Friday, March 12, 2010

DPM Mansurah Terus Membina Kekuatan Mendokongi PMRAM

sahabat kerja di dalam Kebajikan dan Kemanusiaan. Saudara Alif yang merupakan exco Unit Kebajikan dan Kemanusiaan bagi DPM Mansurah..

Kenangan bersama kepimpinan DPM Mansurah...
Khusyuk mendengar permasalahan yang berlaku di peringkat Mansurah...Sama-sama mengerah otak mencari jalan penyelesaian berpusat..

BP Shahrizan di dalam menyampaikan amanat PMRAM...


11 Feb, Khamis - Satu pertemuan manis yang sempat dilakukan bersama-sama kepimpinan PMRAM cawangan Mansurah selepas solat isyak. Pertemuan itu dilakukan bagi membincangkan permasalahan yang berlaku dan bertindak dalam merancang penyelesaian.

Saya bersama-sama BP Shahrizan (Timb Presiden PMRAM), BP Azrul (Naib Presiden I) dan BP Labib (Ketua Badan Sambutan dan Rehlah) menghadiri dalam pertemuan itu.

Apa yang penting dalam pertemuan di peringkat kepimpinan itu, segala permasalahan yang berlaku dapat dikongsikan bersama. Lebih-lebih lagi Mansurah di antara salah satu cawangan PMRAM yang mempunyai pelbagai latar belakang ahli antaranya terdapat di sana mahasiswa dan mahasiswi pengajian islam, mahasiswi qiraat dan mahasiswa dan mahasiswi perubatan.

BP Shahrizan mengingatkan kepada semua mengenai prinsip bekerja dalam membina kekuatan supaya misi dan hadaf yang dibawa oleh PMRAM akan terlaksana. Apa yang penting ialah kefahaman dalam melaksanakan kerja dan bukan hanya melakukan kerja sekadar melepaskan batuk di tangga.

Bahkan kerja mengikut saluran yang betul juga adalah tanda kefahaman yang jelas dan sahih dalam tugasan yang diberikan. Kepimpinan DPM Mansurah diingatkan agar tidak terlampau tergesa-gesa dalam mengejar menjalankan aktiviti sehingga etika dan tata tertib diabaikan sama sekali. Etika dan displin merupakan konsep kesatuan yang dibina bersama.

Pertemuan-pertemuan sebigini elok dirancakkan lagi di masa hadapan bagi kita sama-sama membina kekuatan dalam melaksanakan tema " Satu Fikrah Satu Amal "...

Bersama Memikul Amanah Islam........

No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails