"Anak muda di sana (Palestin) dibunuh dengan peluru, di sini (Malaysia) dengan hiburan," - Ustaz Nasharuddin
Sedang sibuk umat Islam diserang secara bersenjata oleh rejim zionis Israel, jangan lupa bahawa serangan Yahudi dan konco-konconya ke atas semua umat Islam di pelusuk dunia tidak pernah berhenti. Salah satu serangan tersebut adalah hiburan yang melampaui syarak. Sehingga ke hari ini, berapa ramai kita lihat masyarakat Islam yang hanyut dan terus lalai dengan hiburan yang rosak.
Mesir
Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah, perbezaan semangat juang di antara mahasiswa Islam kita di era 80-an sehingga 90-an dan beza dengan mahasiswa kita sekarang. Beza dan jurang yang dalam dapat dilihat. Kalau pada zaman 1992-1994, mahasiswa kita sampai turun berdemo apabila hak anjung ARMA milik PMRAM dinafikan. Peristiwa Air Mata Mansurah menjadi bukti bahawa semangat juang mahasiswa Islam kita apabila terdapat pihak yang melakukan rancangan jahat yang menggagalkan program yang dianjurkan. Bahkan antara yang kemuncak apabila pihak kepimpinan bersama-sama kesatuan ahli di semua peringkat melakukan demo di asrama BKASM bagi membela nasib anak-anak Selangor yang telah ditindas dan dizalimi sejak bertahun-tahun.
Demikian adalah sejarah teragung perjuangan mahasiswa Islam di Mesir ini bersama kesatuan PMRAM sejak 1930. Namun kini, semangat juang kesatuan tersebut kian pudar bahkan seakan-akan tiada. Walaupun saban tahun, para pimpinan seringkali mengingatkan mengenai isu kesatuan ini, namun masih tidak ramai yang benar-benar tersentak, dan bangkit bersama.
Sehingga kini, isu 3 hutang pihak JPMK yang masih belum terlaksana, bagaikan sudah lenyap dan tiada yang cara. penafian hak anjung ARMA adalah hak PMRAM hanya segelintir sahaja yang berbicara, sedangkan ahli PMRAM yang berjumlah 4000 ke atas seakan-akan tidak mempeduli jasa 65 sukarelawan yang berani mati bersama perjuangan mahasiswa Islam yang dahulu. Bukan mudah mendapatkan senarai sukarelawan 65 orang yang berani turun ke medan perang yang kemungkinan syahid atau kemungkinan hidup. Namun, hak tersebut, kini masih tidak terbela. Di malam penggubalan undang-undang baru yang diperkenankan, tiada seorang yang bangkit menyoal dan mempertahankan bahkan maruah mahasiswa dirobek dengan dimainkan isu kebajikan.
Ini bukti yang jelas mahasiswa Islam kini bagaikan tiada lagi roh perjuangan. Antara punca-punca utama ialah hiburan yang melampau. Bagaimana kita melihat hampir kesemua mahasiswa Islam kita memiliki laptop, komputer dan alatan yang berkonsepkan hiburan namun di salah guna. Hiburan yang ada, menjadikan mahasiswa Islam kita longlai dan lesu di dalam isu kesatuan dan umat Islam semasa. Asyik mendengar lagu, bermain chatting, dan sebagainya sehinggakan ada yang tidak mahu meninggalkan bilik gara-gara bimbang rakan chattingg mereka sign out. Ada yang sanggup tidak turun ke program menjayakan misi kesatuan kerana seronok dan asyik melihat filem yang didownload. Namun berbeza dengan mahasiswa Islam yang dahulu yang tidak memiliki alatan hiburan tersebut akan tetapi jiwa mereka sangat hebat.
Media hubungan semasa seperti YM, blogspot dan sebagaimana disalahguna, dan hanya beralasan menggunakan untuk merapatkan ukhwah dan menjalinkan hubungan silaturrahim yang kian lama terputus. Alasan atau kenyataan, serahkan kepada mahasiswa Islam menilainya....
Malaysia
Baru-baru ini di Malaysia, kita dikejutkan sekali dengan satu isu yang amat memalukan apabila dilaporkan seramai 16 gadis sekolah menengah melahirkan anak luar nikah. Isu yang amat memalukan nama Islam apabila orang yang terlibat beragama Islam dan melayu. Rakyat Malaysia kian parah dengan gejala-gejala sosial yang semakin menular. Isu zina dan buang bayi bagaikan isu membuang sampah sarap dan dianggap biasa.
Bahkan era hiburan melampau yang melanda di Malaysia kian rancak dengan hidangan beberapa perancangan tersembunyi yahudi dan konco-konconya apabila beberapa cubaan yang dilakukan untuk mengadakan konsert dengan menjemput artis barat ketika sambutan beberapa tarik kebesaran di dalam Islam seperti tarikh kelahiran Nabi SAW dan tahun baru Islam.
Selain itu, penyanyi gelek yang seksi dari Indonesia yang bernama Inul baru-baru ini cuba mengadakan konsert di Tawau, Sabah. Namun hasil kesedaran beberapa pihak, isu ini banyak dimainkan sensitiviti bagi menunjukkan ketidak setujuan akan konsert tersebut. Dan kini, hiburan sukan yang paling diminati dunia, Piala Dunia juga dijadikan medan merosakkan pemikiran masyarakat Islam dengan mengeluarkan lesen pertaruhan judi ke atas sukan tersebut.
Justeru, fenomena-fenomena yang saya bawakan adalah untuk kita sama-sama sedar bahawa mahasiswa Islam kita kini semakin longlai diserang hiburan yang melampau dan akhirnya menyebabkan hati mereka mati, memadamkan semangat juang dan menggelapkan kesedaran di dalam jiwa. Gunakan media hiburan yang ada sebagai medan penyebaran dakwah kepada jaringan luas yang global. Usah lagi salah guna teknologi.
P/S : BP Azlan adalah seorang yang minat hiburan Islam...nak tau burdah ke nasyid ke yang versi Islam dan best, tanyalah beliau.. ;p
No comments:
Post a Comment