Monday, September 7, 2009
menanti sang siang, tetapi malam yang tiada kesudahan
perumpaan bagi seseorang yang menantikan suatu harapan yang jauh " menantikan sang siang, tetapi malam yang tiada kesuadahan ". mungkin itulah juga yang berlaku pada setiap diri yang bergelar manusia. siapa yang tidak pernah diuji dengan perkara sebegini. cuma yang membezakan adakah sesuatu harapan tersebut besar atau kecil sahaja.
mengapa ye? kadang2 manusia hampir separuh 'gila' menantikan sang siang itu. menantikan cahaya yang bahagia bagi menyuluh kegelapan kesepian yang menyelubungi diri. bukan lah salah, malah perkara semula jadi asalkan ia tidak menghilangkan nilai-nilai Islam yang telah digariskan.
manusia tetap manusia. tidak mungkin sesekali merubah menjadi malaikat. jangan melawan hakikat untuk tidak makan, minum, dan melakukan perkara yang sememangnya ditanamkan di dalam diri manusia ini. bukannya dipinta, tetapi inilah yang ditanamkan atau dicipta agar menyerikan kehidupan manusia. cuma jika tidak kene caranya maka akan mendatangkan dosa. jika melalui jalan yang ditunjukkan oleh Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW, maka perolehi pahala.
tidak mahu membebel panjang, cuma mahu meluahkan sejuzuk apa yang memeningkan kepala selama ini. cuma mungkin dalam posting yang mendatang akan dibahaskan mengikut kajian ilmiah. akhir kata :
"malam menanti siang, siang menanti malam "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam ukhwah ya akhi..
ReplyDeleteemh..bukan kita mencari siang bagai nak gila ya akhi, tapi kita mencari apa salah kita pada hari ini di kala malam sebelum kita diberi kesempatan untuk berjumpa dengan nikmatNYA pada siang hari...
Jangan di cari siang kalau kita belum jumpa apa yg kurang pada hari ini. Andai kita memikirkan ini, mungkin kita tak sanggup utk jumpa hari esook kerana takut esoknya kita akan terus-terusan melakukan perkara yg sama..
Kehidupan, tidak boleh diukur dengan manusia yg masih ramai jahil..kehidupan tidak buleh dihitung dengan ilmu yg kita ada kalau ianya hanya sekadar secebis dari kitab yg kita terkadang terlupa utk amalkannya di dalam amal harian kita..
Kehidupan sebenarnye mengajar kita apa erti hidup dalam agama..kerana itulah, kita sering terlupa keberadaannya agama utk menyusun tingkatana maqam kita..
semoga akhi berjumpa dengan siang yang penuh keberkatan dan rahmatNYA yang terselit yg jarang2 kita jumpa....
wslam...
insaf2x.. he
ReplyDelete