Friday, July 2, 2010

Pemikir Perlu Kreatif


Dalam menjayakan sesuatu matlamat dan objektif, seorang pemikir perlu menjadi seorang yang kreatif dalam sebarang tindakan. Peranan sebagai pemikir yang merancang dan mempertimbangkan antara maslahat dan mudharat, skop pemikiran tidak hanya boleh statik dan tepu kepada sesuatu isu atau tajuk.

Kita lihat, keseimbangan mahasiswa Islam di dalam menguasai bidang-bidang tertentu masih belum stabil. Bidang pengajian bukan hanya setakat skop fundamental walaupun tidak dinafikan ia sebagai asas permulaan. Namun keterbukaan dalam menguasai isu semasa tidak boleh dibiarkan tanpa begitu sahaja.

Dalam menilai dan merancang, konteks perancangan mestilah dinilai dari segenap sudut ke atas sasaran yang dilakukan. Amat sedih sekiranya peratusan besar ahli yang berada di bawah jagaan kita meminati sukan atau hiburan namun perancangan hanya meraikan golongan minoriti.

Contoh yang mudah, 30 % ahli meminati bidang pengajian turath manakala 70 % meminati sukan. Justeru, perancangan mestilah melihat kepada sudut yang umum dan menyeluruh dalam masa yang sama memikirkan alternatif bagi peratusan yang minoriti.

Ini adalah sebagaimana ilmu yang dipelajari sekiranya mendalami ilmu pemasaran. Walau sebaik mana barangan yang dijual namun ia bukan tarikan kekuatan pembeli di tempat tersebut, objektif tidaklah tercapai. Sebab itu, pemikir perlu kreatif dalam perancangan yang dilakukan.

Otak yang statik dan tepu ke atas sesuatu isu hanya akan membawa kesan negatif. jika tidak sekarang, masa hadapan.

Kesannya kita lihat, mahasiswa Islam kini menghadapi masalah beberapa perkara antara yang paling ketara ialah fikrah yang kurang jelas.

Kefahaman yang hanya statik. Kefahaman ke atas Islam sekadar syakal (rupa paras luar sahaja) tanpa menitik beratkan jauhar (intipati). Mudah berapa ramai yang mempunyai ilmu sanggup turun bekerja melaksanakan tuntutan amal Islam.

Benarlah kata-kata mustafa masyhur : Islam tidak akan tertegak dengan hanya kata-kata..

Dalam hadis Nabi SAW pun menjelaskan bahawa unsur utama dalam ialah melakukan tangan (kuasa/ kerja). Kemudian barulah melalui lisan / kata-kata.

Justeru, para pemikir dan perancang mahasiswa Islam sekalian digesa menjadi kreatif dalam sesuatu perancangan yang dilakukan. Jangn hanya statik dan menjadikan otak tepu ke atas sesuatu topik.

P/S : Pemikir perlu brilliant..............

No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails