Monday, July 12, 2010

Hidupkan Suasana Membaca Di Kalangan Kita


Satu kajian sedang giat dijalankan oleh Unit Biah Solehah mengenai kecenderungan membaca dan peratusan pembacaan di kalangan mahasiswa Islam. Satu kajian yang sangat menarik saya kira. Dengan adanya kajian ini kita akan dapat secara statistik kiraan bagi meyakinkan sama ada mahasiswa Islam malas atau rajin secara tepat.

Memang sering kita dengar sejak di Malaysia lagi bahawa pembacaan di kalangan masyarakat kita amat rendah berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Bahkan terlalu jauh perbandingan yang dilihat. Justeru, sepetutnya mahasiswa Islam sedar akan perkara ini dan memanfaatkan masa dengan membanyak bahan-bahan yang boleh memanfaatkan dan menambahkan input apa jua thaqafah dan isu.

Kadang-kadang kita juga dengan segelintir pihak yang kurang faham, sehingga menyebabkan mahasiswa Islam tersekat daripada pembacaan dengan meletakkan sesiapa yang membaca kitab tanpa guru maka, gurunya adalah syaitan, secara total.


Ini satu pemahaman yang akan menyusahkan orang ramai. Saya kira mereka tidak memahami kehendak kalam tersebut, bahkan masih tidak mengerti amaran atau perhatian yang diberikan.

Mengenai pembacaan, saya lebih suka melihat suasana yang ditonjolkan oleh masyarakat Jepun atau Korea di mana mereka senang membaca buku di mana-mana sahaja. Keretapi, stesen bas, shopping kompleks, dan di mana sahaja. Berbanding dengan sikap segelintir mahasiswa Islam kita yang lebih gemar MEMBAWA BUKU tanpa membaca buku.. sudah baik membawa buku, cuma agak kurang kerana tidak membaca..


Dan point yang agak penting saya kira, dalam pembacaan buku mesti ada target untuk helaian yang ingin dibaca atau dihabiskan. Bagi saya, sekiranya mahasiswa Islam perlu membaca paling asas seperti berikut :

- tahun yang pertama : 25 muka surat (sehari)
- tahun yang kedua : 50 muka surat (sehari)
- tahun yang ketiga : 75 muka surat (sehari)
- tahun yang keempat dan lebih: 100 muka surat (sehari)

saya yakin mahasiswa Islam kita akan terkeluar daripada pihak yang buta isu dan suasana.

Apa-apa pun tahniah kepada Unit Biah Solehah dengan kajian yang dilakukan, semoga ia mampu menyeru mahasiswa Islam menghidupkan suasana membaca...

No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails