Monday, March 15, 2010

DPM Iskandariah Matang Dalam Mendidik Srikakandi PMRAM


13 Mac, sabtu - Saya serta beberapa sahabat BP (BP Azrul dan BP Labib) yang lain sempat mengadakan satu pertemuan dengan beberapa saf kepimpinan AJKT DPM Iskandariah. Pertemuan ini diadakan bagi mendengar beberapa aduan sekira ada dan memberi beberapa amanat dalam membaik pulih pulih di masa hadapan agar semakin baik.

DPM Iskandariah yang disifatkan sebagai anak tunggal perempuan akhwat memiliki seramai 458 ahli. Maka selaku PMRAM yang merupakan ayah kepada anak tunggal, bertanggungjawab dan memikul amanah yang sangat besar di dalam memastikan anak tunggal perempuan itu berjalan dengan baik dan lancar.


Beberapa amanat kepada kepimpinan DPM Iskandariah :

1) Srikandi merupakan sayap kiri perjuangan yang amat penting di dalam memastikan perjalanan perjuangan berjalan dengan lancar.
2) Keberadaan DPM Iskandariah memainkan peranan yang sangat besar di dalam memastikan srikandi-srikandi di bawah tanggungjawab PMRAM berada di bawah kesatuan.
3) Kelembutan akhwat bukanlah menunjukkan satu kelemahan, namun kelembutan itu adalah senjata yang besar bagi melicinkan perjuangan Islam. Jangan lupa, tangan yang menghayunkan buaian mampu menggegarkan dunia....
4) Akhawat mesti kuat dan tegar di dalam tetap dalam melaksanakan sesuatu perjuangan dan jangan mudah kalah kepada halangan dan cabaran semasa iaitu diri sendiri, keluarga, sahabat handai dan masyarakat.

Di samping itu, pada keesokan pagi, 14 mac, kami juga sempat berjumpa dengan beberapa orang yang bertanggungjawab di dalam menggerakkan UMI (Unit Mutazawwijin Iskandariah). Semoga dengan penubuhan UMI yang berada di bawah Lajnah Muhafazah dapat membantu dan melicinkan setiap perjalanan DPM Iskandariah.

Apa yang penting UMI bergerak mengikut apa yang telah telah ditetapkan dan landasan yang dietikakan. UMI berpotensi di dalam membantu dan membawa anak tunggal perempuan PMRAM ke arah yang lebih baik...

2 pertemuan yang baik, semoga keselarasan mereka menghasil satu momentum yang kuat di dalam mendokongi PMRAM bagi melaksanakan pembawakan PMRAM.

Satu Fikrah Satu Amal.....

No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails