Saturday, July 10, 2010

Perhebatkan Kerja Kita


Dalam tempoh bulan Julai sehingga Oktober merupakan jadual "maut" bagi seorang pimpinan. Saya kira boleh dikatakan jadual dipenuhi dengan mesyuarat dan aktiviti program sama ada peringkat pusat mahupun cawangan. Suasana sebegini tidak mungkin dirasai bagi mereka yang pulang atau bercuti ke luar negara.

Kekalutan dalam menyusun masa akan mencelarukan jadual seseorang. Sebab dek tersebut , ketika masa peperiksaan saya telah menghuraikan asas fiqhul khamsah, kerana apabila sudah tiba secara rasmi pembukaan program 1 Julai tersebut, teori atau ilmu asas tersebut sudah dapat dipraktikkan secara terus. Bukannya apabila sudah buka program baru terkedek-kedek mahu mempelajari.

Kematangan dalam menyusun jadual sangat penting. Apa yang perlu diutamakan dan dahulukan mesti dijaga. Jangan sampai akan menyebab kekalutan berlaku. Bagi pimpinan PMRAM pusat kini boleh lihat betapa sibuknya mereka dalam mengurus kerja-kerja berpersatuan mereka di samping kerja peribadi yang lain.

Dan ketika apabila diminta memberikan ucapan penutup dalam menghadiri satu-satu mensyuarat, saya suka menukilkan kembali penulisan Dr Yusof Al-Qardhawi di dalam kitabnya " As-Sohwah Al-Islamiyah minal murahaqah ilal rusyd " mengenai tuntutan kerja ke atas umat Islam. Tuntutan tersebut bukan hanya sekadar melakukan dengan cara melepaskan batuk di tangga, bahkan kita dituntut dalam melakukan kerja kita dengan sebaik mungkin. usaha, masa dan kemampuan yang ada.

Dan di antara melakukan kerja yang terbaik ialah kita melakukan sesuatu urusan tersebut pada masanya dan berdasarkan objektif yang diletakkan. Ini 2 point yang sangat penting dalam menjana mahasiswa Islam yang bekerja, iaitu :

- lakukan kerja pada masanya
- lakukan kerja mengikut objektif yang diletakkan

Sebab saya kira kadang-kadang ekoran terlalu bersemangat dan konfiden akan menyebabkan kerja yang dilakukan itu tidak menepati 2 point penting tadi. Hasilnya, kekalutan dan kekurangan akan berlaku ke atas kerja yang kita lakukan.

Justeru, mereka yang ada dipikulkan amanah kepada mereka, lakukan kerja dengan sebaik mungkin. Perhebatkan kerja kita dengan niat yang betul....

P/S : di Mesir kemahiran yang kita lalui dan dapat adalah dengan konsep PMT iaitu pengalaman melalui tugasan....

No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails