Friday, April 2, 2010
Konteks Kebajikan Di Dalam Islam (vol 2)
1- Sebelum ini kita telah membicarakan konteks kebajikan di dalam Islam pada sudut akidah. Dan kita mengetahui bahawa seruan ke arah akidah Islam, merupakan kebajikan yang paling besar ke atas manusia kerana akan menyelamatkan manusia di akhirat kelak. Bahkan rahmat yang dibawa oleh Junjungan Mulia bukan sekadar kebajikan berbentuk material sahaja, bahkan kebajikan ialah apa jua perkara yang akan menyebabkan seseorang itu berasa selamat dan aman.
2- Islam menekankan manusia agar menjaga 5 perkara asas utama iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan (juga termasuk maruah). 5 perkara asas utama inilah kebajikan yang perlu diberikan dan ditekankan oleh Islam ke atas umatnya. Bagaimana cara untuk tidak berlaku apa-apa jua kerosakan dan keburukan ke atas 5 perkara asas utama tersebut maka ia merupakan kebajikan yang disalurkan.
3- Berkenaan dengan agama ialah, kita menerangkan kepada manusia sekalian mengenai agama yang sebenar. Yang relevan dari sudut akal dan fleksibel pada setiap masa dan zaman. Justeru, dakwah bagi menerangkan kecantikan Islam adalah sangat penting supaya manusia boleh mengenal Islam dengan baik dan jelas. Banyak penganut agama yang mendakwa bahawa agama mereka adalah yang paling jelas dan terbaik, namun catatan sejarah telah membuktikan bahawa sistem yang diperkenalkan oleh mereka adalah tidak menepati konsep yang sebenar. Sebagaimana sistem ekonomi kapitalis dan sosialis, 2 sistem bagi membentuk sistem kewangan yang terbaik, namun keburukan yang melanda jelas berlaku dan akhirnya manusia kini berlumba-lumba untuk menggunakan sistem kewangan Islam.
4- Selain itu, satu medan pendekatan di antara kepelbagaian agama turut dianjurkan oleh Islam bagi menemukan titik pertemuan dan menjauhi pergaduhan di antara satu sama lain. Apa yang penting ialah, forum perbincangan di antara agama akan membuka minda semua bahawa cantik dan relevan sistem dan etika di dalam Islam dari semua sudut samada ibadat, ekonomi dan lain-lain lagi.Bahkan Nabi Muhammad SAW juga turut menyeru dan berdialog kepada para rahib yahudi di dalam menyeru ke akidah yang satu iaitu akidah Islam.
Firman Allah SWT : "katakanlah (wahai Muhammad) wahai ahli kitab! marilah menuju ke satu kalimah yang menyatukan di antara kami dan kamu iaitu janganlah kamu menyembah selain daripada Allah SWT..."
5 - Hasilnya, secara tidak langsung Islam dan hujah-hujah yang menyokong Islam dapat disebarkan dan disalurkan kepada penganut agama yang lain sekita sesi dialog diadakan. Apa yang penting ialah Islam dapat disampaikan kemudian disusuli dengan tarikan agar mereka dapat menerima sistem Islam kemudian barulah peringkat yang seterusnya.
6 - Justeru, asas utama penjagaan agama adalah sangat penting dan keutamaan yang paling tinggi yang tidak boleh diremehkan. Hal ini demikian ia berkait dengan kebajikan ke atas akidah yang telah dibicarakan sebelum ini. Sebab itu, Allah meriwayatkan kisah Luqman Al-Hakim ketika mana beliau menasihati anaknya agar tidak mensyirikkan Allah SWT kerana ia merupakan kezaliman yang besar.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment