Tuesday, April 13, 2010

Akidah Islam dan Jenayah Murtad (siri 10)




Perkara-perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan


Dalam bahagian ini, dibentangkan beberapa perkara yang berkait rapat dengan jenayah murtad dan perlu dipandang serius sebagai langkah pencegahan sebelum merebaknya dengan lebih parah.


Pertama : TUDUHAN ATAU DAKWAAN MURTAD KE ATAS INDIVIDU ISLAM TERTENTU.


Perkara ini perlu dijaga supaya tidak menjadi mainan mulut di kalangan umum kerana akan menjerumus kepada bahana bencana yang dahsyat (fitnah dan kafir mengkafirkan antara satu sama lain) seterusnya mengakibatkan tercetusnya perpecahan dan permusuhan. Sebagaimana yang kita maklumi, jenayah murtad membawa kepada perpecahan dari segenap sudut samada dalam kekeluargaan dan masyarakat.


Perpecahan dalam keluarga ini melibatkan hubungan di antara suami, isteri dan anak. Tidak halal bagi wanita Islam untuk berada di bawah naungan suami yang kafir. Begitu juga anak-anak yang Islam, tidak dikira aman jika berada di bawah asuhan ibu atau bapa yang kafir. Lebih-lebih lagi, perkara ini akan menjadi rumit terhadap hukuman ke atas harta benda perkongsian bersama sebagaimana mengikut ijma' para ulama'.


Atas kepentingan perkara ini, langkah berjaga-jaga perlu diambil ketika menjatuhkan hukuman ke atas dakwaan yang mengkafirkan seseorang muslim (menafikan keislaman seseorang seperti mendakwa seseorang muslim telah murtad) yang masih lagi diyakini akan keislamannya. Dalam Islam terdapat kaedah yang telah digaris panduankan iaitu 'sesuatu keyakinan tidak akan hilang disebabkan oleh sesuatu yang hanya syak'. Maksudnya seseorang muslim yang diyakini lagi akan keislamannya tidak boleh dikatakan murtad semata-mata kerana syak akan keislamannya.


Kedua : MENENTUKAN SIAPA YANG BENAR-BENAR LAYAK UNTUK MENJATUHKAN HUKUMAN.


Orang yang benar-benar layak untuk menjatuhkan hukuman bahawa telah kafirnya seseorang muslim tersebut ialah orang yang benar-benar mempunyai ilmu yang mendalam dan berkaitan dengan permasalahan ini, malah individu tersebut mempunyai kelebihan iaitu orang yang dapat membezakan antara perkara yang qat’ie dan zanni, hukuman yang jelas dan hukuman yang samar-samar, dan dapat menentukan di antara perkara yang boleh diterima takwilan atau tidak.


Hukuman tidaklah dijatuhkan ke atas individu muslim sehingga terbukti padanya beberapa bukti dan kenyataan yang jelas lagi terang. Misalnya, individu muslim tersebut mengingkari dan tidak mempercayai perkara-perkara yang dhoruri di dalam Islam seperti menafikan bahawa solat 5 waktu itu wajib. Ataupun individu muslim tersebut mempermain-mainkan akidah dan syariat seperti mencaci Allah, rasul-Nya dan kitab-Nya (Al-Quran).


Contoh yang boleh dibawa berdasarkan keterangan di atas sebagaimana realiti yang pernah berlaku ialah para ulama’ bersepakat dengan mengatakan Salman Rushdi telah jatuh kufur. Hal ini demikian kerana dia telah mempertikaikan sunnah (hadis Rasulullah s.a.w.) dan tidak mempercayainya. Kemudian, tidak mempercayai 2 ayat Al-Quran pada akhir Surah At-Taubah. Kemuncaknya, beliau mengaku bahawa dirinya (Salman Rushdi) merupakan utusan Allah dengan mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. merupakan penutup segala nabi, bukan penutup bagi rasul. Keterlampauan Salman Rushdi telah sampai kemuncaknya. Ulama’-ulama’ antarabangsa telah bersepakat dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Salman Rushdi telah kufur!


Tidak seharusnya meninggalkan ruang seperti perkara yang disebutkan tadi (mengenai Salman Rushdi) kerana golongan yang melampau dan golongan yang cetek ilmu akan mengambil kesempatan untuk bercakap mengenai Allah sedangkan mereka tidak tahu. Mereka akan bercakap mengenai rasul dan Islam, sedangkan mereka jahil. Perkara sebegini merupakan perkara yang sangat bahaya dan akan menjerat orang awam yang tidak tahu apa-apa untuk turut sekali. Banyak perkara sebegini yang telah kita dengar pada hari ini. Inilah golongan sesat[1], yang menyeleweng daripada landasan yang asal, iaitu Islam.


Ketiga : PIHAK YANG LAYAK UNTUK MENJALANKAN HUKUMAN


Orang yang layak untuk menjalankan hukuman terhadap jenayah murtad selepas terbuktinya individu tersebut telah murtad ialah pihak berkuasa. Tidak kiralah apa sahaja nama yang dipakai pada pihak berkuasa samada presiden, raja mahupun perdana menteri. Hanya pihak berkuasa ini yang layak untuk menjalankan hukuman tersebut. Orang awam tidak dibolehkan untuk menjalankan hukuman ini secara berindividu mahupun berkumpulan tanpa ada kebenaran daripada pihak yang berkuasa kerana akan menimbulkan kekacauan dan kekecohan.

Maka, pihak yang berkuasa perlulah menjalankan hukuman yang menepati intipati 2 masdar (rujukan) utama dalam Islam iaitu kitab (Al-Quran) dan sunnah. Kedua-dua masdar ini hendaklah menjadi tempat rujukan dan panduan dalam kehidupan muslim daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara kerana Islam itu meliputi dan menyeluruh.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Maka jika kamu berlainan (berselisih) pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Surah An-Nisa' : 59)


Perkara yang perlu diketahui ialah setiap qadhi atau orang yang layak untuk menjalankan hukuman tersebut hendaklah daripada kalangan ahli ijtihad (alim ulama’). Sekiranya tidak ada pihak berkuasa yang terdiri daripada kalangan alim ulama’, hendaklah ia mendapatkan pertolongan daripada alim ulama’ supaya hukum yang dijalankan mengikut nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah, bukannya mengikut hawa nafsu. Hal ini demikian kerana orang yang berilmu (alim dalam agama) adalah orang yang sebenar-benarnya yang takut pada Allah s.w.t..

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Hanyasanya yang akan takut kepada Allah daripada kalangan hamba-Nya ialah ulama'. (Surah Fatir : 28 )


Perlunya qadhi atau pihak berkuasa yang jahil untuk berdampingan dengan para ulama’, kerana qadhi yang jahil akan memberikan fatwa dan menjalankan hukuman mengikut hawa nafsu. Qadhi atau pihak berkuasa yang menjalankan sesuatu hukuman yang tidak berpandukan Al-Quran dan As-sunnah dan membelakangi kata-kata ulama’ merupakan qadhi daripada kalangan ahli neraka sebagaimana yang terdapat dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w..


Keempat : CARA PELAKSANAAN HUKUMAN


Jumhur ulama’ telah bersepakat bahawa wajib menasihati orang yang telah murtad untuk bertaubat sebelum menjatuhkan hukuman bunuh. Malah wajibnya menasihati orang yang telah murtad merupakan ijma’ para sahabat. Kesimpulannya, wajib menasihati dahulu orang yang telah murtad. Jika enggan barulah dijalankan hukuman bunuh. Tidak ada perselisihan lagi pada wajibnya menasihati untuk bertaubat, yang menjadi perselisihan para ulama’ ialah had atau tempoh yang diperuntukkan kepada orang yang murtad untuk bertaubat.


Sebahagian mengatakan 3 hari. Ada yang mengatakan kurang daripada 3 hari, ada yang mengatakan lebih. Ada juga pendapat yang mengatakan selama-lamanya, dan dikecualikan kafir zindik. Hal ini demikian kerana kafir zindik ialah golongan yang telah jelas kekufurannya, tidak ada keraguan lagi. Maka tidak ada peluang baginya untuk bertaubat. Begitu juga orang yang telah mencaci dan menghina Rasulullah s.a.w., kehoramatan dan kesucian baginda. Maka, tidak ada peluang padanya untuk bertaubat.


Yang dimaksudkan menasihati dengan memberi peluang kepada individu murtad untuk bertaubat ialah memberikan satu tempoh untuk mereka berfikir kembali dan merenung mengenai jenayah murtad itu dengan menghilangkan segala keraguan serta memberikan hujah-hujah yang jelas mengenai kesucian agama Islam agar mereka boleh berfikir sendiri untuk menerima atau tidak.


Ada di kalangan ulama’ pada masa kini yang menyatakan bahawa taubat orang murtad yang kita terima ialah taubat yang segi zahir. Dari segi batinnya, samada orang murtad itu telah benar-benar taubat atau tidak, maka hanya Allah s.w.t. yang mampu menilainya. Sebagai manusia biasa, kita tidak mampu untuk menghukum perkara batin manusia.


Kita disuruh untuk menghukum manusia mengikut yang zahir kerana hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu perkara ghaib dan yang tersembunyi. Hadis Nabi Muhammad s.a.w. ada menyebut “sesiapa yang menyebut 2 kalimah syahadah maka darah dan hartanya akan dipelihara, maka perhitungan yang sebenar adalah kepada Allah s.w.t.” Iaitu hanya Allah s.w.t. dapat menghitung segala yang tersirat pada hati seseorang individu.


Maka, keempat-empat perkara di atas yang perlu diambil perhatian ialah mengenai pemberian hak secara umum ke atas individu tertentu untuk menjatuhkan dakwaan bahawa murtadnya seseorang muslim. Kemudian, melaksanakan hukuman yang telah ditetapkan ke atas jenayah murtad iaitu bunuh akan membawa kepada suatu insiden yang sangat bahaya kepada darah, harta benda dan maruah seseorang.


Pemberian hak secara umum kepada setiap individu akan menyebabkan individu yang bukan daripada kalangan orang yang berilmu, bukan ahli mufti (orang yang layak untuk mengeluarkan fatwa) dan bukan orang yang berkuasa akan bertindak sewenang-wenangnya dalam menghukumkan seseorang telah murtad secara bebas dan menjalankan hukuman bunuh ke atas orang yang murtad. Hal ini akan membawa kepada kekecohan dan bahaya yang sangat besar.


Disebabkan perkara ini, keempat-empat perkara yang telah dinyatakan perlu diambil perhatian yang serius agar hukuman yang dijatuhkan bertepatan dengan nas-nas syar’ie dalam keadaan adil dan saksama.


[1] Seperti Ayah Pin dan lain-lain lagi yang berlaku di Malaysia.

Saturday, April 10, 2010

Kenangan Bersama Sepanjang Sesi 2009

Bersama Timbalan Presiden PMRAM 2009, Saudara Shahrizan. Beliau juga bakal Presiden PMRAM 2010..tahniah ....


Di apit 2 Badan Pengurus yang mahir dalam pengurusan Islam, BP Adlan (kanan), merupakan Setiausaha Agung PMRAM 2009. BP Malik (kiri) yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung PMRAM 2009...


Penasihat PMRAM (kanan), Saudara Khairul Anuar yang juga mantan Presiden PMRAM 2008..Mantap...


Jamuan makan yang disponsor oleh BP Jamal (kiri), Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan. di sebelah kanan Ketua Badan Sambutan dan Rehlah, BP Labib...

" PMRAM Pasti Hebat " - ungkapan oleh Voice Of PMRAM, BP Azlan (kiri) yang merupakan Ketua Badan Ekonomi. BP Taufiq (kanan) - lagak seorang jagoan bola sepak - Ketua Penerangan dan Penerbitan...

Bersama-sama membuang undi - BP Malik, BP Meor dan BP Azrul..

Makan malam bersama yang indah - Presiden PMRAM, Saudara Abdul Muizz, Bp Nik Rosdi yang merupakan Naib Presiden II dan BP Labib...

Bersama BP Nik Rosdi (Naib Presiden II) - ziarah ke Dumyat Darul Kerang..hehe

Intergriti mahasiswa - BP Labib yang lantang meyuarakan intelektual kemahasiswaan ....
Mahasiswa Agen Perubah ...


Icon Dakwah 2009 , BP Azrul (Naib Pres I) - selamat menjadi jiran saya di Serdang...hehe

Gaya Presiden 2009 - ketegasan yang ditakuti oleh pihak lawan, disenangi oleh pihak kawan...
BP Amal (Naib Setiausaha Agung PMRAM 2009) - A4 ada 4 bucu, so kene ade 4 orang - ungkapan pelik yang difahami oleh BP Amal. Nak tau maksudnya, tanya BP Amal... : )

Pose cute oleh BP Meor - Bendahari Agung - bakal mengakhiri permasalahan akaun yang berlaku- doa2 kan...
Sebelum kepulangan BP Yazid (Ketua Pendidikan dan komunikasi Bahasa) - saat bersama sentiasa diingati -
BP Farkhan (Ketua Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM 2009), jangan dicabar PMRAM mengenai isu dan fakta semasa kerana PMRAM ada beliau...
Bisikan sesuatu oleh Presiden - kalam yang sedap didengari... Tokoh Presiden ke-50...

tambahan : kenangan manis ini, biarlah diabadikan bersama-sama...

PMRAM 80 Tahun - Beberapa Fakta Yang Menarik


11 April 2010 merupakan ulang tahun bagi PMRAM ke-80. Satu tempoh yang panjang bagi sebuah persatuan bahkan boleh dikategorikan sebagai satu tamadun atau dinasti. PMRAM kini melangkah ke 1 abad...

PMRAM sesi 2009 sempat melalui tarikh 11 April dan banyak fakta-fakta yang menarik perlu diketahui bersama :

1) PMRAM kini berusia 80 tahun.

2) Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mui'zz merupakan Presiden ke-50.

3) Muktamar Sanawi PMRAM pada tahun ini merupakan kali ke-77, manakala Muktamar HEWI kali ke-23, jika dijumlahkan menjadi 100.

4) Pada sesi ini Syeikh Ali Jumaat, Mufti Mesir turun hadir di dalam pogram Kutub Sittah PMRAM.

5) PMRAM sempat merasai kehilangan Syeikh Azhar iaitu Syeikh Tantawi dan merasai kenaikan Syeikh Azhar yang Baru iaityu Syeikh Ahmad Tayyib.

6) Presiden dan Raisah keduanya-duanya sudah berkahwin.

7) PMRAM sempat merasai tahun 2010, iaitu 1 januari berlaku pada Hari Jumaat, 31 Disember 2010 juga Hari Jumaat, 1 Muharram juga berlaku pada Hari Jumaat, Maulid Nabi juga pada hari Jumaat, Hari Raya Korban juga berlaku pada Hari Jumaat.

8) Berlaku pilihanraya Badan Pengurus PMRAM sejak sekian lama tidak ada.

Amat menarik bukan??

Terus bersama kepimpinan PMRAM....

Wednesday, April 7, 2010

Semarakkan Usaha Kerja Selaras Dengan Publisiti


10 April ini merupakan di antara sejarah agung yang bakal tercatat bagi sesi PMRAM 2009 apabila terjadinya pilihan raya sejak sekian lama tidak berlaku. Kehangatan pilihan raya ini semakin menarik dan hangat apabila melihat masing-masing fun club @ peminat kipas susas-mati mempromosikan calon-calon mereka. Sebaran poster, promosi blog dan pengiklanan video.

Kalau dulu sering kali ditanya kenapa PMRAM tidak melakukan pilihan raya?? adakah PMRAM takut atau jumud?? Dan berbagai lagi andaian yang kurang sopan diberikan. Selalu apabila soalan-soalan ini ditanyakan kepada saya, dengan mudah saya jawab, PMRAM membuka seluas-luasnya kepada mereka untuk mencalonkan diri asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan. Tidak ramai yang mencalonkan diri mereka sebab kerja dengan PMRAM bukan dapat gaji, bukan dijanjikan dengan jawatan kerja apabila pulang ke Malaysia. Apa yang kamu dapat apabila menjadi Badan Pengurus hanyalah ganjaran di sisi Allah yang manusia pada hari ini kurang yakin, dan kemanisan di dalam perjuangan yang tidak diingini oleh mereka yang cintakan dunia dan material. Hanya ini sahaja... kalaulah mereka nampak akan 2 perkara ini nescaya tiap2 tahun akan berlaku pilihan raya. Justeru, bukan PMRAM yang menyekat akan tetapi tiada yang sudi!

Kali ini pihan raya berlaku, diharapkan ahli-ahli semua memandang serius di dalam memilih calon yang terbaik untuk menerajui kepimpinan pada masa akan datang.

Bagi saya, satu pujian saya lontarkan kepada semua calon di atas keberanian dan bergerak mempromosikan diri demi memajukan PMRAM di masa hadapan. Cuma pesanan saya kepada bakal2 pemimpin ialah semarakkan gerak kerja kamu selaras dengan promosi yang telah dilakukan. Jangan menghampakan ahli dengan kata-kata mutiara tanpa usaha yang gigih.

Selaku yang telah berpengalaman di dalam PMRAM selama 2 tahun dan akan memulakan musim pencen x lama lagi beberapa point yang perlu ada kepada mereka yang mahu menjadi Badan Pengurus PMRAM :

1- Tahu menilai masa adalah lebih mahal daripada mata wang.

2- Taat dan patuh kepada ketua di dalam melaksanakan misi dan visi PMRAM

3- Gerak kerja bukan untuk kepentingan dan keuntungan peribadi, bahkan gerak kerja adalah mengikut misi dan visi PMRAM

4- tidak manja dan terlalu touching pada perkara yang tidak sepatutnya.

5- Sentiasa mahu belajar di dalam melakukan gerak kerja dan tidak berlagak sombong seorang yang pandai.

saya kira cukup sekadar ni nasihat saya kepada kalian. semoga sama2 ikhlaskan niat di dalam membawa panji Islam dengan saluran yang betul.. Saya doakan kalian semua tetap dan tabah dalam mehnah tribulasi perjuangan PMRAM...

Selain itu, sejuta tahniah kepada BP seperjuangan dengan saya, iaitu Ustaz Shahrizan di atas amanah jawatan Presiden pada sesi hadapan. Semoga anda kelak menjadi pewaris Salehudin Al-Ayubi di dalam menggentarkan pihak lawan yang tidak mahukan Islam. Tahniah ...

terus bekerja.....

Sunday, April 4, 2010

Muktamar Sanawi PMRAM : Terima Kasih Memberikan Saya Ilmu Dan Pengalaman


Sedar atau tidak, Muktamar Sanawi PMRAM kian tiba... hanya tinggal beberapa hari sahaja bagi menempoh tarikh 10, 11 dan 12 April bagi Muktamar Sanawi PMRAM.. Bagi semakin dekat untuk melalui alam pencen akan datang.

Pengalaman saya berada di dalam PMRAM selama 2 tahun bermula pada sesi 2008 dan 2009 banyak memberikan pengalaman dan ilmu. Secara ikhlas saya kata, terlalu banyak ilmu tambahan yang dapat selain ilmu di kuliah dan tempat-tempat yang lain.

Sesi 2008, pengalaman di dalam Badan Ekonomi (BEKON) mula memberikan saya perasaan seronok terhadap kewangan bahkan ilmu memahami hukum berkaitan kewangan Islam. Kalau bukan saya diamanahkan dalam mencari kewangan dan memikirkan cara mencari dana mana mungkin saya akan sibukkan diri dengan mengkaji ilmu-ilmu berkaitan kewangan Islam secara teori atau terbuka. Mungkin benar kata-kata mereka yang mengatakan bahawa PMRAM merupakan universiti kedua bagi mahasiswa/wi melayu Malaysia selepas Universiti Al-Azhar.

Kemudian pada sesi 2009, saya juga diberikan peluang yang melibatkan kewangan namun yang berbeza salurannya adalah kebajikan... Sebagai Naib Presiden III iaitu merangkap Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan. Tugas yang memang mencabar dan lebih letih. Kalo tahun lepas hanya memikirkan cari duit sahaja tapi kali ini cari duit dan bagaimana menjaga hati ahli dari sudut menerangkan dan memberikan kebajikan.. Apa pun yang ingin saya ucapkan kerana memberikan amanah ini, satu lagi ilu yang saya disibukkan dengan tugas ini iaitu ilmu berkaitan hak-hak dan takaful dalam Islam.

Ini adalah di antara ilmu-ilmu asas yang saya pelajari apabila memasuki PMRAM. Banyak lagi ilmu yang dipelajari namun berkaitan bidang yang saya ceburi sebagaimana yang saya perkatakan tadi. Mungkin saya boleh sebutkan di sini apa lagi ilmu-ilmu yang akan kita dapat apabila ceburi dalam PMRAM :

1) pengurusan
2) displin dan protokol
3) speech
4) kemahiran berfikir
5) ilmu-ilmu semasa seperti aulwiyat, muzanat dan lain-lain
6) ilmu praktikal teori

dan lain-lain lagi...

Banyak kenalan yang terpahat dalam liku-liku perjalanan PMRAM..manis suka dan duka...
Biarlah hanya mereka yang seangkatan dan pernah menyelam di dalam perjuangan PMRAM yang tahu...

Terima kasih diucapkan dan minta maaf kepada semua sepanjang berada di tampuk kepimpinan...



tambahan : sape2 berminat nak ikut saya melancong, ayuh...mungkin sepanjang tempoh pencen dan sebelum pulang ke Malaysia, saya mahu menghirup udara segar sebanyak yang munkin....

Friday, April 2, 2010

Konteks Kebajikan Di Dalam Islam (vol 2)


1- Sebelum ini kita telah membicarakan konteks kebajikan di dalam Islam pada sudut akidah. Dan kita mengetahui bahawa seruan ke arah akidah Islam, merupakan kebajikan yang paling besar ke atas manusia kerana akan menyelamatkan manusia di akhirat kelak. Bahkan rahmat yang dibawa oleh Junjungan Mulia bukan sekadar kebajikan berbentuk material sahaja, bahkan kebajikan ialah apa jua perkara yang akan menyebabkan seseorang itu berasa selamat dan aman.

2- Islam menekankan manusia agar menjaga 5 perkara asas utama iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan (juga termasuk maruah). 5 perkara asas utama inilah kebajikan yang perlu diberikan dan ditekankan oleh Islam ke atas umatnya. Bagaimana cara untuk tidak berlaku apa-apa jua kerosakan dan keburukan ke atas 5 perkara asas utama tersebut maka ia merupakan kebajikan yang disalurkan.

3- Berkenaan dengan agama ialah, kita menerangkan kepada manusia sekalian mengenai agama yang sebenar. Yang relevan dari sudut akal dan fleksibel pada setiap masa dan zaman. Justeru, dakwah bagi menerangkan kecantikan Islam adalah sangat penting supaya manusia boleh mengenal Islam dengan baik dan jelas. Banyak penganut agama yang mendakwa bahawa agama mereka adalah yang paling jelas dan terbaik, namun catatan sejarah telah membuktikan bahawa sistem yang diperkenalkan oleh mereka adalah tidak menepati konsep yang sebenar. Sebagaimana sistem ekonomi kapitalis dan sosialis, 2 sistem bagi membentuk sistem kewangan yang terbaik, namun keburukan yang melanda jelas berlaku dan akhirnya manusia kini berlumba-lumba untuk menggunakan sistem kewangan Islam.

4- Selain itu, satu medan pendekatan di antara kepelbagaian agama turut dianjurkan oleh Islam bagi menemukan titik pertemuan dan menjauhi pergaduhan di antara satu sama lain. Apa yang penting ialah, forum perbincangan di antara agama akan membuka minda semua bahawa cantik dan relevan sistem dan etika di dalam Islam dari semua sudut samada ibadat, ekonomi dan lain-lain lagi.Bahkan Nabi Muhammad SAW juga turut menyeru dan berdialog kepada para rahib yahudi di dalam menyeru ke akidah yang satu iaitu akidah Islam.

Firman Allah SWT : "katakanlah (wahai Muhammad) wahai ahli kitab! marilah menuju ke satu kalimah yang menyatukan di antara kami dan kamu iaitu janganlah kamu menyembah selain daripada Allah SWT..."

5 - Hasilnya, secara tidak langsung Islam dan hujah-hujah yang menyokong Islam dapat disebarkan dan disalurkan kepada penganut agama yang lain sekita sesi dialog diadakan. Apa yang penting ialah Islam dapat disampaikan kemudian disusuli dengan tarikan agar mereka dapat menerima sistem Islam kemudian barulah peringkat yang seterusnya.

6 - Justeru, asas utama penjagaan agama adalah sangat penting dan keutamaan yang paling tinggi yang tidak boleh diremehkan. Hal ini demikian ia berkait dengan kebajikan ke atas akidah yang telah dibicarakan sebelum ini. Sebab itu, Allah meriwayatkan kisah Luqman Al-Hakim ketika mana beliau menasihati anaknya agar tidak mensyirikkan Allah SWT kerana ia merupakan kezaliman yang besar.....

Thursday, April 1, 2010

Siapa yang berminat, silakan .....


Pengumuman kepada mereka yang berminat dalam bidang Kewangan Islam. Saya membuka peluang kepada mereka untuk sama-sama berkongsi ilmu dalam membuat satu buku ringkasan dalam menerangkan kajian Kewangan Islam bagi memberi pemahaman yang asas dan mudah dalam memahami masalah isu-isu kontemporari Kewangan Islam. Di antara tajuk-tajuk yang akan diperbahaskan ialah :

1- insurans
2- broker
3- kad kredit
4 - bursa saham

dan lain2 lagi .....

sesiapa yang berminat nak join, leh terus hubungi saya... harap maklum...


Related Posts with Thumbnails