 KAHERAH, 23 Mac  - Pemangku Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menasihati kepada  semua pihak terutama mahasiswa/wi Malaysia yang belajar di Mesir agar  mengikuti perkembangan Mesir dari semasa ke semasa. Ia bagi membolehkan  mahasiswa/wi tidak 'buta suasana' dan tertipu dengan fakta-fakta salah  yang cuba diselewengkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.
KAHERAH, 23 Mac  - Pemangku Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menasihati kepada  semua pihak terutama mahasiswa/wi Malaysia yang belajar di Mesir agar  mengikuti perkembangan Mesir dari semasa ke semasa. Ia bagi membolehkan  mahasiswa/wi tidak 'buta suasana' dan tertipu dengan fakta-fakta salah  yang cuba diselewengkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.
     Perintah Berkurung
Selepas  pengunduran mantan Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 11 Februari yang  lalu, perintah berkurung masih lagi dikuatkuasakan oleh pihak tentera.  Perintah berkurung adalah bermula pada jam 12 tengah malam sehingga 6  pagi.
Namun begitu, pihak PMRAM telah pun diminta oleh pihak  keselamatan Mesir agar memastikan supaya semua mahasiswa/wi Malaysia  tidak berada di luar rumah selewat-lewatnya pada jam 10 malam bagi  tujuan keselamatan.
 Demonstrasi Masih Berlaku
Demonstrasi Masih Berlaku
Untuk  makluman semua pihak, keadaan di Mesir semakin tenang dan berjalan  seperti biasa. Kekecohan serta huru hara yang cuba digembar-gemburkan  adalah tidak tepat berdasarkan situasai sekarang.
Justeru, semua  pihak harus berwaspada kerana demontrasi aman masih berlangsung di  beberapa lokasi seperti Medan Tahrir dan di Mansyiah Iskandariah.
Pada  hari Ahad yang lalu, satu demonstrasi aman di jalanan telah pun berlaku  di Mansyiah, Iskandariah. Akan tetapi tiada sebarang kecederaan yang  dilaporkan.
Pihak PMRAM mengingatkan semua mahasiswa/wi Malaysia  agar tidak mengikuti sebarang demonstrasi yang diadakan serta menjauhi  lokasi-lokasi yang terdapatnya demonstrasi.
 Penukaran Reaktor Universiti Al-Azhar Yang Baru
Penukaran Reaktor Universiti Al-Azhar Yang Baru
Untuk  pengetahuan mahasiswa/wi Malaysia yang menuntut di Universiti Al-azhar,  Reaktor Universiti Al-Azhar yang baru dilantik ialah Prof. Dr. Usamah  Al-'Abd bagi menggantikan Reaktor Universiti Al-Azhar yang lama Dr.  Abdullah Al-Husaini.
Penukaran tersebut berlaku selepas setahun  dalam sesi pentadbiran yang dipegang oleh Reaktor Universiti Al-Azhar  yang lama, Dr Abdullah Al-Husaini. Ia adalah bagi memastikan pentadbiran  yang dijalankan berjalan dengan lebih lancar.
Pengajian Tetap Berjalan Seperti Biasa
Pengajian  di semua Universiti setakat ini berjalan seperti biasa pada awal Mac  yang lalu selepas tamat tempoh cuti pertengahan sesi. Sebelum ini, semua  mahasiswa/wi digembar gemburkan dengan 'cuti setahun' bagi pengajian di  Universiti Al-Azhar, namun ternyata ia adalah tidak benar. Semua  pengajian Al-Azhar samada peringkat rendah, menengah dan Universiti  telah pun memulakan pengajian.
Justeru, semua mahasiswa/wi yang  telah hadir dinasihatkan untuk terus ke kuliah, dan tidak membuang masa  dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat. Begitu juga kepada  mahasiswa/wi yang masih belum tiba, dinasihatkan agar tidak terlalu  lambat supaya tidak ketinggalan dalam pengajian akademik.
Provokasi Metode Salafiyyah Ke Dalam Al-Azhar
Sepanjang  bulan Mac ini, pihak Universiti Al-Azhar di bawah pemantauan Reaktor  Universiti Al-Azhar yang baru, Prof. Dr. Usamah Al-'Abd telah mengadakan  kempen menjaga metode Azhari daripada serangan provokasi untuk  memasukkan metode salafiyyah ke dalam Universiti Al-Azhar. Ia adalah  berikutan pihak yang melancarkan provokasi mahu menukar metode Al-Azhar  sekarang yang lebih kepada wasatiah dan taqrib kepada metode salafiyyah. 
Justeru, PMRAM menasihatkan semua mahasiswa/wi agar tidak  terpengaruh dengan mana-mana provokasi yang telah dijalankan serta terus  bersama-sama dengan ulama-ulama Al-Azhar dalam mempertahankan metode  Azhari yang sekian lama diperjuangkan.
Bekalan Makanan Dan Barangan Runcit Mencukupi
Setakat  ini, bekalanan makanan dan barangan runcit adalah mencukupi dan tidak  perlu bimbang. Kedai-kedai di Mesir sudah kembali beroperasi sepenuhnya  ekoran suasana di Mesir kembali aman selepas perletakan jawatan Mantan  Presiden, Hosni Mubarak pada 11 Februari yang lalu.
Bahkan  kenaikan harga juga masih dalam kawalan dan tidak begitu membimbangkan.  Ia secara tidak langsung tidak menjejaskan kos kehidupan mahasiswa/wi.  Namun begitu, PMRAM tetap menyarankan agar mahasiswa/wi berjimat cermat  dalam perbelanjaan kehidupan seharian.
Hari Jumaat Dan Perkumpulan Di Jalanan
Semua  mahasiswa/wi Malaysia dinasihatkan agar tidak mengikuti mana-mana  perkumpulan masyarakat Mesir terutama yang berbaur politik pada Hari  Jumaat. Hal yang demikian walaupun keadaan semakin aman, namun negara  Mesir masih dalam keadaan darurat dan politik dalaman negara Mesir yang  masih belum begitu stabil.
 Pergeseran Antara Masyarakat Islam Dan Kristian
Pergeseran Antara Masyarakat Islam Dan Kristian
Isu  pergeseran antara masyarakat Mesir bagi umat Islam dan Kristian,  merupakan satu provokasi yang dijalankan oleh pihak tertentu bagi  menututup isu pemerintarahan diktator Mantan Presiden Mesir yang lalu.  Hasilnya berlaku pertembungan antara 2 penganut agama di Mesir ini dan  kekecohan sementara.
Namun begitu, isu ini telah pun selesai  selepas beberapa tindakan yang telah diambil bagi menyatukan kembali 2  penganut agama yang terbesar di Mesir ini dengan slogan "Kita adalah  rakyat Mesir yang menolak keganasan dan kezaliman"
sumber asal : pmram.org