Thursday, August 19, 2010

Ramadhan : Bulan Menikmati Juadah " Tazkirah Berfikrah " Non-Stop


Sedar mahupun tidak, selain menikmati juadah berbuka, dalam Ramadhan juga telah dihidangkan juadah tazkirah berfikrah ,setiap hari. Berbeza dengan hari-hari di dalam bulan yang lain, penyampaian tazkirah mahupun kekerapan tazkirah adalah kurang jika dibandingkan dengan kekerapan di dalam bulan Ramadhan.

Kita melihat kepada anjuran Islam di dalam galakan tadarus Al-Quran yang tidak hanya semata-mata bacaan, namun pemahaman ke atas tafsir dan makna turut dilakukan oleh masyarakat yang semakin celik dengan agama Islam. Bahkan Ibadah khusus di dalam Ramadhan iaitu solat terawih juga akan dibacakan selalunya ayat-ayat Al-Quran secara 30 juzuk. Yang mana jika dibandingkan selain bulan Ramadhan, ayat-ayat bacaan di dalam solat 5 waktu lebih tertumpu kepada surah-surah lazim sahaja. Secara tidak langsung, jemaah solat terawih akan mendapat peringatan dan tazkirah baru di dalam zolat mereka.

Bahkan juadah tazkirah berfikrah turut disampaikan selepas berbuka dan dipertengahan solat terawih. Justeru, dalam satu hari di dalam bulan Ramadhan, bayangkan berapa banyak kita akan menikmati juadah tazkirah berfikrah tanpa henti.

Di sini kita senaraikan paling menima kita akan menikmati juadah tazkirah berfikrah :

- ketika tadarus Al-Quran (pagi & malam)
- solat terawih (malam)
- selepas berbukan (malam)
- pertengahan terawih (malam)

Lihat, masa kita dalam sehari kita dipadatkan dengan pembentukan fikrah melalui tazkirah yang disampaikan. Sekiranya seseorang itu mempunyai pelbagai tugasan yang lain, nescaya boleh dikatakan lebih daripada apa yang disenaraikan di atas.

Apa point yang mesti kita ketahui?

Iaitu, Allah telah meletakkan bahawa bulan Ramadhan ini sebagai medan pembentukan fikrah seterusnya syakhsiah bagi umat Islam. Dr Yusof Al-Qardhawi menyatakan di dalam kitab beliau yang bertajuk " Kebangkitan Islam : Antara Cita-cita Dan Peringatan ", eleman utama yang mesti diperkuatkan ialah eleman fikrah bagi setiap pejuang agama Allah SWT.

Lebih-lebih lagi, sebagaimana yang kita maklumi penurunan Al-Quran bermula pada bulan Ramadhan, yang mana antara fungsi Al-Quran ialah membezakan antara hak dan batil. Memastikan manusia sedar mana yang betul , mana yang salah. Mana jalan yang sebenar , mana jalan yang sesat. Hal kesemua ini merujuk kepada pembentukan fikrah. Justeru, tidak hairanlah bagaiman Nabi SAW bersama para sahabat berjaya memenangi ketika peperangan badar al-kubra walaupun ia merupakan peperangan yang pertama di samping bilangan umat Islam 3 kali ganda lebih sedikit dan kelengkapan perang yang dhaif. Namun hasil pemerkasaan fikrah di kalangan para sahabat menjadi pendorong utama ke atas kejayaan mereka.

Isu fikrah ini amat dititik beratkan oleh Allah ke atas hamba-Nya , bahkan dengan menjadikan Ramadhan sebagai medium permulaan dan utama dalam membentuk fikrah yang mantap dengan juadah tazkirah berfikrah tanpa henti sepanjang Ramadhan.

Justeru, kepada seluruh umat Islam yang mana bertadarus Al-Quran dan yang menyampaikan fikrah, pastikan unsur-unsur fikrah yang mantap menjadi intipati utama dalam kita sama-sama menjayakan bahawa Ramadhan bulan pemerkasaan fikrah dan syaksiah. Di samping itu, pastikan juadah tazkirah berfikrah ini lebih utama berbanding juadah makanan semata-mata...

No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails