Thursday, September 2, 2010

Sambut Seruan 'Kempen Membaca'




KAHERAH, 2 September - Para mahasiswa dan mahasiswi samada pengajian Islam mahupun perubatan di Perlembahan Nil hari ini diseru untuk sama-sama sambut seruan 'Kempen Membaca ' diperingkat PMRAM dengan mengisytiharkan bulan September sebagai bulan membaca. Kempen membaca tersebut merupakan satu alternatif dalam menaikkan lagi imej mahasiswa yang berpengathuan, pemikir dan kreatif.

Sebelum ini, pada bulan Jun dan Julai, Unit Biah Solehah telah pun menjalankan kajian medan dalam mencula kekerapan para ahli PMRAM khususnya dalam pembacaan. Bagi meneruskan kelangsungan usaha ke arah memupuk para mahasiswa rajin membaca, PMRAM melalui Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa (BPKB) akan membawa agenda tersebut dalam menjayakan 'Kempen Membaca' dengan pelbagai pengisian dan penerangan yang akan dilakuakan secara berperingkat.

Timbalan Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman apabila ditanya berkaitan "Kempen Membaca' menyifatkan ia merupakan salah satu agenda yang penting di dalam PMRAM dalam usaha menjayakan kemantapan fikrah sebagaimana yang dicanangkan di dalam tema PMRAM itu sendiri iaitu Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah.

Bahkan beliau turut menambah bahawa suasana membaca di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di Perlembahan Nil masih tidak memuaskan berbanding suasana di kalangan mahasiswa dan mahasiswi setempat, Malaysia. Bagi beliau, sepatutnya suasana membaca di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di Perlembahan Nil adalah sangat memberangsangkan jika dibandingkan dengan kitab, majalah, dan bahan rujukan yang terdapat di Mesir.

"Sambutlah seruan 'Kempen Membaca' yang dilancarkan di peringkat PMRAM, bukti kita sekarang sedang menuju ke arah mahasiswa Islam yang berpengatahuan, pemikir dan kreatif" , ucap beliau.

sumber asli : www.pmram.org

No comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails