Thursday, March 25, 2010

BKAN Perlis Bina Kesatuan Menerusi Naungan PMRAM






25 Mac - Satu lagi liqa mesra bersama BKAN Perlis dilakukan pada malam Jumaat sekitar jam 10 malam. Saya bersama BP Labib bertemu mata bersama-sama beberapa kepimpinan BKAN Perlis.

Liqa mesra ini dilakukan bagi mengeratkan ukhwah dan memperkasakan kesatuan bersama di bawah naungan PMRAM. BKAN Perlis yang merupakan BKAN yang mempunyai kuantiti yang paling sedikit merupakan BKAN yang paling hampir dengan kedudukan pejabat PMRAM.

Beberapa perkara sempat dikongsikan dan diperbincangkan bersama bagi memperkukuhkan kesatuan di dalam memikul dan melaksanakan amanah Islam di bumi Mesir ini. Apa yang penting isu kesatuan bukan hanya isu bagi persatuan sahaja, bahkan ia merupakan intipati utama di dalam Islam itu sendiri. Allah Maha Esa, tiada tuhan selain daripada-Nya mengajar manusia bahawa tuhan hanya satu iaitu Esa. Sekiranya wujud tuhan lebih daripada satu, maka akan berlaku kepelbagaian ketaatan dan seterusnya berlaku kemusnahan. Begitu juga, arah kiblat kita yang dipasakkan kepada Kaabah sahaja, ia bagi menyatukan arah tujuan umat Islam. Walaupun Allah tidak bertempat, namun Kaabah dijadikan sebagai kiblat bagi menjaga kesatuan di dalam arah tuju ibadat umat Islam.

Selain itu, kami mengharapkan agar kepimpinan BKAN Perlis bekerja lebih keras di dalam memastikan dakwah ke atas anak-anak Perlis berjaya dan memastikan unsur-unsur perpecahan dicantas lebih awal agar tidak merosakkan kesatuan yang dibina di bawah PMRAM selama berpuluh-puluh tahun rosak.

Terus bekerja dan bersama-sama PMRAM...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails