Wednesday, April 7, 2010

Semarakkan Usaha Kerja Selaras Dengan Publisiti


10 April ini merupakan di antara sejarah agung yang bakal tercatat bagi sesi PMRAM 2009 apabila terjadinya pilihan raya sejak sekian lama tidak berlaku. Kehangatan pilihan raya ini semakin menarik dan hangat apabila melihat masing-masing fun club @ peminat kipas susas-mati mempromosikan calon-calon mereka. Sebaran poster, promosi blog dan pengiklanan video.

Kalau dulu sering kali ditanya kenapa PMRAM tidak melakukan pilihan raya?? adakah PMRAM takut atau jumud?? Dan berbagai lagi andaian yang kurang sopan diberikan. Selalu apabila soalan-soalan ini ditanyakan kepada saya, dengan mudah saya jawab, PMRAM membuka seluas-luasnya kepada mereka untuk mencalonkan diri asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan. Tidak ramai yang mencalonkan diri mereka sebab kerja dengan PMRAM bukan dapat gaji, bukan dijanjikan dengan jawatan kerja apabila pulang ke Malaysia. Apa yang kamu dapat apabila menjadi Badan Pengurus hanyalah ganjaran di sisi Allah yang manusia pada hari ini kurang yakin, dan kemanisan di dalam perjuangan yang tidak diingini oleh mereka yang cintakan dunia dan material. Hanya ini sahaja... kalaulah mereka nampak akan 2 perkara ini nescaya tiap2 tahun akan berlaku pilihan raya. Justeru, bukan PMRAM yang menyekat akan tetapi tiada yang sudi!

Kali ini pihan raya berlaku, diharapkan ahli-ahli semua memandang serius di dalam memilih calon yang terbaik untuk menerajui kepimpinan pada masa akan datang.

Bagi saya, satu pujian saya lontarkan kepada semua calon di atas keberanian dan bergerak mempromosikan diri demi memajukan PMRAM di masa hadapan. Cuma pesanan saya kepada bakal2 pemimpin ialah semarakkan gerak kerja kamu selaras dengan promosi yang telah dilakukan. Jangan menghampakan ahli dengan kata-kata mutiara tanpa usaha yang gigih.

Selaku yang telah berpengalaman di dalam PMRAM selama 2 tahun dan akan memulakan musim pencen x lama lagi beberapa point yang perlu ada kepada mereka yang mahu menjadi Badan Pengurus PMRAM :

1- Tahu menilai masa adalah lebih mahal daripada mata wang.

2- Taat dan patuh kepada ketua di dalam melaksanakan misi dan visi PMRAM

3- Gerak kerja bukan untuk kepentingan dan keuntungan peribadi, bahkan gerak kerja adalah mengikut misi dan visi PMRAM

4- tidak manja dan terlalu touching pada perkara yang tidak sepatutnya.

5- Sentiasa mahu belajar di dalam melakukan gerak kerja dan tidak berlagak sombong seorang yang pandai.

saya kira cukup sekadar ni nasihat saya kepada kalian. semoga sama2 ikhlaskan niat di dalam membawa panji Islam dengan saluran yang betul.. Saya doakan kalian semua tetap dan tabah dalam mehnah tribulasi perjuangan PMRAM...

Selain itu, sejuta tahniah kepada BP seperjuangan dengan saya, iaitu Ustaz Shahrizan di atas amanah jawatan Presiden pada sesi hadapan. Semoga anda kelak menjadi pewaris Salehudin Al-Ayubi di dalam menggentarkan pihak lawan yang tidak mahukan Islam. Tahniah ...

terus bekerja.....

No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails