Thursday, September 16, 2010

Wujud Dan Dihargai



Dalam menjadikan diri kita sebagai orang yang mengerahkan usaha dan tenaga demi agama Islam, kita perlu melihat, apa posisi yang sepatutnya kita letakkan diri kita. Maksudnya antara 3 jenis manusia yang akan dikongsikan sebentar nanti, kita mahu yang mana.

Jadi, dalam sunnah kehidupan ini, 3 jenis manusia yang tidak dapat tidak manusia akan tergolong ke dalam salah satu daripadanya. 3 jenis tersebut ialah : -

1) masyarakat menyedari akan kewujudan mereka akan tetapi menyampah dan tidak suka akan kewujudan manusia itu. Inilah golongan yang paling teruk. Masyarakat bagaikan mengharapkan mereka tidak wujud ekoran kezaliman, kesusahan, penindasan dan sebagainya hasil daripada kewujudan mereka ini.

Kita lihat bagaimana musuh-musuh Islam terdahulu, seperti Firaun. Masyarakat umum menyedari dan tahu akan kewujudannya, namun tidak berasa seronok bahkan benci akan firaun. Bagaikan sekiranya firaun tidak wujud masyarakat lebih berseronok.

Justeru, sesiapa yang selalu menyusahkan manusia dengan pelbagai cara seperti menarik zakat tanpa sebab, menghalang program baik yang dianjurkan oleh persatuan, ingatlah bahawa kewujudan mereka dirasai akan tetapi dihiasi dengan sumpah seranah dan cacian sepanjang kewujudan mereka ekoran sikap dan perbuatan yang tidak mendatangkan manfaat kepada manusia.

2) Mereka yang wujud akan tetapi masyarakat tidak menyedari akan kewujudan mereka. Mereka bagaikan tiada. Bahkan Tidak memberikan sedikit kesan sekalipun kepada masyarakat. Masyarakat pula tidak mengenang dan tidak rasa kisah tanpa kewujudannya.

Mereka ini sekiranya dalam konteks mahasiswa ialah mereka yang tidak mengambil cakna hal persekitaran, masyarakat dan persatuan. Hidup sendirian tanpa bermasyarakat. Kalau ada program yang berlangsung, tidak sertai. Kerja-kerja Islam juga tidak sertai. Hanya melakukan kerja dan urusan peribadi sahaja.

Jenis ini juga merupakan kerugian bagi mereka yang tergolongn ke dalamnya. Tiada manfaat dan jasa yang ditaburkan dalam perjuangan Islam. Orang lain sibuk membuat kerja-kerja Islam, golongan jenis ini hanya duk di rumah da menghadap facebook, sebagai contoh. Apakah manfaat yang dapat kepada golongan jenis ini?? tiada, dan langsung tiada. Kewujudan yang tidak diendahkan, bahkan bagaikan tiada.

3) Mereka yang wujud, dan masyarakat menghargai kewujudan mereka. Dan apabila mereka tiada, kewujudan mereka akan dikenang dan ditangisi. Mereka inilah golongan yang menyumbangkan segala tenaga, harta dan jiwa kepada jalan Allah. Inilah jalan yang dilalui oleh para rasul, nabi dan pejuang-pejuang agama Islam. Segala apa yang ada pada mereka akan disumbangkan kepada Islam dalam memberikan manfaat dan menyumbangkan jasa.

Apabila diminta untuk melaksanakan sesuatu amanah dan tugasan, mereka mampu dan ringan tulang dalam membantu. Melaksanakan tugas dengan bersungguh dan berkualiti. Tidak merungut apabila diminta membantu dalam sesuatu urusan. Mudah memberi dan tidak banyak mengungkit.

Inilah yang generasi yang dinantikan oleh Islam. Mereka yang jelas akan kewujudan mereka, tahu posisi tugasan mereka dan selari gerak kerja dalam menyempurnakan misi yang dibawa.

Justeru, pilihan terletak pada anda..usaha dan pastikan anda tergolong ke dalam manusia yang kewujudannya disedari dan dihargai disebabkan usaha dan segala apa yang ada pada kita disumbangkan kepada Islam.

P/S : dalam Laskar Pelangi, ada disebutkan berilah dengan sebanyak-banyak...

No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails