Thursday, September 23, 2010

Jadilah Mereka Yang Hidup Untuk Islam


Antara punca masalah ke atas pekerja Islam juga selain daripada yang telah diterangkan sebelum ini ialah tiadanya sifat untuk menjadikan diri sebagai mereka yang hidup untuk Islam. Tidak dinafikan bahawa ramai pejuang yang merelakan diri dalam membantu Islam namun konteks yang diberikan tidak seimbang.

Kenapa saya katakan tidak seimbang. Hal ini demikian kerana bagi mencapai objektif tertinggi dan rancangan jangka panjang ia menyebabkan objektif yang dekat tidak diendahkan sangat.

Maksudnya kita lihat ramai yang menjadikan diri sebagai mereka yang saggup berkorban untuk Islam dalam konteks berjihad perang semata-mata, namun berapa ramai yang menjaga kehidupan mereka sebagai mereka yang hidup untuk Islam??

Ia adalah satu tuntutan yang amat di masa kini memandangkan bidang-bidang kehidupan kita masih banyak dikuasai oleh mereka yang bukan Islam. Bermula dengan muamalat sehinggalah kerajaan. Bahkan dalam bidang ibadat juga masih lagi terdapat unsur khurafat dan tahyol.

Jelas, kehidupan mereka tidak hidup untuk Islam. Akan tetapi apabila disebut untuk berperang, masing-masing berlumba untuk berada di barisan yang hadapan.

Tidak seimbang...

Apa yang dituntut ialah sebagaimana juga banyak yang mahu berkorban untuk Islam mesti banyak itu juga dan caknanya terhadap hidup untuk Islam.

Ramai pekerja Islam apabila meminta melakukan sesuatu yang ringan akan dianggap ia bukanlah sebahagian daripada jihad. Bahkan menganggap kerja picisan. Seperti menjaga kebersihan, menjaga masa, melaksanakan program, dan sebagainya. Berapa ramai pekerja Islam yang melakukan sebagaimana kerja yang diterangkan di atas?? kurang.. bahkan yakin apabila diminta untuk keluar berperang, pasti berjuta-juta yang akan mendaftarkan diri. Tidak seimbang...

Sebelum ini ada kisah di luar Malaysia, bagaimana seorang tok guru yang ditangkap oleh kerajaan yang zalim , ramai penduduk setempat yang bangkit melawan. Akan tetapi semasa tok guru tadi mengajarkan ilmu berapa ramai yang bangkit itu mendengar pengajian tersebut, (melainkan jika ada kerja yang tidak dapat dielakkan)??

Bahkan pada zaman Imam Al-Ghazali, beliau ada mengkritik manusia di zaman itu ekoran terlalu asyik menumpukan bidang yang furu' (kecil) dalam feqh sehinggakan melupakan bidang akademik yang menjadi keperluan semasa, lantas menyebabkan beidang-bidang tadi dikuasai oleh yahudi dan mereka yang bukan Islam.

Disebabkan kabur akan tuntutan yang diseru oleh Islam, kemunduran dari sudut dunia itu jelas terpampang. Tidak ramai yang jadikan mereka adalah mereka yang hidup untuk Islam, walaupun tidak dinafikan bahawa mereka adalah mereka yang berkoran untuk Islam.

Hiduplah untuk Islam. Lakukan segala aktiviti dengan bersungguh, bukan apabila melibatkan konteks dunia maka lesu dan malas, namun apabila diseru berperang semua semangat dan bersungguh. Sebagaimana semangat berkorban untuk Islam itu tinggi maka mesti setinggi itulah semangat hidup untuk Islam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails