Thursday, September 30, 2010

Kunjungi Pameran Bergerak ARMA & Dana Syaqah




Makluman kepada semua mahasiswa/wi di Mesir khususnya ahli PMRAM, Unit Panatia ARMA PMRAM akan mengadakan pameran bergerak bagi siri yang pertama ini pada 2 Oktober di hadapan rumah BKAN Pulau Pinang, Hayyu Sabik. Pameran ini akan menggabungkan sekali dengan Unit Dana Syaqah PMRAM.

Tujuan dan objektif pameran bergerak tersebut adalah untuk menghidupkan semula suasana cakna isu ARMA di samping menaikkan sensitiviti berkenaan Misi Syaqah PMRAM. Ia turut memberikan penerangan mengenai kronologi berkaitan ARMA dan Dana Syaqah PMRAM serta kaitan antara kedua-duanya.

Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman berkata pameran bergerak ini merupakan tindakan permulaan dalam menghidupkan suasana kembali cakna isu ARMA di kalangan ahli PMRAM khususnya berkenaan hak PMRAM yang sudah sekian lama dinafikan. Bahkan, menurut beliau dengan pameran bergerak ini menunjukkan bahawa PMRAM begitu optimis dalam menjayakan cakna isu " ARMA : Hak Kita & Jasa Mereka " sebelum tindakan susulan dilakukan.

"Kita mahu ahli tahu akan hak PMRAM (ARMA) yang sekalian lama dinafikan. Isu ini agak suram sejak kebelakangan ini. Justeru, di bawah pantauan Unit Panitia ARMA beberapa perancangan dan tindakan yang telah disusun dalam memastikan penerangan berkaitan ARMA akan dilakukan. Bahkan dalam pameran bergerak ini kita akan kaitkan ARMA dengan Dana Syaqah PMRAM, yang mana semua tahu bahawa ekoran penafian hak PMRAM ke atas anjung ARMA yang telah diperuntukkan sebagai pejabat, maka mulai timbul idea dan tercetusnya gerak kerja Dana Syaqah PMRAM selepas mana segala tindakan kita dalam menduduki dan mendapatkan hak kita tidak dipedulikan" ujar beliau.

Justeru, semua mahasiswa/wi dijemput untuk sama-sama menjayakan pameran bergerak ini pada 2 Oktober ini pada hari Sabtu. Maklumat lanjut adalah seperti berikut :

Tarikh : 2 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Lokasi : Hadapan rumah BKAN Pulau Pinang
Masa lawatan : 1) 9.00 pagi - 12.30 tengahari untuk akhwat
2) 1.00 petang - 4.30 petang untuk ikhwah

Sumber asli : pmram.org

No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails