Tuesday, January 26, 2010

Pameran Kitab Sedunia - anda bagaimana??




peminat2 kitab agama khususnya mesti x sabar2 menantikan Pameran Kitab Sedunia yang memang diadakan setiap tahun. pameran ini bermula 28 Jan sehingga 10 Feb.. jadi kepada mereka yang sudah merancang memborong kitab-kitab, jangan lupa simpan duit, jangan rasa rugi membeli kitab agama..insyaallah ada manfaat..

wujudkan jiwa minat membaca :

1) manusia tidak dapat tidak apabila ingin maju dan terhadapan, mesti mempunyai ilmu yang cukup dan matang. maka carilah ilmu dengan pelbagai cara samada ke kelas, membaca, mengkaji dan sebagainya..

2) renung kembali ayat Al-Quran yang pertama diturunkan pada surah Al-'Alaq yang memberi maksud : Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan...maka selagi mana bacaan itu manfaat dan untuk redha Allah SWT, teruskan ia dan ia adalah ibadah.

3) kajian dari dahulu lagi, rakyat Malaysia kurang membaca berbanding dengan rakyat Jepun. lihat sahaja perbezaan kemajuan negara kita dengan Jepun. amalkan sikap suka membaca walau di mana anda berada.

beli buku tapi x baca?? :

1) paling penting fahamkan antara buku2 yang diwat rujukan, bacaan dan dipelajari. bukan semua buku ditulis utk dibaca, begitu jugak dengan rujukan dengan pelajari. berapa banyak buku2 yang berada di pasaran yang diajarkan oleh guru2 atau di kelas2 mahupun institut pengajian? jadi buku rujukan sememangnya bukan utk bacaan harian, tp sebagai rujukan apabila timbul permasalahan dan soalan yang timbul. buku2 utk bacaan adalah untuk bacaan seharian kita bagi menambah pengetahuan semasa.apa tujuan penulis menulis buku kalo bukan utk dibaca??adakah utk sekadar pembeli menjadikan hiasan di dinding tanpa dibaca?? begitu jgak buku yang diplejari, maka mana2 tempat yang ada pengajian ilmu tersebut, maka belilah buku tersebut, kerana mudah utk pelajarinya bersama2 guru..

2) beli buku pun ada manfaat walaupun x baca. kalo baca plak, bertambah manfaat. insyaallah beli buku tidaklah membuang duit merata2 daripada beli benda2 yang pelik..

3) apabila dah bila, sekurang2 boleh baca apabila diperlukan. kalo x der, kompom dah x leh nak baca. bila nak baca kene beli jugak, maka naka x nak kene beli kitab, walaupun x baca sekarang.

4) teringat satu kata2 senior sewaktu tiba di Mesir akhir 2006. katanya gurunya berpesan : apabila sampai Mesir, biar duit habis beli kitab daripada g jalan2 saja2.. terpulang sesiapa yang mahu menerimanya..

oklah, jangan lupa sama2 kita membeli kitab.carilah benda yang manfaat mengikut kemampuan kita..jumpa di Pameran Kitab Sedunia nnt,, chaiyok...

Sunday, January 24, 2010

isu umat Islam (1)



Kepentingan Negara Islam Dan Khilafah Islamiah

1- Firman Allah SWT :

Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia Dengan (Hukum syariat) Yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana Yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang Yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab Yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. – Surah Sad : 26

2- Berkata Imam Ibnu Taimiyah : sesungguhnya pemerintahan (kuasa bagi Islam) bagi menguruskan sesuatu urusan manusia merupakan salah satu daripada sebesar-besar kewajipan di dalam Islam. Bahkan tidak mungkin berdirinya (sempurna dan teguh) agama melainkan dengan adanya kuasa pemerintahan. Nabi Muhammad SAW bersabda :

إذا خرج ثلاثة في سفر فليؤمروا أحدهم


Apabila 3 orang bermusafir, maka hendaklah ada di kalangan mereka itu yang dilantik sebagai ketua.

3- Ibnu Khaldun ada menyebut bahawa : sesungguhnya perlantikan imam (ketua pemerintah) adalah wajib. Kewajipan ini adalah di sisi syarak berdasarkan ijmak sahabat dan tabi'en.

4- Di dalam Kitab Ihya' Ulumiddin :

الدين أساس والسلطان حارس وما لا أساس فهو معدوم وما لا حارس له فضائع

"agama itu merupakan asas manakala kuasa itu pengawal. Dan apabila tiada asas maka sesuatu perkara itu tiada. Dan apabila tiada pengawal bagi asas itu, maka akan sesuatu itu akan lenyap."

• Berdasarkan keempat-empat hujah di atas, menerangkan kepada kita bahawa negara Islam dan khilafah Islamiyah merupakan suatu perkara yang sangat besar di dalam Islam.

• Sebagaimana kita ketahui, agama Islam menyuruh umatnya untuk melakukan perkara makruf dan menegah kemungkaran. Maka perkara sebegini tidak mungkin dapat disempurnakan melainkan dengan kuasa dan pemerintahan. Maka pemerintahan di dalam Islam merupakan sesuatu yang sangat penting bagi merealisasikan suruhan Islam tersebut dengan sempurna. Betapa pentingnya negara Islam dan kuasa pemerintahan tersebut, sirah menunjukkan bahawa Nabi SAW mengutus beberapa utusan bagi menyampaikan seruan Islam para pembesar dan raja seperti Rom, Najasi, Yamamah dan sebagainya.

• Di dalam kitab Siyasah Syar'iyah karangan Dr Yusof Al-Qardhawi , beliau ada menukilkan satu permasalahan yang dikenali sebagai Al-Tars (الترس), iaitu permasalahan apabila tawanan orang Islam dijadikan benteng tentera kafir bagi menyerang negara Islam. Maka Imam Ghazali melalui karangannya di Kitab المستصفى ada mengolah permasalahan ini di dalam menerangkan bab maslahah. Secara kesimpulannya, jumhur fuqaha mengharuskan tentera Islam membunuh tawanan tadi demi menjaga negara Islam, berdasarkan syarat-syarat yang telah dibincang oleh para Fuqaha. Jelas, kepentingan negara Islam merupakan sesuatu yang sangat besar di dalam Islam.

• Apabila sesuatu perkara itu dianggap besar dan penting di sisi Islam, maka tidak dapat tidak ia mesti dijaga bahkan mengingatinya juga dikira sebahagian daripada menjaganya.

• Jelas kaedah yang disebutkan di dalam Kitab Ihya' Ulumiddin. Agama itu tidak dapat tidak perlu untuk kita menganutinya, maka untuk menjaga agama tersebut perlu agama kuasa iaitu pemerintahan Islam. Justeru, umat Islam pada hari ini ditindas dan diperkotak katikkan ekoran daripada kejatuhan Khilafah Islamiyah yang terakhir. Justeru, ketiadaan khilafah merupakan sesuatu yang sangat penting.

Saturday, January 23, 2010

3 jenis manusia dan ilmu




alhamdulillah..hari nie selepai paper exam bahasa arab (balaghah dan adab). agak susah kali ini berbanding paper sblm2 nie...ramai jugak yang kelihatan geleng kepala..semoga Allah memberikan kejayaan kepada kita semua dengan kejayaan cemerlang..

ohye, masa exam, tepat 1 jam 30minit, keluar meninggalkan dewan peperiksaan. berhenti seketika di masjid al-azhar dan menunaikan solat asar.. apa yg ingin dikongsikan bersama ialah, seusai solat asar, kami para jemaah disitu dijamu dengan tazkirah ringan yang disampaikan oleh Syeikh Asyraf (agak popular di kalangan mahasiswa malaysia).

dalam tazkirah tersebut, beliau membacakan satu hadis nabi SAW di dalam sahih bukhari mengenai 3jenis manusia dengan majlis ilmu.

suatu ketika, di madinah, ada 3 orang yang memasuki masjid yang padanya majlis ilmu. lelaki yang pertama melihat tempat kosong lalu bergegas duduk di tempat tersebut. lelaki kedua, duduk di sudut2 celah masjid. manakala lelaki ketiga keluar daripada masjid semula..

lalu nabi SAW menggambarkan bahawa lelaki pertama tersebut ekoran keinginan dia mahu mendengar akan majlis ilmu itu, maka Allah merahmatinya dengan ganjaran yg lumayan. manakala lelaki kedua yang seakan-akan malu n x mahu mendengar tersebut, maka Allah juga malu untuk melihat dan bertemu dengan nya. adapun lelaki ketiga yang keluar kerana tidak mahu mendengar majlis ilmu, maka Allah berpaling daripadanya (tidak merahmatinya)..maka inilah 3 jenis manusia yang Nabi SAW gambarkan...

lagi, syeikh Asyraf menyambung dengan menerangkan kepentingan ilmu sambil menghuraikan secara ringkas berkenaan ayat Al-Quran pertama yang diturunkan iaitu ayat pertama di dalam surah Al-'Alaq. yang membawa erti "bacalah".

apa yang saya tertarik, ada kata2 ulama yang mengatakan bahawa, manusia dan haiwan adalah sama, maka apa yang membezakan manusia dengan haiwan tersebut adalah dengan ilmu...

justeru, semoga dengan ulasan yang ringkas ini berdasarkan tazkirah yang disampaikan oleh Syeikh Asyraf dapat kita amek manfaat..insyaallah akan datang kita berkongsi lagi...

Monday, January 18, 2010

Akidah Islam Dan Jenayah Murtad (siri 5)



Taat Kepada Rasulullah Beerti Taat Kepada Allah s.w.t.

Tidak dapat disangkal bahawa menyerahkan ketaatan kepada Rasulullah juga merupakan menyerahkan ketaatan kepada Allah s.w.t.. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran. FirmanNya :

Maksudnya : Siapa yang mentaati rasul (utusan Allah s.w.t.) maka sesungguhnya dia mentaati Allah s.w.t. (Surah An-Nisa' : 80)

Maka mengikuti jejak langkah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah yang merupakan sebaik-baik qudwah hasanah (contoh teladan) adalah daripada tanda-tanda mengasihi Allah s.w.t.. Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali 'Imran : 31)

Sifat redha dan taat kepada penghakiman Rasulullah dan syariat yang dibawa bukanlah bukanlah perkara yang berbeza dalam konteks mentaati Allah. Bahkan kedua-duanya merupakan satu juzuk yang tidak dapat dipisahkan. Jika diasingkan, maka kedua-duanya dikira rosak. Hal ini kerana syariat dan undang-undang yang dibawakan oleh Rasulullah adalah daripada Allah s.w.t.. Allah s.w.t. telah menurunkan dan mewahyukan syariat dan Al-Kitab kepada Rasulullah bagi menyampai dan menerangkan kepada sekalian manusia.

Allah s.w.t. yang menciptakan manusia. Dia yang Maha Mengetahui akan kelemahan dan kekurangan manusia. Manusia tidak mungkin mampu mencari hakikat sebenar ketuhanan dan hidayat tanpa ada utusan daripada Allah s.w.t.. Maka dengan sebab itulah, manusia perlu mentaati dan mengikuti Rasulullah. Tidak akan bergelar orang mukmin jika berhakimkan dengan selain daripada kehakiman yang ditunjukkan oleh Rasulullah, atau menolak hukum-Nya atau berasa ragu-ragu dengan hukum-Nya (seperti buruk sangka terhadap hukum hudud yang telah ditetapkan).

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (Surah Al-Ahzab : 36)

Begitulah keperibadian bagi seseorang yang bergelar mukmin. Mereka yang bergelar mukmin ialah mereka yang mentaati Rasulullah dan mentaati Allah s.w.t.. Mereka mengasihi Rasulullah dan mengasihi Allah s.w.t.. Mengikuti ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah dan mengikuti jejak langkah Rasulullah untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t..

Berbeza pula perihal orang-orang munafik. Keperibadian mereka tidak seperti keperibadian orang-orang mukmin, pendirian mereka tidak tetap dan sentiasa berubah-berubah berdasarkan pulangan yang akan memberikan keuntungan diri mereka semata-mata. Mereka bersifat berbolak-balik dalam menjalankan hukum Allah yang dibawa oleh utusan-Nya. Mereka mengambil apa yang mereka suka dan menepati hawa nafsu serta meninggalkan apa yang dirasakan menyusahkan dan tidak menepati hawa nafsu mereka.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksudnya : Dan mereka berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan rasul, dan kami mentaati (keduanya)." Kemudian sebahagian dari mereka berpaling sesudah itu, sekali-kali mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman. Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebahagian dari mereka menolak untuk datang. Tetapi jika keputusan itu untuk (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada rasul dengan patuh. Apakah (ketidak hadiran mereka itu karana) dalam hati mereka ada penyakit, atau (karana) mereka ragu-ragu atau (karana) takut sekiranya Allah dan rasul-Nya berlaku zalim kepada mereka? Sebenarnya, mereka itulah orang-orang yang zalim. Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka [1045] ialah ucapan. "Kami mendengar, dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Surah An-Nur : 47-51)

Di dalam Al-Quran juga ada meriwayatkan kisah mengenai orang yang dalam keadaan ragu-ragu untuk melaksanakan hukum Allah s.w.t., malah redha untuk menjalankan hukum yang diperbuat daripada tangan-tangan manusia. Golongan tersebut ialah kaum Yahudi.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksudnya : Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. (Surah An-Nisa' : 60-61)





Sehinggalah Allah s.w.t. bersumpah di dalam surah yang sama, firman-Nya:

Maksudnya : Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. (Surah An-Nisa' : 65)

Inilah perbezaan yang amat ketara di antara orang mukmin dan orang munafik. Orang mukmin bersama-sama apa yang disampaikan Rasulullah samada dari aspek syariat dan kehakiman. Tidak ada sedikit pun perasaan ragu-ragu dalam jiwa mereka terhadap ajaran yang dibawakan oleh Rasulullah s.a.w. walaupun sebesar debu. Mereka mengutamakan urusan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.. Bagi mereka, tidak ada urusan yang lebih penting daripada urusan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.. Inilah golongan yang disifatkan di dalam Al-Quran dengan sifat apabila dibacakan suruhan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. maka mereka mengatakan ‘kami dengar dan kami patuh (taat)’.

Berbeza pula dengan keadaan orang munafik, mereka meragui akan hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t. dan meredhai kehakiman atau undang-undang yang bukan diturunkan oleh Allah s.w.t. melalui utusan-Nya. Maka, setiap apa yang didatangkan selain daripada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., ia dipanggil thaghut. Secara tidak langsung, siapa yang tidak menghakimi dengan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. dan rasul-Nya, maka dia telah berhakimkan thaghut. Hal ini demikian adalah kerana hukum dan undang-undang hanya ada 2 sahaja, samada undang-undang Allah s.w.t. atau undang-undang thaghut.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksudnya : Mereka hendak berhakim kepada thaghut… (surah An-Nisa' : 60)

Di dalam Al-Quran ada sebuah kisah yang menceritakan perwatakan dan perihal orang-orang munafik ketika mana mereka disuruh untuk melaksanakan perintah Allah dan rasul-Nya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksudnya : Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. (surah An-Nisa' : 61)

Maka ternafilah iman bagi sesiapa yang tidak melaksanakan undang-undang sebagaimana pelaksanaan Rasulullah s.a.w. ketika hayatnya dan melaksanakan sunnahnya selepas kewafatan baginda. Bahkan tidak memadai begitu sahaja, disyaratkan juga perlu disertai dengan sifat redha dan berserah diri kepada undang-undang yang diturunkan oleh Allah s.w.t.. Inilah hakikat sebenar bagi iman dan cabang-cabangnya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksudnya : Kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap utusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. (Surah An-Nisa' : 65)

Friday, January 15, 2010

WAKTU LAPANG (part 1)



Di antara nikmat yang terbesar yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia ialah nikmat mengecapi usia remaja dan menikmati waktu lapang. Sesungguhnya kedua-dua nikmat ini sangat berharga bagi manusia kerana di usia remaja manusia memiliki tenaga yang kuat dan kepintaran yang cerdas bahkan usia remaja merupakan tempoh yang kemuncak dalam usia. Begitu juga dengan waktu lapang, padanya mempunyai waktu yang luas bagi merancang dan merencana sesuatu di dalam kehidupan. Jika ia disia-siakan tanpa perjadualan yang baik, maka waktu lapang tersebut akan berlalu tanpa sebarang faedah sedangkan manusia mampu mendapat faedah yang cukup besar sekiranya mampu menguruskan waktu lapang dengan sebaik-baiknya.


Justeru, Islam menitik beratkan soal penjagaan dan pengurusan ke atas usia remaja dan waktu lapang. Islam memandang serius terhadap remaja di dalam memandu kehidupan mereka untuk melaksanakan segala amalan yang soleh dan menjaga diri dengan menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah lebih-lebih lagi yang mendorong ke lembah perkara haram.
Nabi Muhammad SAW ada memuji golongan remaja yang berjaya membina keperibadian yang baik serta menjaga diri daripada terjerebak mengikut hawa nafsu dan ajakan syaitan. Hal ini disebutkan di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda :


7 golongan yang mendapat perlindungan di bawah naungan Allah SWt di Hari Kiamat kelak, sedangkan ketika itu tiada naungan yang lain melainkan naungan-Nya (iaitu) : imam / pemimpin yang adil, remaja yang membesar di dalam kehidupannya dengan melakukan ibadat kepada Allah SWT, lelaki yang berzikir kepada Allah SWT di kala sepi lalu menitis air mata keinsafan, lelaki yang hatinya sentiasa terikat kepada masjid, dua orang yang bersahabat dan saling kasih semata-mata kerana Allah SWT, lelaki yang digoda wanita yang cantik dan berharta untuk melakukan zina lalu lelaki tadi menghindari godaan tersebut dengan mengatakan : sesungguhnya aku takut akan Allah SWT, lelaki yang bersedekah dengan ikhlas (tidak menunjuk-nunjuk), sehingga diumpakan (keikhlasannya tersebut), tangan kirinya tidak mengetahui akan apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.


Dan, waktu lapang di dalam kehidupan manusia merupakan satu ruang yang berguna untuk membangunkan keperibadian yang soleh berdasarkan asas-asas yang ditetapkan oleh Islam seperti membina akidah yang sahih, membentuk akhlak yang indah dan merencana hala tuju kehidupan yang sejahtera. Malah waktu lapang juga merupakan satu kesempatan bagi manusia untuk mengembangkan keupayaannya yang ada ke arah Islam dengan melakukan kerja-kerja Islam dan sebagai salah satu jalan menceburkan diri ke kancah masyarakat di dalam menyesuaikan diri bagi menyampaikan dakwah untuk membina masyarakat yang sejahtera.
Islam melarang keras umatnya daripada mensia-siakan waktu lapangnya dengan perkara yang tidak berfaedah dan haram seperti bermain judi, mengambil dadah, minum arak, pergaulan bebas dan sebagainya. Hal ini demikian perkara-perkara tersebut hanya mendatangkan mudarat ke atas diri manusia itu sendiri. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran :


Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu Dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara Yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?


Maka bermula dari titik tolak yang telah disebutkan di atas, Islam menuntut umatnya agar belajar di dalam memastikan penggunaan masa usia remaja dan masa lapang dengan sebaik-baiknya. Islam yang merupakan agama yang syumul iaitu meliputi segala aspek sama ada dunia mahupun akhirat tidak sesekali mengasingkan sesuatu, malah mengiktiraf akan nikmat usia remaja dan masa lapang sebagai satu elemen yang penting di dalam kehidupan orang Islam supaya waktu yang tersebut akan membuahkan hasil yang besar tanpa disia-siakan dengan begitu sahaja.


Islam menyeru umatnya untuk menguruskan waktu lapang ke arah jalan yang mendatang faedah pada kehidupan di dunia dan bekalan akhirat dengan melaksanakan segala pekerjaan bagi dirinya mahupun masyarakat. Adapun amalan membazirkan masa atau memenuhi masa lapang dengan perkara yang mendatangkan kemudharatan hanya mendatang kerugian yang tidak sepatutnya manusia terlibat dengannya. Hal ini demikian waktu yang telah lalu tidak akan berpusing kembali dan menyesali perkara yang lepas merupakan mendatangkan faedah melainkan taubat dan memperbaiki di masa yang akan datang.


Justeru, Islam melarang dengan mengharamkan umatnya daripada membazirkan masa yang ada, Islam telah meletakkan beberapa garis panduan dan etika bagi pengurusan sesuatu masa semata-mata demi kebaikan dan keuntungan diri umat Islam tersebut. Di antara perkara utama yang sepatutnya dilakukan ialah menyibukkan diri dengan beribadat kepada Allah SWT, mencari ilmu yang bermanfaat, menceburkan diri dengan sesuatu pekerjaan yang berfaedah, menyalurkan kepakaran dan kelebihan kepada masyarakat setempat dan luar. Maka mana-mana perkara yang boleh merosakkan agama dan akhlak seseorang ia adalah diharamkan di sisi Islam.


Oleh hal yang demikian, remaja sepatutnya mengambil kira apa yang perlu ia tahu mengenai kepentingan sesuatu masa bagi membolehkan ia menguruskan masa tersebut dengan segala perkara yang bermanfaat baginya dan masyarakat. Iaitu dengan melakukan perkara-perkara yang menuju keredhaan Allah SWT dan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hasilnya manusia yang menguruskan masanya sebagaimana yang diajarkan oleh Islam, mereka akan mendapat nikmat-nikmat yang telah dijanjikan oleh Allah SWT di dalam syurga kelak atas balasan yang telah dilakukannya dahulu.
Firman Allah SWT :


(masing-masing dipersilakan menikmatinya Dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat Yang lazat dan baik kesudahannya, Dengan sebab (amal-amal soleh) Yang telah kamu kerjakan pada masa Yang lalu (di dunia)!" (Surah Al-Haqqah : 24)


Larangan daripada membazirkan masa dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya merupakan pandangan serius yang diletakkan oleh Islam. Hal ini demikian supaya manusia tidak akan menyesal di Hari Kiamat kelak atas apa yang telah ia usahakan semasa di dunia dahulu. Hal ini disebut di dalam Al-Quran berdasarkan firman Allah SWT :


"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana Aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta Aku telah menjadi dari orang-orang Yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! "Atau berkata: ` kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah Aku telah menjadi dari orang-orang Yang bertaqwa ! ' "Atau berkata semasa ia melihat azab: ` kalaulah Aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah Aku dari orang-orang Yang mengerjakan kebaikan!" (Surah Az-Zumar : 56 - 58)

Wednesday, January 13, 2010

tahniah d atas kehadiran cahaya mata.......






dalam kesibukan menghadapi persiapan menghadapi peperiksaan, baru2 nie sempat jugak berkunjung ke umah sahabat saya di Hayyu Asyir. namanya shamsul dari terengganu.kunjungan tersebut bagi menziarahi beliau n isteri kerana mendapat cahaya mata yang sulung..gembira mendengar khaba tersebut, saya dan beberapa rakan Badan Pengurus yang lain menuju je umah beliau...beliau mendapat babygurl, comel plak 2..tahniah di ucapkan..

x ketinggalan jugak kepada penasihat PMRAM, sedara Hairul Nizam yang baru sahaja (mengikut waktu blog ini ditulis) yang mendapat cahaya mata yang sulung. babygurl jugak. saya dan 2 rakan Badan pengurus yang lain sempat berjumpa beliau di hospital Tauiqiah..agak lama juga tunggu di situ, namun saya bersama seorang lagi, iaitu sedara Azrul terpaksa pulang dahulu kerana mahu mengulang kaji memandangkan exam x lama dah.huhu..x lama sebaik kami pulang, kami dikhabarkan dengan berita gembira dengan kelahiran cahaya mata yang dinantikan oleh pasangan bahagia, sedara hairul nizam dan isteri.. tahniah diucapkan...

bahkan, 2 orang lagi mahasiswa kita yang baru mendapat cahaya mata, pertama wan KL dan Mus Sarawak. ni sahaja yang masih belum smepat untuk dikunjungi..dalam hati kalo ada kesempatan dan xder halangan insyaallah akan melawat mereka jugak kelak...

tahniah, mabruk di atas kelahiran cahaya mata masing2..semoga ia bakal menjadi penyeri umah tangga kalian...

em, musim exam kali jugak dimeriahkan dengan musim menerima baby2.. alangkah seronoknya pasangan2 berikut..tahniah sekali lagi...

MMI - Misi Mumtaz Imtihan - Doa2 kan



salam kasih kepada semua sahabat...

bermula 16 jan 2010, sabtu ni, saya akan menduduki exam sem 1 bagi Universiti Al-Azhar.sedara x sedar kini hanya menghitung beberapa detik sahaja lagi.huhu...time mula2 waktu tawaqquf pogram, rasa macam lama je...tp.... skang ni esok lusa dah nak exam...

bagi kuliah tahun 4 kuliah syariah islamiah, sem 1 ni alhamdulillah 4 paper je (sikit je berbanding ngan kuliah usul :p ). 4 subjek iaitu tafsir, bahasa arab (balaghah dan adab nusus), kajian qawaid feqh dan qawaid feqh...

beginilah jadual exam yang bakal saya hadapi :

16 jan (sabtu) - tasir
23 jan (sabtu) - bahasa arab (balaghah dan adab nusus)
26 jan (selasa) - kajian qawaid feqh
30 jan (sabtu) - qawaid feqh

doa2 kan semoga exam kali ini mencapai keputusan yang diharap2kan...(huhu, semoga diberikan keberkatan masa dalam mengulangkaji pelajaran)..

Sunday, January 10, 2010

akidah islam dan jenayah murtad (siri 4)




Makna ‘ Muhammad s.a.w. Pesuruh Allah’

Adapun kalimah yang kedua dalam syahadah ialah kita bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. ialah pesuruh Allah s.w.t.. Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah. Utusan Ilahi yang menyeru ke arah mentauhidkan Tuhan Yang Esa. Menghapuskan kepercayaan tuhan yang pelbagai. Nabi Muhammad diutuskan di tengah-tengah masyarakat yang ketika itu penuh dengan pelbagai perkara yang karut.

Ada kaum yang bergelar kaum Majusi yang menyembah matahari dan api. Kaum musyrikin Mekah pula menyembah patung-patung berhala. Setiap kabilah memiliki sekurang-kurangnya satu berhala yang diletakkan di dalam kaabah dan sekitarnya. Kaabah pada ketika itu dikelilingi dengan ratusan dan ribuan patung-patung berhala kepunyaan setiap kabilah . Ada yang besar dan ada yang kecil. Kaum Yahudi dan Nasrani juga begitu. Masing-masing pada ketika itu mempunyai kepercayaan karut bahkan sesat lagi menyesatkan. Dan ketika itulah diutuskan Nabi Muhammad ke dunia ini.

Ketahuilah, jika hanya beriqrar dengan keesaan Allah s.w.t. dari segi uluhiyah dan rububiyah sahaja masih tidak mencukupi. Bahkan masih berhajat kepada kalimah yang kedua iaitu mengakui akan Nabi Muhammad s.a.w. ialah pesuruh Allah s.w.t.. Pengakuan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pesuruh Allah s.w.t. merupakan pelengkap bagi 2 kalimah syahadah. Tanpanya, kepercayaan manusia masih sesat.

Pada zaman dahulu, para ahli kitab mempercayai akan keesaan dan ketuhanan Allah namun mereka mengingkari akan kenabian Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan yang terakhir. Jelas, bahawa 2 kalimah syahadah ini saling melengkapi antara satu sama lain. Seseorang akan dikira memasuki Islam dengan memberikan penyaksian kepada kedua kalimah ini. Jika hanya memberikan penyaksian terhadap satu kalimah sahaja maka masih belum layak untuk bergelar muslim.

Sesungguhnya Allah s.w.t. menciptakan manusia bukan sia-sia. Selepas Allah s.w.t. mencipta manusia, Allah mengatur untuk membangkitkan para rasul di kalangan manusia sendiri, tujuannya semata-mata untuk membimbing manusia ke arah yang diredhai-Nya dan sama sekali tidak akan membiarkan manusia dalam keadaan yang terbiar (hidup tanpa arah tuju yang benar), dan untuk menyampaikan hidayah-Nya dan mengancam mereka supaya menjauhi perkara-perkara yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah s.w.t..

Penciptaan manusia bukanlah penciptaan sia-sia bahkan manusia diciptakan supaya mereka mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dan menjadi khalifah di atas muka bumi ini untuk memakmurkan dunia ini. Inilah hakikat sebenar bagi penciptaan manusia iaitu mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dan memakmurkan bumi ini sebagai khalifah.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Mereka Kami utus selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah An-Nisa' : 165)

Kepentingan para rasul diutuskan oleh Allah s.w.t. di atas muka bumi ini ialah tidak lain dan tidak bukan untuk meletakkan nilai-nilai hidup yang sebenar dan mengatur sistem kemasyarakatan dalam kehidupan manusia. Mereka diutuskan untuk menyampaikan hidayah ke seluruh kaum dan masyarakat, menghakimi manusia dalam pertelingkahan, menyelesaikan permasalahan yang membawa kepada perselisihan, mengangkat dan mengiktiraf perkara yang hak (benar) sekaligus melenyapkan kebatilan, memberikan keadilan dan kebajikan yang saksama kepada segenap lapisan masyarakat tanpa ada perbezaan di antara mereka samada dari segi warna kulit, kaum dan iklim kerana yang dinilai di sisi Allah ialah ketaqwaan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan.
(Surah Al-Hadid : 25)

Maka dengan itulah Allah s.w.t. menurunkan ke atas utusan-Nya (Nabi Muhammad s.a.w.) ‘Al-Kitab’ iaitu sebagai dalil-dalil dan hujah-hujah daripada Ilahi yang tidak ada kesamaran mahupun cacat cela sebagai penguat dan penyokong ke atas kebangkitan mereka selaku utusan Allah s.w.t..

Manakala penimbang yang disebut di dalam ayat di atas memberi makna nilaian dan timbangan daripada tuhan yang didatangkan oleh para utusan Allah s.w.t. dengan memartabatkan dan memuliakan manusia mengikut acuan sebagaimana acuan yang digariskan di dalam Al-Kitab. Seandainya tidak ada utusan Allah iaitu para rasul nescaya manusia sekalian akan berada di dalam kesesatan yang nyata dalam mencari erti kata hidup yang sebenar, mereka akan tersimpang dalam mencari hakikat sebenar ketuhanan dan jalan untuk mendapatkan keredhaan tuhan dan sebagainya.

Lihat sahaja pada zaman jahiliyah, ketika mana Nabi Muhammad masih belum dibangkitkan untuk menghapuskan unsur-unsur yang karut dan sesat. Manusia hidup dalam keadaan yang tidak teratur dan saling menindas serta menzalimi di antara satu dengan yang lain . Hal ini telah diterangkan sebagaimana di dalam ayat-ayat di atas.

Rasul yang terakhir ialah Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda diutuskan untuk menyampaikan suruhan-Nya, larangan-Nya dan syariat-Nya. Maka dengan kedatangan Rasulullah s.a.w., dapat kita mengetahui apa yang diperintahkan dan ditegah oleh Allah s.w.t. ke atas kita dalam mengecapi keredhaan-Nya yang hakiki. Maka dengan itu juga, kita dapat mengetahui perjalanan dan susunan hidup kita di atas muka bumi ini, apakah jalan yang sepatutnya kita tempuhi.

Kita dapat mengetahui perkara-perkara yang halal dan haram ke atas kita. Kita juga mengetahui kewajipan dan kefardhuan yang perlu kita lakukan. Sekiranya Nabi Muhammad s.a.w. tidak diutuskan oleh Allah s.w.t. sebagai utusan-Nya, sudah tentu kita akan hidup dalam kesesatan yang nyata, kita tidak dapat mengetahui apakah penghujungnya kehidupan ini dan kita juga tidak dapat mencari hidayat Allah s.w.t.. Sebagaimana yang dijelaskan oleh firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus. (Surah Al-Maidah : 15-16)

Dengan kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan-Nya, kita dapat mengetahui adanya kehidupan selepas kematian. Kehidupan selepas kehidupan di dunia iaitu kehidupan yang kekal abadi di alam akhirat kelak. Dapat kita ketahui bahawa kehidupan kita di dunia ini merupakan persinggahan bagi mengutip bekalan untuk menuju kehidupan yang kekal abadi . Dengan itu, kita akan bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan-amalan yang boleh dijadikan bekalan di akhirat kelak. Kita tidak menjadi seperti penganut agama lain yang tidak mempercayai kehidupan selepas kematian.

Malah kita dapat mengetahui bahawasanya setiap amalan yang dilakukan di atas muka bumi akan dihitung dan dihisab dengan seadil-adilnya tanpa ada kezaliman walau sebesar zarah. Segala amalan yang baik akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dan segala amalan yang buruk akan dibalas setimpal dengannya.

Firman Allah s.w.t yang yang bermaksudnya : Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (Surah Al-Zalzalah : 7-8)

Melalui kedatangan Rasulullah s.a.w., dapat kita ketahui adanya hari pertimbangan dan perhitungan, dosa dan pahala, syurga dan neraka. Semuanya ini dapat kita ketahui dengan perutusan daripada Allah s.w.t.. Mana mungkin kita dapat ketahui semua ini tanpa perutusan dari-Nya.

Melalui kedatangan Nabi Muhammad s.a.w., diperlihatkan kepada kita dasar-dasar dan prinsip-prinsip kebenaran, kaedah-kaedah dan unsur-unsur keadilan di dalam syariat yang benar lagi tidak menyesatkan. Syariat yang diturunkan oleh Allah s.w.t., Tuhan yang mempunyai pengetahuan meliputi seluas langit dan bumi. Tuhan yang mengetahui perkara yang ghaib lagi nyata. Tidak ada perkara yang tersembunyi daripada-Nya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahsiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui? (Surah Al-Mulk : 14)

Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang lepas, jelaslah bahawa kalimah ‘Nabi Muhammad s.a.w. ialah pesuruh Allah s.w.t.’ adalah pelengkap bagi kalimah yang pertama iaitu ‘tiada tuhan melainkan Allah s.w.t.’ di dalam syahadah. Fokusnya, hanya Allah s.w.t., tuhan yang wajib disembahkan, tiada tuhan melainkan Dia, dan tiada syariat atau jalan-jalan yang wajib diikuti melainkan syariat yang didatangkan oleh ustusan-Nya melalui wahyu-Nya ke atas utusan-Nya.

Friday, January 8, 2010

inilah Islam yang kita seru ...


Firman Allah SWT di dalam surah Al-An'am yang bermaksud :

" katakanlah (wahai Muhammad), sesungguhnya solatku (ibadat khusus), ibadatku (ibadat umum), kehidupanku (kelakuan kehidupan yang harus) dan matiku hanya kerana Allah, tuhan sekalian alam"

maka kedatangan islam bukan hanya sekadar mengajar perkara yang majoriti atau minoriti.tidak. bahkan mengajar keseluruhan, bermula celik mata sehingga mata kembali pejam. sebab itu asas yng dibawakan oleh islam ialah akidah, syariat dan akhlak.

jelas, mengenai akidah berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah Al-Ikhlas yang bermaksud :
"katakanlah (wahai Muhammad), Allah itu Maha Esa"

persoalan mengenai syariat pula, ia lebih merujuk kepada persoalan hukum hakam feqah di dalam memandu kelakuan manusia yang bersangkut paut dengan hukum hakam islam. di dalam bidang feqah, yang masyhur para fuqaha' membahagikan ilmu feqah kepada 4 bahagaian iaitu ibadat, muamalat, munakahat (pernikahan), qada' (kehakiman dan pemerintahan i.i termasuk juga berkenaan jenayah).

di dalam persoalan ibadah telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya yang bermaksud :
" tidak Aku (Allah) menciptakan akan jin dan manusia itu melainkan untuk mereka (jin dan manusia) mengabdikan diri (kepada-Ku) "

persoalan muamalat pula lebih menjuruskan persoalan pengurusan wang, bermula dengan bab jual beli. berkenaan ini Allah SWT menjelas di dalam firman-Nya bahawa :
" Dan Allah telah menghalalkan urusan jualbeli dan mengharamkan urusan yang melibatkan riba "

di suatu hari, ketika pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab, beliau berjalan di suatu pasar yang terdapat di Madinah. beliau melihat keadaan pasar tersebut lalu menuturkan satu kalam nasihat. beliau RA berkata :
" tidak diharuskan (seharusnya) mereka yang berada di pasar ini (yang melakukan urusan jualbeli), melainkan orang yang mengetahui akan hukum hakam hakam agama. sekira berlaku juga mereka yang tidak mengetahui akan hukum hakam agama nescaya akan berlakunya riba (dan urusan2 yang diharamkan) "

lagi, mengenai pernikahan berdasarkan sabda Nabi SAW :
"wahai sekalian pemuda, sesiapa yang berkemampuan di kalangan kamu (zahir dan batin), maka nikahlah, kerana sesungguhnya pernikahan itu menundukan pandangan kamu (daripada melihat kepada perkara yang dilarang) dan menjaga kemaluan kamu (daripada melakukan perkara yang dilarang dan terkutuk).

mafhum daripada firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa' :
"maka nikah kamu dengan mereka yang kamu rasakan boleh menangkan kamu, samada 2 orang,3 orang atau 4 orang. maka sekiranya kamu khuatiri akan tidak mampu berlaku adil (sekiranya kamu kahwin ramai), maka nikah satu sahaja."

lagi berkaitan pemerintahan, Allah SWT menegaskan di dalam 3 ayat di dalam surah yang sama, iaitu surah Al-Maidah :

" sesiapa yang tidak berhukumkan dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka merupakan golongan yang zalim "

" sesiapa yang tidak berhukumkan dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka merupakan golongan yang fasik "

" sesiapa yang tidak berhukumkan dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka merupakan golongan yang kafir "

maka, jelas di dalam syariat islam, kesemua kelakuan di dalam kehidupan adanya panduan yang telah dibawa oleh Al-Quran dan Sunnah.
bahkan bukan sekadar itu, asas terakhir yang dibawa oleh islam iaitu akhlak merupakan pelengkap kelakuan manusia itu. hal ini demikian Nabi SAW dibangkit bagi menyempurnakan kemuliaan akhlak di kalangan manusia sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. dan Allah SWT menjadikan pada diri Nabi SAW akan suatu teladan dan idola bagi ikutan manusia sekalian.

maka inilah Islam yang kita seru bukan sebagaimana yang 'dgombrokkkan'oleh media barat dan konco2 nya.

" Ya Allah! tunjukilah kepada kami jalan-jalan yang Engkau redhai, dan pimpinlah kami ke jalan tersebut kerana sesungguhnya kami ini insan yang kerdil lagi lemah, dan hanyasanya Engkau yang Maha Perkasa dan Maha Pengampun. "

Monday, January 4, 2010

mesti fokus !


alhamdulillah kini semangat dalam menaip kembali bagi menyiapkan buku ke-2 semakin berkobar-kobar. rasa x sabar2 utk menantikan buku tersebut dipublishkan setelah buku yang pertama bertajuk Ramadhan : Puasa Dan Iktikaf berjaya dipublishkan dengan selamat.

buku yg ke-2 ini, sy lebih menyentuh berkenaan dengan kewangan islam secara asas. dalam buku ini pelajaran yang cuba sy bawakan dengan bermula dari bawah. kadang2 terpikir, mereka yang tanpa asas cuba utk berbincang masalah2 yang rumit seperti pengurusan, insuarans, kwsp tanpa ada asas yang kukuh. jadi menyebabkan kadang2 x tepat pada natijah yg bakal dikeluarkan. sebab itu, semua perkara bermulapada asasnya.. dan insyaallah semoga buku ini berjaya disiapkan dan mampu memberikan sedikit manfaat kepada para pembaca.

buku ini diberikan nama asas-asas kewangan islam dan ia memiliki beberapa siri. sy pk agak2 sekitar 5 siri utk menyiapkan semuanya kerana perbincangan bermula pada asas dan akan dibincangkan juga mengenai kewangan moden kemudian. walau apa pun siri yang pertama mesi disiapkan dahulu..aja2 fighting...

nampaknya kene siapkan siri pertama ini sebelum melangkah ke siri-siri yang seterusnya. tp x sabar2 sebenarnya nak tulis buku yang berajuk Fiqh Suq Islami yang membincangkan mengenai pasar dalam konsep islam. huhuh...paling penting siapkan asas-asas kewangan islam siri yang pertama dulu...

doa2 kan agar usaha yang sejemput ini diberkati....

Sunday, January 3, 2010

azam baru sempena tahun baru - 2010 -


em...

rasanya sudah lamax berceloteh di ruangan blogspot kepunyaan sendiri ini. memang kadang2 x sempat dan kadang2 jugak malas (hehe..)... rasa biladah lama x menaip, agak kekok utk menulis...huhu....

nak x nak, jangan disia-siakan peluang ini. pk2 kembali banyak perkara yg mahu ditulis, tp biarlah yang lahir dr sinaran hati sahaja yg dipublish.artikel berkenaan akidah tauhid dan jenayah murtad jugak masih belum habis, baru siri ke-3, insyaallah akan dihabiskan utk bacaan umum...

ohye, azam baru sy ape ye??em, secara umum menjadikan tahun ini lebih baik daripada tahun yang sebelumnya..secara details, biarlah rahsia, hehe...

ok, sahabat2 semua, sebagai permulaan setelah lama 'bersara' menaip,maka pendek ini pun jadilah utk sy menulis, warming up katakan...nnt ada ape2 lagi boleh dikongsikan bersama..kk

wassalam...
Related Posts with Thumbnails