Sunday, May 24, 2009

Kaherah isytihar bersih daripada khinzir ....


berita dari Mesir hari ini mengatakan bahawa kota Kaherah hari ini sudah bersih daripada binatang khinzir. menurut menteri Kaherah, Dr Abdul 'Azim selepas mana pihak kesihatan membunuh saki baki khinzir yang masih ada lagi.

pembunuhan khinzir dilakukan selepasa ketetapan yang dibut oleh Presiden Mesir, Husni Mubarak ekoran daripada wabak selesema khinzir atau dikenali sebagai wabak H1N1 bagi menjamin negara tersebut bebas daripada jangkitan tersebut.

proses pembunuhan tersebut mengambil masa selama 3 minggu bagi memastikan Kaherah bersih daripada wabak berkenaan. sebanyak 143 ribu ekor khinzir dibunuh.

Friday, May 22, 2009

sumbangan menjayakan pembelian aparmen PMRAM


salam sejahtera kepada sahabat2,


ade sedikit pengumuman, kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan ke untuk menjayakan pembelian apartmen PMRAM leh terus melalui exco kebajikan di BKAN atau DPM masing2. atau leh je terus menghulurkan kepada PMRAM. misi PMRAM dalam menjayakan pembelian apartmen ini berhasrat untuk mendapatkannya selewat-lewatnya pada 31 Disember ini.


bagi mereka yang berada di malayisa boleh menghulurkan bantuan melalui bank yang telah disediakan :

1) akaun HSBC No Akaun 001-017193-011 Atas NamaHairul Nizam bin Mat Husin


2) AtauAnda juga boleh menghulurkan sumbangan anda melalui Faisal Mizan B. Muhammad ke akaunBank Islam Malaysia Berhad (BIMB)Nombor Akaun13017020688083 atauMaybank Nombor Akaun113015136739

Wednesday, May 13, 2009

Ibuku seorang pembohong ??? (versi mother's day)


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya,


ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.



Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya.



Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.



Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk.



Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula."



Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum.

Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.



Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.



Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.



Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya..



Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini.

Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Tuesday, May 12, 2009

ayuh ..! imtiazkan exam kita..



tertarik menulis dengan exam bersempena jugak dengan exam yang kita sedang tempuhi ini. exam (bagi diri ini) di universiti agung Al-Azhar paling psycho...mana tidaknya, kalau ditanya tentang exam, rata-rata mentarget asal lulus sudah. manqulain (lulus dengan membawa 2 subjek ke tahun hadapan) pun dah ok. berbanding dengan universiti2 yang lain di malaysia atau luar. mereka semua ada satu target yang jelas. ditanya mengenai exam, kata mereka dengan jelas : MESTI DAPAT IMTIYAZ atau barangkali 3.6 POINTER KE ATAS.

mana tidaknya exam yang ditawarkan di universiti agung Al-Azhar merupakan satu cagaran ke atas umur kita. seolah-olah : KAMU STUDY DI AZHAR KAMU SEDANG MEMPERTARUHKAN (bukan judi ni, jgn salah anggap :P) UMUR. kalau lulus kamu study di tahun seterusnya, kamu gagal walaupun 3 subjek, maka stay dulu setahun lagi. kalau gagal tahun itu mesti ulang sedangkan umur terus meninggal tuan empunya diri, 365 hari yang lepas tetap pergi tanpa menoleh walaupun.

namun, adakah sesuai dengan alasan yang EXAM paling payah di dunia ni (kajian masing2) menyebabkan kita hilang suatu target? menjadi psycho sehinggal tidak berani membuat suatu sasaran bagi anak panah kejayaan?

suatu perancangan bukan tidak bersyukur dengan nikmat yang ada

memasakkan niat dan menggembleng perancangan untuk mendapatkan result yang tinggi bukan bermaksud kita tidak memadai dengan nikmat yang ada. ia merupakan suatu perancangan yang membawa ke usaha kita lebih tinggi bahkan menyusun time table yang terancang. 2 perkara berbeza yang tidak boleh kita samakan dan pasti tidak akan sama selamanya. rancang dan terima keputusan. usaha untuk menerima suatu result dan bersyukur dengan segala hasil result.

kadang2 mungkin terlampau takut (nak kata tawadhuk tidak jugak), sifat menyerah bulat2 tanpa usaha yang terancang menjadi suatu tradisi. tak kene jugak. terlalu yakin sehingga alpa sesaat dengan kuasa tuhan, tidak kene jugak. mantain dan balance kan. itu yang bagus. bukankah Allah menyukai amalan seseorang yang dilakukan dengan bersungguh2? bukankah kisah hijrah nabi s.a.w mempamerkan kepada umatnya suatu perancangan yang disertakan tawakal kepada Allah ?

ayuh ubah mentaliti kepada yang lebih jelas. IMTIYAZKAN IMTIHAN (ameen..)


kisah 2 pemuda mengenai rezeki

kisah yang menarik. suatu pengajaran yang cukup memberangsangkan jutaan sel2 otak. 2 pemuda yang membicarakan mengenai rezeki tuhan. adakah rezeki itu dicari atau rezeki itu datang sendiri?
pemuda A : rezeki itu mesti dicari. bukankah tuhan telah menganugerahkan kita akan usaha?.
pemuda B (penuh rileks dan tenang) : eh,rezeki ni kan kerja tuhan. rezeki ni yang akan datang kat kita.

2 mindset yang cukup jelas dan x sama. maka keluarlah pemuda A mencari rezeki manakala pemuda B duduk di rumah. (dipendek lagi diringkaskan cerita) maka sampai waktu pemuda A membawa suatu hasil usahanya iaitu rezeki, apple (sebagai contoh, kalo nak buat nasik ayam pun ok). seberadanya di rumah ditunjukkan kepada pemuda B.

pemuda A : kan dah bilang, rezeki kita kene usaha. (sambil menunjukkan apple tadi.)
tetiba (sudah takdir) pemuda A tersadung lantai yang sedikit meninggi di hadapan. terjatuh apple tadi di hadapan pemuda B.

lantas diambil dan dimamah(sempat baca bismillah). sambil tersenyum pemuda B berkata : nampak, rezeki 2 kan yang akan datang sendiri.



berjaya pun ujian / gagal pun ujian

jangan cepat frust shingga menghukum yang bukan2. gagal bukan bermaksud balasan buruk semata2. berjaya juga bukan nikmat semata2. kedua2 nya ujian lagi. untuk lihat jiwa kita bagaimana? putus asa, riak, buruk sangka pada takdir tuhan,merasa hebat?inilah ujian disebalik ujian yang kita kecapi.

jangan lupa ada hadis nabi s.a.w yang mengkhabarkan 2 nikmat yang dimiliki manusia tetapi manusia itu sendiri banyak yang terpedaya dengannya iaitu nikmat sihat dan nikmat waktu lapang.

mengaji agama bukan hanya terhenti di penghujung natijah sesuatu ujian tetapi penghuju yang lebih jauh. di mana? jauh.....jauh sangat2....nun di sana. penghujung amalan. so, no komen banyak (coz penulis pun masih study, x nak cakap byk nnt kantoi :p) sama2 kita muhasabah.

"ampunkan dosa kami ya Allah.."

berdoalah - TUHAN MAHA PENYAYANG

teman2, berdoalah. kita ni kerdil je. gunung besar lagi. harimau ganas lagi. lebihnya kita ni akal. maka dengan akal kita menjadi mukallaf. tp TUHAN MAHA MENGETAHUI. disebalik seba lengkap kelemahan manusia bukan untuk merendahkan manusia, tp untuk biar manusia ingt wat sesuatu kene ingt TUHAN sebab kita lemah. kalau gagah tahap maksimum kang nnt lupa kat TUHAN. firaun akibat mempunyai kuasa yang luas dan tidak pernah sakit, lupa pada tuhan. qarun yang hanya kunci peti besinya dibawa oleh 70 ekor unta (baru kunci peti besi, belom duit2 lagi) pun alpa dan lena dengan kemewahan tanpa mengingati TUHAN. kelemahan bukan untuk menghina tapi kasih dan peringatan.

berdoalah dan terus berdoa dengan penuh pengharapan. jangan cepat mengatakan doa kita x makbul. ish..jangan buruk sangka. maybe untuk muhasabah diri its ok. memang doa akan terhijab dengan dosa n maksiat kita. tp cuba pk berapa banyak nikmat yg ada pada kita yang berskimkan pinjaman smentara yg sedang kita kecapi ini. berdolah TUHAN MAHA PENYAYANG dan PEMURAH.

suka ingat, 3 bentuk TUHAN memakbulkan doa hamba-NYA, cuma kita x sedar. sengaja nak bgtau sebab biar kita banyak berterima kasih kepada TUHAN atas penerimaan doa kita kerana ramai yang tak sedar hasilnya putus asa dan buruk sangka (nauzubillah..): 3 bentuk pemakbulan tersebut :-
1) kita minta sesuatu, dimakbulkan sebagaimana yang kita minta itu
2) kita minta sesuatu, digantikan dengan kebaikan yang lain malah lebih lagi. (ni yang kita x sedar)
3) kita minta sesuatu kebaikan, digantikan dengan tolak bala (ni lagi ramai x sedar). kebanyakkan manusia minta kebaikan itu dan ini. nak ke kita kaya dalam masa yang sama kita lumpuh? nak ke kita berjaya dalam masa yang sama kita akan dirompak sehingga papa? maka, bala2 yang kita x tau ni lah TUHAN jaga diri kita. banyakkan bertahmid pada TUHAN.

akhirnya

sama2 kita pimpin tangan menuju ke puncak imtiyaz. saling bantu untuk memanipulasikan usaha yang kita ada. pasak keazaman yang kental untuk mendapatkan kejayaan yang kita mahu gunakan untuk membantu ISLAM.


salam pembukaan


salam manis tanpa gula..(kalau madu mungkin manis sangat)

kepada:


sahabat-sahabat dan teman-teman yang dirahmati,


perkenalan suatu kemanisan dalam erti sebuah kehidupan. tidak ada makhluk yang bernama manusia yang lari daripada sebuah perkenalan. mana tidaknya, mana mungkin permulaan sesuatu itu dipisahkan dengan perkenalan sehingga antara perbuatan yang baik di dalam islam memberi salam bukan terhenti di sekitar orang yang dikenali sahaja...jangan lupa nilai paling berharga bagi sebuah perkenalan ialah sahabat. nilai yang paling berharga dalam persahabatan ialah sebuah kepercayaan.


penulisan juga suatu khazanah yang berharga yang dianugerahkan. menjadi turun temurun manusia akan menulis dan terus menulis bahkan ikut logika juga manusia pasti tidak akan putus menulis. kalau dahulu laut di Iraq dibirui dengan penulisan-penulisan kitab yang bilangannya hampor ke tahap infiniti, mungkin di kala ini, 7 lautan juga akan membiru kerana hasil nukilan yang dipanggil penulisan.


masa itu emas. sesetengah memanggil masa itu bagaikan pedang. kalau kita x kesempatan mengambil peluang kita akan dicincang. menggerunkan. mungkin sudah tidak sinonim dengan sekarang (dengan nada tidaklah menafikan pepatah ini), mungkin di alaf membangun kefahaman islam di masyarakat awam, masa itu adalah emas lebih sinonim (dalam kepala, ikutla mana2 pun). bukan kerana emas sesuatu yang berharga, cukup masa keluarkan zakat. kalau tidak keluarkannya, kene azab. (hah,) begitulah masa, bagaikan emas, kene guna dengan baik2 agar x membazir, sampai masa kene korbankan masa, (biasalah kita hidup bukan untuk seorang diri). jika pentingkan diri, so pandai2 lah jawab di medan perhimpunan agung kelak.


insafi diri, mengejar kesyumulan islam...

abezuh

Related Posts with Thumbnails