Masyarakat Islam dan Jenayah Murtad
Perkara yang sangat bahaya yang menimpa ke atas orang Islam di zaman ini ialah perkara yang mengancam kewujudan maknawi iaitu mengancam akidah. Jenayah murtad (kufur selepas Islam) merupakan ancaman yang sangat bahaya ke atas masyarakat Islam. Murtad iaitu keluar daripada agama Islam merupakan agenda utama musuh-musuh Islam.
Pelbagai penipuan yang sangat halus dan licik telah dilakukan sejak berkurun lamanya. Mereka menipu individu Islam samada yang masih kecil ataupun yang telah dewasa dari setiap sudut samada dari aspek kekuatan dengan peperangan, senjata dan lain-lain lagi. Mereka juga menyerang masyarakat Islam dari sudut dalaman dengan pelbagai helah melalui penipuan fakta, media
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Mereka tidak berhenti memerangi kamu sehingga mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah Al-Baqarah : 217)
Kegiatan pihak kafir ini telah pun Allah s.a.w. menggambarkan di dalam Al-Quran sebagai kegiatan yang menyerupai pihak Yahudi. Allah s.w.t. mengingatkan Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam kesemuanya bahawa pihak Yahudi tidak akan sesekali redha ke atas Islam sehinggalah umat Islam mengikuti mereka[1], barulah mereka akan meredhai. Ini menunjukkan rancangan-rancangan jahat yang dilakukan tidak akan berhenti sehinggalah hasrat mereka tercapai.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kehendak mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Surah Al-baqarah : 120)
Pada zaman sekarang, masyarakat Islam terdedah kepada serangan-serangan secara zahir dan juga ancaman halus yang merosakkan akhlak. Serangan-serangan tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk mencabut jiwa Islam dari akar umbi agar terus lenyap daripada individu Islam. Perumpaan demikian dapat kita lihat pada kerja-kerja membaptiskan (menjadikan seseorang bersifat dengan kelakuan dan perangai orang kristian) masyarakat Islam iaitu mengkristiankan orang Islam yang terselindung di sebalik rancangan penjajahan kaum barat yang di war-warkan sebagai bangsa yang membawa kepada pembangunan dan kemodenan.
Tanpa kita sedari, penjajahan berkurun lamanya yang dilakukan oleh mereka mempunyai tujuan utama yang tersirat iaitu memurtadkan orang Islam. Penjajahan bagi memurtadkan orang Islam tidah pernah berhenti malah berterusan secara aktif di dunia umat Islam. Lebih
Tujuannya hanya satu iaitu untuk membaptiskan (mengkristiankan) umat Islam sebagaimana yang telah dirancang oleh pihak kafir dalam sidang muktamar mereka yang diadakan pada tahun 1978. Perkara yang dibincangkan ialah rancangan untuk memperluaskan kerja-kerja pembaptisan tersebut di kalangan umat Islam di serata dunia. Sebanyak 1000 juta dolar telah diperuntukkan untuk kerja-kerja tersebut dan akan ditubuhkan sebuah institusi khas bagi melahirkan para pendakwah mereka yang akan dihantar bagi memurtadkan umat Islam.
Sebagaimana yang berlaku pada serangan-serangan komunis bagi menyebarkan anutan Marks yang dilakukan di negara-negara
Selain itu, serangan sekular yang memisahkan agama dan urusan kehidupan[3]. Serangan ini sentiasa berterusan dengan motifnya (memisahkan agama dan urusan kehidupan) di dada para pemimpin umat Islam dan rakyatnya. Mereka menerima Islam mengikut citarasa dan membuang Islam apabila tidak sesuai dengan hawa nafsu mereka. Perkara ini merupakan serangan yang paling bahaya di hadapi oleh masyarakat Islam kerana merupakan serangan yang sangat halus dan licik.
Maka, menjadi kewajipan bagi masyarakat Islam dalam menghadapi gejala murtad ialah bangun menentang perkara ini dari setiap penjuru dan setiap bentuk serangan, tanpa meninggalkan ruang bagi mereka walaupun sebesar zarah supaya jenayah ini tidak tersebar dengan lebih meluas sebagaimana tersebarnya api pada rumput-rumput yang kering.
Inilah yang telah dilakukan oleh khalifah Islam yang pertama iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika beliau bangun memerangi golongan murtad yang mengikuti rasul palsu iaitu Musailamatul Al-Kazzab dan pihak-pihak lain seperti Sujah dan Al-Asadi yang melakukan pendustaan yang sangat besar bagi memurtadkan umat Islam pada ketika itu.
Antara bahaya yang dihadapi oleh masyarakat Islam ialah bala yang menimpa mereka dengan jenayah murtad yang tersebar luas akan tetapi tidak ada mana-mana golongan atau individu yang berani bersemuka dan menentang. Disebabkan perkara ini, seorang ulama sastera arab menyifatkan jenayah murtad yang berlaku pada hari ini di dalam katanya : tidak ada Abu Bakar yang bangun menentang jenayah murtad ini.
Jenayah ini mesti disekat dan dikekang agar tidak tersebar dan menambahkan padah yang sedia ada dengan berlakunya murtad secara besar-besaran sebagaimana api pada rumput yang kering. Hal ini demikian kerana jenayah murtad merupakan antara perkara mungkar yang sangat bahaya kesannya kepada individu dan masyarakat sehingga boleh menimbulkan perpecahan dan kekecohan.
Para ulama telah berijmak akan hukuman bagi golongan yang murtad. Jumhur (kebanyakkan) mereka mengatakan bahawa golongan ini wajib dijatuhkan hukum bunuh. Itulah pendapat imam yang empat (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali), bahkan mazhab yang lapan[4].
Di sana, terdapat beberapa hadis yang menguatkan lagi hujah bagi pelaksanaan hukuman bunuh tersebut seperti yang diriwayatkan oleh para sahabat, antaranya Ibn Abbas, Abu Musa, Muaz, Ali, Uthman, Ibn Mas’ud, Anas, Aisyah, Abu Hurairah dan Mu’awiyah. Walaupun hadis yang didatangkan dalam bentuk lafaz yang berbeza-beza namun kesemua memberikan makna yang satu.
Contoh seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas :
Maksudnya : Sesiapa yang menukarkan agamanya (murtad) maka bunuhlah ia. (Riwayat oleh jemaah perawi kecuali Muslim)
Dan hadis daripada Ibn Mas’ud :
Maksudnya : Tidak halal darah seorang muslim yang menyaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku (Muhammad s.a.w.) pesuruh Allah kecuali 3 sebab, jiwa dibalas dengan jiwa (qisas), janda yang berzina dan orang yang keluar daripada agama, yang berpecah daripada jemaah.
(Riwayat jemaah perawi)
Dalam hadis yang sama, terdapat juga lafaz yang berlainan daripada Saidina Uthman :
Maksudnya : ......lelaki yang kufur selepas Islam, atau berzina selepas berkahwin atau membunuh jiwa (manusia tanpa hak).
(Riwayat Tirmizi, An-Nasai dan Ibn Majah)
Berkata Ibn Rajab bahawa hukum membunuh bagi 3 golongan yang telah disebutkan di dalam hadis sebentar tadi adalah perkara yang telah disepakati di kalangan umat Islam.
Saidina Ali r.a. telah melaksanakan hukum bunuh terhadap satu kaum yang mendakwa ketuhanan dengan mencampak mereka ke dalam api selepas menasihati dan memberi amaran kepada mereka, namun mereka tetap juga tidak mahu bertaubat. Maka dicampakkan mereka ke dalam api sebagai hukum bunuh.
Namun Ibn Abbas tidak bersependapat dengan pelaksanaan Saidina Ali r.a. atas hukuman bunuh bagi orang yang murtad dengan mencampakkan ke dalam api kerana ada hadis lain yang menyebut : "janganlah kamu menyeksa dengan seksaan azab Allah". Bagi Ibn Abbas hukuman ke atas orang yang murtad ialah bunuh tetapi bukan dengan cara membakar mereka. Namun, Ibn Abbas tetap bersependapat dengan Saidina Ali r.a. mengenai hukuman bagi orang yang murtad iaitu bunuh cuma cara perlaksaannya yang berbeza.
Begitu juga pelaksaan hukum bunuh yang telah dilakukan oleh Abu Musa dan Muaz ke atas orang Yahudi di Yaman setelah yahudi tersebut kufur selepas dia menganuti Islam. Ketika pelaksaan hukuman tersebut, Muaz ada menyebut : "inilah hukuman daripada Allah dan rasul-Nya." – muttafaqun ‘alaih (hadis ini telah disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim).
Diceritakatan oleh Abdul Razak : sesungguhnya Ibnu Mas'ud r.a telah menahan sekumpulan daripada kalangan ahli Iraq yang telah murtad. Maka beliau menulis akan perihal sekumpulan yang murtad tadi kepada Umar. Beliau menulis : akan aku bentangkan kepada mereka akan agama yang sebenar dan penyaksian syahada tidak ada tuhan melainkan Allah s.w.t.. Sekiranya mereka menerimanya (kembali kepada Islam), maka mereka akan dilepaskan. Akan tetapi jika mereka enggan, maka mereka akan dijatuhkan hukuman bunuh. Maka sebahagian daripada mereka telah bertaubat, namun sebahagian lagi masih kekal dan tidak mahu kembali kepada Islam.
Banyak lagi contoh yang telah dilakukan oleh para sahabat yang menunjukkan persepakatan mereka terhadap hukuman bunuh bagi orang yang murtad.
Prof Dr Yusof Al-Qardhawi ada menyebut di dalam kitabnya[5] ialah : Sesungguhnya ulama’ telah membahagikan golongan yang melakukan bid'ah kepada 2 golongan di antara golongan yang menyebarkan dan satu golongan lagi yang tidak menyebarkan bid'ah, sebagaimana juga ulama membahagikan juga perkara bid'ah kepada bid'ah mughallazah (bid'ah yang berat) dan bid'ah mukhaffah (bid'ah yang ringan).
Begitu juga perlu dipecahkan akan perkara murtad itu kepada riddah ghalizah (murtad yang berat) dan riddah khafifah (murtad yang ringan). Dan begitu juga pada perihal golongan yang murtad kepada al-murtaddin ad-da'iyah (golongan yang menyebarkan jenayah murtad) dan al-murtaddin ghaira ad-da'iyah (golongan yang tidak menyebarkan jenayah murtad).
Maka golongan yang menyebarkan jenayah murtad seperti Salman Ar-Ruyhdi, yang mana beliau menyebarkan jenayah murtad kepada individu lain melalui percakapan dan penulisannya, maka memang layak untuk dikenakan hukuman yang berat dengan mengambil hukuman yang disepakati oleh jumhur ulama dan zahir hadis bagi membendung jenayah yang disebarkan dan menutup ruang-ruang fitnah.
Sesungguhnya orang murtad yang menyeru manusia lain kepada jenayah murtad, mereka bukanlah semata-mata murtad daripada Islam, bahkan mereka seolah-olah memerangi umat Islam. Maka, mereka tergolong di dalam kalangan orang yang memerangi Allah s.w.t. dan rasul-Nya. Malah, melakukan kefasidan[6] di atas muka bumi ini.
Peperangan dibahagikan kepada 2 jenis iaitu peperangan dengan tangan dan peperangan dengan lisan. Peperangan dengan lisan dalam konteks keagamaan lebih bahaya daripada peperangan dengan tangan. Dan kerana inilah Nabi Muhammad s.a.w. memerangi mereka yang berperang dengan lisan dan membiarkan sebahagian mereka yang berperang dengan tangan[7].
Begitu juga kefasidan (kerosakan) kadang-kadang dilakukan dengan tangan dan kadang-kadang dilakukan dengan lisan. Dan kefasidan yang dilakukan dengan lidah lebih berganda kesannya daripada dilakukan dengan tangan. Maka dengan itulah, memerangi Allah s.w.t. dan rasul-Nya dengan lidah adalah lebih bahaya dan melakukan kefasidan di atas muka bumi ini dengan lidah lebih dahsyat.
Pena atau penulisan dikategorika sebagai lisan, sebagai yang dikatakan oleh para hukamak. Bahkan pena dan penulisan itu lebih bahaya dan dahsyat daripada lisan lebih-lebih lagi pada zaman ini yang mana penulisan lebih mudah disebarkan di persada dunia dengan lebih luas.
Hal ini membawa kepada golongan murtad yang masih berada di dalam kemurtadan dan tidak mahu kembali kepada Islam, mereka ini dihukumkan ke atasnya sebagai orang yang tidak berada di dalam kebersamaan jemaah Islam. Mereka tidak dibenarkan untuk mendapatkan wala' (kesetiaan), kasih-sayang dan pertolongan daripada jemaah. Hal ini demikian kerana orang yang murtad sudah tidak dikira berada di dalam kelompok orang Islam[8].
Firman Alllah s.w.t. yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. (Surah Al-Maidah : 51)
[1] Agama dan jejak telunjuk.
[2] Nabi s.a.w ada bersabda dalam sebuah hadis yang mengatakan bahawa pada akhir zaman, islam akan tercabut satu demi satu, bermula dengan kerajaan (pemerintahan) dan berakhir dengan solat.
[3] Dinamakan sebagai sekularisme.
[4] Pendapat ini turut disokong oleh Mazhab Syiah Imamiyah
[5] Kitab Jarimatul Riddah Wa ‘uqubatuha (Jenayah Murtad Dan Kesannya)
[6] Kerosakan dan keburukan
[7] Rujuk dalam kitab karangan Prof Dr AlQardhawi yang bertajuk Kitab Jarimatul Riddah Wa ‘uqubatuha (Jenayah Murtad Dan Kesannya)
[8] Dalam satu hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud r.a bahawasanya orang yang murtad merupakan orang yang keluar daripada Jemaah Islam. Riwayat oleh Bukhari dan Muslim.
No comments:
Post a Comment