Dalam usaha membentuk acuan aktivis Islam di kalangan mahasiswa Islam di Mesir ini khususnya, beberapa permasalahan perlu untuk kita ketahui secara am. Hal ini demikian bagi memastikan acuan aktivis Islam yang diharapkan tidak terpesong dan menjadi sebahagian daripada permasalahan yang disebutkan.
Aktivis Islam yang diadun adalah bagi membina suatu kuasa penggerak dan tenaga kerja dalam menjayakan apa jua perancangan Islam walau sekecil mana konteks yang diletakkan sehingga sebesar-besar objektifnya. Dan perlu diketahui apabila menyebut aktivis Islam, bukanlah hanya semata-mata ia merujuk bagaikan ' budak milo ' yang tiada kelebihan langsung. Akan tetapi aktivis Islam adalah kamu bekerja di posisi kamu mengikut tugasan yang khusus di samping membantu tugasan secara am seluruhnya bagi menjayakan satu misi yang sama. Bukan sekadar melakukan tugas kamu tanpa membantu mereka di pihak yang lain, dan juga bukan sekadar melakukan tugas kamu namun tidak berusaha menjayakan satu misi bersama yang telah ditetapkan.
Hal ini demikian kerana walaupun disebut aktivis Islam dalam kondisi individu namun ia mestilah bergerak dalam keadaan yang kolektif dan selari bersama.
Kita lihat, berbagai-bagai ragam dalam membentuk acuan aktivis Islam ini, iaitu :
- mereka yang tidak mahu langsung bekerja untuk Islam. Sekadar menjaga kesenangan hidup semata-mata. Makan minum, kumpul harta dan kekayaan, kahwin, perolehi anak dan akhirnya mewariskan harta kekayaan kepada generasi keturunannya. Hanya sekadar ini sahaja.
- mereka yang hanya tahu berleter atau berkata-kata tanpa melakukan tugas kerja. Mereka memahami akan tugasan Islam namun malas untuk menggerakkan dan membiarkan diri mereka bermandikan peluh untuk turun bersama-sama melakukan kerja. Hidup dengan peluh exclusive. Hanya mahukan kedudukan yang selesa dan disanjung tanpa tidak sanggup diri terjerebak dalam rintangan seorang pendakwah dan aktivis Islam.
- mereka yang hanya tahu bekerja namun tidak tahu mengapa dan sebab apa mereka mesti bekerja dan melakukan tugas tersebut. Mereka apabila diminta untuk melakukan kerja pasti akan dibuat, namun kadang-kadang tinggalkan kerja tersebut tanpa rasa bersalah kerana tidak ada kefahaman atas kerja yang dilakukan. Mereka mungkin bekerja atas sebab keseronokan, minat ke atas seseorang dan mengisi masa kekosongan. Mereka tidak faham bahawa kerja yang mereka lakukan adalah semata-mata untuk kejayaan Islam.
Ini 3 jenis yang tidak boleh diistilahkan sebagai aktivis Islam dan tidak layak. Apa yang layak untuk diistilahkan sebagai aktivis Islam ialah mereka yang tahu / faham akan tugasan Islam dan melaksanakan dengan semangat berbekalkan kefahaman tersebut. Mereka akan melakukan tugasan Islam samada suka atau tidak, letih atau gembira dan bukan sekadar mengisi masa lapang semata-mata.
Selain itu masalah secara umum yang melanda ke atas aktivis Islam ialah :
- Suka kepada keadaan yang cukup selesa tanpa takut dan tidak sanggup berdepan dengan rintangan yang dibentang. Ada yang melihat seorang tok guru yang berumur 60 tahun yang hebat dan petah berceramah, kemudian mengimpikan bagai tok guru tersebut dalam konteks berceramah sahaja, tanpa melihat usaha gigih yang telah dicurahkan oleh tok guru tadi ketika muda iaitu ketika berumur 20 tahun sehingga umurnya yang sekarang. Hasilnya mereka hanya seronok berceramah tetapi tidak suka berpeluh dalam melaksanakan kerja-kerja Islam.
- 1001 alasan untuk menyelamatkan diri. Selalu yang berlaku ke atas kondisi lelaki apabila diminta untuk memikul satu tugasa amanah yang besar seperti exco, pasti meletakkan alasan bertanya izin ibu bapa tanpa berbincang. Sedangkan sekiranya dalam konteks perkahwinan sanggup berbincang dengan ibu bapa sehingga ia berjaya untuk berkahwin. Sedangkan memikul amanah dan perkahwinan adalah kedua-dua tuntutan Islam mengapa usaha ke arah menjayakan di antara kedua-dua tidaka sama.
- Begitu juga dengan wanita. Apabila diminta atau ditanyakan untuk perkahwinan, pasti meletakkan alasan bertanya izin ibu bapa tanpa sanggup berbincang. Akan tetapi sekiranya diminta untuk memikul amanah sanggup bersemuka dengan ibu bapa untuk berbincang. 2 usaha dalam menjayakan tuntutan agama yang tidak seimbang.
Dan banyak lagi masalah yang menimpa ke atas aktivis Islam, ini adalah di antaranya. Permasalahan yang lain akan disebutkan dalam posting yang lain.
Justeru, pastikan acuan aktivis Islam yang diadun betul-betul memenuhi sukatan dan pengisian yang cukup dan sempurna sebagaimana yang diharapkan...
No comments:
Post a Comment