Saturday, March 6, 2010
Kita Mahasiswa Islam
Label bagi mahasiswa dengan label budak sekolah adalah sangat ketara dan pasti tidak sama. Apatah lagi apabila mahasiswa tersebut digalasakan dengan Mahasiswa Islam. Beberapa faktor mahasiswa perlu mengambil kira agar tidak memburukkan nama Islam itu dengan perbuatan-perbuatan kita :
1- Kuatkan akidah bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa mutlak. Tidak pasti berlaku apa manfaat dan mudharat tanpa izin daripada- Nya. Menguatkan akidah bahawa hanya Allah tuhan yang layak disembah. Hanya Allah yang memelihara kita dan seluruh alam. Dan hanya Allah sebagai tempat pergantungan kita.
Kekuatan akidah merupakan kekuatan kemuncak. Namun berapa ramai manusia hari ini yang berstatuskan Islam masih bacul dengan kuasa2 manusia di dunia ini sehingga menyebabkan pertimbangan maslahat dan aulawiyat disalah praktikkan. Berapa ramai mahasiswa Islam kita yang kecundang ekoran ugutan dan ancaman yang dikenakan.
Sekiranya kekuatan akidah yang Allah sahaja tempat pergantungan kita, hidup kita, rezeki kita, kesenangan kita dan keseluruhan kehidupan kita pasti akan menjadikan kita mahasiswa Islam yang berkualiti sebagaimana yang diukirkan oleh Islam.
2- Keinginan kepada sesuatu yang lebih baik adalah satu kuasa momentum mendorong mahasiswa Islam untuk bekerja lebih baik dan bersungguh. Kerja-kerja bukan hanya dilakukan sekadar melepaskan batuk ditangga. Namun kerja mesti dilakukan dengan sebaiknya. Merancang dan mencari jalan yang terbaik bagi mendapatkan keputusan yang teragung. Usaha adalah usaha dan mesti. Natijahnya terserah kepada Allah, hanya kita memohon doa.
Inilah konsep hijrah yang diajarkan oleh Junjungan Mulia SAW kepada umatnya agar sentiasa meletakkan diri ke arah penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Hijarh bukan konsep melarikan diri bahkan startegi mencari natijah yang baik. Jangan disalah erti apabila memperkatakan mengenai hijrah.
Dalam hadis Nabi SAW juga apa menyebutkan bahawa Allah SWT menyukai hamba-Nya apabila melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh. Dalam hadis yang lain juga Nabi SAW mengajar bahawa kita dituntut melakukan dengan kesungguhan yang klimaks dengan menyuruh umat Islam apabila bekerja lakukan kerja tersebut seolah-olah kehidupan ini 1000 tahun lagi, manakala apabila beribadat, lakukan dengan kesungguhan dan ikhlas kerana mungkin kematian akan datang pada keesokkannya.
3- Peringkat yang akhir ialah berani untuk keluar berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa raga. Kekuatan jihad dengan harta dan jiwa hanya dimiliki oleh mereka sebagaimana didikan tentera Salehuddin Al-Ayubi ketika berjaya merampas kembali hak umat Islam ke atas Masjid Al-Aqsa. Bukan mudah mencapai ke tahap ini sekiranya kekuatan akidah dan kesungguhan dalam mencapai ke arah yang lebih baik masih lagi rapuh.
Sekiranya mahasiswa Islam mengikuti 3 peringkat ini pasti mereka akan menjadi tentera Islam yang berkualiti. 3 peringkat ini juga Allah SWT menjanjikan ke atas umat Islam dengan darjat yang agung di sisi Allah SWT.
Ayuh mahasiswa, tingkatkan kemahasiswaan anda, jangan menjadikan diri anda bagaikan mereka yang berada di bangku sekolah. Teruskan berusaha........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment