Sunday, January 24, 2010

isu umat Islam (1)



Kepentingan Negara Islam Dan Khilafah Islamiah

1- Firman Allah SWT :

Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia Dengan (Hukum syariat) Yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana Yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang Yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab Yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. – Surah Sad : 26

2- Berkata Imam Ibnu Taimiyah : sesungguhnya pemerintahan (kuasa bagi Islam) bagi menguruskan sesuatu urusan manusia merupakan salah satu daripada sebesar-besar kewajipan di dalam Islam. Bahkan tidak mungkin berdirinya (sempurna dan teguh) agama melainkan dengan adanya kuasa pemerintahan. Nabi Muhammad SAW bersabda :

إذا خرج ثلاثة في سفر فليؤمروا أحدهم


Apabila 3 orang bermusafir, maka hendaklah ada di kalangan mereka itu yang dilantik sebagai ketua.

3- Ibnu Khaldun ada menyebut bahawa : sesungguhnya perlantikan imam (ketua pemerintah) adalah wajib. Kewajipan ini adalah di sisi syarak berdasarkan ijmak sahabat dan tabi'en.

4- Di dalam Kitab Ihya' Ulumiddin :

الدين أساس والسلطان حارس وما لا أساس فهو معدوم وما لا حارس له فضائع

"agama itu merupakan asas manakala kuasa itu pengawal. Dan apabila tiada asas maka sesuatu perkara itu tiada. Dan apabila tiada pengawal bagi asas itu, maka akan sesuatu itu akan lenyap."

• Berdasarkan keempat-empat hujah di atas, menerangkan kepada kita bahawa negara Islam dan khilafah Islamiyah merupakan suatu perkara yang sangat besar di dalam Islam.

• Sebagaimana kita ketahui, agama Islam menyuruh umatnya untuk melakukan perkara makruf dan menegah kemungkaran. Maka perkara sebegini tidak mungkin dapat disempurnakan melainkan dengan kuasa dan pemerintahan. Maka pemerintahan di dalam Islam merupakan sesuatu yang sangat penting bagi merealisasikan suruhan Islam tersebut dengan sempurna. Betapa pentingnya negara Islam dan kuasa pemerintahan tersebut, sirah menunjukkan bahawa Nabi SAW mengutus beberapa utusan bagi menyampaikan seruan Islam para pembesar dan raja seperti Rom, Najasi, Yamamah dan sebagainya.

• Di dalam kitab Siyasah Syar'iyah karangan Dr Yusof Al-Qardhawi , beliau ada menukilkan satu permasalahan yang dikenali sebagai Al-Tars (الترس), iaitu permasalahan apabila tawanan orang Islam dijadikan benteng tentera kafir bagi menyerang negara Islam. Maka Imam Ghazali melalui karangannya di Kitab المستصفى ada mengolah permasalahan ini di dalam menerangkan bab maslahah. Secara kesimpulannya, jumhur fuqaha mengharuskan tentera Islam membunuh tawanan tadi demi menjaga negara Islam, berdasarkan syarat-syarat yang telah dibincang oleh para Fuqaha. Jelas, kepentingan negara Islam merupakan sesuatu yang sangat besar di dalam Islam.

• Apabila sesuatu perkara itu dianggap besar dan penting di sisi Islam, maka tidak dapat tidak ia mesti dijaga bahkan mengingatinya juga dikira sebahagian daripada menjaganya.

• Jelas kaedah yang disebutkan di dalam Kitab Ihya' Ulumiddin. Agama itu tidak dapat tidak perlu untuk kita menganutinya, maka untuk menjaga agama tersebut perlu agama kuasa iaitu pemerintahan Islam. Justeru, umat Islam pada hari ini ditindas dan diperkotak katikkan ekoran daripada kejatuhan Khilafah Islamiyah yang terakhir. Justeru, ketiadaan khilafah merupakan sesuatu yang sangat penting.

2 comments:

  1. jzkk ust..adakah nnt dlm entry2 seterusnya ust akan sentuh berkenaan sistem khulafa Ar-Rasyidun & sistem khilafah yg muncul slps itu dari Umaiyah hingga ke Turki Uthmaniyyah?

    teruskan menulis ust,insyaAllah..ramai yg perlukan input ni..jzkk..fi amanillah

    ReplyDelete
  2. afwan..

    insyaallah, ana akan wat isu umat islam ni secara asas (yakni xterlampau rumit untuk di fahami) sebagaimana ana tuliskan berkenaan siri Akidah islam dan Jenayah Murtad (kini sudah siri yang ke-5)...

    tp pembawatakn secara ilmiah, mungkin kalo berita akan akan terus ke link pihat yang lebih authority utk dirujuk...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails