Saturday, January 23, 2010

3 jenis manusia dan ilmu




alhamdulillah..hari nie selepai paper exam bahasa arab (balaghah dan adab). agak susah kali ini berbanding paper sblm2 nie...ramai jugak yang kelihatan geleng kepala..semoga Allah memberikan kejayaan kepada kita semua dengan kejayaan cemerlang..

ohye, masa exam, tepat 1 jam 30minit, keluar meninggalkan dewan peperiksaan. berhenti seketika di masjid al-azhar dan menunaikan solat asar.. apa yg ingin dikongsikan bersama ialah, seusai solat asar, kami para jemaah disitu dijamu dengan tazkirah ringan yang disampaikan oleh Syeikh Asyraf (agak popular di kalangan mahasiswa malaysia).

dalam tazkirah tersebut, beliau membacakan satu hadis nabi SAW di dalam sahih bukhari mengenai 3jenis manusia dengan majlis ilmu.

suatu ketika, di madinah, ada 3 orang yang memasuki masjid yang padanya majlis ilmu. lelaki yang pertama melihat tempat kosong lalu bergegas duduk di tempat tersebut. lelaki kedua, duduk di sudut2 celah masjid. manakala lelaki ketiga keluar daripada masjid semula..

lalu nabi SAW menggambarkan bahawa lelaki pertama tersebut ekoran keinginan dia mahu mendengar akan majlis ilmu itu, maka Allah merahmatinya dengan ganjaran yg lumayan. manakala lelaki kedua yang seakan-akan malu n x mahu mendengar tersebut, maka Allah juga malu untuk melihat dan bertemu dengan nya. adapun lelaki ketiga yang keluar kerana tidak mahu mendengar majlis ilmu, maka Allah berpaling daripadanya (tidak merahmatinya)..maka inilah 3 jenis manusia yang Nabi SAW gambarkan...

lagi, syeikh Asyraf menyambung dengan menerangkan kepentingan ilmu sambil menghuraikan secara ringkas berkenaan ayat Al-Quran pertama yang diturunkan iaitu ayat pertama di dalam surah Al-'Alaq. yang membawa erti "bacalah".

apa yang saya tertarik, ada kata2 ulama yang mengatakan bahawa, manusia dan haiwan adalah sama, maka apa yang membezakan manusia dengan haiwan tersebut adalah dengan ilmu...

justeru, semoga dengan ulasan yang ringkas ini berdasarkan tazkirah yang disampaikan oleh Syeikh Asyraf dapat kita amek manfaat..insyaallah akan datang kita berkongsi lagi...

2 comments:

  1. salam

    abe tinggal lagi 2 paper, semoga cemerlang thn ni insyallah. Ana sampai mesir 2 feb 5.30 pagi. Jgn lupa amik no. Kalau tak, tak boleh dapat kopok lekor

    ReplyDelete
  2. wslm..

    wah..bakal pres bagi komen la..segan2...insyaallah2..pastikan bawak keropok lekor 2.. :)

    ReplyDelete



Related Posts with Thumbnails