Sunday, September 5, 2010

Kepimpinan Yang Diharapkan



Dalam kehidupan yang tidak dapat tidak hidup bermasyarakat samada ada konteks yang kecil seperti keluarga, atau sederhana seperti organisasi atau masyarakat, atau konteks yang lebih besar seperti negara, perkara yang memainkan peranan sebagai eleman utama ialah kepimpinan. Penjaga atau pengawal bagi masyarakat yang dibawahnya.

Dr Yusof Al-Qardhawi ada menulis di dalam kitab beliau yang bertajuk jailun nasr almansyud yang menekankan bagaimana generasi Islam yang dinanti-nantikan dalam mencari kemenangan yang sekian lama Islam ditindas dan dipandangb lekeh oleh pihak Yahudi dan musuh Islam. Beberapa point yang ditekankan iaitu bermula dengan fikrah Islam yang jelas. Hal ini demikian ialah mereka yang berjuang di dalam Islam mempunyai pelbagai ragam dan kerenah.

Ada sebilangan yang berjuang kerana ikut keadaan masyakarat sekeliling. Ada juga yang semata-mata kerana melihat Islam sebagai pelindung pada masa tersebut, maka sekiranya Islam yang diharapkan tidak sebagaimana yang dikehendaki orang tadi akan berpaling kepada pihak yang lain. Dan banyak lagi ragam yang tidak tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Justeru, apabila fikrah Islam yang tidak jelas ini yang dibawa oleh generasi Islam maka akan menyebabkan permasalahan di tengah perjuangan seperti putus asa, terlalu gopoh dalam masa yang sama menidakkan sesuatu displin yang dibuat, sanggup menggadai prinsip dan maruah Islam demi kemenangan yang ditafsirkan sendiri dan sebagainya.

Maka kepimpinan yang mempunyai fikrah dan kefahaman yang jelas menjadi peneraju utama dalam menggerakkan masyarakat yang dipimpin memiliki kemenangan. Lihat kisah pertarungan antara tentera Islam yang dipimpin Thalut apabila berhadapan dengan tentera musuh Jalut. Ketika terdapat segelintir tentera Islam yang hampir-hampir menyerah kalah ekoran dirasakan tiada kemampuan dari segi bilangan dan persiapan, maka bangkit mereka yang jelas fikrah mengatakan :

Berapa ramai kumpulan yang kecil telah mengalahkan kumpulan yang besar (yang telah dibuktikan oleh sejarah Islam) dengan izin Allah. Ingatlah Allah sentiasa bersama mereka yang bersabar.....


Lihat, bagaimana peri pentingnya fikrah yang jelas dan sebab itulah Dr Yusof Qardhawi mengatakan fikrah yang jelas adalah topik utama yang mesti diselesaikan sebelum yang lain.

Selain itu, kepimpinan yang diharapkan ialah kepimpinan yang mempunyai jati diri yang utuh. Bukan kepimpinan yang mempunyai masalah identiti / konflik identiti. Masalah ini selalu berlaku apabila kepimpinan di sesebuah tempat tidak jelas akan posisi dan status yang dipegang olehnya sehingga menyebabkan pengurusan di tempat tersebut celaru dan rosak. Antara penyebab masalah konflik identiti kepimpinan ialah tidak memahami keutamaan mereka dalam kepimpinan dan hanya bertindak bagaikan orang awam yang bebas daripada amanah kepimpinan.

Hasilnya kepimpinan yang mempunyai kepincangan dalam identiti akan menyebabkan :

- mendahulukan perkara peribadi berbanding perkara umum yang melibatkan kepimpinan

- putus asa sekiranya pandangan yang dilontarkan ditolak

- menganggap tiada kerja, sedangkan tidak kreatif dan memikirkan kerja yang sepatutnya
dilakukan.

- menganggap mesyuarat yang dijalankan sebagai buang masa dan standart borak-borak kedai kopi.

- kerja sekadar melepaskan batuk di tangga, dan tidak berusaha dengan kuat.

- tidak dapat menerima muhasabah daripada pihak yang lebih atas

- merasakan tindakan yang dilakukan sentiasa betul walaupun langsung tidak dibincangkan dan mendapat persetujuan mesyuarat

- menggunakan medan kepimpinan untuk melonjakkan diri dengan mengesampingkan misi dan pembawakan sesebuah kepimpinan

Dan banyak lagi yang akan berlaku ekoran kepincangan identiti sesebuah kepimpinan.

Justeru, kepimpinan yang diharapkan perlu jelas akan mengapa amanah yang diberikan kepada mereka tersebut. Bukan untuk suka-suka dan sekadar namun untuk dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin. Bukan sekadar untuk menjaga periuk nasi sendiri mahupun maslahat diri semata-mata bahkan adalah untuk menjaga maslahat dan kepentingan yang umum. Dan sekadar ini perkongsian awal, semoga apa yang diharapkan jelas dan berjalan dengan sebaik yang mungkin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails