Wednesday, August 12, 2009
faktor-faktor kesatuan umat Islam
kesatuan bagi umat Islam merupakan suatu perkara yang amat penting di dalam menjayakan rancangan mendaulatkan Islam sebagai agama di muka bumi. tanpa ada kesatuan, perpecahan yang berlaku akan menyebabkan umat Islam akan lemah, hilangnya keindahan syiar Islam dan pengaruh Islam di dunia. maka, sejak dari dahulu lagi, hati-hati umat Islam telah disatukan oleh Allah SWT bagi membentuk suatu ikatan yang utuh untuk merangsangkan kekuatan kesatuan ummah. hal ini demikian, dengan wujudnya kekuatan kesatuan tersebut, ia mampu menjadikan umat Islam disegani lawan dan kawan dan mampu membawa risalah Islam seterusnya mewujudkan Negara Islam yang diimpikan setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniyah suatu ketika dahulu. dan usaha-usaha di dalam menyatukan umat Islammerupakan suatu usaha jihad yang sangat besar dan memerlukan ketekunan dan kesungguhan yang lebih daripada segala-galanya. di sini, saya cuba membawa beberapa faktor yang umum dan besar bagi kesatuan umat Islam, antaranya ialah :
1) SATU AKIDAH
tidak mungkin berlaku kesatuan umat Islam selama mana mereka tidak dihimpunkan di dalam akidah yang satu. akidah merupakan tunjang di dalam membentuk asas yang sangat penting di dalam membina keperibadian individu dan berkumpulan. justeru, akidah merupakan suatu konsep yang padanya dipusatkan segala amalan, perbuatan, hubungan dan akhlak. maka hasil bagi segala perbuatan, hubungan dan akhlak adalah mengikut acuan akidah. maka sekiranya akidah islam,segalanya akan dilakukan berdasarkan acuan Islam, sekiranya bukan maka hasilnya juga bukan mengikut acuan Islam.
justeru, akidah yang membawa kepada kesatuan dan maslahat bagi umat Islam yang pelbagai ialah akidah yang didirikan dengan asas-asas Al-Quran dan As-Sunnah. yang mana asas-asas tersebut mampu diterjemahkan di dalam segenap bidang samada yang melibatkan perkara pokok atau cabang.
sesungguhnya akidah yang sihat dan betul merupakan jalan yang utama di dalam menyatukan umat Islam di seluruh dunia dan sepanjang masa. tidak ada jalan yang mampu menyatukan seluruh hati-hati umat Islam keseluruhannya, menyatukan suara mereka dan memberikan kesenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat melainkan kembali kepada Islam yang suci daripada unsur-unsur yang menyeleweng. islam yang bersih daripada perkara syirik, bid'ah, hawa nafsu, taassub dan perkara-perkara yang keji dan fasid. dan akidah Islam sebeginilah yang dituntut ke atas umat Islam keseluruhannya samada dari sudut perbezaan mazhab atau kelopmok supaya sama-sama menyatukan diri di dalam Islam dan mengikuti perjalan para salafus saloh yang telah membentuk perjalan Islam yang teratur.
maka, di dalam usaha membentuk kekuatan kesatuan umat Islam mestilah melalui jalan yang telah dibentangkan Islam, tidak ada yang lain. hanya dengan kesatuan umat Islam kemenangan yang dijanjikan akan muncul. maka kesatuan melalui Islam adalah yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. justeru, cara untuk memahami penterjemahan yang sahih bagi kefahaman Al-Quran dan As-Sunnah hanya dengan melalui rasulullah SAW, para sahabat RA, para tabi'en dan golongan yang mengikuti manhaj Islam sehingga ke hari kiamat.
2) BERHUKUMKAN DENGAN PANDUAN DAN SUMBER DARIPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
jika faktor yang pertama ialah kembali kepada akidah yang satu, akidah yang benar iaitu Islam, maka kesinambungan daripada itu, bagi mencernakan kekuatan kesatuan adalah dengan menjalankan perlembangan Islam di dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara sehinggalah dunia. maka sekiranya umat Islam tidak menjalankan mengikut apa yang yang telah diperuntukkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah sebenarnya umat Islam tersebut telah hilang jati diri selaku umat Islam, maruah, kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
dalil-dali yang terdapat jelas menunjukkan kewajipan di dalam menjalankan perlembagaan Islam mengikut Al-Quran dan As-Sunnah. antaranya :
sila rujuk : Surah An-Nisa' ayat 59, Surah A;l-An'am ayat 114 - 115, Surah As-Syura ayat 10.
maksud daripada hadis nabi SAW daripada Ibnu Abbas RA, wahai manusia, sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang mana sekiranya kamu berpegang teguh dengannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya,itulah kitab Allah SWT (Al-Quran) dan Sunnahku (As-Sunnah). - Sahih muslim no 1218.
3) BERINTIMAK DENGAN ISLAM
iaitu dengan bersungguh-sungguh di dalam menyeru manusia sekalian alam kepada Allah SWT dan menjaga manhaj pergerakan Islam supaya tidak lari daripada landasannya. dan berintimak dengan Islam bukan hanya pada beberapa perkara sahaja, bahkan meliputi keseluruhan di dalam akidah dan syariat, manhaj kehidupan, dan memuliakan agama Islam dan menjauhkan dan membersihkan daripada perkara-perkara yang sesat dan menyeleweng.
sesungguhnnya Islam itu merupakan agama bagi seluruh kehiduapan di dalam menjadikan segala aspek kelakuakan manusia berteraskan pengabdian diri kepada Allah SWT samada dalam perspektif ibadah, muamalat, akhlak, kehakiman, perniagaan dan sebagainya.
mafhum daripada firman Allah SWT : dan siapa yang lebih baik kata-katanya yang menyeru kepada Allah SWT dan beramal soleh dan orang tersebut berkata sesungguhnya aku daripada kalangan orang Islam. - Surah Fussilat ayat 33
4) MENCARI DAN MENUNTUT KEBENARAN
faktor ini merupakan pemangkin bagi menjana kesatuan umat Islam. di mana sekiranya umat Islam berusaha dan berkeinginan di dalam mencari dan menuntut kebenaran maka akan adanya jalinan ke arah kesatuan. hal ini demikian sekirany tidak mahu kepada kepada kebenaran nescaya ia mencari kebatilan. kerana hanya ada kebenaran atau kebatilan sahaja, tidak ada yang ketiga mahupunyang ditengah-tengah. - rujuk Surah Yunus ayat 32.
dan kebenaran itu tidak dapat tidak datangnya daripada keyakinan. sangkaan semata-mata tidak memadai. - rujuk Surah Yunus ayat 36
dan kebenaran itu adalah yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah, maka sekiranya sesuatu umat itu mahukan kepada kebenaran, maka mestilah ia mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah, sekirany tidak,maka ia tergolong di dalam kalangan mereka yang mencari kebatilan.
di antara cara di dalam mencari dan menuntut kebenaran ialah dengan taqwa kepada Allah SWT, iklhas tidak mengharapkan habuan dan pujian, berlindung dengan Allah SWT tidak dengan kuasa makhluk, mentadabbur Al-Quran dan As-Sunnah dan mengikuti jalan para sahabat dan para salasuf saleh.
5) MEMBENTUK JALINAN UKHWAH DI ANTARA SESAMA MUSLIM
sememnag di dalam usaha menyatukan umat Islam, jalinan ukhwah di antara sesama muslim perlu dilakukan terlebih dahulu. hal ini demikian, kesatuan ummah hasil daripada jalinan ukhhwah. dan sesungguhnya ukhwah merupakan satu anugerah daripada Allah SWT yang diberikan kepada hamba-hambaNya yang ikhlas.
mafhum daripada firman Allah SWT : sesungguhnya para mukmin itu berukhwah . - rujuk Surah Al-Hujurat ayat 10
maksud daripada hadis nabi SAW : 3 perkara yang sesiapa ada pada dirinya akan merasai kemanisan iman, iaitu mencintai Allah dan rasulNya daripada segala-gala yang lain, berkasih sayang dengan seseorang kerana Allah SWT, dan wujudnya perasaanya benci untuk kembali kepada kafir sebagaiman benci untuk dilemparkan ke dalam neraka. - Sahih Bukhari tajuk iman bab kemanisan iman.
justeru, jalinan ukhwah bukan hanya semata-mata pada perkara yang dunia dan menguntungkan sahaja, bahkan di dalam nasihat ke arah kebenaran dan mencegah kemungkaran juga melibatkan ukhwah sessama muslim. dengan adanya jalinan ukhwah ini akan membawa kepada pemebentukan kelompok atau jemaah yang utuh dengan kesatuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bismilah hirohmanirohim assalamuaalaikom semua umat muhamat penyatuan masti kepahaman yang sama ser perti rukun iman 6 pekara rukun islam 5 pekara jangan di ubah sama sama kita renung kan nay awal ludin marfat tuallah walallah huallam
ReplyDeleteassalamualaikom umat muhamat saya perlukan komen innanlilahhiwanahirogun
Delete