Friday, August 13, 2010

Ramadhan : Penurunan Al-Quran Dan Ciri Aktivis Islam


Antara peristiwa terpenting di dalam Ramadhan ialah penuruan Al-Quran, mukjizat teragung yang berkekalan sehingga ke hari kiamat. Al-Quran yang merupakan pedoman khusus yang diturunkan oleh Allah direct kepada manusia agar kehidupan manusia menjadi sebagaimana yang diinginkan oleh Islam.

Namun, apa yang saya ingin ceritakan di sini bukanlah pengenalan mengenai Al-Quran, akan tetapi kaitan penurunan dengan ciri aktivis Islam sebagaimana yang diseru. Ia berkaitan dengan sebab penurunan Al-Quran, yang ramai masih tidak perasan akan perkara tersebut.

Berkaitan dengan penurunan Al-Quran, penurunan pertama ialah ayat di dalam surah Al-'alaq yang bermaksud :

" bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..... "

Lihat kepada penurunan Al-Quran yang seterusnya di dalam surah Al-Muzzammil yang bermaksud :

" wahai orang yang berselimut. bangunlah malam (beribadat kepada Allah). Separuh malam atau sebahagiannya..."

Kemudian, surah Al-Muddasir yang bermaksud :

" wahai orang yang berselimut . bangunlah (bangkit) dan memberi peringatan (kepada manusia / seru kepada Islam)....."

Berkaitan penurunan awal ini, beberapa aspek tuntutan kepada aktivis Islam yang tidak dapat tidak mesti dipenuhi iaitu :

1) mesti mempunyai ilmu dan berusaha melengkapkan diri dengan sebarang ilmu dan pengetahuan berkaitan Islam.

2) Selepas menguasai ilmu dan pengetahuan yang ada, tidak dapat tidak tuntutan berdakwah dan memberikan peringatan kepada manusia. Hal ini demikian, ilmu yang dikuasai bukan sekadar untuk syok sendiri dalam menyatakan hukum-hukum mahupun untuk diperap bagi kepentingan peribadi.

3) Namun, tidak memadai dengan hanya berdakwah tanpa tarbiyah. Justeru, aktivis Islam tidak dapat tidak adalah mereka yang sanggup menerima tarbiyah. Tarbiyah rohani merupakan elemam penting dalam penguat diri dalam medium berdakwah.

Justeru, 3 ciri asas bagi menjadi aktivis Islam yang sempurna iaitu ;-

- ilmu
- berdakwah/ memberi peringatan
- tarbiyah



No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails