Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Setelah 2 fasa sesi pentarbiyahan berlalu iaitu fasa rahmat dan fasa keampunan, kini umat Islam asyik bergelut dalam fasa yang digambarkan pelepasan dari api neraka.
Bagi aktivis Islam pasti akan merasa akan kesayuan akan pemergian Ramadhan kelak, dalam masa yang sama menanam satu pengharapan yang tinggi untuk bersua kembali di tahun seterusnya.
Ramadhan yang bermula dengan pengisian puasa, bulan tarbiyah, penurunan Al-Quran dan sebagainya kini akan ditutupi dengan pengisian khas dan istimewa iaitu Lailatul qadar. Satu anugerah yang hanya dimiliki oleh mereka yang bertuah di antara kalangan umat akhir zaman ini.
Persoalan yang mesti kita sedari bahawa bagaimana cara untuk kita menjejak Lailatul qadar agar Ramadhan yang kita laluan sepanjang sebulan ini dilabuhkan dengan tirai yang terbaik. Iaitu mendapat ijazah Lailatul Qadar yang menjadi bukti Ramadhan yang dilalui adalah berkualiti.
Jika Imam Nawawi sejak kecil, iaitu pada umurnya 10 tahun sudah bertemu dengan Lailatul Qadar, bagaimana dengan kita ?? Adakah sudah layak untuk mendapat ijazah yang paling berharga tersebut dalam membuktikan kita adalah graduan yang berkualiti hasil Madrasah Ramadhan. Jika tidak, mungkin perlu dinilai dan dimuhasabah kembali, mengapa tidak kita memiliki?? Sekiranya sejak permulaan Madrasah Ramadhan ini dimulakan dengan baik dan sempurna, maka tidak mustahil untuk memiliki ijazah Lailatul Qadar. Jika dengan pengisian-pengisian silibus yang telah dibentangkan dalam Madrasah Ramadhan masih kantoi, adakah masih layak bagi kita mengimpikan ijazah Lailatul Qadar?? Pengakhiran yang baik mestilah permulaan yang baik, melainkan beberapa situasi yang khas dengan keizinan Allah SWT.
Lailatul Qadar bukanlah sekadar anugerah khusus yang terasing di dalam Ramadhan, namun ia adakah sebagai bukti bagi mereka yang memiliki Lailatul Qadar tersebut bahawa puasa dan ibadah yang dilakukan adalah berkualiti. Justeru, perlu ingat, dalam memiliki Lailatul Qadar bukanlah bermula dalam satu-satu malam, akan tetapi dinilai sejak awal kedatangan Ramadhan.
Bagaikan kita di dalam medan peperiksaan, persediaan bukanlah di malam peperiksaan namun sejak awal kelas kuliah. Barulah berjaya di dalam peperiksaan.
Terdapat yang segelintir pihak yang berimpikan Lailatul Qadar yang hanya melakukan ibadat pada malam yang dijangkan Lailatul Qadar, akan tetapi pada malam-malam yang lain, tidak pula bahkan malas. Ini antara fahaman yang salah mengenai galakan beribadat dalam mendapat anugerah khas iaitu Lailatul Qadar.
Dan lagi apa point yang mesti diketahui ialah setiap amalan mempunyai penutupnya. Bagi solat, penutupnya adalah solat. Ibadah seharian penutupnya adalah solat witir. Perniagaan yang baik penutupnya adalah zakat dan sedekah. Perjuangan individu muslim dilengkapi dengan keluarga muslim seterusnya membentuk masyarakat dan negara Islam dalam menuju ke khilafah Islam yang dirancang.
Begitu juga dengan Ramadhan, biarlah Ramadhan ini ditutupi dengan tirai Lailatul Qadar sebagai bukti kualitinya kita semasa keberadaan di dalam Madrasah Ramadhan yang menjadi medan tarbiyah dalam membentuk kekuatan jihad.

No comments:
Post a Comment