerah lebih kudrat yang diberikan kepadanya. Ada juga yang apabila melakukan sesuatu kerja, hanya melakukan sekadar melepaskan batuk di tangga iaitu apabila ditanya akan ditanya " aku sudah buat" tanpa menitik berat kesungguhan kerja yang dilakukan. Tanpa menjaga nilai amanah yang dipundakkan kepada mereka.

Islam sekali-kali tidak mengajar konteks kerja yang sebegitu. Namun apa yang diajar ialah melakukan kerja dengan tekun dan sehabis baik yang mungkin. Kita lihat banyak hadis nabi SAW yang menekankan konteks kerja yang sebaik mungkin dan bersungguh.

Banyak kita lihat skop kita di sini yang kurang memberikan kesungguhan dalam sesuatu kerja yang diperuntukkan tidak kiralah sama ada dari sudut kerja berpersatuan, , mengaji, kepimpinan dan sebagainya.

Antara nilai kerja yang salah dan tidak menepati Islam ialah :

- mengaji hanya sekadar mendengar dan tidak mempraktikkannya dalam kehidupan.

-mengaji sekadar hanaya mahu pandai agar pandai berdebat, namun tidak menggunakan ilmu yang ada untuk membantu Islam.

- mengaji sekadar rasa syok sendiri, tanpa menekankan konsep inzar " peringatan ".

- kerja berpersatuan yang dilakukan menyebabkan waktu ibadah yang lari dalam keadaan yang tidak dibolehkan.

- kerja berpersatuan tanpa terapan nilai tarbiyah dan pemahaman mengenai Islam.

- kepimpinan yang banyak bersoal dan berdebat tanpa menurut keputusan mesyuarat.

- kepimpinan yang hanya memikirkan kritikan tanpa ada perancangan gerak kerja.

- kepimpinan yang tidak menganggap kerja tersebut itu sebagai amanah yang wajib.

- kepimpinan yang hanya sebagai batu loncatan untuk famous, tanpa melakukan kerja prioti sebagai seorang kepimpinan.

Banyak lagi yang ingin kita sama-sama menginsafi, namun sekadar ini sahaja saya nyatakan agar ia mampu diperbaik dalam masa yang terdekat.

Saya kira buku-buku pemikiran di antaranya penulisan Dr Yusof Al-Qardhawi perlu dibaca dan dijadikan silibus sebelum pulang ke Malaysia kelak biar otak dan akal yang ada dicernakan, tidak hanya beku.

Dalam melakukan kerja yang terbaik, beberapa perkara perlu ditekankan antaranya ialah :

- kerja mengikut objektif dan misi yang ditetapkan.

- menepati masa dan waktu yang diperuntukkan.

- mendahulukan apa yang mesti dan melewatkan apa yang sepatutnya.

- mempertimbangkan perkara yang umum sebelum perkara yang khusus.

- mempunyai gerak kerja yang terancang mengikut perspektif kemampuan.

- kurangkan memberi alasan, banyakkan bekerja.

- tetap dengan keputusan mesyuarat yang ada.

p/s : lama x update, kalot dengan program yang padat. Doa2 kan agar dipermudahkan...

Sunday, July 18, 2010

KEKAL 2010 Semakin Hangat - PANAS !


Kehangatan KEKAL 2010 semakin dirasai....

Ahli-ahli yang berminat terus daftarkan diri melalui ketua kontinjen BKAN / DPM masing-masing....

Konsert bakal menggegarkan... Siapakah bakal artis? nantikan..........

Wacana 3 Presiden ... PMRAM 80 tahun menelusuri sejarah .... suatu peradaban sejarah yang tidak mungkin dipadam...

Banyakk lagi....

Sebarang pertanyaan, komentar, sumbangan terus melalui : -

Pengarah BP Soleh : +20115173557
Timbalan Pengarah 1 BP Firdauz : +20143352855
Timbalan Pengarah 2 HEWI Izzah : +20117869113

Thursday, July 15, 2010

Dijemput Hadir Ceramah Israk Mikraj Oleh Dr Umar Abdullah Kamil




Semua mahasiswa/wi di Perlembahan Nil dijemput untuk menghadiri ceramah khas berkenaan Israk Mikraj yang akan disampaikan syeikh alim Dr Umar Abdullah Kamil. Ceramah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dengan kerjasama Taakhi BKAN Perak, Terengganu dan Perlis tersebut akan diadakan di Dataran Hayyu Asyir pada 17 Julai , Hari Sabtu, jam 8.oo malam.

Sama-sama kita hadir dalam mendapatkan input dan manfaat daripada ceramah yang bakal disampaikan............

Maklumat lanjut layari : www.pmram.org

3 Resolusi Dicapai Dalam Wacana Semasa


KAHERAH, 15 Julai - Program Wacana Semasa bertajuk "Keruntuhan Akhlak Mahasiswa" anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dengan kerjasama Taakhi BKAN Johor dan Kedah yang bertempat di dewan BKAN Kedah, Hayyu Sabik mencapai 3 resolusi. Resolusi tersebut dibiuat oleh para hadirin yang datang semalam ke wacana semasa tersebut selepas mendengar kupasan dan pendedahan yang disampaikan oleh para panel wacana semasa.


Panel pertama, Saudara Mohd Hakimi Hussein yang merupakan Timbalan Ketua Unit Hisbah PMRAM mendedahkan statistik gejala sosial atau keruntuhan akhlak di kalangan mahasiswa/wi di Mesir pada tahun 2008 dan 2009. Hasil yang didapati bahawa statistik pada tahun 2009 adalah meningkat dan membimbangkan. Antara gejala sosial yang didedahkan ialah bersedudukan (khalwat), hubungan tidak syarie, chatting tidak syaríe, dedah aurat, pergaduhan dan sebagainya.

Panel kedua pula yang merupakan jemputan khas daripada Malaysia, Ustaz Mohd Suhaimi, Ketua Penolong Pengarah Dakwah dari Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan menjelaskan senario masyarakat khususnya di Malaysia masa kini yang semakin parah dalam isu keruntuhan akhlak. Beliau yang pernah bertugas selama 7 tahun dalam unit Hisbah di negeri Kelantan sedikit sebanyak berkongsikan pengalaman dalam menangani kes-kes gejala sosial yangh berlaku. Bahkan, tambah beliau punca utama dalam isu ini ialah apabila penghayatan ke atas agama Islam itu tiada.

Wacana semasa tersebut semakin rancak dengan soalan celahan secara spontan oleh moderator, Saudara Muhammad Mujahid Ir Fadzil. Beberapa soalan secara spontan berjaya mendedahkan isu-isu yang berlaku di kalangan mahasiswa dan terbukti apabila kedua-dua panel wacana semasa bersetuju bahawa kesedaran dalam diri mahasiswa tiada yang menyebabkan walaupun mahasiswa memahami agama namun tidak lepas daripada melakukan kelakuan yang tidak senonoh.

Kemudian, moderator membuka ruang kepada hadirin bagi menyuarakan pandangan mengenai isu keruntuhan akhlak mahasiswa dan sesi soal jawab selama sekitar 20 minit sebelum dijawab oleh para panel.

Sebelum moderator menamatkan wacana semasa, 3 resolusi telah pun dicapai bersama dalam isu ini iaitu :

1) mahasiswa di Mesir, khususnya ahli PMRAM mesti cakna dengan isu semasa yangb berlaku terutama yang berkaitan dengan gejala sosial.


2) Ahli PMRAM mesti bersiap sedia dalam memperkasakan Unit Hisbah pada setiap masa.


3) Ahli PMRAM khususnya mesti memperkasakan hubungan dalam membantu Unit Hisbah dengan melakukan beberapa perkara seperti kerap melakukan ziarah, dan juga merapatkan jurang dengan mahasiswa perubatan.

Dan diakhir wacana tersebut, Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan menyampaikan cenderamata kepada para panel dan moderator. Majlis di dewan BKAN Kedah diakhiri dengan solat Isyak berjemaah yang diimami oleh Presiden PMRAM dan jamuan ringan kepada para panel dan moderator.

sumber dari www.pmram.org

P/S : jadikan Wacana Semasa mendatang sebagai medan berbincang menghasilkan pelan tindakan penyelesaian...

Teori Perlu Diserasikan Dengan Pengalaman Dan Prioriti Semasa


Dalam merancang sesuatu kerja Islam bagi dilaksanakan, Islam menuntut kita supaya berada di medan yang nyata. Maksudnya perancangan yang dilakukan tidak terawang-awangan dan tidak menjangkaui had kemampuan.

Saya kira ramai yang mampu memberikan teori yang sangat cantik dan bombastik apabila dibentangkan seolah-oleh manusia ini mempunyai kuasa seperti dalam filem. Namun apabila disoal kembali dengan kajian semasa dan laporan pengalaman yang ada, semuanya tiada. NOTHING..

Inilah fenomena yang kita boleh gelar sebagai CAKAP BERAPI , namun tidak dapat dilaksanakan ekoran perancangan yang tidak baik.

Sebab itu, ilmu senjata asas semasa, Fiqhul Khamsah sangat berperanan dalam sesuatu perancangan yang dilakukan. Dalam elemen Fiqh Taghyir mengingatkan kita bahawa kecekapan kita dalam mengolah pengalaman yang ada kemudian diserasikan keadaan prioriti semasa dengan eleman Fiqh Waqi agar kemampuan itu ada.

Namun rata-rata hanya merancang semata-mata tanpa melihat kepada pengalaman yang lepas dan prioriti semasa yang berlaku. Cuma dilapikkan dengan alasan "kita mesti berjuang" atau "ini kerja Islam". Tapi lupa bahawa Islam menyuruh umatnya supaya berada dalam keadaan yang nyata bukan fantasi.

Seorang pemikir atau perancang mesti ada dalam perancangannya konsep pelan gantian. Sekiranya pelan A tidak berjaya, maka akan terus kepada pelan B. Ada juga yang meletakkan sebagai pelan C sebagai awasan semasa sekiranya pelan B tidak sesuai atau masih tidak pasti, pelan C akan terus dilaksanakan.

Sekiranya diteliti kepada perancangan gantian ini, ia melibatkan kepada keutamaan dalam sesuatu yang dirancang. Dalam soalan keutamaan, pelan A adalah keutamaan yang mesti dipertikai dan dipastikan dilaksanakan. Bukanlah perancangan gantian ini berbentuk pilihan sama ada mahu pelan A, pelan B atau pelan C. Namun ia berbentuk keutamaan. Sekiranya pelan A tidak sesuai maka akan berubah kepada pelan B, dan begitu juga seterusnya.

Dan inilah permasalahan di dalam sesuatu perancangan sekiranya yang merancang adalah mereka yang tidak tahu asas merancang. Mereka menabur seberapa banyak pelan kemudian melakukan pilihan secara ikut sedap hati. Ini adalah salah..

Akan tetapi, dalam perancangan, pelan dirangka dengan banyak kemudian ia disusun berdasarkan keutamaan yang telah diteliti mengikut kesesuaian.

Sebab itu soalan berkaitan keutamaan atau Fiqh Aulawiyat benda utama yang dipersoalkan.

Tidak kira dalam perancangan atau perjuangan, keutamaan adalah antara benda utama.

Dalam kaedah fiqh, telah diajar bagaimana keutamaan yang mesti di antara menolak mudharat atau mendatangkan maslahat. Keutamaan antara maslahat diri dan umum. Keutamaan usul (perkara asas) dan furuk (perkara cabang). Keutamaan antara kepastian dan sangkaan.

Maka inilah yang membezakan antara perancangan yang berjaya atau tidak.

Justeru, dalam menghasilkan keutamaan yang tepat, teori bagi sesuatu perancangan perlu diserasikan dengan rujukan pengalaman dan kajian prioriti semasa.

Wednesday, July 14, 2010

Tetap Dengan Keputusan - Itu Yang Terbaik


Dalam sesebuah organisasi, tidak dapat tidak perbincangan akan dilakukan pada setiap kali permasalahan atau cadangan yang dibentangkan. Perbincangan tersebut adalah bagi menjamin keputusan yang dilakukan diraikan oleh kesemua pihak, atau setidak-tidaknya majoriti pihak yang terbabit.

Antara objektif perbincangan yang dilakukan adalah bagi :

- melihat keadaan / situasi umum bukannya individu


- menilai maslahat yang besar/ umum/ dan pasti, bukannya sangkaan semata-mata


- menilai perbandingan antara pengalaman dan perancangan masa depan


- melihat skop yang besar melalui pandangan pelbagai pihak


Ini adalah objektif utama dalam setiap kali perbincangan yang dilakukan. Namun, antara kesalahan yang banyak dilakukan ialah apabila perbincangan yang dilakukan tersebut banyak melihat kepada maslahat sangkaan dan keputusan yang dilakukan sekadar mahu melepaskan kesalahan yang dipikul.

Sekiranya perbincangan yang dilakukan hanya begitu, percayalah keputusan yang dilakukan akan memudharatkan kesemua pihak disekelilingnya.... Dan inilah yang dinamakan keputusan yang mementingkan maslahat peribadi dalam masa yang sama menggadaikan maslahat umum.

Benarlah kalam bijaksana bahawa tidak akan rugi bagi mereka yang melakukan sesuatu perbincangan dalam memutuskan sesuatu keputusan.

Dan juga, keputusan yang dibuat secara kolektif walaupun 'keruh' 1000 kali lebih baik daripada keputusan yang hanya merujuk kepada maslahat peribadi.

Di peringkat PMRAM, saya pada tahun ni merupakan tahun yang ketiga melihat betapa gigih dan tekunnya barisan kepimpinan PMRAM dalam melahirkan satu-satu keputusan dalam menjaga maslahat umum. Kita memandang dari segenap aspek berdasarkan pandangan-pandangan yang dibawakan oleh BP yang berlainan negeri, situasi dan keadaan. Ia perbincangkan secara lumat, bahkan memakan masa berjam-jam.

Sebab itu telah saya bentangkan sebelum ini, antara penilaian maslahat yang ingin dibuat sama ada dalam perbincangan atau perancangan ia mestilah menepati beberapa aspek iaitu :

- maslahat umum

- maslahat yang pasti


-tidak melanggar nas syarak


- dalam konteks displin atau etika, etika tersebut mestilah dipatuhi (selama mana tidak berlanggar dengan nas) dan sesekali tidak boleh diketepikan. Cuma dalam meraikan sesuatu keadaan, ia ditafsir mengikut keadaan tersebut. Sesekali tidak boleh diketepikan.


- mengambil jalan / prinsip, meringankan beban / mudharat dalam sesuatu keadaan.


- meletakkan perkara yang asal dalam perbincangan. Ketepikan sangkaan yang tiada bukti yang kukuh.


- maslahat tersebut mestilah dinilai dengan pengalaman yang nyata beserta perbandingan perancangan masa de
pan.

Saya kira, dalam persatuan atau organisasi yang melakukan displin perbincangan yang saya sampaikan tadi, insyaallah keputusan yang dibuat tidak akan merugikan semua pihak. Justeru, apabila keputusan yang telah dibuat, tetaplah dengan keputusan itu. Itulah yang terbaik....

P/S : antara adab dalam kepimpinan ialah tetap dengan keputusan yang telah dilakukan. Tidak menyalahkan pihak lain atas atas keputusan yang telah dilakukan. Dr Yusof Al-Qardhwai ada menyebut dalam kitab beliau bahawa maslahat / kebaikan pasti berlaku cumanya antara segera atau mendatang kelak.

Tuesday, July 13, 2010

Wacana Semasa : Keruntuhan Akhlak Mahasiswa


KAHERAH, 13 Julai - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) akan menganjurkan satu wacana semasa yang bertajuk 'Keruntuhan Akhlak Mahasiswa' esok pada 14 Julai, Rabu bertempatkan di dewan BKAN Kedah, Hayyu Sabik pada jam 8.30 malam. Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama daripada Taakhi BKAN Johor dan Kedah.

Isu mengenai keruntuhan akhlak mahasiswa tersebut akan dikupas oleh panel jemputan khas daripada Malaysia iaitu Ustaz Mohd Suhaimi Mohamad yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Dakwah daripada Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan bersama panel yang kedua iaitu Sauadara Mohd Hakimi Hussein, yang merupakan Timbalan Ketua Unit Hisbah PMRAM. Moderator bagi wacana tersebut ialah Saudara Muhammad Mujahid Mohd Fadzil, anggota Fellow MANHAL PMRAM.

Tajuk bagi wacana tersebut dipilih berdasarkan situasi semasa yang semakin parah sama di kalangan mahasiswa sama ada di Malaysia dan di sini. Bertepatan dengan salah satu usul PMRAM yang disepakati pada Muktamar Sanawi PMRAM yang lepas dalam menangani masalah sosial dan memperkasakan Hisbah, tajuk wacana yang akan dibincangkan esok juga merupakan salah satu alternatif daripada pihak PMRAM dalam menyampaikan mesej kepada seluruh mahasiswa/wi yang berada di Mesir ini.

Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman mengulas bahawa wacana semasa ini akan dijadikan apa jua medan dalam kita mengenengahkan sesuatu isu semasa yang berlaku agar mahasiswa/wi di sini celik isu. Bahkan beliau mengharapkan dengan konsep wacana yang dibawa ini akan menjadikan medan dalam mencernakan idea dan ilmu serta mengutarakan pendapat dalam memberikan satu-satu jalan penyelesaian bagi sesuatu isu yang dibawa.

Seluruh mahasiswa/wi di Mesir ini dijemput untuk hadir beramai-ramai dalam menjayakan wacana semasa tersebut.

sumber rujukan daripada : www.pmram.org

Monday, July 12, 2010

Hidupkan Suasana Membaca Di Kalangan Kita


Satu kajian sedang giat dijalankan oleh Unit Biah Solehah mengenai kecenderungan membaca dan peratusan pembacaan di kalangan mahasiswa Islam. Satu kajian yang sangat menarik saya kira. Dengan adanya kajian ini kita akan dapat secara statistik kiraan bagi meyakinkan sama ada mahasiswa Islam malas atau rajin secara tepat.

Memang sering kita dengar sejak di Malaysia lagi bahawa pembacaan di kalangan masyarakat kita amat rendah berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Bahkan terlalu jauh perbandingan yang dilihat. Justeru, sepetutnya mahasiswa Islam sedar akan perkara ini dan memanfaatkan masa dengan membanyak bahan-bahan yang boleh memanfaatkan dan menambahkan input apa jua thaqafah dan isu.

Kadang-kadang kita juga dengan segelintir pihak yang kurang faham, sehingga menyebabkan mahasiswa Islam tersekat daripada pembacaan dengan meletakkan sesiapa yang membaca kitab tanpa guru maka, gurunya adalah syaitan, secara total.


Ini satu pemahaman yang akan menyusahkan orang ramai. Saya kira mereka tidak memahami kehendak kalam tersebut, bahkan masih tidak mengerti amaran atau perhatian yang diberikan.

Mengenai pembacaan, saya lebih suka melihat suasana yang ditonjolkan oleh masyarakat Jepun atau Korea di mana mereka senang membaca buku di mana-mana sahaja. Keretapi, stesen bas, shopping kompleks, dan di mana sahaja. Berbanding dengan sikap segelintir mahasiswa Islam kita yang lebih gemar MEMBAWA BUKU tanpa membaca buku.. sudah baik membawa buku, cuma agak kurang kerana tidak membaca..


Dan point yang agak penting saya kira, dalam pembacaan buku mesti ada target untuk helaian yang ingin dibaca atau dihabiskan. Bagi saya, sekiranya mahasiswa Islam perlu membaca paling asas seperti berikut :

- tahun yang pertama : 25 muka surat (sehari)
- tahun yang kedua : 50 muka surat (sehari)
- tahun yang ketiga : 75 muka surat (sehari)
- tahun yang keempat dan lebih: 100 muka surat (sehari)

saya yakin mahasiswa Islam kita akan terkeluar daripada pihak yang buta isu dan suasana.

Apa-apa pun tahniah kepada Unit Biah Solehah dengan kajian yang dilakukan, semoga ia mampu menyeru mahasiswa Islam menghidupkan suasana membaca...

Sunday, July 11, 2010

Siapa Nak Menyumbang Untuk KEKAL (Karnival Kenangan 80 Tahun) PMRAM - Silakan....


Kehangat KEKAL 2010 semakin hampir...
Akan berlangsung pada awal Ogos ini....

Banyak kelainan dan gegaran yang bakal menemui anda :

- Sambutan Kemerdekaan
- Kenangan 80 tahun PMRAM
- Hari Keluarga

Antara pengisian yang menarik ialah :

- perbarisan kemerdekaan
- skuad kontinjen
- sukaneka
- acara dewan
- pertandingan nasyid
- bazar
- pameran ekspo
- persidangan mahasiswa Islam sedunia
- wacana semasa

dan banyak lagi ....

Untuk makluman penting, siapa-siapa nak menyumbang dana untuk menjayakan program mega PMRAM ini sila hubungi : -

Pengarah : BP Soleh +20115173557
Timb. Pengarah 1 : BP Firdauz +20143352855
Timb. Pengarah 2 : HEWI Izzah +20117869113

Saturday, July 10, 2010

Perhebatkan Kerja Kita


Dalam tempoh bulan Julai sehingga Oktober merupakan jadual "maut" bagi seorang pimpinan. Saya kira boleh dikatakan jadual dipenuhi dengan mesyuarat dan aktiviti program sama ada peringkat pusat mahupun cawangan. Suasana sebegini tidak mungkin dirasai bagi mereka yang pulang atau bercuti ke luar negara.

Kekalutan dalam menyusun masa akan mencelarukan jadual seseorang. Sebab dek tersebut , ketika masa peperiksaan saya telah menghuraikan asas fiqhul khamsah, kerana apabila sudah tiba secara rasmi pembukaan program 1 Julai tersebut, teori atau ilmu asas tersebut sudah dapat dipraktikkan secara terus. Bukannya apabila sudah buka program baru terkedek-kedek mahu mempelajari.

Kematangan dalam menyusun jadual sangat penting. Apa yang perlu diutamakan dan dahulukan mesti dijaga. Jangan sampai akan menyebab kekalutan berlaku. Bagi pimpinan PMRAM pusat kini boleh lihat betapa sibuknya mereka dalam mengurus kerja-kerja berpersatuan mereka di samping kerja peribadi yang lain.

Dan ketika apabila diminta memberikan ucapan penutup dalam menghadiri satu-satu mensyuarat, saya suka menukilkan kembali penulisan Dr Yusof Al-Qardhawi di dalam kitabnya " As-Sohwah Al-Islamiyah minal murahaqah ilal rusyd " mengenai tuntutan kerja ke atas umat Islam. Tuntutan tersebut bukan hanya sekadar melakukan dengan cara melepaskan batuk di tangga, bahkan kita dituntut dalam melakukan kerja kita dengan sebaik mungkin. usaha, masa dan kemampuan yang ada.

Dan di antara melakukan kerja yang terbaik ialah kita melakukan sesuatu urusan tersebut pada masanya dan berdasarkan objektif yang diletakkan. Ini 2 point yang sangat penting dalam menjana mahasiswa Islam yang bekerja, iaitu :

- lakukan kerja pada masanya
- lakukan kerja mengikut objektif yang diletakkan

Sebab saya kira kadang-kadang ekoran terlalu bersemangat dan konfiden akan menyebabkan kerja yang dilakukan itu tidak menepati 2 point penting tadi. Hasilnya, kekalutan dan kekurangan akan berlaku ke atas kerja yang kita lakukan.

Justeru, mereka yang ada dipikulkan amanah kepada mereka, lakukan kerja dengan sebaik mungkin. Perhebatkan kerja kita dengan niat yang betul....

P/S : di Mesir kemahiran yang kita lalui dan dapat adalah dengan konsep PMT iaitu pengalaman melalui tugasan....

Friday, July 9, 2010

Jayakan Konsep Taakhi Dalam Segenap Bidang - Timbalan Presiden PMRAM


KAHERAH, 9 Julai -
Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili Saiman menyeru kepada semua BKAN dan DPM agar masing-masing menjayakan konsep taakhi dalam segenap bidang, bukan hanya tertumpu dalam konteks program semata-mata. Beliau yang ditemui di pejabat PMRAM mengingatkan bahawa konsep taakhi yang telah dibina dan dijalinkan di antara BKAN dan DPM dalam 4 zon mempunyai matlamat utama yang tertentu.

Baru-baru ini, selepas pengumuman rasmi pembukaan program yang dilancarkan oleh beliau, satu program taakhi khusus yang dilakukan oleh zon C telah dianjurkan pada 1 Julai di Dewan Rumah Wilayah, Hayyu Sabik. Program tersebut menandakan satu permulaan yang baik dalam memperkasakan lagi konsep taakhi seperti yang dicanang-canangkan oleh PMRAM.

Pada 14 Julai pula, satu program wacana semasa akan dianjurkan oleh PMRAM dengan kerjasama taakhi BKAN zon B iaitu BKAN Johor dan Kedah dalam pendedahan isu semasa mengenai keruntuhan moral mahasiswa kini.

Dan, PMRAM juga akan menganjurkan program bersama Syeikh dalam ceramah Isra' Mikraj dan Bulan Syaaban dengan kerjasama taakhi BKAN zon A iaitu BKAN Terengganu, Perak dan Perlis di Dataran.

Menurut beliau, akan datang konsep taakhi ini diperluaskan lagi bukan hanya dalam konteks program semata-mata. Bahkan dalam konteks kebajikan, thaqafah dan pendidikan terutama konsep taakhi ini mesti dijayakan. Beliau yang merupakan Ketua Lajnah Perancang Dan Panitia PMRAM berkata bahawa setiap BKAN dan DPM tidak dapat tidak mesti menjayakan konsep taakhi ini dengan kerjsama dan pantauan daripada pihak PMRAM.

"Konsep taakhi yang dianjurkan ini ialah untuk sama-sama membina kekuatan "Kita PMRAM" agar kesatuan bersama dapat dibentuk. Di antara matlamat utama dalam konsep taakhi ini ialah dapat berkongsi semua masalah bersama di antara BKAN dan DPM, dan mana-mana BKAN dan DPM yang mempunyai kelebihan dapat menghulurkan bantuan kepada taakhi mereka khasnya" ucap beliau di hadapan beberapa Exco BKAN Johor dan Kedah selepas mengadakan perlawanan persahabatan futsal di antara BP PMRAM, exco BKAN Johor dan exco BKAN Kedah.

Tambah beliau lagi, BKAN dan DPM mesti mengorak langkah bersama dalam mencapai satu-satu kejayaan bersama taakhi meraka, bukannya hanya mementing kejayaan peribadi tanpa menghiraukan kesusahan dan permasalahan yang dihadapi oleh taakhi mereka. Justeru, beliau menyeru agar setiap BKAN dan DPM menjayakan konsep taakhi ini bukan hanya dalam konteks program sahaja, bahkan dalam pelbagai aspek yang dibawa.

rujuk blog rasmi HEWI PMRAM di : http://hewipmram55.blogspot.com/

Ogos Ini - KEKAL : Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM 2010


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) akan menganjurkan Program PMHK kali ke-53 yang berkonsepkan KEKAL (Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM) pada Ogos ini.

Antara yang menarik ialah :
-Sambutan kemerdekaan
- Hari Keluarga
- Pertandingan Dewan dan Sukaneka
- Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia
- Wacana Semasa
- Persembahan kesenian dan kebudayaan
- pameran ekspo
- bazar
- Pengisian Ilmiah
- Konsert 80 tahun PMRAM

dan banyak lagi....

Mari sama-sama kita memeriahkannya....

Maklumat lanjut hubungi : -

Pengarah : BP Solehuddin di talian +20115173557
Timbalan Pengarah I : BP Firdauz Noh di talian +20143352855
Timbalan Pengarah II : HEWI Izzah di talian +20117869113

Sunday, July 4, 2010

Banyakkan Perbincangan Intipati (Jauhar), Bukan Sekadar Rupa Luaran (Syakal)




Kali ini saya ingin menyentuh sedikit suasana mahasiswa islam kini yang terlalu khusyuk dengan kesibukan dan keseronokan membincangkan perkara-perkara yang sekadar rupa luaran (syakal), dan terlupa dengan perkara yang lebih penting iaitu intipati (jauhar) bagi sesuatu perkara. Keadaan sebegini boleh dilihat berdasarkan program yang melibatkan pengajian kitab samada secara berkala atau khusus. Terlampau banyak yang menyibukkan diri dengan perkara rupa luaran sahaja sehingga apabila ditanya sejak bila sudah lama tidak membincang intipati sesuatu perkara. katanya sudah bertahun-tahun... Ini satu fenomena yang perlu diberikan perhatian yang serius..

Apa yang dimaksudkan dengan rupa luaran dan intipati?

Rupa luaran / syakal ialah kita hanya membincang perkara tersebut dari sudut zahir semata-mata tanpa melihat kepada objektif dan hakikat yang dikehendaki daripada isu yang dibincangkan.

Berapa ramai yang hanya menyibuk-nyibuk membincangkan Islam menyuruh pakai apa, Nabi SAW memakai jubah warna apa, mengejar semata-mata fadhilat puasa sehingga memberhentikan kerja-kerja Islam yang usul dan sebagainya....

Saya kira sudah ramai yang menghabiskan kitab berkenaan keperibadian Nabi SAW, namun berapa ramai yang mempelajari dan membincangkan sudut kepimpinan Nabi SAW beserta penyampaian baginda dalam konteks membina negara Islam dan kesatuan ummah?

Inilah intipati atau hakikat yang ditinggalkan atau kurang diperbincangkan oleh kita masa kini. Saya kira intipati inilah yang unsur utama dalam kita membentuk dan memantapkan fikrah Islam yang sebenarnya.

Justeru, kita boleh lihat berapa ramai yang sudah khatam Al-Quran namun menolak dan mempertikaikan hukum yang ada dalam Al-Quran? Di Malaysia sendiri, majlis khatam diserikan dengan konsep yang grand namun berapa ramai daripada mereka yang memahami penurunan Al-Quran yang dikehendaki oleh Islam yang bukan hanya sekadar menjadi bacaan jampi menghalau jin / iblis?

Ramai yang tahu akan hadis sebaik-baik manusia ialah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Namun adakah intipati yang dikehendaki hanya sekadar sudut bacaan atau tajwid semata-mata?

Begitu juga yang telah diterang oleh Nabi SAW dalam hadis baginda, bahawa berapa ramai yang berpuasa namun yang diperolehi hanya lapar dahaga dan penat sahaja. Hal ini kerana apa, mereka hanya memahami puasa dari sudut tahan makan dan minum sahaja tanpa mengerti intipati puasa tersebut dalam mendidik manusia ke arah ketaqwaan.

Solat begitu juga. Berapa ramai umat Islam yang kini solat? Dalam mereka yang solat berapa ramai yang khusyuk? Dalam kalangan mereka itu pula berapa ramai yang solat yang berjaya menahan diri daripada melakukan perkara yang dosa dan keji?

Justeru, intipati-intipati dalam isu atau agenda Islam perlu diketahui. Jangan hanya berkata-kata "kita mesti berjuang" tapi masih ada sikap yang melambatkan kejayaan Islam iaitu takut, malas dan bakhil.

Saya kira mahasiswa Islam kena bangkit dan sedar dalam memperbanyakkan membincangkan intipati bagi Islam itu, bukan hanya sekadar rupa luaran sahaja...

P/S : kepimpinan adalah barisan utama yang perlu dididik bagi mendidik ahli dalam mengenalkan intipati Islam itu sendiri...

Saturday, July 3, 2010

Asas Keterbukaan Islam Kepada Non-Muslim


Dalam konteks semasa sekarang di tanah air khususnya Malaysia, perbincangan demi perbincangan berkenaan dakwah ke atas non-muslim semakin perlu diberikan perhatian. Dan kini bukan setakat dakwah non-muslim, bahkan umat Islam perlu mengetahui akan ruang keterbukaan Islam kepada non-muslim. Setakat mana ruang keterbukaan yang dibolehkan dan tidak. Semestinya ia menjadi kepentingan di masa kini setelah kita lihat isu kalimah Allah, orang non-muslim membaca ayat al-Quran di dalam ucapan mereka, isu dahulu mengenai kelaziman non-muslim dalam hukum hudud, konteks kelonggaran lesen arak, dan sebagainya...

Saya kira pemahaman dalam asas keterbukaan amat penting supaya objektif dakwah terhadap non-muslim tidak menyebabkan mereka lari dan meresa Islam merupakan agama yang menyusahkan atau mengongkong.

Bahkan sebelum ini, perbincangan terhadap fiqh-fiqh dan maqasid yang dibentang juga merupakan asas utama.. Hal ini demikian asas keterbukaan dapat difahami dengan tepat dengan asas yang kukuh.

ok..

Apabila bercerita berkenaan asas keterbukaan Islam kepada non-muslim, fokus utama ialah dari sudut :

- akidah
- ibadah
- akhlak
- syariat (iaitu konteks perundangan)

Dari sudut akidah dan ibadah, non-muslim sekali-kali tidak dipaksa dalam menukar anutan mereka kepada memeluk Islam. Bahkan ayat al-Quran sendiri menjelaskan bahawa tiada paksaan dalam menganuti agama Islam. boleh lihat ayat ke 99 surah yunus dan ayat 256 surah al-baqarah.

Bahkan mauqif yang dikenakan ke atas ahli zimmah (orang kafir yang duduk di negara Islam dan mengikut etika dan perundangan negara) diserahkan pilihan kepada mereka untuk terus berada dalam anutan mereka.

Islam hanya menyuruh umatnya berdakwah kepada non-muslim tanpa sebarang paksaan. Dan juga sekiranya mereka masih berada dalam anutan mereka, Islam menyuruh agar melakuakn apa jua wasilah dakwah ke atas mereka dalam mencari titik persepakatan yang boleh dilakukan di samping mendekatkan mereka kepada Islam setidak-tidaknya.

Dari sudut akhlak pula, maka jelas, bahawa bukan setakat Islam menyuruh umatnya berperangai yang elok dan sopan, bahkan seluruh agama yang ada samada yahudi, nasarani dan sebagainya menyuruh umatnya sebegitu. Bersikap sayang menyayangi, adil, bercakap benar, bertanggungjawab dan apa jua sifat yang elok, itulah yang diajarkan oleh agama-agama mereka. Justeru, penguatkuasaan ke atas non-muslim dalam berperangai elok bukanlah suatu paksaan dari Islam bahkan bukan jua Islam mengongkong non-muslim. Namun itu adalah ajaran daripada agama mereka Islam. Cuma apa yang diajarkan oleh Islam lebih cantik dan sopan.

Contoh yang boleh diambil, kelakuan zina, bukan sekadar Islam yang melarang sekerang-kerangnya, bahkan disebutkan bahawa Nabi Isa sendiri mencegah umatnya daripada berzina. Nabi Isa ada menyebut bahawa mata boleh melakukan (penyebab) zina. Nabi Muhammad SAW juga ada memberikan amaran bahawa penglihatan juga boleh menjadi panahan syaitan (menyebab ke arah zina / zina mata).

Adapun dari sudut syariat (iaitu konteks perundangan), Islam memberikan ruang kepada mereka untuk memilih mana yang mereka senang samada perundangan Islam atau berdasarkan perundangan agama mereka. Ini berkaitan hukum dan keagamaan. Dalam sudut kenegaraan atau ekonomi, tidak dapat tidak mereka mesti mengikut perundangan Islam yang telah ditetapkan. Hal ini demikian sekiranya mereka tidak mengikuti etika dan perundangan itu akan menyebabkan perjalanan pentadbiran kucar kacir.

Dalam hukum hudud pula, non-muslim tidak dipaksa melainkan apa yang sepakat di dalam agama mereka bahawa perkara tersebut adalah haram seperti zina atau mencuri. Adapun apa yang dihalalkan dalam agama mereka akan tetapi diharamkan dan dikenakan hukum dalam Islam seperti minum arak, maka hukuman hudud tidak dikenakan ke atas mereka. Namun pengawalan kelonggaran bagi mereka terhadap arak mestilah dikawal bagi memastikan tidak mendatangkan mudharat kepada masyarakat umum.

Nabi SAW juga pernah menjatuhkan hudud zina ke atas orang yahudi di madinah. Hal ini demikian dalam anutan mereka, zina juga adalah diharamkan.

Justeru, Islam tidak memaksa ke atas non-muslim untuk melakukan apa yang di dalam agama mereka mengharamkan dan meninggalkan apa jua yang disuruh oleh agama mereka. Namun, pengawalan bagi tidak merosakkan suasana masyarakat umum itu adalah ketetapan yang mesti dijaga.

Setakat ini sahaja secara asas mengenai keterbukaan Islam kepada non-muslim....

P/S : dakwah non-muslim adalah uslub kepada non-muslim, manakala asas bagi keterbukaan Islam merupakan metode atau etika kepada dakwah itu..

Friday, July 2, 2010

Pemikir Perlu Kreatif


Dalam menjayakan sesuatu matlamat dan objektif, seorang pemikir perlu menjadi seorang yang kreatif dalam sebarang tindakan. Peranan sebagai pemikir yang merancang dan mempertimbangkan antara maslahat dan mudharat, skop pemikiran tidak hanya boleh statik dan tepu kepada sesuatu isu atau tajuk.

Kita lihat, keseimbangan mahasiswa Islam di dalam menguasai bidang-bidang tertentu masih belum stabil. Bidang pengajian bukan hanya setakat skop fundamental walaupun tidak dinafikan ia sebagai asas permulaan. Namun keterbukaan dalam menguasai isu semasa tidak boleh dibiarkan tanpa begitu sahaja.

Dalam menilai dan merancang, konteks perancangan mestilah dinilai dari segenap sudut ke atas sasaran yang dilakukan. Amat sedih sekiranya peratusan besar ahli yang berada di bawah jagaan kita meminati sukan atau hiburan namun perancangan hanya meraikan golongan minoriti.

Contoh yang mudah, 30 % ahli meminati bidang pengajian turath manakala 70 % meminati sukan. Justeru, perancangan mestilah melihat kepada sudut yang umum dan menyeluruh dalam masa yang sama memikirkan alternatif bagi peratusan yang minoriti.

Ini adalah sebagaimana ilmu yang dipelajari sekiranya mendalami ilmu pemasaran. Walau sebaik mana barangan yang dijual namun ia bukan tarikan kekuatan pembeli di tempat tersebut, objektif tidaklah tercapai. Sebab itu, pemikir perlu kreatif dalam perancangan yang dilakukan.

Otak yang statik dan tepu ke atas sesuatu isu hanya akan membawa kesan negatif. jika tidak sekarang, masa hadapan.

Kesannya kita lihat, mahasiswa Islam kini menghadapi masalah beberapa perkara antara yang paling ketara ialah fikrah yang kurang jelas.

Kefahaman yang hanya statik. Kefahaman ke atas Islam sekadar syakal (rupa paras luar sahaja) tanpa menitik beratkan jauhar (intipati). Mudah berapa ramai yang mempunyai ilmu sanggup turun bekerja melaksanakan tuntutan amal Islam.

Benarlah kata-kata mustafa masyhur : Islam tidak akan tertegak dengan hanya kata-kata..

Dalam hadis Nabi SAW pun menjelaskan bahawa unsur utama dalam ialah melakukan tangan (kuasa/ kerja). Kemudian barulah melalui lisan / kata-kata.

Justeru, para pemikir dan perancang mahasiswa Islam sekalian digesa menjadi kreatif dalam sesuatu perancangan yang dilakukan. Jangn hanya statik dan menjadikan otak tepu ke atas sesuatu topik.

P/S : Pemikir perlu brilliant..............


Related Posts with Thumbnails