Friday, January 8, 2010

inilah Islam yang kita seru ...


Firman Allah SWT di dalam surah Al-An'am yang bermaksud :

" katakanlah (wahai Muhammad), sesungguhnya solatku (ibadat khusus), ibadatku (ibadat umum), kehidupanku (kelakuan kehidupan yang harus) dan matiku hanya kerana Allah, tuhan sekalian alam"

maka kedatangan islam bukan hanya sekadar mengajar perkara yang majoriti atau minoriti.tidak. bahkan mengajar keseluruhan, bermula celik mata sehingga mata kembali pejam. sebab itu asas yng dibawakan oleh islam ialah akidah, syariat dan akhlak.

jelas, mengenai akidah berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah Al-Ikhlas yang bermaksud :
"katakanlah (wahai Muhammad), Allah itu Maha Esa"

persoalan mengenai syariat pula, ia lebih merujuk kepada persoalan hukum hakam feqah di dalam memandu kelakuan manusia yang bersangkut paut dengan hukum hakam islam. di dalam bidang feqah, yang masyhur para fuqaha' membahagikan ilmu feqah kepada 4 bahagaian iaitu ibadat, muamalat, munakahat (pernikahan), qada' (kehakiman dan pemerintahan i.i termasuk juga berkenaan jenayah).

di dalam persoalan ibadah telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya yang bermaksud :
" tidak Aku (Allah) menciptakan akan jin dan manusia itu melainkan untuk mereka (jin dan manusia) mengabdikan diri (kepada-Ku) "

persoalan muamalat pula lebih menjuruskan persoalan pengurusan wang, bermula dengan bab jual beli. berkenaan ini Allah SWT menjelas di dalam firman-Nya bahawa :
" Dan Allah telah menghalalkan urusan jualbeli dan mengharamkan urusan yang melibatkan riba "

di suatu hari, ketika pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab, beliau berjalan di suatu pasar yang terdapat di Madinah. beliau melihat keadaan pasar tersebut lalu menuturkan satu kalam nasihat. beliau RA berkata :
" tidak diharuskan (seharusnya) mereka yang berada di pasar ini (yang melakukan urusan jualbeli), melainkan orang yang mengetahui akan hukum hakam hakam agama. sekira berlaku juga mereka yang tidak mengetahui akan hukum hakam agama nescaya akan berlakunya riba (dan urusan2 yang diharamkan) "

lagi, mengenai pernikahan berdasarkan sabda Nabi SAW :
"wahai sekalian pemuda, sesiapa yang berkemampuan di kalangan kamu (zahir dan batin), maka nikahlah, kerana sesungguhnya pernikahan itu menundukan pandangan kamu (daripada melihat kepada perkara yang dilarang) dan menjaga kemaluan kamu (daripada melakukan perkara yang dilarang dan terkutuk).

mafhum daripada firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa' :
"maka nikah kamu dengan mereka yang kamu rasakan boleh menangkan kamu, samada 2 orang,3 orang atau 4 orang. maka sekiranya kamu khuatiri akan tidak mampu berlaku adil (sekiranya kamu kahwin ramai), maka nikah satu sahaja."

lagi berkaitan pemerintahan, Allah SWT menegaskan di dalam 3 ayat di dalam surah yang sama, iaitu surah Al-Maidah :

" sesiapa yang tidak berhukumkan dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka merupakan golongan yang zalim "

" sesiapa yang tidak berhukumkan dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka merupakan golongan yang fasik "

" sesiapa yang tidak berhukumkan dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka merupakan golongan yang kafir "

maka, jelas di dalam syariat islam, kesemua kelakuan di dalam kehidupan adanya panduan yang telah dibawa oleh Al-Quran dan Sunnah.
bahkan bukan sekadar itu, asas terakhir yang dibawa oleh islam iaitu akhlak merupakan pelengkap kelakuan manusia itu. hal ini demikian Nabi SAW dibangkit bagi menyempurnakan kemuliaan akhlak di kalangan manusia sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. dan Allah SWT menjadikan pada diri Nabi SAW akan suatu teladan dan idola bagi ikutan manusia sekalian.

maka inilah Islam yang kita seru bukan sebagaimana yang 'dgombrokkkan'oleh media barat dan konco2 nya.

" Ya Allah! tunjukilah kepada kami jalan-jalan yang Engkau redhai, dan pimpinlah kami ke jalan tersebut kerana sesungguhnya kami ini insan yang kerdil lagi lemah, dan hanyasanya Engkau yang Maha Perkasa dan Maha Pengampun. "

No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails