Tuesday, August 31, 2010

Madrasah Saidatina Aishah 2010 - Is Come Back !!


Khusus kepada akhwat .... Sila daftarkan diri anda kepada yang berkenaan....

KWSP taja empat pelajar cemerlang lanjut pengajian di UK


AZAREA JULIANA  menunjukkan sijil biasiswa diterima sambil diperhatikan Samsudin (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol (dua dari kanan) dan Pengurus Besar Kanan Pengurusan Sumber Manusia KWSP, Abdul Wahab Nasir pada majlis penyampaian Anugerah Biasiswa KWSP di Kuala Lumpur, semalam.
AZAREA JULIANA menunjukkan sijil biasiswa diterima sambil diperhatikan Samsudin (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol (dua dari kanan) dan Pengurus Besar Kanan Pengurusan Sumber Manusia KWSP, Abdul Wahab Nasir pada majlis penyampaian Anugerah Biasiswa KWSP di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi biasiswa penuh kepada empat pelajar cemerlang bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama di United Kingdom dalam usahanya membangunkan sumber manusia.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata program biasiswa KWSP yang diperkenalkan sejak 2006 itu bertujuan membangunkan keperluan modal insan dengan menghantar pelajar cemerlang melanjutkan pengajian di luar negara.

“KWSP berharap pemberian biasiswa ini akan meningkatkan kemampuan organisasi memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi serta mampu memacu organisasi ke tahap pencapaian lebih tinggi.
“Penerima dipilih berdasarkan pencapaian akademik cemerlang, berintegriti dan berpotensi menjadi pemimpin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Azarea Juliana Rafique Haniff yang melanjutkan pengajian ke Universiti Warwick, United Kingdom adalah salah seorang daripada empat pelajar cemerlang berkenaan.

Sumber asli : bharian.com.my

p/s : akan datang kalau leh sponsor mereka yang ke Mesir pun baik jugak :)

Ihya Tarbawi Ramadhan - Dijemput Hadir !


Sunday, August 29, 2010

Feqhul Khamsah (refresh semula) - last part


kita sambung lagi selepas tertangguh beberapa hari, bz ngan beberapa hal lain...

ok, eleman yang seterusnya ialah feqh taghyir dan feqh waqi'.

Feqh taghyir ialah pemahaman ke atas perubahan yang berlaku, iaitu memahami konsep sejarah dalam konteks mengapa sejarah itu begitu dan begini dan apakah reason berlaku sebegitu pada zaman itu, atau sebelumnya. Justeru, feqh taghyir ialah kita menguasai unsur manipulasi dalam sesuatu isu dalam menghasilkan keputusan yang akan menetapkan prioriti semasa. Tanpa pengusaan feqh taghyir akan menyebabkan penguasaan kita ke atas feqh waqi' akan salah dan tidak tepat.

Dalam konteks feqh waqi' pula ia merupakan pemahaman kita dalam meralitikan sesuatu perancangan mengikut priotioti semasa di sekeliling kita. Dalam idea yang melangit dan retorik ekoran tidak menepati waqi' semasa, bahkan mungkin ada idea yang realiti namun tidak sesuai kerana ia bukan menjadi prioriti semasa yang berlaku. Justeru, feqh waq' menghasilkan keputusan perancangan yang realiti dan menepati citarasa yang tepat berdasarkan prioriti semasa.

Kedua-dua eleman ini sangat penting dan berkait rapat dalam menjayakan penguasaan ke atas ilmu yang dipanggil feqhul khamsah, ekoran keutamaan / aulawiyat yang dilakukan juga terkesan ke atas kefahaman 2 eleman ini.

Bahkan tidak boleh dikatakan sesuatu keputusan itu adalah yang terbaik dengan hanya menguasai waqi sahaja tanpa merujuk dan menilai perubahan masa, tempat dan individu kerana pepatah jelas mengingatkan kita bahawa : sesiapa yang tidak mengetahui sejarah maka tidak akan mencipta sejarah. Justeru waqi yang tepat adalah disebabkan memahami perubahan yang terjadi.

Sebagai contoh waqi dunia sekarang ialah sesiapa yang menguasai sains maka ia adalah orang yang hebat. Adakah bermakna memadai mengejar penguasaan semata-mata disebabkan realiti masyarakat dan dunia memerlukan ilmu sains dalam membawa kemodenan dan pembangunan? Masakan dahulu ilmu feqh menjadi kebanggaan ramai sehingga Imam Ghazali menegur / mengkritik masyarakat dahulu ekoran tenggelam dalam keasyikan buaian ilmu feqh sehingga meninggalkan ilmu semasa dunia yang lain. Justeru, berdasarkan waqi dan taqhyir iaitu perubahan zaman dan realiti sekarang ialah ilmu agama adalah tetap asas dalam sesuatu masyarakat namun dalam mengimbangi kehendak dan perubahan dunia, ilmu semasa seperti sains tidak boleh ditinggalkan dan diremehkan. Bahkan seorang yang pakar agama mesti mengetahui dasar / asas ilmu sains dalam memastikan penerimaan masyarakat dalam penyampaian ilmu yang dilakukan.

Ini contoh asas sahaja. Dari sudut lain pula, seperti perintah Allah SWT dalam ayat Al-Quran yang menyuruh umat Islam memperkemaskan kelengkapan kehebatan, disebut akan kuda perang, tidak disebut kereta kebal , jet dan sebagainya. Hal ini demikian waqi ketika itu kuda perang merupakan kenderaan perang yang paling hebat dan pemahaman masyarakat jelas mengenai kuda perang. Akan tetapi zaman moden sekarang, walaupun kuda perang tetap mempunyai kuasa perang yang hebat namun tidak memadai dan kurang sesuai dijadikan sebagai senjata utama perang. Hal ini ekoran perubahan yang berlaku. Justeru, kelengkapan perang adalah senjata yang mesti lebih moden. Sebab itu berdasarkan pemahaman perubahan menunjukkan kepada kita penggunaan kuda perang merujuk kepada kuasa perang yang sesuai bagi satu-satu zaman, bukannya zat kuda tersebut. Maka setelah difahami kuasa perang yang sesuai maka realiti zaman sekarang kuasa perang adalah berlainan, maka persiapan adalh merujuk kepada tuntutan kuasa perang yang semasa.

Lagi dalam 2 eleman ini mengajar beberapa skop iaitu :

1) Perubahan yang berlaku dan pengamatan semasa adalah untuk meraih maslahat umum, bukannya sekadar peribadi. Seperti, adanya undang-undang negara dalam kuatkuasa lesen memandu adalah demi menjaga maslahat umum iaitu jiwa masyarakat setempat daripada keberangkalian kemalangan yang tinggi sekiranya ruang memandu dibuka seluas-luasnya tanpa etika dan had.

2) Perubahan yang berlaku dari satu masa ke satu masa adalah untuk menjana kekuatan untuk kegunaan prioriti semasa kelak. Seperti, perjanjian yang dimetrai antara rasulullah dengan kaum musyrikin walaupun ia dilihat agak berat sebelah dan merugikan Islam. Namun pada hakikatnya ia adalah untuk dijadikan sebagai hujah bagi umat Islam dalam mendapatkan kembali Kota Mekah, dalam masa yang sama tempoh itu adalah untuk membina jentera kekuatan yang ada untuk masa kelak.

3) Perubahan yang berlaku tidak akan menyebabkan dharuriyat khamsah (agama, nyawa, akal, maruah dan harta) tergadai atau terkorban ekoran dek alasan ia adalah tuntutan semasa. Sebagai contoh, tidak boleh dikatakan dikatakan berpakaian yang menjolok mata itu merupakan tuntutan semasa kerana ia menyebabkan agama tergadai.

4) Perubahan-perubahan tersebut mestilah menghasilkan maslahat, jika sukar, pastikan keputusan yang dilakukan merupakan mudharat yang paling ringan dalam menolak mudharat yang paling besar.

5) Mengajar kita kefahaman akan konsep tadarruj iaitu bereringkat mengikut ketetapan masa, tidak terlalu gopoh dan tidak juga terlalu lembab.

6) Menjelaskan konsep up to date iaitu sesuai dan menepati masa tersebut, bukannya hari yang mendatang mesti lebih gempak berbanding sebelumnya. Apa yang penting up to date itu ialah menepati tuntutan semasa.

tamat ....

Thursday, August 26, 2010

Tingkatkan Penghayatan Terhadap Al-Quran


Al-Quran merupakan mukjizat teragung yang diberikan oleh Allah SWT ke atas Nabi SAW dalam menjadikan pedoman dan petunjuk kepada manusia sekalian dalam membezakan antara yang hak dan batil. Hal ini ada disebutkan di dalam firman-Nya yang bermaksud :

Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dan yang batil. - Surah Al-Baqarah : 185

Jelas kepada kita bahawa Al-Quran yang diturunkan adalah bertujuan dalam memantapkan fikrah manusia mengenai agama Islam itu sendiri. Sebab itu ia juga digelar Al-Furqan iaitu pembeza antara yang hak dan yang batil.

Akan tetapi penghayatan masyarakat umum masih kurang bahkan ada yang sekadar mengambil Al-Quran sekadar ayat jampi berubat dan menghalau makhluk halus semata-mata tanpa meneliti isi kandungan yang dibawa.

Bahkan lebih teruk lagi apabila mushaf Al-Quran yang dibeli sekadar menjadi penghias di rumah atau kenderaan masing-masing.

Penurunan Al-Quran yang ditentukan oleh Allah SWT dalam bulan Ramadhan mengajar manusia bahawa fikrah Islam yang jelas menjamin kepada kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Hal ini sebagaimana yang tercatat di dalam sirah akan kemenangan pertama peperangan dalam Islam iaitu Badar Al-Kubra.

Walaupun ketika itu kuantiti tentera Islam sangat kerdil; jika dibandingkan dengan tentera musyrik bahkan dengan kelengkapan yang serba kekurangan. Namun dengan pertolongan Allah dan lihat hikmah Al-Quran di turunkan di dalam Ramadhan yang menjamin fikrah adalah sebab utama bagi kemenangan yang dijanjikan.

Masakan tidak, sekiranya fikrah Islam pun masih kabur bagaimana Allah mahu memberikan kemenangan kepada mereka yang bercelaru fikrahnya.

Hari ini kita lihat bagaimana isu gejala sosial yang kian parah di negara kita dengan pelbagai isu yang sangat memalukan. Tiap-tiap hari terpampang di dada akhbar mengenai jenayah bunuh, rompak, rogol, zina, pembuangan bayi dan sebagainya.

Pada tahun 2009, statistik anak luar nikah melayu Islam sahaja yang didaftarkan adalah seramai 17,303. Bahkan isu jenayah rogol dari tahun 2000 yang dilaporkan sebanyak 1217 kes meningkat tinggi pada tahun 2008 iaitu sebanyak 4959. Fenomena gejala sosial yang memalukan dan sangat membimbangkan.

Justeru, ia merupakan kesan penghayatan terhadap Al-Quran yang masih kurang.

Walaupun tidak dinafikan tahap pembacaan Al-Quran kian boleh dibanggakan namun kesedaran dalam memahami isi kandungan dan mengamalkan apa yang dibawa masih terlalu lemah.

Dr Yusof Al-Qardhawi ada mengingatkan umat Islam sekalian mengenai sifat yang hanya berlumba-lumba mengejar 'berapa' juzuk Al-Quran yang telah dibaca sehingga melupakan 'berapa' banyak isi kandungan yang telah difahami.

Isu demi isu yang semakin teruk ini tidak dapat tidak mesti diatasi dengan mengamalkan apa yang diterangkan di dalam Al-Quran tanpa sebarang pengecualian yang mana Al-Quran merupakan rujukan perkara di dalam perlembangan syariat.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Wahai orang yang beriman, masuklah kepada Islam dengan seluruhnya (mengamalkan seluruh ajaran Islam). - Surah Al-Baqarah ayat 208.

Bersempana dengan peristiwa nuzul Al-Quran yang merupakan salah satu tarikh kebesaran di dalam Islam, ambillah kesempatan ini untuk meningkatkan penghayatan kita terhadap Al-Quran akan apa jua ajaran yang dibawa.

Usah hanya berpesta menghabiskan Al-Quran berkali-kali tanpa cuba memahami ayat-ayat yang dibaca.

Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita sebagaimana para sahabat yang diberikan kemenangan oleh Allah dalam menegakkan agama-Nya.

sumber : www.pmram.org

Ramadhan : Penghayatan Al-Quran Dalam Membendung Gejala Sosial


Antara anugerah yang paling berharga diberikan oleh Allah kepada manusia sekalian ialah Al-Quran sebagai pedoman dan panduan kehidupan. Al-Quran yang diturunkan kepada manusia bukanlah sekadar menjadi bacaan semata-mata apatah lagi hanya untuk jampi menjampi sebagaimana yang dilakukan oleh pihak mereka yang kurang mendalami agama Islam itu sendiri. Allah telah menjelaskan akan kelebihan Al-Quran dalam banyak ayat, dan apa yang penting selepas ayat disyariatkan berpuasa, Allah menyatakan akan penurunan Al-Quran sebagai : -

- petunjuk kepada manusia
- menunjukkan kepada manusia bukti-bukti kebenaran
- menjelaskan mana yang hak dan batil

Kini, isu penghayatan masih lagi dianggap masih kurang oleh masyarakat Islam setempat kita khususnya berdasarkan kes dan isu gejala sosial yang kin parah melanda. Statistik yang ditunjukkan bahawa kes-kes tersebut saban tahun semakin meningkat bahkan lebih teruk apabila statistik yang ditunjukkan tersebut menyatakan bahawa melayu Islam yang paling teratas dalam senarai. Sangat memalukan.

Kes rogol di Malaysia meningkat hampir 300 peratus tahun lalu kepada 4,959 kes berbanding jumlah kes 2007 sebanyak 1,241,kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 3,718 kes atau 299.6 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan kes rogol telah meningkat

Bil Tahun Kes Rogol
1) 2000 1217
2) 2001 1386
3) 2002 1431
4) 2003 1324
5) 2004 1698
6) 2005 2431
7) 2006 3098
8) 2007 3414
9) 2008 4959

Statistik laporan yang dipaparkan oleh Bernama bahawa pada tahun 2009, sebanyak 17,303 anak luar nikah melayu Islam didaftarkan.

Sehari dua ini, budak berumur 3 tahun disembelih oleh bapanya sendiri ekoran suspek didapati menghadapi sakit mental. Sebelum ini, kanak-kanak perempuan yang diculik, dirogol dan dibunuh semakin berleluasa.

Kesemua statistik ini berdasarkan laporan yang didapati, dan kita percaya bahawa banyak lagi kes yang terjadi namun tidak dilaporkan atau tidak diketahui. Bahkan kes sebegini bukan sahaja baru berlaku dalam tempoh 2 atau 3 tahun ini, malahan berpuluh tahun terdahulu. Bayangkan bagaimana kes-kes ini pada 10 tahun akan datang yang sebagaimana dilaporkan laporan per tahun adalah semakin meningkat bukannya semakin menurun ?!!!

Ini baru dalam kondisi negara Malaysia yang hanya mempunyai rakyat seramai 20 billion lebih, bagaimana pula dengan negara di luar sana yang rakyatnya jauh lebih berganda daripada Malaysia, lebih- lebih lagi negara yang bukan Islam ???

Justeru, penghayatan Al-Quran yang telah ditetapkan oleh Islam perlu dilaksanakan dengan kesemuanya sebagaimana yang difirmankan oleh Allah di dalam Surah Al-Baqarah :

Wahai orang yang beriman , masuklah Islam dengan kesemuanya (laksanakan Islam sepenuhnya)

Malahan apa yang diajarkan oleh Islam memang memenuhi kehidupan manusia itu sendiri samada dunia apatah lagi akhirat, yang mana tiada ruang kosong langsung yang ada tanpa pengisisan daripada Al-Quran :

- ibadah
- muamalat (pengurusan kewangan)
- nikah (institut kekeluargaan)
- undang-undang dan sistem negara

Justeru, sekiranya pengabaian salah satu daripada bahagian ini akan menyebabkan manusia kucar kacir dan rosak. Hal ini telah dijelaskan oleh Nabi SAW bahawa di akhir zaman Islam akan tercabut satu per satu ikatan, bermula dengan pemerintahan dan akhirnya solat. Hal ini sangat jelas berlaku selepas kejatuhan khilafah Islam pada 3 Mac 1924 lalu.

Sempena dengan memperingati tarikh nuzul Al-Quran, usaha ke arah kesedaran menghayati Al-Quran sepenuhnya perlu dimaksimakan. Peringtkan kembali masyarakat mengenai fungsi Al-Quran yang sebenarnya dan yang utama.

Wednesday, August 25, 2010

Pengumuman Zakat Fitrah Bagi Mahasiswa Malaysia DI Mesir

Makluman kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir, zakat fitrah pada tahun ini 1431H bernilai LE10. Nilai tersebut merujuk kepada ketetapan yang telah dikeluarkan oleh Darul Ifta' Mesir.

Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang ingin membuat pembayaran zakat, boleh dilakukan melalui Bendahari BKAN dan DPM masing-masing atau terus membuat bayaran kepada Bendahari Kehormat PMRAM. Pungutan bayaran zakat akan dilakukan pada 25 September 2010.

Sebarang maklumat lanjut, bolehlah terus menghubungi Bendahari Kehormat PMRAM di talian +20143352855 ataupun Bendahari HEWI PMRAM +20117737821.

www.pmram.org

Tuesday, August 24, 2010

Feqhul Khamsah (refresh semula) - part 2

Mari kita refresh lagi mengenai feqhul khamsah...

Eleman selepas feqh nusus ialah pemahaman ke atas feqh muwazanat dan feqh aulawiyyat. 2 eleman ini sangat berkait rapat dalam melaksanakan teori yang dipelajari. Hal ini demikian kerana mahu mempraktikkan feqh aulawiyat yang tepat, bergantung kepada pertimbangan muawazanat yang betul.

Feqh muwazanat merupakan kefahaman ke atas dalam melakukan sesuatu pertimbangan yang melibatkan samada 2 maslahat yang bertembung atau 2 mudharat yang bertembung atau pertembungan antara maslahat dan mudharat.

Manakala feqh aulawiyat pula kefahaman ke atas pengukuran dalam melakukan susunan apa yang mesti didahulukan dan apa yang patut diletakkan kemudian. Justeru bagi melakukan susunan ia bergantung selepas pertimbangan yang telah dilakukan, bukan hanya semata-mata meletakkan kepentingan secara sesuka hati.

Dalam sesuatu perancangan secara pasti akan melibatkan penyusunan perkara atau perancangan yang telah dilakukan, namun ramai yang silap melakukan penyusunan atau pengukuran disebabkan pertimbangan yang kurang mahir atau langsung tidak melakukan kaedah pertimbangan.

Antara contoh yang melibatkan 2 maslahat ialah seperti seorang exco (memegang amanah melakukan kerja Islam) yang bertembung dengan agenda mesyuarat dan pengajian tafaqquh. Justeru dalam hal ini apa yang mesti didahulukan?

Sebelum menyusun, lihat bagaimana untuk kita menimbang akan 2 perkara : agenda mesyuarat dan pengajian.

Konteks mesyuarat dan pengajian merupakan kedua-duanya adalah kewajipan. Mesyuarat membincang perkara yang membincangkan masalah umat sekeliling, manakala pengajian memberikan kefahaman mengenai ilmu dan Islam. Maka konteks hukum adalah sama. Kemudian melihat pula kepada mesyuarat merupakan perkara yang melibatkan maslahat yang umum kerana membincangkan masalah umat yang umum, manakala pengajian hanya melibatkan orang yang pergi mengaji sahaja, iaitu khusus. Justeru apabila bertemu antara yang umum dan khusus, mesti didahulukan perkara yang umum.

Ada juga yang menyangkal semula, bahawa pengajian juga melibatkan umum kerana ilmu yang diperolehi untuk disampaikan kepada masyarakat umum. Justeru dijawab semula, walaupun begitu lihat hak mana yang digunakan segera dengan lambat. Mesyuarat melibatkan keputusan segera yang diputuskan di dalam mesyuarat, kewajipan umum yang segera. Manakala pengajian pula seuasai sudah pengajian baru digunakan itupun sekiranya apabila bertemu dengan masyarakat. Maka kewajipan yang bukan segera. Apabila bertemu kewajipan yang segera dengan kewajipan yang kemudian, didahulukan kewajipan yang segera.

Jadi dalam feqh muwazanat dan feqh aulawiyat, mengajar beberapa point :-

1) apabila pertembungan 2 maslahat atau 2 mudharat, mesti dahulukan yang umum berbanding yang khusus.

2) Mesti mendahulukan perkara yang usul berbanding perkara yang furu'. sebagai contoh mendahulukan kesatuan umat Islam dalam menentang Yahudi dan sekutunya berbanding sibuk mempertikaikan sah solat atau tidak disebabkan setompok darah nyamuk.

3) Mendahulukan perkara wajib berbanding perkara sunat. Menjaga kesatuan umat adalah wajib berbanding dan lebih perlu dijaga daripada berbalah mengenai solat terawih samada 8 atau 20 rakaat siapa yang betul kerana solat terawih hanya sunat, akan tetapi kesatuan umat adalah wajib.

4) Mendahulukan fardhu ain berbanding fardhu kifayah. Seperti dalam konteks negara yang bermasalah gejala sosial yang sangat menular, maka memperbanyakkan pengajian dan sekolah agama adalah lebih diutamakan berbanding sibuk mengejar kemodenan dalam masa yang sama mengabaikan gejala sosial yang berlaku.

5) Mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Seperti mengutamakan pemahaman tafsir ke atas ayat-ayat Al-Quran adlah lebih penting daripada berbangga-bangga sudah menghabiskan berapa juzuk tanpa memahami isi kandungan Al-Quran.

6) Apabila melibatkan pertembungan di antara maslahat dan mudharat, maka kaedahnya mesti didahulukan mencegah mudaharat berbanding membawa maslahat. Hal ini demikian sebenarnya mencegah mudharat itu juga adalah demi maslahat. Seperti seseorang yang mahu pergi solat Jumaat, akan tetapi terserempak padanya maksiat, maka mesti mencegah maksiat terlebih dahulu.

7) Selain itu, fokus di dalam feqh muwazanat dan feqh aulawiyat ialah pemahaman ke atas etika maslahat bagi kegunaan ramai iaitu 3 ciri utama :-

- tidak bertentangan dengan nas.
- melibatkan maslahat umum.
- mesti maslahat yang yakin, bukan sangkaan semata-mata.

laa...bersambung lagi....

Monday, August 23, 2010

Feqhul Khamsah (refresh semula) - part 1


Dah lama tidak refresh ilmu senjata semasa iaitu Feqhul Khamsah iaitu 5 eleman :

1) Feqh Nusus
2) Feqh Muwazanat
3) Feqh Aulawiyat
4) Feqh Taghyir
5) Feqh Waqi '

Kelima-lima eleman ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain, bahkan tidak memadai dengan mempelajari sebahagian sahaja. Hal ini demikian kerana kelima-lima eleman ini mempunyai keterikatan antara satu sama lain dalam merancang atau memutuskan sesuatu analisa yang dilakukan. Justeru, tidak dapat tidak penguasan ke atas kelima-lima eleman ini wajib dalam meletakkan sesuatu keputusan.

Eleman pertama iaitu Feqh Nusus yang membicarakan mengenai penjelasan antara perkara thawabit (perkara pokok atau yang tidak boleh diubah) dan mutaghayyirat (perkara cabang atau yang berubah berdasarkan suasana masa, tempat dan individu).

Sebelum itu, perlu jelas, perkara yang dibincangkan dalam konsep feqhul khamsah ialah ke atas perkara yang termasuk dalam konteks mutaghayyirat (yang berubah mengikut suasana masa, tempat dan individu). Adapun perkara yang thawabit (tetap) maka tidak dapat mesti dilakukan sebagai yang dituntut pada asalnya.

Dalam Feqh Nusus ini juga menjelaskan bahawa agama Islam bukanlah mendatangkan nas-nas atau dalil-dalil yang kesemua berdasarkan zahir semata-mata tanpa merujuk kepada sebab mengapa dan hikmah di sebalik keputusan itu dilakukan. contoh pemahaman yang salah ke atas zahir ayat semata-mata berkaitan wanita merupakan fitnah sehingga menyebabkan menyempitkan konteks kehidupan manusia bahkan wanita ditindas ekoran pemahaman zahir semata-mata bahawa wanita itu adalah fitnah.

Bahkan nas-nas yang didatangkan bukanlah kesemua boleh ditakwilkan secara sesuka hati tanpa melihat konteks nas tersebut sehingga menyebabkan rosak umat Islam akibat takwilan yang berdasarkan akal semata-mata. Contohnya : dikatakan solat disyariatkan berikut untuk mendidik manusia tidak melakukan perkara-perkara yang keji dan jahat, maka pemahaman yang salah sekiranya dikatakan tidak perlu solat sekiranya seseorang itu sudah tidak melakuakan perkara yang jahat dan keji.

Akan tetapi, Islam menjaga perkara yang thawabit dan mutaghayyirat yang mana kedua-dua nya mempunyai peranan yang penting. Seperti perkara yang melibatkan thawabit iaitu solat. Walaupun hikmat daripada solat yang khusyuk itu akan menghindarkan pesolat itu menghindari perkara-perkara yang keji namun tidak lah bermaksud apabila pesolat tidak melakukan perkara yang keji, maka tidak perlu solat. Kerana solat itu ketetapan yang mana tujuannya adalah ibadah kepada Allah.

Begitu juga dengan perkara yang meilbatkan mutaghayyirat seperti alatan senjata perang, maka tidak wajib kita menggunakan alat-alatan yang digunakan ketika zaman dahulu dan menolak teknologi yang moden. Hal ini demikian ia mengikut perubahan suasana zaman dan tempat yang bersesuaia. Bahkan Nabi SAW sendiri menjelas bahawa manusia itu lebih mengetahui akan urusan keduniaan mereka ; iaitu yang bersesuaian dengan mereka berdasarkan tempat dan zaman mereka demi untuk keselesaan dan kemudahan.

Justeru dalam feqh nusus beberapa perkara akan dipelajari : -

1) pemahaman berkaitan thawabit iaitu perkara yang tidak boleh dielak dan mesti dilaksanakan sebagaimana yang dituntut pada asalnya.

2) pemahaman berkaitan mutaghayyir iaitu perkara yang berubah mengikut suasana masa, tempat dan individu. Perkara ini yang meilbatkan perbincangan penggunaan 4 eleman yang lain dalam feqghul khamsah.

3) konteks pertembungan nas dan maslahat. Sekiranya nas itu qathie (pasti dan yakin) dan maslahat itu sangkaan, maka di dahulukan nas. Kerana nas yang disyaratkan itu adalah demi maslahat. Seperti nas qathie pengharaman zina dan maslahat sangkaan wanita yangb tiada pekerjaan selain daripada berzina dan takut ekoran mati kelaparan. Justeru, mesti melaksanakan nas qathie iaitu haram berzina, kerana maslahat kebuluran ekoran tidak mendapat duit daripada zina adalah sangkaan semata-mata kerana masih terdapat pekerjaan lain yang halal boleh dilakukan.

4) Sekiranya nas yang zanni (masih boleh ditakwilkan kepada makna yang lain) dengan pertembungan dengan maslahat yang qathie (yakin sekiranya tidak laksanakan maslahat ini akan berlaku kucar kacir dan kerosakan yang umum). Seperti nas zanni berkaitan nilai yang ada emas dan perak dalam konteks riba dan zakat, dengan maslahat qathie bahawa akan berlaku kucar kacir sekiranya penghukuman nilaian itu terhenti ke atas emas dan perak sahaja tanpa merujuk kepada nilaian semasa yang diterima oleh manusia pada sesuatu masa. Justeru, walaupun duit kertas tidak disebutkan di dalam Al-Quran berkenaan zakat dan riba, namun takwilan nilai ke atas emas dan perak juga melibatkan nilai semasa wang yang diguna pakai oleh manusia iaitu wang kertas (zaman sekarang). Kerana maslahat menjaga daripada manusia lari daripada hukum zakat dan melaksanakan riba dengan duit kertas itu adalah maslahat qathie.

5) Sekiranya nas yang zanni dengan pertembungan maslahat sangkaan. Maka ditakwilkan nas yang zanni itu supaya selaras dengan maslahat sangkaan itu demi meraikan maslahat umum. Seperti nas zanni berkaitan larangan wanita keluar bermusafir dengan maslahat sangkaan sekiranya wanita tidak bermusafir akan meyebabkan mudharat. Maka apabila bertemu zanni dan sangkaan maka selaraskan nas dengan takwilan sekiranya ada jalan yang membolehkan bagi meraikan maslahat. Maka ditakwilkan sekiranya perjalanan yang confirm selamat dengan beberapa penjagaan maka tiada masalah wanita bermusafir. Ini dalam konteks nas zanni dan maslahat sangkaan. Sekiranya nas qathie atau maslahat qathie, maka rujuk semula kaedah yang telah diterangkan.

6) Sesekali tidak akan berlaku pertembungan antara nas qathie dengan maslahat qathie. Hal ini demikian syariat yang diturunkan adalah demi maslahat manusia itu sendiri.

7) Pemahaman mengenai maslahat bahawa maslahat adalah tujuan syariat diturunkan cuma maslahat tersebut mungkin segera atau kemudian.

8) Jika mendalami feqh nusus, maka akan mempelajari konteks maqasd syariah iaitu objektif atau tujuan syariat dalam sesuatu hukum yang diletakkan.

sambung la pulak....

Ingat Mati : Bukan Sekadar Bertutur Akan Tetapi Gigih Bekerja


Selaku umat Islam yang kuat akidahnya, ada beberapa konsep yang telah diletakkan ke atas diri mereka iaitu takdir yang tetap dan konsep usaha yang diberikan oleh Allah SWT. Dalam diri manusia, semenjak kelahirannye ke muka bumi ini, telah diletakkan amanah yang asas dalam diri mereka iaitu amal makruf nahi mungkar. Iaitu melakukan kerja sebagaimana yang disuruh dalam menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.

Dalam masa yang sama manusia mesti ingat bahawa kematian adalah pengakhiran bagi sketsa kehidupan di alam fana ini, dan selepas kematian manusia akan dibawa ke muka pengadilan mahkamah agung Allah SWT.

Namun begitu, tanda mengingati mati bukan sekadar melafazkan kalimah "kita mesti ingat mati" tanpa melakukan kerja Islam dengan gigih dan tidak melaksanakan amanah dengan sebaiknya. Ini konsep yang salah. Ada sebahagian yang menyeleweng yang mana apabila ingat mati menyebabkan kerja-kerja Islam dan amanah tidak ditunaikan dengan sebaiknya. Mesyuarat tidak datang, kerja-kerja amanah tidak dilaksanakan, banteras gejala sosial tidak dipedulikan dan sebagainya.

Dalam kitab yang bertajuk Kenapa Berlakunya Kejatuhan Khilafah, antara eleman yang menyebabkan kejatuhan khilafah Islam ialah salah faham terhadap tasawuf dan sufi yang menyebabkan umat Islam tidak bekerja dan tidak mempedulikan masyarakat sekeliling. Apa yang dipentingkan ialah hanya zikir dan menangis seorang diri, namun kerja Islam ditinggalkan!!

Begitulah penyakit fikrah yang bahaya sebagaimana yang diterangkan oleh Dr Yusof Al-Qardhawi di dalam kitab Jail An-Nasr Al-Mansyud, berkenaan gejolak bagi sesuatu gerakan Islam yang palimg utama ialah masalah fikrah. Tidak memahami konsep kerja Islam, tidak memahami penghayatan Islam dan peruntukan syariat.

Nabi SAW adalah manusia paling mengingati mati, namun baginda SAW setiap masa bekerja. Soal ibadah, tidak perlu dipertikaikan lagi. Soal urusan dunia lihat bagaimana Nabi SAW berjual beli, memerintah, berperang, bermesyuarat, dan sebagainya.

Nabi SAW pernah berpesan bahawa beribadahlah seolah-olah mati esok hari, bekerjalah seolah-olah hidup 1000 tahun lagi.

Seandainya esok kiamat, dan di tangan kamu ada biji / benih tamar, maka tanamlah ia. Begitulah pesan Nabi SAW yang menerangkan kepada umatnya untuk bekerja dan bekerja dengan gigih adalah tanda ingat mati.

Dalam PMRAM sendiri kita mengajar kepimpinan dan ahli mengenai konsep amanah di dalam bekerja. Buat kerja dapat pahala, tidak buat kerja, lalai dan malas maka dosa. Justeru, sekiranya orang yang ingat mati maka sudah pasti ia akan melakukan perkara-perkara yang mendapatkan pahala sebagai bekalan di akhirat kelak. Dan sudah pasti dia akan meletakkan amanah dengan sebaiknya agar tidak dipersoalkan di akhirat kelak.

Amat pelik sekali sekiranya orang yang memperingati mati tersebut hanya bertutur namun tidak melaksanakan amanah dengan sebaiknya. Sedangkan Allah meletakkan amanah dan menganugerahkan usaha kepada manusia untuk bekerja dan melakukan kerja Islam.

Justeru, perbetulkan pemahaman kita dan selaraskan pemahaman kita berkaitan mati dengan usaha yang gigih dalam melakukan kerja-kerja Islam...

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan : Intipati Puasa Yang Dituntut


Bila berbicara tentang berpuasa, mesti disedari bahawa intipati puasa itu yang dikehendaki. Antara penyebab kepincangan bagi sesuatu gerakan Islam ialah terlalu menumpukan rupa bentuk luaran bagi gerak kerja dan melalaikan intipati kerja yang dikehendaki. Begitu juga dengan perintah berpuasa ketika di bulan Ramadhan dan selainnya.

Ayat Al-Quran yang mensyariatkan berpuasa secara jelas telah menerangkan akan intipati yang dikehendaki daripada berpuasa tersebut iaitu ketaqwaan.

Firman Allah : Wahai orang yang beriman. Diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana juga telah diwajibkan ke atas golongan yang sebelum daripada kamu, semoga dengan berpuasa tersebut akan menjadikan kamu bertaqwa.

Begitu juga pesanan Nabi SAW di dalam hadisnya telah mengingatkan bahawa sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang keji serta melakukan perbuatan yang keji maka Allah tidak berhajat kepadanya akan orang tersebut meninggalkan makan dan minum (iaitu berpuasa).

Bahkan Nabi SAW ada menjelaskan bahawa berapa ramai yang berpuasa (tidak makan dan tidak minum) namun baginya hanya letih dan dahaga sahaja, tanpa sebarang pahala yang dikecapi. Hal ini menjelaskan bahawa puasa yang dilakukan tadi tidak menepati intipati yang dikehendaki, akhirnya puasa yang dilakukan walaupun rupa luaran dipandang baik oleh manusia sekelilingnya hanyalah sia-sia sahaja.

Di samping itu juga, ibadah yang dilakukan sempena Ramadhan dan puasa seperti solat terawih dan tadarus Al-Quran juga mempunyai intipati yang dikehendaki berdasarkan apa yang telah diletakkan oleh Islam. Antara masalah lagi yang berlegar di masyarakat Islam ialah berlumba-lumba menghabiskan Al-Quran dengan sekadar habis semata-mata tanpa mementingkan kuantiti kesedaran hasil daripada kefahaman pembacaan yang dilakukan.

Dr Yusof Qardhawi sendiri ada menegur bahawa sifat melebih-lebihkan kuantiti ini menjadi trend tanpa mementingkan kuantiti. Berapa ramai yang dipersoalkan bertanya mengenai berapa banyak tafsir ayat yang dibacakan berbanding terlalu syok sendiri mengejar juzuk bagi menjolok gelaran juara khatam Al-Quran.

Berlumba mengkhatamkan Al-Quran tidak salah. Dasarnya tidak salah. Namun teknikal yang dilakukan itulah yang dipersoalkan. Justeru, intipati Al-Quran itu ialah sebagai pedoman kepada manusia dan menjadi petunjuk bagi membezakan mana satu yang hak dan yang batil. sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran.

Namun sekiranya membaca tanpa memahami dengan baik, bagaimana intipati yang dikehendaki daripada membaca Al-Quran tersebut akan diperolehi??

Pun begitu bagi solat terawih. Para sahabat dan golongan yang terdahulu apabila membaca Al-Quran di dalam solat terawih memahami akan isi kandungan yang dibacakan, lantas akan menyentuh jiwa mereka ke arah pengharapan kepada Allah. Namun, masyarakat yang ramai kini, tidak memahami akan Al-Quran ekoran dek lemah ilmu dan penguasaan bahasa arab, lantas dijadikan samada pertengahan solat atau seusai solat dibentangkan tazkirah merupakan jalan yang terbaik dalam menyampaikan tazkirah peringatan daripada apa yang dikehendaki daripada Al-Quran.

Usah mempertikaikan adakah tazkirah tersebut dilakukan di zaman Nabi atau tidak, akan tetapi persoalkan adakah kita solat kita memahami apa yang dibaca oleh imam sebagaimana para sahabat memahami? Isu dasar iaitu pemahaman ke atas isi kandungan Al-Quran itu yang mesti dipersoalkan.

Justeru, tingkatkan kualiti puasa dan ibadah kita di bulan Ramadhan dengan memastikan intipati yang telah diletakkan dilakukan dengan sebaiknya.

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan : Bulan Menikmati Juadah " Tazkirah Berfikrah " Non-Stop


Sedar mahupun tidak, selain menikmati juadah berbuka, dalam Ramadhan juga telah dihidangkan juadah tazkirah berfikrah ,setiap hari. Berbeza dengan hari-hari di dalam bulan yang lain, penyampaian tazkirah mahupun kekerapan tazkirah adalah kurang jika dibandingkan dengan kekerapan di dalam bulan Ramadhan.

Kita melihat kepada anjuran Islam di dalam galakan tadarus Al-Quran yang tidak hanya semata-mata bacaan, namun pemahaman ke atas tafsir dan makna turut dilakukan oleh masyarakat yang semakin celik dengan agama Islam. Bahkan Ibadah khusus di dalam Ramadhan iaitu solat terawih juga akan dibacakan selalunya ayat-ayat Al-Quran secara 30 juzuk. Yang mana jika dibandingkan selain bulan Ramadhan, ayat-ayat bacaan di dalam solat 5 waktu lebih tertumpu kepada surah-surah lazim sahaja. Secara tidak langsung, jemaah solat terawih akan mendapat peringatan dan tazkirah baru di dalam zolat mereka.

Bahkan juadah tazkirah berfikrah turut disampaikan selepas berbuka dan dipertengahan solat terawih. Justeru, dalam satu hari di dalam bulan Ramadhan, bayangkan berapa banyak kita akan menikmati juadah tazkirah berfikrah tanpa henti.

Di sini kita senaraikan paling menima kita akan menikmati juadah tazkirah berfikrah :

- ketika tadarus Al-Quran (pagi & malam)
- solat terawih (malam)
- selepas berbukan (malam)
- pertengahan terawih (malam)

Lihat, masa kita dalam sehari kita dipadatkan dengan pembentukan fikrah melalui tazkirah yang disampaikan. Sekiranya seseorang itu mempunyai pelbagai tugasan yang lain, nescaya boleh dikatakan lebih daripada apa yang disenaraikan di atas.

Apa point yang mesti kita ketahui?

Iaitu, Allah telah meletakkan bahawa bulan Ramadhan ini sebagai medan pembentukan fikrah seterusnya syakhsiah bagi umat Islam. Dr Yusof Al-Qardhawi menyatakan di dalam kitab beliau yang bertajuk " Kebangkitan Islam : Antara Cita-cita Dan Peringatan ", eleman utama yang mesti diperkuatkan ialah eleman fikrah bagi setiap pejuang agama Allah SWT.

Lebih-lebih lagi, sebagaimana yang kita maklumi penurunan Al-Quran bermula pada bulan Ramadhan, yang mana antara fungsi Al-Quran ialah membezakan antara hak dan batil. Memastikan manusia sedar mana yang betul , mana yang salah. Mana jalan yang sebenar , mana jalan yang sesat. Hal kesemua ini merujuk kepada pembentukan fikrah. Justeru, tidak hairanlah bagaiman Nabi SAW bersama para sahabat berjaya memenangi ketika peperangan badar al-kubra walaupun ia merupakan peperangan yang pertama di samping bilangan umat Islam 3 kali ganda lebih sedikit dan kelengkapan perang yang dhaif. Namun hasil pemerkasaan fikrah di kalangan para sahabat menjadi pendorong utama ke atas kejayaan mereka.

Isu fikrah ini amat dititik beratkan oleh Allah ke atas hamba-Nya , bahkan dengan menjadikan Ramadhan sebagai medium permulaan dan utama dalam membentuk fikrah yang mantap dengan juadah tazkirah berfikrah tanpa henti sepanjang Ramadhan.

Justeru, kepada seluruh umat Islam yang mana bertadarus Al-Quran dan yang menyampaikan fikrah, pastikan unsur-unsur fikrah yang mantap menjadi intipati utama dalam kita sama-sama menjayakan bahawa Ramadhan bulan pemerkasaan fikrah dan syaksiah. Di samping itu, pastikan juadah tazkirah berfikrah ini lebih utama berbanding juadah makanan semata-mata...

Monday, August 16, 2010

Ramadhan : Tunaikan Amanah, Bukan Melepaskan Batuk Di Tangga


Bulan Ramadhan merupakan salah satu amanah atau pentarbiyahan secara langsung daripada Allah kepada hamba-Nya. Justeru atas kebesaran amanah dan pentarbiyahan inilah, ganjaran yang dijanjikan sangat memberangsangkan, iaitu balasan ganjaran pahala berpuasa ini sendiri akan diberikan olehg Allah, berbanding dengan ganjaran ibadah-ibadah yang selainnya.

Sabda Nabi SAW : 2 kegembiraan bagi mereka yang berpuasa (sempurna), yang pertama ketika berbuka puasa dan yang kedua ketika menerima ganjaran pahala (hasil daripada berpuasa).

Di dalam hadis qudsi jelas menunjukkan bahawa Allah akan memberikan secara langsung akan ganjaran yang dijanjikan kepada mereka yang berpuasa.

Maka, selain pentarbiyahan lapar dan dahaga beberapa lagi amanah yang lain di dalamnya diberikan bagi melihat mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai orang yang beriman, benar-benar diperakui. Antaranya ialah amalan sunat seperti solat terawih, sahur, galakan membaca Al-Quran dan mengkhatamkannya, doringan bertahajud dan menghidupkan malam sempena Lailatul Qadr dan sebagainya.

Latihan-latihan tersebut merupakan satu uji kaji bagi menilai keimanan mereka yang berpuasa dalam menggalas amanah Ramadhan ini.

Kedatangan Ramadhan yang saban tahun di sambut diseluruh pelusuk dunia perlu memahami bahawa kedatangan Ramadhan bukan sekadar pesta berseronok dengan janji pahala semata-mata, begitu juga bukan menyebabkan mereka yang berpuasa memberhentikan segala aktiviti kerja-kerja Islam yang lain dek kerana penat dan hanya menantikan Ramadhan berlalu begitu sahaja.

Perlu difahami bahawa di antara keseronokan dan tidak bersemangat di dalam Ramadhan, kita dituntut memahami konsep amanah dengan sebaiknya. Bila memahami konsep amanah sekaligus akan menjadi gerak geri sepanjang Ramadhan tepat dalam menunaikan amanah tersebut iaitu meletakkan pada tempatnya dengan sebaik-baiknya. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Dan ini jelaskan dan dikuatkan lagi dengan sabda Nabi SAW : sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan, maka dihapuskan dosa-dosanya yang terdahulu.

Juga Nabi SAW mengingatkan bahawa berapa ramai yang berpuasa akan tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Hal ini demikian mereka melalui Ramadhan seakan-akan melepaskan batuk di tangga, tanpa ada kesungguhan dalam menunaikan amanah Ramadhan yang diberikan.

Dan lagi Nabi SAW memberikan mengingatkan bahawa celaka bagi mereka yang melalui Ramadhan namun tidak mendapat keampunan sepanjang di dalam Ramadhan.

Justeru, Ramadhan merupakan amanah besar yang secara langsung diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Dan apabila dinyatakan amanah, perlu difahami bahawa konsep menunaikan amanah yang sebenar, bukan hanya melepaskan batuk di tangga.

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan : Pemerkasaan Kesatuan Dan Cakna Isu Palestin


Kedatangan Ramadhan yang merupakan anugerah daripada Allah tidak sepatutnya dijadikan sebagai pesta sahaja. Ramadhan yang dijanjikan dengan 3 fasa nikmat iaitu rahmat, keampunan dan pelepasan dari api neraka ini, menjadi medium tunjang kesatuan dan permulaan kembali kekuatan umat Islam. Lebih-lebih lagi bulan Ramadhan digelar sebagai bulan bagi umat Islam.

Bahkan penurunan Al-Quran, mukjizat agung yang menjadi pemisah antara hak dan batil juga diturunkan di dalam bulan Ramadhan. Begitu juga peperangan dengan peperangan Badar Al-Kubra yang meletakkan titik permulaan Islam gah di hadapan apabila tebukti kebatilan dikalahkan di medan saksian semua mata yang memandang.

Sebab itu, Ramadhan bukanlah pesta yang perlu disambut sebagaimana cara sambutan sebelum ini yang semata-mata berkonsepkan syakal/rupa luaran sahaja. Ibadah-ibadah khusus yang dibentangkan juga bukan sekadar penyedap mata dengan janjian pahala yang dilipat gandakan. Namun ini sepatutnya menjadi medan pembangkit atau batu loncatan ke arah kekuatan kesatuan dalam isu umat Islam terutamanya isu Palestin yang masih belum berakhir.

Berkenaan perbalahan umat Islam ketika dahulu mengenai solat rakaat samada 8 atau 20 sehingga ada yang membid'ahkan sesama Islam begitu mudah dan menyebabkan perbalahan sesama sendiri. lihat bagaimana apabila soalan ini ditanya kepada Mujaddid Agama. Imam Hassan Al-Banna. Beliau tidak menjawab secara langsung namun memberikan jawapan bagi membuka minda kepada masyarakat ketika itu.
" solat terawih merupakan sunat. Perkara sunat ini apabila kita lakukan kita akan diberikan pahala, sekiranya tinggal, tiada pahala dan tidak berdosa. Namun kesatuan umat Islam adalah wajib dijaga. Sesiapa yang melakuakan perpecahan, maka berdosa bahkan jenayah."

Lihat, pemikiran seorang yang memandang isu kesatuan yang serius dan cakna isu umat islam. Bukan seperti pemikiran mereka yang meanggap kedatangan Ramadhan sebagai pesat untuk keseronokan nikmat semata-mata.

Antara mengapa agenda solat terawih disunatkan berjemaah, sehingga satu hari umat Islam paling kurang akan berkumpul bersama-sama sebanyak 5 kali (ekoran 5 kali berjemaah solat fardhu) ia sebenarnya supaya umat Islam sedar isu kesatuan bersama mesti dimulakan di dalam bulan Ramadhan. 6 kali masih berkumpul, namun masih tidak sedar akan isu kesatuan? sangat daif......

Bahkan peningkatan ibadah di dalam bulan Ramadhan sepatutnya diselaraskan dengan peningkatan cakna kita terhadap isu saudara kita di Palestin bersama. Kita sibuk mengejar yang sunat dan pembelajaran perkara-perkara yang furuk, namun pembelaan yang wajib kita jaga, diabaikan begitu sahaja.

Lihat bagaimana sejarah yang mengajar kita apabila seseorang yang sibuk dengan perkara furu, adakah sah solat apabila di pakaian ada darah nyamuk sedangkan isu pembelaan ke atas cucu baginda SAW, Hussin tiada siapa yang mebincangkan!

Begitu juga dengan sambutan kita pada Ramadhan kali ini, kita sibuk bertanya sudah berapa juzuk, nak pulun terawih berapa rakaat, nak abeskan pengajian kitab-kitab kecil, namun berapa ramai yang bertanya berkenaan nasib saudara kita di Palestin yang dibunuh tiap-tiap hari???

Justeru, sebagaimana yang diperkatakan, Ramadhan bukanlah pesta sambutan, namun ianya sebagai medium ke arah pemerkasaan kesatuan dan cak isu umat Islam terutamanya palestin..

Selamat sempurnakan ibadah di bulan Ramadhan...

Kurangkan Berleter Dan Memberi Alasan, Banyakkan Merancang Dan Kajian


Antara eleman yang disebutkan oleh Dr Yusof Al-Qardhawi berkaitan sebab gerakan Islam itu lemah dan mandom ialah kerana para pendokongnya terlalu berleter dan memberikan alasan tanpa merancang sesuatu bagi menyelesaikan masalah, bahkan tidak melakukan kajian dalam menilai kelemahan bagi memperbaiki di masa kelak.

Terlalu ramai bahkan hampir kesemua manusia reti dan pandai bermuhasabah. Namun muhasabah yang kosong. Bagaikan tin kosong yang mengeluarkan bunyi yang kuat dan bising. Namun dalam ramai-ramai kalangan tersebut berapa sahaja yang turut menyatakan perancangan dan kajian yang dilakukan hasil muhasabah yang diberikan. Sedikit dan tidak seimbang.

Islam merupakan agama yang bergerak atas dasar realiti bukan fantasi. Konteks realiti ialah mengetahui akan kelemahan yang ada dan meletakkan perancangan sesuai dengan segala kemudahan yang wujud. Sebab itu, ramai yang tenggelam dengan angan-angan hasil pemikiran yang melayang ke awang-awangan.

Kita lebih suka mengeluarkan idea yang bombastik kerana mampu menarik perhatian yang mendengar dan menyebabkan mereka terpegun ekoran dek bombastik yang menakjubkan. Namun itu bukan yang diajarkan di dalam agama. Agama menitik beratkan dan menilai sesuatu kepada yang realistik dan hakikat yang terkandung.

Lihat sejarah, bagaimana peristiwa Isra dan mikraj yang menyaksikan taklifan solat daripada 50 waktu kepada 5 waktu sahaja. Dari satu sudut, ia mengajar kepada kita bagaimana memikirkan keadaan yang realiti dan kemampuan umum disekeliling.

Kita lihat juga bagaiman konteks penurunan Al-Quran yang berperingkat dalam mencetuskan realiti yang ada yang melibatkan hukum terutama ke atas adab masyarakat jahiliyah yang sudah beratus-ratus tahun dipegang. Mereka yang hanya meleter disebabkan tergesa-gesa mahukan kesempurnaan di awal detik secara tidak langsung mengakibatkan kemundaran dan kerosakan di masa depan kelak.

Bahkan mereka ini mempunyai ilmu menganalisa isu dan perkembangan yang cetek. Mereka tidak dapat mengikuti sesuatu perkembangan dengan baik dan teratur. Masakan tidak, mereka seolah-olah mahu dilahirkan dalam keadaan yang tersedia remaja tanpa melalui proses perkembangan bermula dengan peringkat bayi.

Justeru, Islam amat menitik beratkan perancangan dan kajian dalam mencapai matlamat dan misi, bukan sekadar meleter dan memberikan sejuta alasan.

Friday, August 13, 2010

Ramadhan : Penurunan Al-Quran Dan Ciri Aktivis Islam


Antara peristiwa terpenting di dalam Ramadhan ialah penuruan Al-Quran, mukjizat teragung yang berkekalan sehingga ke hari kiamat. Al-Quran yang merupakan pedoman khusus yang diturunkan oleh Allah direct kepada manusia agar kehidupan manusia menjadi sebagaimana yang diinginkan oleh Islam.

Namun, apa yang saya ingin ceritakan di sini bukanlah pengenalan mengenai Al-Quran, akan tetapi kaitan penurunan dengan ciri aktivis Islam sebagaimana yang diseru. Ia berkaitan dengan sebab penurunan Al-Quran, yang ramai masih tidak perasan akan perkara tersebut.

Berkaitan dengan penurunan Al-Quran, penurunan pertama ialah ayat di dalam surah Al-'alaq yang bermaksud :

" bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..... "

Lihat kepada penurunan Al-Quran yang seterusnya di dalam surah Al-Muzzammil yang bermaksud :

" wahai orang yang berselimut. bangunlah malam (beribadat kepada Allah). Separuh malam atau sebahagiannya..."

Kemudian, surah Al-Muddasir yang bermaksud :

" wahai orang yang berselimut . bangunlah (bangkit) dan memberi peringatan (kepada manusia / seru kepada Islam)....."

Berkaitan penurunan awal ini, beberapa aspek tuntutan kepada aktivis Islam yang tidak dapat tidak mesti dipenuhi iaitu :

1) mesti mempunyai ilmu dan berusaha melengkapkan diri dengan sebarang ilmu dan pengetahuan berkaitan Islam.

2) Selepas menguasai ilmu dan pengetahuan yang ada, tidak dapat tidak tuntutan berdakwah dan memberikan peringatan kepada manusia. Hal ini demikian, ilmu yang dikuasai bukan sekadar untuk syok sendiri dalam menyatakan hukum-hukum mahupun untuk diperap bagi kepentingan peribadi.

3) Namun, tidak memadai dengan hanya berdakwah tanpa tarbiyah. Justeru, aktivis Islam tidak dapat tidak adalah mereka yang sanggup menerima tarbiyah. Tarbiyah rohani merupakan elemam penting dalam penguat diri dalam medium berdakwah.

Justeru, 3 ciri asas bagi menjadi aktivis Islam yang sempurna iaitu ;-

- ilmu
- berdakwah/ memberi peringatan
- tarbiyah



Thursday, August 12, 2010

Kebajikan Kurma - Bersama Exco BKAWM Mendekati Ahli BKAWM

kebajikan kurma : diberikan kepada PMRAM...terima kasih kepada PMRAM cawangan wilayah....

bersama adik-adik perubatan di rumah sewa mereka...


wakil mutazwwijin..ust fairuz...selamat berbuka...






p/s : tahniah kepada PMRAM cawangan wilayah..satu usaha yang patut dicontohi oleh BKAN dan DPM yang lain dalam mendekati ahli...

Ramadhan : Gedung Memborong Pahala


Selaku umat Islam, kepercayaan kepada perkara ghaib merupakan salah satu unsur keimanan dan ketaatan yang mesti diberikan kepada Allah SWT. Antara mempercayai perkara ghaib ialah adanya dosa dan pahala. Membuat ibadah dan amalan baik maka akan diberikan pahala. Melakukan maksiat dan perkara keji akan dibalas dengan dosa.

Bagi mereka yang digelar aktivis Islam yang melakukan kerja-kerja Islam, kedatangan Ramadhan merupakan satu peluang besar-besaran bagi membolot sebanyak-sebanyak pahala. Hal ini ekoran antara fadhilat Ramadhan ialah setiapa amalan kebaikan akan digantikan dengan berganda. 1 sunat menjadi 1 fardhu, 1 fardhu menjadi 70 fardhu. Bahkan dalam Ramadhan diberikan hadiah 'special' iaitu lailatul qadar iaitu 1 malam seumpama 1000 malam.

Justeru, dengan kedatangan Ramadhan dan ganjaran lipat ganda yang diberikan, sewajarnya aktivis Islam memperbanyakkan dan memperhebatkan gerak kerja. Tidak menjadikan Ramadhan bulan rehat dan memberhentikan segala gerak kerja Islam.

Lihat, di zaman rasulullah SAW, peperangan yang pertama tercetus dalam bulan Ramadhan. Justeru, menunjukkan kepada kita dalam Ramadhan kerahan tenaga sepatutnya lebih besar berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Bagi mereka yang mempunyai akidah yang kuat, percayanya akan dosa dan pahala, pasti mendorong mereka menjadi semangat dalam berlumba-lumba melakukan kebaikan. Banyakkan dalam keadaan yang biasa setiap amalan yang baik pasti akan digandakan 10 kebaikan, bahkan lebih daripada itu. Ini kan pula di dalam bulan Ramadhan yang menjanjikan gedung pahala yang terjangka.

Bukan setakat itu, amalan aktivis Islam yang memperjuangkan agama Islam dan memanfaatkan masyarakat semua adalah sangat besar pahalanya sebagaimana yang dikhabarkan oleh baginda SAW, sehari di jalan Allah lebih baik daripada 60 tahun beribadat seorang diri. Bayangkan amalan ini yang dilakukan pada bulan Ramadhan. Berganda-ganda dan berbondong-bondong pahala yang diperolehi.

Justeru, bagi aktivis Islam jadikan bulan Ramadhan ini sebagai satu gedung memborong pahala. Jangan disebabkan tidak ada makan dan minum, mesyuarat, kerja-kerja persatuan dan perancangan program dan kesatuan terhenti. Teruskan bekerja di samping mengejar amalan-amalan khusus yang terdapat di bulan Ramadhan.


Tuesday, August 3, 2010

2 Skop Dalam Merancang


Dalam sesuatu perancangan yang dilakukan, ada 2 skop yang boleh digunakan oleh pemikir, perancangan, dan sebagainya. 2 skop ini juga digunakan oleh para ulama dan para fuqaha dalam mengeluarkan sesuatu hukum yang dijangkakan. Iaitulah :

- Fiqh Tawaqu / future study
- Fiqh iftiradi

Bagi skop fiqh tawaqqu ia menekankan merujuk kembali sejarah yang lepas dalam mengadaptasikan perancangan sesuatu di masa hadapan. Melihat apa kelemahan yang berlaku sekarang yang menafikan kemenangan, kemudian memperbaiki kelemahan yang ada selepas melihat dan menilaikembali sejarah lepas bagi mengejar kembali kemenangan. Ia seperti peperangan khandak (parit) yang berlaku di zaman Nabi SAW dengan mengambil pandangan daripada Salman Al-Farisi iaitu menggali parit sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Farsi apabila berperang. Sejarah di Farsi apabila menggali parit yang besar akan menyebab pihak musush semakin tersepit dan lebih mudah untuk ditumbangkan.

Begitu juga sebagaimana yang dilakukan oleh Sultan Al-Fateh dalam peperangan yang dipimpin oleh beliau dalam menawan kota constainple, dengan mengeluarkan arahan kepada tenteranya untuk bangun malam beribadat kepada Allah SWT. Hal ini kerana merujuk sebagaimana umat Islam yang sebelumnya yang mencapai kemenangan dalam sesuatu peperangan ekoran kuat beribadat kepada Allah SWT terutamanya bangun di tengah malam. Maka Sultan Al-Fateh yang menyedari hal ini merancangan dengan merujuk sejarah silam bagi rancangan kemenangan dalam peperangan tersebut.

Begitu juga yang dilakukan oleh Pejuang Salahuddin Al-Ayubi dalam merampas hak umat Islam iaitu Baitul Maqdis......

Kemudian, skop yang satu lagi ialah fiqh iftiradi iaitu merancang bagi sesuatu yang mendatang berdasarkan kiraan yang dilakukan. Ia lebih menjurus kepada perancangan dan belum pernah dilakukan sebelum ini. Kita lihat kembali sejarah di zaman Nabi SAW, ketika peperangan Badar, pada asalnya Nabi SAW menetapkan untuk para tentera berada di belakang kolam / mata air di medan peperangan. Namun perbincangan bersama para sahabat, akhirnya posisi tersebut ditukar iaitu dengan tentera muslimin berada di hadapan kolam / mata air tersebut. Ekoran kiraan yang dibuat akan menyekat tentera kafir daripada mendekati air yang ada daripada kolam tersebut sekaligus akan melemahkan mereka.

Selain itu, lihat bagaimana perkembangan kemajuan yang dilakukan di zaman Saidina Umar pada pemerintahannya, dalam menubuhkan dan menyusun dewan / sektor tertentu antara tentera, pegawai dan sebagainya. Ini berdasarkan perancangan atas kiraan pemudah cara dan mengemaskini agar lebih teratur dan cepat bagi sesuatu sistem atau kerja yang dilakukan memandang untuk menampung umat Islam yang kian banyak.

Justeru, bagi sesuatu perancangan yang dilakukan ada 2 skop yang boleh digunakan. Perancang dan pemikir perlu bijak dan kreatif memilih atau menetukan mana satu skop yang bersesuaian di zaman itu dan tidak mendatangkan mudarat di kemudian hari kelak.

Sumbangan Diperlukan SEGERA !!




"Perumpamaan bagi orang yang menginfakan hartanya dijalan allah seperti sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai ,pada setiap tangkai ada seratus biji allah melipatgandakan bagi sesiapa yang dia kehendaki,dan allah maha luas lagi maha mengetahui”
(Surah Al Baqarah 261)

Saudara saudari yang dirahmati oleh Allah SWT. Dengan ini kami ingin memberitahu bahawa pada 16 julai 2010 menjelang subuh lebih kurang jam 5:00 pagi, telah lahir seorang bayi perempuan di Hospital Tibah Tanta Mesir. Bayi yang selamat dilahirkan walau tidak cukup bulan itu (7 bulan), terpaksa ditahan di wad dan dimasukkan dalam inkubator. Pada jam 8.00malam bapa bayi tersebut telah dipanggil oleh pihak hospital dengan Kadar yang segera. Setelah tiba dihospital bapa bayi tersebut diberi penerangan oleh doktor yang bertugas mengenai keadaan kesihatan bayinya. Antara lain bayi yang baru dilahirkan mengalami beberapa masalah seperti:


1. Saluran pernafasan dan saluran makan bercantum.
2. Tidak ada Saluran najis

Oleh kerana masalah diatas, bayi tersebut terpaksa menjalani pembedahan dengan segera untuk mengatasi perut kembung akibat tidak ada saluran najis untuk angin keluar. Semasa menerima berita keadaan tersebut, selaku wakil Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta , saya telah bergegas kehospital tersebut untuk sama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada pihak keluarga bayi tersebut.

Antara halangan semasa yang kami hadapi adalah kos pembedahan yang diterangkan oleh pihak hospital dan Doktor di Hospital Swasta Tibah itu. Kami bersependapat untuk sama-sama ke Hospital University Tanta untuk berbincang jika rawatan itu boleh dijalankan di situ. Namun sekali lagi kami bertemu cabaran dimana kami diberitahu oleh pihak Hospital University Tanta bahawa semua alat bantuan pernafasan pembedahan telah digunakan oleh pesakit.

Dengan bantuan Dr. Syafiq pelajar perubatan tahun lima Universiti Tanta, beliau telah menelefon Doktor di Hospital Tibah untuk memberitahu keadaan di Hospital University Tanta. Doktor itu kemudian dengan baik hati telah memberi nombor telefon Pakar Bedah kanak-kanak Hospital Universiti Tanta. Alhamdulillah, dengan berkat nya, setelah berbincang dengan Doktor tersebut beliau sanggup merawat bayi tersebut di Hospital Tibah tempat bayi tadi dilahirkan.

Dengan selesai nya keadaan ini, kami kembali ke Hospital Tibah untuk berjumpa Doktor Pakar itu. Setelah sampai, Doktor Pakar itu telah menerangkan pada kami bahawa beliau akan memulakan semua pembedahan yang diperlukan untuk menebuk lubang diperut bayi untuk mengeluarkan angin dan membuat saluran najis diperut dengan kadar segera. Dimana, 24 jam kemudian, beliau akan akan merawat saluran pernafasan dan saluran makanan bayi.

Tepat jam 12.15 malam tersebut juga, bayi telah mula menjalani rawatan. Alhamdulillah sejam kemudian bayi tersebut telah selamat menjalani rawatan.

Pada hari kedua; iaitu pada 17 julai 2010 bayi menjalani satu lagi rawatan iaitu mamisahkan saluran makanan dan saluran pernafasannya. Allhamdulillah bayi kini selamat dan stabil. Walaubagaimanpun, bayi tersebut masih dalam penjagaan di Wad Jagaan Rapi di Hospital Tibah.

Kami juga ingin memberitahu bahawa Ibu kepada bayi tersebut stabil dan dibenarkan oleh doktor pulang selepas beberapa jam melahirkan.

Dengan ini kami ingin memberitahu bahawa kos rawatan sehari hampir LE250 dimana jumlah semua kos rawatan dijangka adalah sejumlah LE10,000 (RM5,500).

Saya selaku wakil kepada Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan, menghulurkan tangan kepada semua memohon agar saudara dan saudari dapat bersama-sama meringankan beban yang ditanggung oleh ibubapa bayi.

Asal: Terengganu
Pengajian: Tahun Akhir, Kuliah Usuluddin Jurusan Tafsir, University Al Azhar Cawangan Tanta Mesir. Telefon: +20116534573

Ibu: Siti Anisah Binti Haji Ahmad
Pengajian: Tahun 3, Kuliah Bahasa Arab, Universiti Al Azhar Cawangan Mansurah Mesir.

Semua sumbangan bolehlah dihulurkan melalui akaun tersebut:

Pemegang Akaun : Md Amin Zainal Abidin (kad pengenalan 850325-06-5365)
No Akaun : 062025879025
Bank : HSBC
No Tel : +20142252484
emel : maza_blada@yahoo.com.my

Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala bentuk bantuan yang di hulurkan oleh semua. Sekian bagi pihak Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta Mesir.

Sumber: Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta

tambahan : juga sebarang persoalan dan sumbangan , boleh juga terus kepada :

BP Farkhan : 0142900215
HEWI Hasyimah : 0141344093

Monday, August 2, 2010

Positif + Negatif = Keputusan




Ciri perbincangan yang baik dan mantap merangkumi segala aspek perbincangan yang membawa ke arah keputusan yang positif dan keputusan negatif. Hal ini kurang dimainkan peranan oleh ahliu mesyuarat ekoran otak yang kosong, tepu atau malas. Hasilnya, keputusan yang tercetus tanpa perbincangan menjerumus ke arah keputusan yang kurang matang.

Bagi orang yang mempengerusikan majlis, suasana debat bincang mesti ditekankan. Sebahagian mesti bersifat TOPI MERAH iaitu mereka yang cenderung kepada keputusan yang negatif. Bagi mereka asal bagi sesuatu perkara adalah tidak dibolehkan. Hujah dan bukti yang didatangkan menunjukkan kesan yang negatif dan tidak mendatang hasil sekiranya cadangan baru yang dibuat tersebut diluluskan.

Satu pihak lagi mesti ada mereka berTOPI HIJAU, yang mendatangkan hujah-hujah yang positif dan cenderung membenarkan cadangan ekoran berpandangan ia sesauatu yang baik samada mendatangkan keuntungan, cipta sejarah dan sebagainya.

Di samping itu, tidak dapat tidak peranan TOPI KUNING juga mesti ada, iaitu mereka yang senantiasa menganalisa dan mengkaji maklumat semasa dan sejarah. Ia sangat penting memberikan gambaran untuk dibadingkan antara hujah yang didatangkan oleh TOPI MERAH dan TOPI HIJAU.

Justeru, apa yang ingin dikongsikan ialah, medan mesyuarat mestilah dijadikan medan perbincangan yang lumut bukan sebagai medan sekadar mengANGGUK KEPALA dan GELENG KEPALA sahaja. Sebab itu, mutu keputusan mesyuarat bergantung kepada BANYAK POINT dan HUJAH yang dibincangkan. Dan kadang-kadang mesyuarat yang lama bukannya penentu kepada mutu mesyuarat. Biarpun sekejap, namun sekiranya point yang banyak dibincangkan ia menjadikan keputusan yang tercetus adalah matang dan mantap.

p/s : nanti kita bincang lagi bagaimana untuk merancang dan mengendali mesyuarat yang terbaik...
Related Posts with Thumbnails