Monday, May 31, 2010

Bangkit Sahut Seruan PMRAM : Solat Hajat Dan Qunut Nazilah



Sekali lagi, rejim zionis Israel membuat onar ke atas Palestin dengan menyerang kapal rombongan konvoi ke Gaza.. Serangan tersebut dilakukan bagi menyekat bantuan yang hendak disalurkan kepada rakyat Palestin.. Ini merupakan satu tindakan yang melampau yang mencabul hak kemanusiaan semua pihak...

Kepada mahasiswa/wi Islam Mesir samada pengajian Islam mahupun medic sila bangkit dan sahut seruan PMRAM di dalam kita menjayakan solat hajat dan qunut nazilah pada malam ini di peringkat masing-masing... sama-sama kita doakan kesejahteraan rombongan khususnya dan seluruh rakyat Palestin...

Serta tambahan cadangan daripada saya ialah :

1) letakkan status di ym / blog / apa jua jaringan sosial dalam mengutuk tindakan rejim zionis Israel.

2) bangun tahajjud dalam mendoakan khusus agar Allah memberi perlindungan kepada umat Islam dan mengalahkan tentera laknatullah.

3) Kuatkuasakan kembali memboikot barangan yahudi dan amerika.

Justeru, sama-sama bangkit menyahut seruan PMRAM....

P/S : mahasiswa jangan leka mentelaah buku sehingga lupa nasib saudara seislam kita di luar sana...Jikalau benar menuntut ilmu kerana Allah, anda sepatutnya prihatin dan bangkit menentang pihak ZALIM walau apa cara sekalipun..sekiranya anda menuntut ilmu sekadar sijil dan gaji, silakan sibuk mentelaah sehingga tidak cakna isu saudara seislam sendiri......

Ohye, kepada yang mengaku "ulil amri" juga tidak lari daripada melakukan kewajipan mendoakan rakan-rakan seislam yang dizalimi di sana...walaupun mereka x berdaftar, mereka adalah saudara seislam bagi "ulil amri ".

Sunday, May 30, 2010

Mahasiswa Perlu Bijak Menilai Maslahat Dan Mudharat


Dalam fiqh muwazanat ada menyebabkan unsur utama bagi bab muzawanat ialah 3 perkara :
1- Pertembungan antara 2 masalahat
2- Pertembungan antara 2 mudharat
3- Pertembungan antara maslahat dan mudharat

justeru, ketiga-tiga perkara ini, penekanan mesti diberikan agar objektif di dalam suatu perkara dapat disempurnakan dengan baik.

Saya amat tertarik dengan kenyataan yang diberikan oleh Presiden PMRAM 2010, Saudara Shahrizan di dalam menghuraikan krisis mahasiswa : pertahankan hak dan maruah. Mengapa isu ini timbul? adakah mahasiswa masih mandom dalam bangkit menyatakan hak mereka walaupun dicabuli oleh pihak ZALIM berulang kali?

Ya..dan memang Ya...

Tidak dinafikan bahawa ada yang bangkit, namun tidak mencukupi. Akhirnya dek kemalasan dan sifat rice cooker yang ada pada jiwa masing-masing menyebabkan suara kebenaran masih sepi.

Dr Yusof al-Qardhwai ada menyatakan di dalam website beliau ketika menghuraikan ilmu dan agama. Beliau menjelaskan kembali mengapa Imam Ghazali ketika dahulu mengkritik umat Islam yang asyik berlumba-lumba mendalami ilmu Fiqah sehingga melupakan perkara yang lain.Lihat sahaja zaman tersebut, semua bidang lain dikuasai oleh bangsa Yahudi sehingga pakar perbidanan juga ditangan yahudi, akhirnya umat Islam akan kalah dan tunduk disebabkan salah pertimbangan di dalam memilih 2 maslahat yang berada di depan mata.

Lihat situasi begitu juga berlaku di zaman kita. Saudara Presiden PMRAM juga pernah mengingatkan semua mahasiswa, bahawa angka mereka yang bertalaqqi dengan angka yang melakukan maksiat..kedua-dua meningkat saban tahun...namun mengapa masalah sosial semakin menular terjadi..bukankah sepatutnya semakin ramai yang menuntut ilmu, maka maksiat semakin dibendung..saya menambah hasil pemerhatian daripada fenomena tersebut ialah mahasiswa kurang bekerja. Terlalu kurang tenaga di dalam membantu pihak yang sedang melakukan amal makrif nahi mungkar.. berlaku sebagaimana di zaman Imam Ghazali yang mana umat Islam terlalu asyik berlumba-lumba mendalami ilmu Fiqah sehingga terlupa urusan yang lain.

Jelas, apabila bertembung 2 maslahat, mahasiswa masih kurang mahir di dalam memilih atau mendahulukan yang mana perlu di dahulukan. begitu juga apabila bertembung 2 mudharat, masih ramai yang sanggup membiarkan mudharat yang umum tercetus semata-mata mencapai maslahat peribadi.

Dr Yusof Al-Qardhawi juga menambah di dalam ruangan tersebut bahawa, tidak memadai umat Islam menguasai bidang-bidang tertentu namun masih dikalahkan oleh pihak Yahudi dan lawan. Adakah tuntutan fardhu kifayah tadi terangkat dengan semata-mata ada minoriti umat Islam tetapi dalam masa yang sama 1000 Yahudi menguasai bidang tersebut?

Ini adalah gambaran yang terjadi sekiranya fiqh muwazanat tidak dikuasai, akhirnya mahasiswa yang belajar ilmu agama tidak tahu menilai maslahat dan mudharat. Bagi saya, ini fenomena yang sangat berat dan dahsyat yang berlaku ke atas mahasiswa Islam dan pejuang agama Allah ekoran fiqhul khamsah ditinggalkan. akhirya akan melahirkan ulama yang membisu dan ulama rice cooker..

P/S : Bp Adlan bersungguh-sungguh di dalam mengembalikan fikrah mahasiswa kita di dalam memahami fiqhul khamsah ini..doakan usaha murni tersebut agar diberkati dan berjaya...

Saturday, May 29, 2010

Hadapi Golongan ZALIM Dengan Doa Sebagai Benteng Utama


Kesian mahasiswa/wi Islam Mesir... Di samping sibuk mentelaah kitab dan ulang kaji, pelbagai isu masih melanda bahkan seakan-akan tidak akan sepi. Bagi saya inilah kelebihan dan tarbiyah tambahan bagi mereka yang mengaji di bumi anbiyak ini..berbeza dengan negara-negara arab yang lain.

Isu demi isu yang mencabar maruah dan hak mahasiswa terus dilontarkan.. menguji mahasiswa/wi Islam Mesir menyusun masa di antara kejayaan pendidikan dan pelaksaan ilmu yang terpekung di dada.. Andai mereka yang lemah tarbiyah rohaninya sudah pasti membiarkan maruah mereka dirobek oleh pihak yang ZALIM.. Sekiranya mereka beriman penuh dengan hadis Nabi SAW berkenaan mencegah perkara mungkar samad dengan tangan, kalau tidak mampu barulah berpindah ke tahap yang lain, nescaya mereka akan terus bangkit mempertahankan hak dan maruah sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

Namun, di dalam usaha kita bagi segala apa yang kita lakukan jangan lupa berdoa kepada Allah SWT.. terus berdoa sehingga akhir nafas kita..kerana doa adalah senjata utama di dalam berhadapan dengan pihak yang ZALIM..

kenapa saya menyebut pihak yang ZALIM? hal ini kerana pihak yang ZALIM adalah pihak yang mesti ditentang..bukan pihak yang kafir.. sekiranya pihak tersebut ZALIM, tidak kiralah dia Islam, kafir, pemimpin kita, atau yang mengaku "uli amri' maka mesti bangkit nyatakan kebenaran...

ingat sabda nabi : jihad yang afdal ialah menyatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang ZALIM...bukan pemimpin yang kafir...Sekiranya ZALIM, maka mesti bangkit berhadapan...

inilah sunnah perjalanan yang diajarkan oleh Nabi SAW, senjata utama dan benteng utama kita ialah DOA... doalah sebagaimana tentera yang dipimpin oleh Thalut berhadapan dengan tentera Jalut.. DOA mereka ialah :

1- dikurniakaan kesabaran di dalam mengharungi kesusahan dan kepayahan.
2- diberikan kekuatan untuk tetap di dalam medan perjuangan berhadapan dengan benda mungkar.
3- dianugerahkan kemenangan kepada pihak Islam. pihak yang benar...

Justeru, di samping kita kalut usaha mentelaah dan berdoa untuk kejayaan di dalam ilmu dan pendidikan, jangan lupa berdoa sebagaimana yang didoakan oleh tentera yang dipimpin oleh Tahlut. Ingat, DOA adalah senjata dan benteng utama kita....

P/S : medan imtihan bukanlah medan untuk kita mandom di dalam isu-isu semasa...medan imtihan hanya sebahagian medan tarbiyah kita..medan berhadapan dengan KEZALIMAN adalah medan mempraktikkan ilmu yang pekung di dada...Bittaufiq wan najah...

Monday, May 24, 2010

Bangkit dengan kesatuan kita - Penasihat PMRAM



Seruan kepada mahasiswa Islam yang bangkit menjaga maruah dan hak....

Selamat menonton, mendengar, mengambil iktibar dan bangkit....

- sebahagian ucapan daripada Penasihat PMRAM , Al-fadhil Ustaz Khairul Anuar Ismail...

Sunday, May 23, 2010

Fiqhul Khamsah Yang Semakin Dilupakan



Saya sering berborak dan bebincang dengan BP Adlan terutamanya, beliau merupakan Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM. Kami berborak mengenai kenapa zaman sekarang walaupun ramai di kalangan mahasiswa/wi Azhari umunya semakin alim dan rajin menadah kitab, namun maksiat semakin melanda bahkan suara mereka kurang didengari di dalam melaksanakan amanah kesyumulan Islam.

Pelik dan tertanya-tanya...

Dulu, bagaimana kita melihat abang-abang dan kakak-kakak lama apabila sesuatu isu yang menyentuh sesuatu isu hak dan maruah, mereka bangun dan lantang mempertahankan kesucian nilai murni nilai dan hak. Sehingga diibaratkan kalaulah ditoreh nadi lengan maka akan keluar darah cop PMRAM. bukan taasub tetapi perumpaan yang diberikan menggambarkan fikrah mereka jelas mengenai Islam.

Di sini bukan tujuan untuk huraikan taadud jemaah atau kesatuan yang dibawa oleh PMRAM, cuma nak menyatakan bahawa ilmu fiqhul khamsah yang semakin dilupa. Satu ilmu yang saya kira senjata bagi mereka yang mengatakan bahawa mereka pejuang agama dan yang memikul amanah agama secara syumul..

Fiqhul khamsah iaitu fiqh nusus, fiqh muwazanat, fiqh aulawiyat, fiqh waqi' dan fiqh taghyir.. Jangan ada yang terpingar mendengar ini...pelik dan semacam bagi mereka yang baru dengar..ade yang hanya tahu fiqh muwazanat dan fiqh aulawiyat je..ade yang tidak tahu langsung...

Saya kira punca utama mahasiswa/wi mandom di dalam memikul amanah agama secara syumul ekoran tidak menguasai ilmu senjata ini iaitu fiqhul khamsah ini.. Sebagaimana yang pernah saya nasihatkan kepada seseorang bahawa : anta baru mengaji bab ibadah bagaimana anta lantang bersuara mengenai bab pengurusan kewangan Islam?? anta tau atau tidak topik perbincangan ini??

justeru, mahasiswa/wi Azhar, disamping penekanan ilmu turath yang menjadi teras pemahaman di dalam islam, fiqhul khamsah ini merupakan guide line bagi mempraktikkan ilmu-ilmu tersebut di dalam kehidupan bagi mereka yang bermasyarakat..sekiranya hanya bersuluk seorang diri, barangkali tidak pelajari tidak mengapa.....

P/S : pimpinan mesti menguasai ilmu fiqhul khamsah ini sebelum menekannya kepada ahli di bawahnya... punca salah ukur pertimbangan maslahat dan mafsadah adalah sebab tidak menguasai ilmu ini..akhirnye menjaga masalahat peribadi..itulah Mahasiswa Rice Cooker yang menggadaikan maruah....

Saturday, May 22, 2010

PBA World : Di Sini Ukhwah Kita Dibina

menanti bas sebelum ke kuis bagi program BTN... tido je kat sana..asal jangan terpengaruh
Sahabat mesra .... ezudin (tanta), hafiz (shibin) dan izwan (dumyat)
hehe...persembahan yang memukau..hehe
gaya Ketua pelajar terima hadiah .. hehe...
Satu team... 1 fikrah 1 amal...di Mesir mestilah PMRAM...
tinggal kenangan : - hafiz (shibin), afiq (kias), fahd (tanta) dan saiful islam (mansurah)
persembahan konsert nasyid oleh 'penyanyi2 yang best terutama di kumpulan sebelah kanan...hehe
ketika cuti, jaulah ke pantai tok bali..sewa kereta 3 hari, round de world...
dari kiri : afuw (mansurah), fahd (tanta) dan ezudin / prof (damanhur)....

Bersama sahabat2, Hanip (kini pengerusi Zaq Ziq), Hanis (tanta) dan Aswan (tanta)

Sehari dua ini, teringat member2 kat PBA World..walau 3 bulan je..tapi mendalam ukhwah..semoga Allh memberikan rezki peluang n masa untuk bersua kembali....

Kemelut Yang Berlaku : Pihak Terbabit Digesa Berhemah Dan Profesional


Lama memerhatikan beberapa kemelut yang berlaku khususnya di persekitaran Mesir yang melibatkan hak dan maruah mahasiswa/wi Malaysia. Saya kira agak membosankan. Hal ini demikian kerana kemelut yang berlaku kesemuanya melibatkan hemah dan profesional bagi pihak terbabit. Mengenai peraturan baru ARMA, kenaikan nama mahasiswa/wi Qiraat, tarik zakat (kemelut di Mesir) dan kekecohan di Bangkok, penindasan rakyat Palestin (kemelut di luar negara), penglulusan lesen judi, pembantahan ke atas konsert Inul di Tawau (kemelut di Malaysia) dan sebagainya saya kira pihak-pihak yang terbabit perlu berhemah dan profesional di dalam menanganinya perkara tersebut.

Kemelut (khusus di Mesir) yang melanda ini sekiranya semakin berlarutan, akan memberikan impak yang negatif kepada mahasiswa/wi khususnya. Kita bangun dan menuntut dalam keadaan yang profesional dan melalui prosedur itu tidak menjadi masalah, teruskan kerana itu hak dan semenangnya hak itu perlu dipelihara dan dijaga. Apa yang dikesalkan ialah pihak-pihak yang memalukan nama baik sebagai rakyat Malaysia, melayu dan Islam bahkan mengaji agama. Ini boleh dilihat apabila beberapa respon yang memalukan iaitu gopoh dan agak kurang sopan yang dilakukan.

Saya lihat sekiranya kedua-dua pihak mempunyai etika dan displin yang teratur, maka ia memberikan faedah yang baik..sekiranya tidak, saya rasa baik pihak yang tidak mahu berhemah dan profesional itu balik sahaja, apalah kiranya sekiranya jikalau datang hanya menyusahkan pihak yang menuntut ilmu agama Allah SWT.

Ingat, di dalam konteks peperangan, Islam membenarkan umatnya bangun dan mempertahankan kesucian agama sekiranya ditindas oleh kaum yang ZALIM, bukannya atas nama kafir semata-mata..Maka sekiranya mana-mana pihak samada kafir mahupun Islam, sekiranya pihak tersebut ZALIM, maka kita mesti pertahankan maruah dan hak..saya kira siapa yang betul-betul mengaji dia akan tahu perkara ini..

Apa yang penting demi meraikan suasana peperiksaan yang aman tanpa gangguan ke atas mahasiswa/wi di dalam mengulangkaji peperiksaan, pihak-pihak yang terbabit digesa untuk bertindak secara berhemah dan profesional...jika tidak, silakan tiket Egypt air sangat murah pada bulan Julai nanti....

P/S : Hanya orang yang makan cili sahaja terasa pedas...

Friday, May 21, 2010

Kenangan Bersama Mereka Di RKL 2007


Malam ni agak payah untuk lelapkan mata, teringat masa mula2 sampai di Bumi Anbiyak ini.. masuk tahun akhir macam2 perasaan ada, rindukan Mesir..bagaimana la pula perasaan bila dah pulang ke Malaysia nnt..kompom Mesir dan PMRAM sentiasa diingati...

Malam ni teringat kwn2 senior semasa di RKL (Rumah Kelantan Lama)..duk di RKL selama 2 tahun lebih, memberikan banyak kenangan tersendri...

Semoga mereka sentiasa di bawah jagaan Allah dan berjaya di dalam melaksanakan amanah Islam di sana... Semoga diberikan rezeki untuk bertemu kelak...


Bersama Ustaz Hamdan....


dari kiri : Ustaz Mursyidi, Ustaz Said Nur Fadhli, Ustaz Hafizullah dan Ustaz Manan....


semasa musim sejuk..di dalam keretapi ulat bulu / gogek : Ustaz Mursidi (kiri) dan Ust Suhaimi (kanan).....



kiri : Ustaz Faizul (baba jo) dan kanan : (ustaz Nasri)...


bersama lagenda : Ustaz Huzairi..nama famous Ust Zack atau Wanzu...

P/S : Sedih nak tinggalkan Mesir...Walau bagaimanapun, tanah air tetap Malaysia dan penantian family jangan disia-siakan...

Makluman ....



Assalamualaikum wbt,

kepada sahabat2 dan rakan2... untuk siri Akidah Islam Dan Jenayah Murtad yang kini sudah sampai ke siri yang ke-10, tidak akan diteruskan ditayangkan di blog ini sementara waktu..kesemua siri bermula siri 1 sehingga akhir akan dipostingkan di dalam web rasmi PMRAM sebagai rencana pembacaan ilmiah... akan bermula dengan siri 1....

Moga2 akan dapat memanfaat diri saya ini dan juga para pembaca sekalian.... apa pun sila rujuk dan lihat kepada web rasmi PMRAM di : www.pmram.org

MMI (Misi Mumtaz Imtihan) : Kini Semakin Hampir



kenangan Study Group di rumah sewa lama RKL


Di sebalik menjalani tugas dan amanah PMRAM yang diberikan beserta menjawab isu-isu, sedar-sedar masa bagi menduduki exam semakin hampir, bahkan tenat.huhuhu... Bagi Kuliah Syariah Islam tahun 4 Kaherah, kami akan menjalani exam semester 2 pada 2 Jun ini / Rabu...

X sangka, kini sudah tahun terakhir..menduduki exam semester 2 menandakan tiket untuk pulang ke tanah air Malaysia semakin hampir..lepas ni mesti rindukan Mesir dan PMRAM.. huhuh... Apa2 pun kene jawab exam dulu dan pastikan yang terbaik...

Ayuh GEGAR kan exam kamu... sahut seruan PMRAM iaitu :

KECERMELANGAN AKADEMIK SEBAGAI SENJATA UTAMA

salah seorang rakan kuliah - Arif Kedah , beliau seorang yang mantap..dengar citer x lama lagi kahwin.. :p
Antara yang hadir..semuanya bakal ulama yang mampu GEGAR kan Malaysia bila pulang..

Ijan... Nogori Sembilan pun boleh, KL pun boleh..mane2 jela..apa yang penting 1 Malaysia : 1 Fikrah 1 Amal...

kenangan semasa akhir tahun 3, pesta makan-makan dan bakar ayam...sodap 2...

" Ya Allah , Berikan kami kejayaan beserta ilmu yang manfaat bagi kami serta manfaat untuk Islam. Kurniakan kami kesedaran di dalam memikul amanah Islam ketika di sini dan apabila pulang ke tanah air Malaysia kelak... " Aminnn..........

P/S : tkank u kat ijan coz simpan gambar2 ini.... :)

Thursday, May 20, 2010

Mahasiswa "Rice Cooker" Yang Menggadaikan Maruah


Baru-baru ini ketika posting Di Mana Suara Mahasiswa Yang Berintegriti, ada individu yang menyuarakan persoalan dan agak kurang bersetuju. Katanya, dalam konteks dakwah ada metode dan manhajnya yang perlu dijaga dan jangan sehingga menyebabkan kesusahan pada orang yang didakwah tersebut.

Ya, betul...perkara tersebut tidak dinafikan. maybe individu tersebut salah faham tafsiran akan posting saya sebelum ini. Apabila kita bangkit menyatakan suara di dalam membawa kebenaran bukanlah bermaksud demontrasi secara membuta tuli tanpa ada sebarang perancang bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Namun situasi sekarang yang berlaku, langsung tiada perancangan bahkan hanya menjaga periuk nasi sendiri. Inilah yang dipanggil sebagai Mahasiswa Rice Cooker. Lebih memalukan lagi dan kesal apabila diri ditindas dan maruah dicalar, hanya diam seolah-oleh 'anak dara" tanpa sebarang reaksi.

Satu kalam ulama : Barangsiapa yang sespatutnya marah akan sesuatu perkara (yang harus / mesti marah), namun hanya senyap membisu, mereka seakan-akan keldai.

Lihat betapa pentingnya dan mahalnya sebuah maruah. Namun ke mana maruah yang dimiliki oleh Mahasiswa Rice Cooker yang menjaga kepentingan peribadi sehingga maruah dan hak yang dituntut oleh Islam disepahkan begitu sahaja.

Isu maruah bukanlah suatu perkara yang kecil dan enteng, dalam Islam Dharurat Al-Khams juga memberikan penekanan terhadap maruah maruah. Perkara pokok yang mesti dipertahankan. Perbahasan ulama dan semua bersepakat maruah wajib dipertahankan walaupun terpaksa membunuh sekiranya tiada jalan yang lain, terpaksa dan bukan pilihan secara sengaja. Justeru, jalan mana lagi yang Mahasiswa "Rice Cooker" ini hujahkan?

Baitul Maqdis, maruah dan hak ke atas umat Islam yang telah dirampas sejak puluhan tahun. bahkan saling bertukar tangan semenjak dahulu lagi. dan Umat Islam tidak pernah undur di dalam perjuangkan dan merampas kembali maruah dan hak tersebut. sehingga Panglima Solehuddin Al-Ayubi menyebut bahawa barangsiapa yang menguasai Baitul Maqdis maka dialah yang akan berkuasa. Jelas, kini siapa yang menguasai Baitul Maqdis? Satu tempat yang suci yang menjadi pertelingkahan di antara umat Islam dan Yahudi bagi merebut maruah dan hak. Golongan yang tidak mempunyai maruah dan hak merupakan golongan yang ditindas dan lemah.

Sebelum ini saya juga ada menulis bahawa, tidak ada lagi satu catatan sejarah bermula zaman Nabi Adam sehingga kini bahawa orang yang ikhlas berjuang yang mati kebuluran ekoran disekat kewangan dan dihalau daripada tempat tinggalnya. Langsung tidak ada bahkan pasti tidak ada, kerana janji Allah bahawa Allah sahaja Pelindung bagi orang Islam, bukan material atau manusia yang mempunyai pangkat dan kuasa duniawi.

Apa yang dikesalkan ialah politik dakwah yang diperkatakan di dalam berhadapan cekaman kezaliman, hanya alasan semata-mata. Kekuatan tiada dibina, roh Islam yang syumul semakin kecut, pejuang yang ikhlas seakan-akan tiada, maka bagaimana kamu boleh nyatakan kamu sekarang dalam politik dakwah yang benar ketikan berhadapan dengan pencabulan maruah?

Bagi saya, perkara ini perlu dipandang serius. Di bimbangi generasi yang mendatang mangsa kepada kebaculan kita di masa sekarang dan akhirnya roh Islam yang syumul tidak dapat ditanam di dalam diri generasi mendatang...

P/S : Saya suka berborak dengan Naib Presiden I, BP Adlan kerana beliau sering menyatakan bahawa fiqhul khamsah sangat penting dan kini semakin ditinggalkan oleh pejuang agama Allah. Hasilnya pertimbangan bagi menetukan maslahat dan mafsadah disalah ertikan...

Warna Kuning Gelombang Rasmi Dana Syaqah



Teringat semasa ditaklifkan sebagai Naib Presiden III PMRAM merangkap Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan, satu misi yang sangat besar namun terkandas di bawah sesi saya yang lepas (huhuhu).. beberapa benda yang mungkin sahabat-sahabat kurang perasan apa yang telah dilakukan oleh Unit dana Syaqah bagi memastikan kelangsungan Misi Syaqah PMRAM sehingga berjaya.

Di sini biarlah saya nyatakan, agar sama-sama kita akan terus memperjuangkannya di bawah Naib Presiden III PMRAM 2010, BP Farkhan.

Perkara tersebut ialah :

1) nama bagi ''Misi Syaqah PMRAM''

pada awal usul diperkenalkan iaitu pada 2006, ia hanya diperkenalkan dengan Dana Syaqah PMRAM iaitu bagi kita sama-sama mengerah tenaga mengumpulkan LE 1.5 juta untuk membeli 2 syaqah PMRAM bagi dewan dan operasi pejabat. Namun pada tahun 2009, istilah ini sengaja ditukar kepada Misi Syaqah PMRAM kerana memandangkan apa yang penting ialah syaqah bukanlah nilaian LE 1.5 juta. Walaupun begitu nilaian tersebut dijadikan sasaran dalam melengkapkan misi yang dibawa. Maksudnya, untuk misi ini apa yang penting ialah memiliki paling minima sebuah syaqah untuk pejabat PMRAM. Hal ini kerana bagi mereka yang biasa dengan kewangan, pengurusan untuk mendapatkan LE 1.5 juta dalam tempoh yang terdekat akan menyebabkan terhalang berikut secara logik akal dan pengalaman sudah dijadikan sebagai iktibar. Justeru, apa yang penting ialah SYAQAH.

2) ARMA dan kaitan dengan Misi Syaqah PMRAM

kalau dilihat pada banner Misi Syaqah PMRRAM, fakta di dalam pamplet dan penerangan di dalam Road Show, kesemuanya dikaitkan dengan ARMA. Hal ini bagi menunjukkan kehilangan HAK ISTIMEWA di ANJUNG ARMA menyebabkan PMRAM terpaksa mengabiskan sekitar hampir LE 30 ribu semata-mata membayar sewa bulanan pejabat yang disewa sekarang. Apa yang ingin ditekankan ialah pengusiran tersebut merupakan suatu kezaliman ke atas PMRAM dan bayangkan PMRAM dizalimi dengan membayar lebih LE 20 ribu untuk sewa pejabat. itu nilai setahun. bayangkan kini sudah masuk tahun ke 18..justeru berapa ratusan ribu PMRAM telah dizalimi ekoran HAK ISTIMEWA di ANJUNG ARMA dinafikan..namun ramai yang tidak cakna dan memahami...

3) Warna Kuning

Asal t-shirt Misi Syaqah PMRAM berwarna kuning ialah mengambil aura gelombang bersih yang dilakukan di Malaysia. Dengan harapan warna kuning akan menjadi gelombang rasmi bagi sama-sama menaikkan sensitiviti Misi Syaqah PMRAM. Bayangkan sekiranya terdapat lebih seribu ahli yang memakai t-shirt kuning tersebut, bukankah ia menampakkan suatu kekuatan bagi menjayakan Misi Syaqah..Ayuh penuhi kaherah ini dengan warna KUNING...

p/s : BP Farkhan seorang yang mantap..sama-sama membantu beliau dan PMRAM menjayakan Misi Syaqah PMRAM...

Wednesday, May 19, 2010

Lesen Judi Pertaruhan Bola Sepak Tetap Haram !




Pelik, sekiranya kerajaan Malaysia masih meneruskan keluaran lesen bagi rakyat Malaysia bagi
melakukan pertaruhan yang haram iaitu judi sempena Piala Dunia yang mendatang Jun ini. Pengiktirafan kelulusan lesen tersebut menandakan Malaysia semakin kabur di dalam membawa Islam ke jalan yang sepatutnya. Isu ini semakin semakin panas memandangkan di dalam perlembagaan Malaysia meletakkan bahawa agama rasmi ialah Islam dan majoriti rakyat Malaysia juga adalah Islam. Sedangkan kelulusan lesen judi tersebut seolah-olah menandakan pertembungan dengan fakta yang berlaku.

Antara alasan yang dinyatakan sebagai suatu alasan dalam menghalalkan judi ialah bagi mengawal agar pertaruhan judi tidak berlaku berleluasa. Dengan adanya tiket ini maka hanya kuantiti yang terhad dan tertentu sahaja yang dibenarkan bertaruh. Justeru maka tidak langsung, telah mengurangkan orang yang melakukan pertaruhan.

Alasan ini dikritik dengan beberapa hujah :

1) secara waqi'e, alasan untuk mengurangkan orang yang bertaruh adalah tidak kena. Sebelum
ini pun, rokok yang secara jelas yang pihak kesihatan mengeluarkan fakta bahawa merokok tidak elok untuk kesihatan bahkan memudaratkan. Maka pihak berkuasa mengambil langkah menaikkan harga rokok dengan berganda bagi mengurangkan pembeli membeli. Namun usaha ini tidak juga berjaya,bahkan pembeli yang ketagih menjadi penjenayah ekoran menyamun dan merompak duit semata-mata untuk membeli sekotak rokok.

2) Mengeluarkan lesen bagi berjudi samalah juga dengan alasan yang pernah dilontarkan bahawa memberikan kondom secara percuma kepada para remaja supaya sekiranya maksiat yang berlaku tidak akan menyebabkan kelahiran anak keluar nikah. Apa yang hendak dikritik ialah pengeluaran lesen berjudi bukanlah suatu tindakan menghalang atau menyekat bahkan ia merupakan suatu galakkan kepada orang yang berjudi dan tidak berjudi. Bayangkan sebelum ini kaki judi berjudi dengan keadaan tidak mahu diketahui umum, namun dengan adanya lesen judi yang meluluskan judi ini akan menyebabkan kelakuan judi ini ditayang dan berleluasa kerana sudah sah di sisi undang-undang. Orang yang jahil juga turut akan terjerebak ke dalam aktiviti haram ini kerana bagi mereka undang-undang sudah meluluskan maka ia adalah sah.

3) Pengeluaran lesen judi tersebut tidak menafikan zat kelakuan judi tersebut yang sememangnya haram secara jelas. Judi ialah pertaruhan bagi mendapatkan sesuatu keuntungan daripada pihak lawannya. Maka ia adalah haram. Jadi, dengan adanya lesen judi ini zat kelakukan pertaruhan masih berlaku. Justeru, bagaimana kita mahu megapa lesen ini adalah sah atau halal. Hal ini demikian setiap wasilah atau jalan yang membawa kepada haram maka hukumnya adalah haram.

4) Pengeluaran lesen judi bagi meluluskan / membenarkan masyarakat melakukan pertaruhan merupakan suatu musibah yang sangat besar kerana ia secara tidak langsung telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh syarak. Sesuatu perkara yang bertentangan dengan syarak dari segi kelakuan akan mengundang dosa, dan apabila ia diikuti dengan iktikad yang bertentangan boleh merosakkan akidah bahkan dikhuatiri akan terjatuh ke lembah zalim yang paling besar iaitu syirik.

5) Jelas di dalam hadis Nabi SAW bahawa orang muslim itu mesti melakukan syarat yang telah disepakati melainkan syarat yang menghalalkan perkara yang haram, dan mengharamkan perkara yang halal. Kerana ia bertentangan dengan syarak.

6) Kaedah kelulusan dengan lesen akan menyebabkan gejala judi semakin berleluasa dan seronok sebagaimana dengan lesen kilang arak dan judi sport toto. Walaupun cukai yang dikenakan agak tinggi, namun pihak pengusaha tidaklah terasa beban sehingga menutup tempat operasinya bahkan semakin tahun aktiviti yang dijalankan oleh kilang arak dan syarikat sport toto semakin rancak, bahkan di dalam surat khabar pun mengumumkan nombor yang bertuah. Justeru, perkara yang sama juga pasti akan berlaku dengan adanya lesen judi bagi pertaruhan bola Piala Dunia kelak.

Ini adalah sebahagian hujah bagi mengkritik pengeluaran lesen judi untuk pertaruhan sempena
Piala Dunia kelak. Justeru jelas bahawa tindakan yang dilakukan adalah tidak tepat bahkan
mengundang impak negatif yang sangat besar dari sudut agama dan waqi'e.
Sebagaimana juga merompak bagi tujuan bersedekah, walaupun niat yang baik, namun sekiranya zat kelakuan haram tersebut masih wujud, maka hukumnya tetap haram.

P/S : saya harap semua pihak kene menyatakan tidak setuju dengan pihak kerajaan yang
meluluskan lesen judi ini. Jangan kita menyokong perkara yang jelas haram. Ingatlah nabi SAW bersabda barangsiapa yang bersubahat walaupun satu kalimah maka mereka adalah daripada golongan tersebut yang melakukan dosa.

Harap-harap kerajaan akan menarik kelulusan bagi lesen judi bola tersebut...

Isu Halau dan Tarik Zakat : Mereka Mencabar Kuasa Tuhan




Rasa terpanggil untuk memberikan sedikit peringatan bersama mengenai dengan ugutan pada zaman sekarang iaitu 'halau umah' dan 'tarik zakat' di sesuatu tempat yang dirahsiakan namanya.. (mungkin di sebarang lautan Atlantik :P ). Apa yang penting biar kita sama-sama koreksi diri bahawa ugutan sebegini merupakan suatu musibah yang besar bagi tangan-tangan yang melakukannya bahkan kita boleh gelarkan mereka sebagai pihak mufsidin. Bahkan apa yang saya tulis bukan mahu dilirikkan dengan nada hawa nafsu atau emosi akan tetapi renungan bahawa betapa besar dosa bagi mereka yang menghalau orang daripada tempat tinggal dan tarik zakat mereka.

Timbul di benak fikiran mengapa ugutan berbentuk 'halau' dan 'tarik zakat' yang digunakan? berikutan tersebut kita lihat kembali bahawa bagi manusia tempat tinggal yang selesa, murah dan sebagainya bersama-sama wang perbelanjaan yang cukup merupakan satu nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-Nya. Justeru, sekiranya manusia memiliki kedua-duanya tadi nescaya mereka sedang berada di dalam taman kebahagiaan dan keselesaan duniawi.

Maka ugutan dengan cara 'halau' dan 'tarik zakat' adalah bagi mahu mengugut manusia supaya takut untuk berada di dalam kesusahan dan akhirnya tunduk melutut kepada arahan sia-sia mereka.

Mana ada manusia yang tidak mahu berhajat kepada tempat tinggal dan duit...

Fikir kembali nikmat tempat tinggal dan duit lebih-lebih lagi zakat merupakan anugerah dan nikmat daripada Allah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki. Maka, pihak yang menggunakan senjata 'halau' dan 'tarik zakat' seolah-oleh mereka menyekat Allah daripada memberikan nikmat tadi. Siapakah mereka mahu menyekat dan menghalang Allah memberikan nikmat kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendaki??

Mereka ini mencabar kekuasaan Allah...

Kalau dahulu kita lihat bagaimana Firaun yang zalim menyekat kekayaan rakyatnya dengan membolot keseluruhan kekayaan yang ada, supaya rakyat ketika itu tunduk dan berlindung dengannya atas kekayaan yang dimiliki.

Lihat bagaimana pada permulaan Islam juga, NAbi Muhammad SAW beserta pengikut baginda yang kecil kelompoknya, dipulaukan daripada segala urusan dan akhirnya dihalau. Dan inilah tindakan pihak musyrikin Mekah.

Tidak sangka, masih ada lagi pengikut-pengikut Firauan dan kaum musyrikin Mekah di zaman sekarang yang menggunakan taktik yang sama. Lebih memalukan lagi sekiranya mereka itu sendri orang islam dan mengaji agama..sangat teruk!

Mereka mahu menggambarkan bahawa merekalah yang memberikan perlindungan dari sudut tempat tinggal dan duit kepada masyarakat, bukannya Allah. Adakah dengan 'halau' dan 'tarik zakat' akan membuatkan masyarakat akan berpaling mencari perlindungan kepada mereka? adakah mereka mahu menjadi seperti kaum-kaum yang dilaknat terdahulu seperti firaun dan sebagainya?? Silakan sekiranya hati kamu sudah hitam dan ditutpi dengan kebenaran!

Menarik zakat merupakan tindakan kurang ajar yang mengganggu rukun Islam bahkan menyekat golongan yang layak menerimanya. Kalau dahulu, Saidina Abu Bakar sanggup turun bagi memerangi kaum yang tidak mahu mengeluarkan zakat, yang menyebabkan hak yang sepatutnya kepada 8 golongan yang layak mereka tersebut. Maka samalah juga dengan senjata tarik zakat yang menyekat salah satu daripada 8 golongan yang layak menerima zakat tersekat penerimaannya.

Justeru saya ingatkan bahawa, tindakan ugutan dengan cara 'halau' dan 'tarik zakat' merupakan tindakan yang akidahnya goyah kerana mindset mereka mengatakan bahawa tempat tinggal dan duit merupakan tempat berlindung secara itlak. Tindakan ini juga sebenarnya mencabar kekuasaan tuhan dengan menyekat saluran hak yang sepatutnya disampaikan melalui medium yang diperuntukkan oleh syarak. Tokoh-tokoh ahli neraka juga bersifat mencabar kekuasaan tuhan semasa kehidupan mereka, dan kesemuanya mati dalam keadaan yang hina.

P/s : kepada mereka yang dikenakan ugutan 'halau' dan 'tarik zakat', jangan bimbang. Mohon perlindungan kepada Allah kerana Dia-lah tempat kita berlindung. Ramai yang datang ke Mesir (sebagai contoh) tanpa mendapat tajaan atau zakat dan semasa di Mesir menyewa rumah sewa. Tapi tidak ada lagi kita mendengar kes mati kelaparan. Apa yang penting ikhlas berjuang dan yakin bahawa Allah sahaja Pelindung kita.

Justeru kepada individu, pihak atau organisasi yang yang suka 'halau' dan 'tarik zakat', ingat kamu sebenarnya sedang mencabar kuasa tuhan... bertaubatlah.....

Monday, May 17, 2010

Kuasai Penyebaran Maklumat Sebagai Medium Berdakwah


Sejak kebelakangan ini, saya sempat berbincang dan berborak2 dengan BP Faizuddin yang merupakan Ketua baru bagi Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM berkenaan blog. Rupanya di kalangan mahasiswa/wi kita ramai yang mempunyai blog, dan facebook. Ini satu perkembangan yang baik. Cuma sempat saya bertanya kepada beliau apa pandangan beliau mberkenaan dengan tahap penyampaian maklumat kalangan mahasiswa Islam Azhari terutamanya.

Banyak blogger kita yang menyampaikan uslub dan method dakwah yang berbeza bagi mengimbangi tarikan para pembaca dan mengikut kemampuan yang ada. Namun beberapa perkara yang saya rasakan kita perlu besarkan lagi kotak pemikiran kita selayaknya dengan status MAHASISWA ISLAM AZHARI.

Sedar atau tidak status tersebut merupakan satu anugerah yang menghasilkan masyarakat pandang tinggi apabila kita pulang kelak, namun penyampaian kita dalam uslub dakwah adakah sekadar tahap tazkirah subuh. - maaf jikalau istilah ini agak kurang best - namun apa yang saya mahu lontarkan cadangan kepada para blogger MAHASISWA ISLAM AZHARI sekalian, bahawa kita mesti berlatih dalam menaik tarafkan uslub dengan membentangkan kajian dan analisa terutama yang isu-isu semasa. tidak kiralah isu-isu semasa berbentuk keadaan sekeliling kita, politik dan sebagainya.

Agak kurang dan muram saya kira di antara para blogger kita yang membicarakan isu-isu yang berkaitan hak dan maruah yang melibatkan kita di sini.

Ya, saya kira ramai yang setuju.

Tapi usah disalah faham bahawa, penyampai uslub dakwah yang berbentuk lain jangan ditinggalkan cuma selaras dan seimbangkan agar kita dilatih menaikkan taraf berdasarkan status kita iaitu MAHASISWA ISLAM AZHARI....

P/s : Facebook BP AZLAN kene heck..sian..sian... :p ohye, saya kini sudah ada facebook..selamat berkenalan di alam maya yang baru :p :-

http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=100001091872894&ref=profile

Friday, May 14, 2010

Di Mana Suara Mahasiswa Yang Berintegriti ??




Agak lama tidak menulis di dalam blog ini..maybe sibuk maybe tidak ada idea atau sebagainya..kali ini biar saya menulis satu nasihat untuk diri ini dan umum..

pengamatan saya masuk 4 tahun, suara mahasiswa berintergriti masih kurang didengari melalui laungan medium yang tersedia ada..mengapa sedemikian?? sedangkan di zaman dulu, gelombang mahasiswa sangat ditakuti bahkan mahasiswa yang dalam konteks pemuda merupakan kuasa besar dalam menentukan sesuatu perkara bahkan ke peringkat negara.

kini, gelombang tersebut semakin surut.hilang.tiada.

apa maksud intergriti yang dimahukan??bukan hanya sekadar cemerlang dalam akedemik dan pandai berpidato. akan tetapi bangkit berdepan dengan sikap mempertahankan hak dan maruah. itu intergriti yang dimahukan daripada mahasiswa.

antara punca besar mengapa intergriti mahasiswa semakin pudar ialah :

1) pegangan akidah yang goyah

- Dr Yusof Al-Qardhawi menulis di dalam kitabnya mengenai masalah murtad dan hukuman murtad, beliau menjelaskan bahawa zaman sekarang umat Islam tidak kukuh akidahnya dari sudut keyakinan bahawa Allah sebagai pelidung bagi manusia. dari sudut Allah sebagai tuhan dan pencipta tiada masalah di kalangan umat islam bahkan sudut pegangan Allah sebagai tempat berlindung ini yang kurang di kalangan umat Islam. mana tidaknya, apabila takut ditarik zaman, di halau tempat tinggal oleh pihak zaman, maka terus diam membisu. masih tidak percaya sepenuhnya bahawa semua rezeki daripada Allah dan Allah pelindung bagi manusia. Ekoran daripada itulah suara-suara mahasiswa kurang dilaungkan walaupun diherdik dan dihina tanpa bangun sepatah menyatakan kebenaran.

2) kekuatan ukhwah yang rapuh

- nabi pernah bersabda bahawa kita mesti menolong orang yang dizalimi dengan mengembalikan dan mempertahankan haknya. manakala bagi pihak yang zalim kita mesti menahannya daripada terus menerus berlaku zalim. hanya kekuatan ukhwah yang mantap akan mendorong berlaku perkara sedemikian dipraktikkan bagi menegah kezaliman. tatkala saudaranya dihina dan dizalimi, siapa yang bangkit bersuara? tiada..atau ada tapi tidak memadai...kekuatan ukhwah yang mantap bermula dari sensitiviti diri bahawa dia adalah aku dan aku adalah dia. begitulah sabda nabi bagi mereka yang sempurna imannya. sekiranya kita suka diri kita dizalimi tanpa ada saudara kita yang bela kita, maka silakan terus senyap daripada membela saudara kita yang terus ditindas.

3) kurang maklumat sebagai bahan bertindak

- ekoran kurang cakna dalam isu-isu semasa dan yang seputar kita tidak mampu bertindak mempertahankan hak dan maruah. tiada rason atau senjata dalam menyerang kembali. hanya membalas di dalam hati (mungkin itulah selemah-lemah iman). mahu menjadi mahasiswa yang berintergriti salah satu sikap yang mesti ada ialah cakna isu sekeliling dan semasa. berkenaan fakta-fakta yang diberikan seperti vienna convension, mesti dikaji, kerana kadang-kadang pihak tertentu bukan betol pun baca fakta tersebut hanya pandai memutar fakta.

kini, saya teringin melihat mahasiswa kita bangkit kembali mengalunkan gelombang kebenaran sebagai kuasa utama di dalam membawa kebenaran.

p/s : kalau borang aduan hak mahasiswa yang diedarkan oleh kebajikan PMRAM pun takut nak diisi jangan bicara tentang perjuangan...
Related Posts with Thumbnails