Thursday, July 15, 2010

Teori Perlu Diserasikan Dengan Pengalaman Dan Prioriti Semasa


Dalam merancang sesuatu kerja Islam bagi dilaksanakan, Islam menuntut kita supaya berada di medan yang nyata. Maksudnya perancangan yang dilakukan tidak terawang-awangan dan tidak menjangkaui had kemampuan.

Saya kira ramai yang mampu memberikan teori yang sangat cantik dan bombastik apabila dibentangkan seolah-oleh manusia ini mempunyai kuasa seperti dalam filem. Namun apabila disoal kembali dengan kajian semasa dan laporan pengalaman yang ada, semuanya tiada. NOTHING..

Inilah fenomena yang kita boleh gelar sebagai CAKAP BERAPI , namun tidak dapat dilaksanakan ekoran perancangan yang tidak baik.

Sebab itu, ilmu senjata asas semasa, Fiqhul Khamsah sangat berperanan dalam sesuatu perancangan yang dilakukan. Dalam elemen Fiqh Taghyir mengingatkan kita bahawa kecekapan kita dalam mengolah pengalaman yang ada kemudian diserasikan keadaan prioriti semasa dengan eleman Fiqh Waqi agar kemampuan itu ada.

Namun rata-rata hanya merancang semata-mata tanpa melihat kepada pengalaman yang lepas dan prioriti semasa yang berlaku. Cuma dilapikkan dengan alasan "kita mesti berjuang" atau "ini kerja Islam". Tapi lupa bahawa Islam menyuruh umatnya supaya berada dalam keadaan yang nyata bukan fantasi.

Seorang pemikir atau perancang mesti ada dalam perancangannya konsep pelan gantian. Sekiranya pelan A tidak berjaya, maka akan terus kepada pelan B. Ada juga yang meletakkan sebagai pelan C sebagai awasan semasa sekiranya pelan B tidak sesuai atau masih tidak pasti, pelan C akan terus dilaksanakan.

Sekiranya diteliti kepada perancangan gantian ini, ia melibatkan kepada keutamaan dalam sesuatu yang dirancang. Dalam soalan keutamaan, pelan A adalah keutamaan yang mesti dipertikai dan dipastikan dilaksanakan. Bukanlah perancangan gantian ini berbentuk pilihan sama ada mahu pelan A, pelan B atau pelan C. Namun ia berbentuk keutamaan. Sekiranya pelan A tidak sesuai maka akan berubah kepada pelan B, dan begitu juga seterusnya.

Dan inilah permasalahan di dalam sesuatu perancangan sekiranya yang merancang adalah mereka yang tidak tahu asas merancang. Mereka menabur seberapa banyak pelan kemudian melakukan pilihan secara ikut sedap hati. Ini adalah salah..

Akan tetapi, dalam perancangan, pelan dirangka dengan banyak kemudian ia disusun berdasarkan keutamaan yang telah diteliti mengikut kesesuaian.

Sebab itu soalan berkaitan keutamaan atau Fiqh Aulawiyat benda utama yang dipersoalkan.

Tidak kira dalam perancangan atau perjuangan, keutamaan adalah antara benda utama.

Dalam kaedah fiqh, telah diajar bagaimana keutamaan yang mesti di antara menolak mudharat atau mendatangkan maslahat. Keutamaan antara maslahat diri dan umum. Keutamaan usul (perkara asas) dan furuk (perkara cabang). Keutamaan antara kepastian dan sangkaan.

Maka inilah yang membezakan antara perancangan yang berjaya atau tidak.

Justeru, dalam menghasilkan keutamaan yang tepat, teori bagi sesuatu perancangan perlu diserasikan dengan rujukan pengalaman dan kajian prioriti semasa.

No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails