Friday, March 5, 2010

BKAN Wilayah (BKAWM) Berpotensi Di Bawah Kesatuan PMRAM






4 Mac baru-baru ini, alhamdulillah diberikan kesempatan untuk mengadakan perjumpaan rasmi bersama kepimpinan BKAWM (Badan Kebajikan Anak-anak Wilayah Mesir) di pejabat mereka. Perjumpaan yang berharga ini sudah lama dirancang namun beberapa kali ditunda ekoran kesibukan kerja di pihak masing-masing.

Saya bersama BP angkat BKAWM, Saudara Labib Abd Jalil mengambil di kesempatan itu bagi menyampaikan beberapa amanat dan penekanan mengenai kesatuan di bawah kepimpinan PMRAM.

Saudara Labib menekankan berkenaan prinsip dan peranan mahasiswa dalam konteks yang dituntut oleh Islam. Beberapa perkara yang amat penting yang mesti dijauhi oleh setiap mahasiswa terutama yang terlibat dengan kepimpinan iaitu sifat pengampu dan bacul.

Di akhir kesempatan perjumpaan emas itu, kami sempat merakam gambar bersama agar menjadi kenangan manis bersama.

Bagi saya, BKAWM mempunyai potensi yang tinggi dalam menjadikan persatuan mereka berwibawa dan utuh selagimana berada di bawah kesatuan PMRAM.

" Kita PMRAM "

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails