Saturday, July 31, 2010

Bekerja Dan Terus Bekerja


Kata-kata motivasi daripada Dr Yusof Al-Qardhawi ada menyebut bahawa apa yang diperlukan daripada umat Islam sekarang ialah bekerja dan terus bekerja. Maksudnya jangan berhenti daripada berusaha membela, menaikkan Islam serta sentiasa meningkatkan prestasi dalam kerja-kerja yang dilakukan. Pastikan kerja yang dilakukan pada hari ini lebih berkualiti daripada yang kelmarin. Begitu juga kesinambungannya.

Saya sering berborak dengan BP Adlan, beliau selalu melontarkan beberapa perancangan dan kalam yang semasa. Mengenai kelemahan dan isu gejala yang melanda. Antara perancangan baik yang sedang dilakukan ialah mengkaji statistik pembacaan di kalangan mahasiswa Islam menerusi medan kajian yang dilakukan oleh Unit Biah Solehah dan seterusnya akan menghidangkan beberapa panduan dalam mencari buku-buku yang penting bagi seorang aktivis / pejuang agama Allah.

Antara perbincangan kami ialah bagaimana mendidik menjadikan mahasiswa Islam sentiasa bekerja mengikut posisi masing-masing dalam mencapai target yang sama. Kadang-kadang ramai yang salah faham atau faham sekerat sahaja iaitu asalkan bekerja di posisi masing-masing. Namun terlupa akan target yang sama. Ia sama seperti taktik dalam permainan bola sepak. Semua pemain bermain di posisi masing-masing dalam masa yang sama target adalah menjaringkan gol bagi pasukannya. Bukan sekadar main di posisi masing-masing akan tetapi tiada target yang selari.

Selain itu, dalam kitab Dr Yusof Al-Qardhawi, beliau menegaskan dan menasihati supaya tinggalkan banyak beralasan dan berbalah perkara yang tidak berfaedah, namun banyakkan bekerja dan memberikan usaha. Ia penting dalam memastiskan mekanisme perancangan yang telah dilakukan berjaya dengan terus, bukan terhenti ekoran dek perbalahan dan alasan yang beribu.

Selain itu, dalam eleman hentikan beralasan dan banyakkan bekerja ialah :

- sentiasa merancang bagi mencapai objektif yang telah disasarkan, tidak hanya memikirkan " kalau " yang berpanjangan tanpa kajian yang dilakukan.

- sentiasa mengucapkan sejarah gemilang generasi lama, namun terlupa mencipta kegemilangan di zaman yang ada dan mendatang.


- Perancangan melihat kepada prioriti semasa, tidak hanya syok sendiri.


Apa yang ingin ditekankan di sini ialah, bagi perancangan apa yang perlu diperhatikan ialah keperluan semasa. Tidak kiralah samada tafaqquh, pendidikan, kebajikan dan hiburan. Hal ini kerana sekiranya tidak melihat dan mengkaji keperluan semasa, perancangan yang dilakukan hanya syik sendiri walaupun bergegar.

Apa yang dikehendaki daripada perancangan ialah mencapai tarikan orang yang dipimpin bukan semata-mata mahu memuatkan catatan di dalam buku sejarah.

Justeru, kelemahan yang berlaku ke atas mana-mana pihak perlu dikaji semula. Apa yang penting, jangan banyak beralasan, namun hendaklah banyakkan perancangan yang mendatang dan bekerja dan terus bekerja.

No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails