Friday, March 19, 2010

" Kalau tidak tahu, jangan ubah fakta " - Muhamad Zuhaili Saiman


Sekali lagi, terdapat pihak yang mempertikaikan sejarah dan fakta yang dibentangkan mengenai isu ARMA sekaligus meremehkan Misi Syaqah PMRAM ketika pameran tersebut dijalankan di BKAN Wilayah sepanjang 17 sehingga 20 Mac. Pihak terbabit mempertikaikan bahawa pemilikan tanah seluas 2212 meter persegi yang dihadiahkan bukanlah kepada pihak PMRAM bahkan kepada pihak yang lain.

Berikutan itu, pihak Penerangan dan Informasia Unit Dana Syaqah PMRAM telah pun berjumpa dengan Saudara Zuhaili Saiman selaku Naib Presiden III bagi mendapatkan penjelasan yang lanjut.

Saudara Zuhaili Saiman menjawab bahawa, apa yang pihak Unit Dana Syaqah telah tonjolkan dan terangkan, kesemuanya itu mempunyai fakta dan bukti yang kukuh. Bahkan beliau selaku orang yang bertanggungjawab dalam memastikan perjalanan Unit Dana Syaqah , menegaskan bahawa pihak beliau sesekali tidak akan melakukan sesuatu tanpa rujukan dan fakta yang sah. Apa-apa sekali pun, mana-mana pihak yang cuba menafikan apa sahaja penerangan yang dilakukan oleh Unit Dana Syaqah, beliau mempersoalkan mengapa pihak terbabit tidak mengambil tindakan untuk mengadakan dialog atau wacana ilmiah di hadapan mahasiswa/wi yang berada di Mesir bagi mereka menilai hujah-hujah di antara 2 pihak, kalaulah pihak mereka mengatakan di sisi mereka bukti yang benar?

Jelas beliau lagi: " Banyak pihak yang cuba memutar belit fakta sejarah yang sudah lama tercatat ekoran mereka tidak berasa senang dengan pihak PMRAM. Baru-baru ini juga, saya mendapat laporan bahawa ada individu yang cuba melakukan perkara sedemikian di rumah BKAN Selangor. Apa yang penting, Unit Dana Syaqah tetap meneruskan penerangannya bagi menaikkan kesedaran dan sensitiviti mengenai hak kita iaitu ARMA hasil jasa perjuangan mahasiswa terdahulu. Bagi saya, mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan, cuba bertindak rasional. Saya cadang mereka anjurkan sebuah dialog di antara mereka dengan Unit Dana Syaqah di dataran Hayyu Asyir, biar mahasiswa/wi kita menilai. Saya menegaskan sekali lagi bahawa kalau pihak mereka tidak tahu berkaitan fakta sejarah itu, maka jangan cuba merosakkan pemikiran mahasiswa/wi kita dengan menukarkan fakta sejarah tersebut. "

sumber ; http://dana-apartmen.blogspot.com/

tambahan : Saya menasihati Saudara Zulkifli Din, pegawai di JPMK agar tidak mengubah fakta dan kaji dahulu. Apa yang penting, lakukan tugas anda dengan sebaiknya dalam membantu mahasiswa/wi Malaysia sebagai seorang pegawai yang diamanahkan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails