Saturday, August 14, 2010

Ramadhan : Pemerkasaan Kesatuan Dan Cakna Isu Palestin


Kedatangan Ramadhan yang merupakan anugerah daripada Allah tidak sepatutnya dijadikan sebagai pesta sahaja. Ramadhan yang dijanjikan dengan 3 fasa nikmat iaitu rahmat, keampunan dan pelepasan dari api neraka ini, menjadi medium tunjang kesatuan dan permulaan kembali kekuatan umat Islam. Lebih-lebih lagi bulan Ramadhan digelar sebagai bulan bagi umat Islam.

Bahkan penurunan Al-Quran, mukjizat agung yang menjadi pemisah antara hak dan batil juga diturunkan di dalam bulan Ramadhan. Begitu juga peperangan dengan peperangan Badar Al-Kubra yang meletakkan titik permulaan Islam gah di hadapan apabila tebukti kebatilan dikalahkan di medan saksian semua mata yang memandang.

Sebab itu, Ramadhan bukanlah pesta yang perlu disambut sebagaimana cara sambutan sebelum ini yang semata-mata berkonsepkan syakal/rupa luaran sahaja. Ibadah-ibadah khusus yang dibentangkan juga bukan sekadar penyedap mata dengan janjian pahala yang dilipat gandakan. Namun ini sepatutnya menjadi medan pembangkit atau batu loncatan ke arah kekuatan kesatuan dalam isu umat Islam terutamanya isu Palestin yang masih belum berakhir.

Berkenaan perbalahan umat Islam ketika dahulu mengenai solat rakaat samada 8 atau 20 sehingga ada yang membid'ahkan sesama Islam begitu mudah dan menyebabkan perbalahan sesama sendiri. lihat bagaimana apabila soalan ini ditanya kepada Mujaddid Agama. Imam Hassan Al-Banna. Beliau tidak menjawab secara langsung namun memberikan jawapan bagi membuka minda kepada masyarakat ketika itu.
" solat terawih merupakan sunat. Perkara sunat ini apabila kita lakukan kita akan diberikan pahala, sekiranya tinggal, tiada pahala dan tidak berdosa. Namun kesatuan umat Islam adalah wajib dijaga. Sesiapa yang melakuakan perpecahan, maka berdosa bahkan jenayah."

Lihat, pemikiran seorang yang memandang isu kesatuan yang serius dan cakna isu umat islam. Bukan seperti pemikiran mereka yang meanggap kedatangan Ramadhan sebagai pesat untuk keseronokan nikmat semata-mata.

Antara mengapa agenda solat terawih disunatkan berjemaah, sehingga satu hari umat Islam paling kurang akan berkumpul bersama-sama sebanyak 5 kali (ekoran 5 kali berjemaah solat fardhu) ia sebenarnya supaya umat Islam sedar isu kesatuan bersama mesti dimulakan di dalam bulan Ramadhan. 6 kali masih berkumpul, namun masih tidak sedar akan isu kesatuan? sangat daif......

Bahkan peningkatan ibadah di dalam bulan Ramadhan sepatutnya diselaraskan dengan peningkatan cakna kita terhadap isu saudara kita di Palestin bersama. Kita sibuk mengejar yang sunat dan pembelajaran perkara-perkara yang furuk, namun pembelaan yang wajib kita jaga, diabaikan begitu sahaja.

Lihat bagaimana sejarah yang mengajar kita apabila seseorang yang sibuk dengan perkara furu, adakah sah solat apabila di pakaian ada darah nyamuk sedangkan isu pembelaan ke atas cucu baginda SAW, Hussin tiada siapa yang mebincangkan!

Begitu juga dengan sambutan kita pada Ramadhan kali ini, kita sibuk bertanya sudah berapa juzuk, nak pulun terawih berapa rakaat, nak abeskan pengajian kitab-kitab kecil, namun berapa ramai yang bertanya berkenaan nasib saudara kita di Palestin yang dibunuh tiap-tiap hari???

Justeru, sebagaimana yang diperkatakan, Ramadhan bukanlah pesta sambutan, namun ianya sebagai medium ke arah pemerkasaan kesatuan dan cak isu umat Islam terutamanya palestin..

Selamat sempurnakan ibadah di bulan Ramadhan...

No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails