Monday, March 8, 2010
DPM Shibin El-Kom Tetap Setia Di Sisi PMRAM
8 Feb , Isnin - Satu liqa mesra berjaya dilakukan bersama2 Ajkt Shibin El-Kom bagi merapatkan lagi ikatan ukhwah dan memperkasakan kesatuan bersama PMRAM. ketika itu, saya yang hanya bersendirian datang pada mulanya bagi memberikan pengisian di dalam Road Show Dana Syaqah, juga diminta merasmikan pogram BIAH 10 (Bulan Thaqafah dan Tarbiyah 2010) bagi menggantikan BP angkat mereka yang tidak dapat hadir ekoran kesibukan masing-masing.
Tema BIAH 10 yang mereka meletakkan ialah 'Azhari Penggerak Tarbiyah'. Apa yang saya tekankan bersama ialah mengenai konflik identity di kalangan kita iaitu kita tidak mengenali diri kita bahawa kita adalah mahasiswa islam al-azhar yang menggalas tugasan ulama di masa hadapan kelak. Ekoran tidak menyedari identiti yang sebenar itulah, terjadinya beberapa masalah di kalangan mahasiswa/wi yang tidak selayaknya perkara tersebut berlaku.
Juga apa yang poenting ialah kita mengenali apa tugasan rasul sebenar sebagaimana yang didoakan oleh Nabi Ibrahim ketika mana baginda AS seusai sudah bersama anaknya, Ismail AS menyiapkan binaan Kaabah. Baginda berdoa agar diutusan di kalangan manusia di sana seorang utusan Allah yang mana kerjanya ialah :
1- membacakan ayat2 Allah
2-mengajarkan Al-kitab dan Al-hikmah
3- menyucikan jiwa2 manusia
Justeru, mengenal identiti kita yang sebenar adalah punca bagi setiap tanduk kita kerana kita sedar siapa diri kita ini....
Teruskan setia di sisi PMRAM...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment